Acik Lana's Blog
October 25, 2015
Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, finally boleh bukak order setelah berhempas pulas siapkan buku ni.
Dipersilakan membuat pesanan untuk Novel ke sepuluh saya, MILIK ENGKAU SAJA. Kalau sudi ya. :)
ISBN 978-967-12860-1-2932 mukasuratHarga buku: RM38 - SemenanjungHarga buku : RM41 - Sabah Sarawak
Harga Buku termasuk PostageSem Malaysia : RM45 (Termasuk sampul prepaid RM9.54)Sabah Sarawak : RM50 (Termasuk sampul prepaid RM15.90)
Combine Parcel (Beli lebih dari sebuah) TIADA COMBINE PARCEL. Akan dipos dalam individual envelope disebabkan POSLAJU dah strict kalau berat terlebih. Nanti ada masalah parcel sangkut dekat post office pulak kan.
1. Sebelum buat pre order, adalah dimaklumkan yang buku hanya akan mula dipos BERMULA MINGGU PERTAMA BULAN NOVEMBER. InshaAllah, doakan semuanya berjalan lancar.
2. Buku First batch ini HANYA DIJUAL SECARA EKSLUSIF OLEH BOOKU ENTERPRISE SAHAJA. Bookstores dan online seller InshaAllah 2nd batch kita masuk.
3. Buku ini BUKAN LIMITED EDITION, jangan risau.
4. 300 terawal yang order online sahaja akan dapat sain dan Chop Bibir. hehe. Self collection/meet up di Seksyen 7 juga akan diadakan bila buku dah siap. Itu later Acik inform ok. So bleh walk in dan TT buku-buku tu nanti.
Cara melanggan :
Sila buat bayaran melalui online banking/Cash Deposit ke akaun-akaun berikut.
CIMB Booku Enterprise - 8602031024
MBB Booku Enterprise - 512231374125
PENTING : Untuk Online banking, sila letak nama anda sendiri di ruangan "Recipient Reference" atau payment details untuk rujukan kami.
Lengkapkan butiran peribadi seperti :
Nama :
Alamat :
Nombor Telefon :
Jumlah Buku :
Emelkan slip bayaran berserta butiran lengkap ke emel langgan.mes@gmail.com
Emel tanpa bukti bayaran tidak akan direkod. So please make sure bagi attachment bukti bayaran ya? Hehe. kena strict sikit takut ada yang terlupa lagi.
******************
So rasanya itu saja. kalau ada apa yang tak clear, just PM acik dekat FB okay. 300 terawal dapat sain tu berkonsepkan siapa cepat dia dapat. Tak ada reserved-reserved tau?
Akhir kata, thank you atas support semua. InshaAllah, acik harap karya ini boleh diterima ramai. Lap uols. Muahh!

Published on October 25, 2015 12:01
PRE Order Online MILIK ENGKAU SAJA kini DIBUKA!!

July 22, 2014
Order Novel Saat Hilang Cintamu KINI DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU
Edited : ORDER CLOSED - OUT OF STOCK
Assalamualaikum wbt.
Kepada ahli group di Facebook Acik Lana : Luahan Otak Kecil mungkin dah sedia maklum yang novel SHC akan diterbitkan di bawah penerbitan Acik sendiri iaitu BOOKU ENTERPRISE.
Dengan ini secara rasmi acik umumkan order telah dibuka. Yahooo!!
Berikut cara-cara nak order dan SILA BACA DENGAN TELITI okay sayang? jangan skip-skip nanti kalau order ter-overlooked mmg haaaa haaaa tak tauuu~! hehe.
Sinopsis
Izzara Helina – Tujuh tahun hidup di negara orang, kini dia kembali dengan semangat baru. Biarpun hati masih terluka, masih tercalar, namun Izzara tetap cuba untuk berdiri teguh di negara sendiri. Tapi malang kerana ketenangan yang dicari dirosakkan oleh pertemuan dengan seorang lelaki yang tinggal di kondo sebelah. Dan ya, ini bukan jiran mithali atau juga jiran pilihan. Jiran ini jiran hantu. Jiran yang suka membuat bising dan perasan handsome!
“Muzik you adalah muzik paling buruk, paling busuk, paling gila pernah I dengar seumur hidup I. So please stop playing that stupid guitar, I nak tidur!”~ Izzara.
Dayyan Idraqi – Sudah terbiasa hidup dalam kemahsyuran dan populariti yang tinggi menggunung, ego di dada tiba-tiba saja tercalar apabila Izzara langsung tidak mengenali siapa dirinya. Dia adalah Dayyan Idraqi, penyanyi tersohor yang sudah gah mencipta nama di beberapa negara. Mana mungkin ada perempuan di sini tidak mengenali dia! Namun demi menjaga privasi, identiti sebenar disembunyikan daripada pengetahuan Izzara. Dia kini bukan lagi Dayyan Idraqi, dia muncul sebagai lelaki biasa di mata gadis itu.
Perang dingin antara mereka berlanjutan sehinggalah pada satu peringkat hati mula saling jatuh cinta. Meluah kata sayang, melamar dan berkahwin, semua itu dilakukan penuh gaya oleh Dayyan Idraqi demi memiliki Izzara sepenuhnya. Dan menjelang malam perkahwinan, satu kemalangan tidak diduga mengubah perjalanan indah antara mereka. Izzara terluka, Dayyan Idraqi sengsara, tidak ada sesiapa yang mengecap bahagia.
Antara dua pilihan, Dayyan Idraqi memilih untuk berkorban. Tapi benarkah jalan yang dipilih ini tegak dan lurus? Jika benar mengapa hati Izzara masih terluka? Dan mengapa pula jiwa sendiri masih sakit dan menderita?
______________________________
SAAT HILANG CINTAMU BUKAN NOVEL LIMITED. STOK BANYAK!!
1) Harga Buku : RM35 (Free pos) - Semenanjung Malaysia
RM40 (Termasuk pos) - Sabah/Sarawak
2) Bayaran ke akaun Booku Enterprise
Acct No CIMB : 8602031024
Acct No Maybank : 512231374125
Name : Booku Enterprise
Bahagian Payment details (online banking sahaja) Sila letak nama masing2 ya.
3) Emelkan bukti bayaran ke langgan.booku@gmail.com
kalau tak ada scanner boleh screenshot atau jugak ambil gambar slip tu dengan jelas. Email yang tak ada bukti bayaran TIDAK AKAN DIREKOD okay? jangan lupa, ini paling penting. :)
3) Copy paste butiran di bawah dalam email.
Nama :
Alamat :
No. Tel :
Email :
Jumlah Buku :
4) Selepas email, anda akan terima auto-reply dari pihak Booku Enterprise. kalau tunggu sejam dua tak ada reply jugak, tolong email sekali lagi okay.
5) Yang bank in guna cash deposit machine, tolong note sekali dalam email kalau ada baki bayaran.
_____________________________________________
Okay rasanya itu saja. Please be informed yang jualan secara online ini hanya akan dijual oleh pihak Booku Enterprise sahaja. TIDAK AKAN MASUK PASARAN KEDAI-KEDAI BUKU ya.
nanti dah order, boleh contact Shidah Mustafar untuk sebarang pertanyaan . 017-3609674
Akhir kata, terima kasih sebab selalu support acik. harap2 SHC ini juga akan diterima baik oleh semua pembacaku sekalian. Anak sulung dari syarikat sendiri, nervous nak pengsan. hehe.
Babai sayang,
Acik Lana

Published on July 22, 2014 00:35
Order Novel Saat Hilang Cintamu KINI DIBUKA!!
Assalamualaikum wbt.
Kepada ahli group di Facebook Acik Lana : Luahan Otak Kecil mungkin dah sedia maklum yang novel SHC akan diterbitkan di bawah penerbitan Acik sendiri iaitu BOOKU ENTERPRISE.
Dengan ini secara rasmi acik umumkan order telah dibuka. Yahooo!!
Diingatkan bahawa novel ini hanya akan dipos bermula pada MINGGU KETIGA SYAWAL memandangkan banyak pejabat tutup selama beberapa hari.
Jadi sila order awal-awal supaya senang kami terus isi borang-borang pos secepat mungkin. Nanti buku sampai dari kilang terus sumbat dalam sampul dan pos. :)
Berikut cara-cara nak order dan SILA BACA DENGAN TELITI okay sayang? jangan skip-skip nanti kalau order ter-overlooked mmg haaaa haaaa tak tauuu~! hehe.
______________________________
SAAT HILANG CINTAMU BUKAN NOVEL LIMITED. STOK BANYAK!!
1) Harga Buku : RM35 (Free pos) - Semenanjung Malaysia
RM40 (Termasuk pos) - Sabah/Sarawak
2) Bayaran hendaklah dibuat ke akaun CIMB. Sorry sebab MBB susah sangat nk bukak acct dia.
Acct No : 8602031024
Name : Booku Enterprise
Bahagian Payment details (online banking sahaja) Sila letak nama masing2 ya.
3) Emelkan bukti bayaran ke langgan.booku@gmail.com.
kalau tak ada scanner boleh screenshot atau jugak ambil gambar slip tu dengan jelas. Email yang tak ada bukti bayaran TIDAK AKAN DIREKOD okay? jangan lupa, ini paling penting. :)
3) Copy paste butiran di bawah dalam email.
Nama :
Alamat :
No. Tel :
Email :
Jumlah Buku :
4) Selepas email, anda akan terima auto-reply dari pihak Booku Enterprise. kalau tunggu sejam dua tak ada reply jugak, tolong email sekali lagi okay.
5) Yang bank in guna cash deposit machine, tolong note sekali dalam email kalau ada baki bayaran.
_____________________________________________
Okay rasanya itu saja. Please be informed yang jualan secara online ini hanya akan dijual oleh pihak Booku Enterprise sahaja. Later on kalau ada rezeki kita masuk bookstores dan juga online seller yang lain. InshaAllah.
Dah bayar jangan expect esok lusa dapat novel tau, minggu ketiga syawal baru kita start pos. sekarang ambil order untuk siap2 tulis borang parcel. order terlampau banyak kalau semua buat serentak lepas buku sampai dari kilang memang saya boleh pitam. haha.
nanti dah order, boleh contact Shidah Mustafar untuk sebarang pertanyaan ya. 017-3609674
Akhir kata, terima kasih sebab selalu support acik. harap2 SHC ini juga akan diterima baik oleh semua pembacaku sekalian. Anak sulung dari syarikat sendiri, nervous nak pengsan. hehe.
Babai sayang, Selamat menjalani ibadah puasa dan juga selamat hari raya Aidilfitri. salah dan silap harap dimaafkan. muahhh~!!

January 28, 2014
Bab 2 : Akadku Yang Terakhir
Telefon bimbit yang berbunyi beberapa saat tadi dipandang tepat. SMS yang diterima dari nama yang cukup dia kenali itu membuatkan hati terusik seketika. Diusik dengan perasaan kurang senang. Nafas dihela berat sebelum anak mata meniti di satu persatu perkataan yang tertera jelas di mata.
I’ll take my stuff tonight. You ada dekat rumah?
Sekali lagi bibirnya melepaskan keluhan berat. Kepala yang sedikit pening disandarkan ke kerusi rotan yang diletakkan di tepi dinding di ruang balkoni itu. Tangan kiri yang memegang sepuntung rokok dibawa terus ke bibir. Rasa keras dari tembakau berjenama itu memberi sedikit kejutan ke kepalanya. Seketika dia menikmati rasa payau dan kelat yang memenuhi ruang di dalam mulutnya. Bosan memandang dada langit yang kelam, jari kanan mula bergerak. Menaip pesanan balas kepada Zalia di sebelah sana.
Sorry, you left nothing here.
Tidak sampai lima minit pesanan itu dikirimkan kepada Zalia, telefon bimbitnya berbunyi kuat. Terpandangkan nama gadis itu di dada skrin telefon, jiwanya mula bergolak. Mungkin pesanan terakhir tadi membuahkan rasa geram di hati Zalia.Dengan dengusan kurang senang, panggilan ini terpaksa juga disambut. Untuk melepaskan Zalia pergi selama-lamanya, mereka perlu mengakihiri semua ini secara aman, secara matang dan baik. Dia tidak mahu di masa hadapan Zalia masih berterusan mengganggu dan menghubunginya. Atau juga menyimpan sekelumit dendam dan kebencian.“Yes, Lia?” Sapanya mendatar.
Tangan kanan ditongkat ke kepala, jari pula lincah memicit dahi yang sedikit pening. Dia tahu ini bukan kesakitan kerana kisah penceraiannya, atau juga sebab dia kehilangan seorang isteri buat kali ketiga. Tapi dia sakit kepala memikirkan permintaan gila ayah petang tadi. Pakar psikologi? Huh, memang gila!
“Sayang, you cakap apa tadi?” Suara Zalia seperti biasa begitu lembut dan menggoda di telinga. Masih sama nadanya seperti pertemuan pertama mereka di KLIA empat bulan yang lalu.“Hmm? What do you mean? I cakap apa?”“Your SMS just now, kenapa you kata barang-barang I dah tak ada dekat rumah kita?”
Seketika Irham Zahri mengemam bibirnya. Ada sedikit perasaan bersalah, namun realiti tetap realiti. Dan kali ini dia mahu Zalia sedar bahawa hubungan mereka sudah putus dan tidak mungkin bersambung lagi. Sebolehnya dia tidak mahu ada sebarang tanda, kaitan, kenangan, mahupun ingatan tentang mereka berdua. Dan lebih elok jika mereka tidak lagi bertembung muka atau bertukar suara sampai bila-bila.“I dah hantar ke rumah sewa you. You call la Herina, I dah pass semua barang you pada dia.” Luahnya tenang. Dan kini telinga jelas menangkap dengusan nafas kasar Zalia di sebelah sana. Ada nada kurang senang mula terbit di hati gadis itu. Dia cukup mengerti.
“Why did you do that? Kan I dah cakap bila I balik dari fly, I sendiri akan ambil barang-barang I. Kenapa you tak bincang dulu dengan I?” Suara itu mula berubah rentak. Lebih beremosi dan kedengaran cukup kecewa dengan apa yang disampaikan sebentar tadi.
“I’m sorry, but I have to.” Balas Irham Zahri masih berlembut. “There’s nothing between us anymore, you dah tak boleh suka-suka nak masuk rumah I macam dulu. Kita dah bercerai, remember?”
“Hell yeah, of course I remember!” Balas Zalia dengan nada yang kian meninggi. “Tapi you tak boleh buang I macam tu aje. You nak bercerai, fine kita bercerai. Tapi you tak perlu layan I macam anjing kurap!”“I am not. In fact I tolong kemaskan barang you dan hantar semuanya dengan selamat. Wasn’t that enough?” Soal Irham Zahri bersahaja. Dia bangkit dari duduknya dan menapak ke hujung balkoni. Niat di hati memang tidak mahu memanjangkan pertelingkahan dan perbalahan, namun Zalia seolah-olah mencabar pula. Bila dia berlembut, mulalah nak pijak kepala!
“You tak pernah cintakan I kan, Irham?”Soalan itu benar-benar mengejutkan Irham Zahri. Mendadak dan bersahaja, dia langsung tidak bersedia. Dia terpaku sejenak, kemudian mengeluh perlahan dengan rasa bercampur baur. Cinta? Perkataan itu cuba dicari dan digali di dasar hatinya, namun sepi tidak terasa apa. Tidak pernah terasa perasaan indah di situ, semuanya sekadar luahan palsu di bibir. Sekadar mahu membeli jiwa seorang perempuan, sekadar mahu menjadi yang berhak dan layak.
“I…” Bibirnya diketap rapat. Nafas ditarik panjang. “Of course I pernah cintakan you Lia.”“It sounds so fake, Irham.” Bidas Zalia pedas. “You tak pernah cintakan I! You kahwin dengan I semata-mata you nak puaskan keinginan you kan? Sekadar nak halalkan yang haram?”
“Just stop it, Zalia!” Gerutu Irham Zahri dengan nada tertahan. “You pun tahu kenapa punca kita bercerai kan? Sebab you tak nak let go kerja you! You ingat I suka ke hidup macam ni? Ada isteri macam tak ada, you asyik fly sana sini tinggalkan I. I sunyi tahu tak?”
Tanpa sedar bibirnya mula memuntahkan nada-nada kasar. Dan paling memualkan, semua alasan itu sekadar rekaan untuk menutup sebab yang sebenar. Jauh di sudut hati dia tidak pernah peduli dengan jadual kerja Zalia sebagai seorang pramugari yang sering terbang ke luar negara. Kadangkala dia lebih selesa ditinggalkan sendiri, bebas untuk dia melakukan apa saja yang dia suka.
“Itu aje alasan you? How pathetic!” Sindir Zalia tidak mahu mengalah. “Kalau betul you nak isteri yang boleh you hadap dua puluh empat jam, kenapa you ceraikan Camelia? Kenapa you ceraikan Tasya? Bukan diaorang tu duduk rumah aje menghadap you?”
“I said stop it Zalia!” Tengking Irham Zahri kuat. Darah panas mula berdenyut di segenap urat tatkala egonya terguris dengan tuduhan itu. Berani sungguh Zalia menyentuh hal-hal peribadinya. “I dah cakap dengan you banyak kali, I don’t want to talk about my past relationships! Kenapa you nak ungkit-ungkit pulak hal ni?”
Suasana sepi seketika. Irham Zahri tidak habis-habis mendengus dan Zalia di sebelah sana pula langsung tidak bersuara. Entah kenapa perempuan itu emosi benar malam ini. Padahal ketika bercerai dahulu Zalia kelihatan lebih rileks dan tenang. Malahan Zalia menerima talaknya tanpa sedikit pun menitiskan airmata. Dan dari sudut pandangannya sendiri, dia yakin Zalia juga tidak mahu terikat dengan sebuah perkahwinan yang membebankan ini. Zalia ingin hidup bebas, ingin bergerak tanpa perlu bimbang memegang perkataan patuh dan taat. Tapi malam ini kenapa berbeza benar sikap gadis itu? Seram dia mahu memikirkannya.
“Irham I…”“Please Zalia.” Potong Irham Zahri laju. “Sometimes you have to accept the fact that what is done is done. Antara kita dah tak ada jodoh, dan I harap you faham. Sekarang you dah bebas, you boleh hidup dengan cara yang you nak.”“Ini bukan cara yang I nak, tapi ini apa yang you dah tentukan Irham!”
Irham Zahri mendengus keras apabila Zalia semakin lantang menyerangnya. Entah apa yang sudah Zalia jumpa di Paris sampaikan ke tahap ini perempuan itu cuba mencabar kesabarannya. Atau ada hasutan lain yang sudah singgah ke telinga Zalia?“Kita dah settlekan semua ni kan? Apa lagi yang you nak bising-bising ni? Kita dah bercerai secara baik, now we can move on. You teruskan hidup you, dan I akan teruskan hidup I macam dulu.” Luah Irham Zahri sedikit tegas. Dia mahu Zalia benar-benar faham.
“Then you boleh pilih bini baru pulak, macam tu?” Tuduh Zalia dengan nada mengejek. “Oh please, it’s none of your business.”“You know what Irham? You're such a jerk!” Kedengaran nafas Zalia di sebelah sana tersekat-sekat. Mungkin bercampur baur dengan perasaan marah dan sedih."Percayalah cakap I Irham, one fine day you akan rasa apa I rasa. Dan time tu I nak tengok sama ada you jatuh terduduk, atau you boleh berdiri tegak lagi dengan ego bodoh you tu!
Belum sempat Irham Zahri mahu menjerit dan meluahkan kata-kata yang menaikkan egonya semula, Zalia sudah memutuskan talian. Jiwa meradang tiba-tiba. Menggelegak darah panas yang mengalir di seluruh tubuhnya yang tidak berbaju ini.Berani sungguh Zalia mengugutnya begitu! Siang tadi ayah mendesak yang bukan-bukan, dan sekarang Zalia pula mendoakan kehancuran hidupnya. Apa semua ini? Kenapa semua orang seolah-olah menyalahkan dia? Membenci dirinya?
Rambut dilurut kasar. Kusut dan tertekan. Ah, kalau dia berterusan begini, dia yakin dia akan betul-betul hilang akal nanti! Khairi.. nama itu tiba-tiba muncul di benaknya.
****************
“Laaa… kenapa tak habis makan ni?”Lamunan panjang Rania terhenti apabila sapaan lembut itu singgah ke telinga. Dia mengangkat muka, menentang renungan redup yang masih melekat tepat ke matanya. Bibir segera mengorak senyuman nipis. Sekadar mahu menutup rasa hati yang sejak tadi tidak menentu rentaknya.
“Nia dah kenyanglah, abang nak?” Pinggan berisi mi goreng mamak yang hanya luak separuh itu ditolak sedikit kepada Fazriq. Melihat Fazriq tergelak kecil, dia memuncungkan bibir menunjuk rajuk. “Kenapa abang gelak? Nia pelawa ikhlas ni.”
“Ya, abang tahu Nia ikhlas. Tapi abang pelik sebab selalunya orang tu kuat makan, sepinggan pun tak cukup.” Usik Fazriq yang masih sukar membuang senyuman dari bibirnya. Pinggan berisi mi goreng itu ditolak semula hampir kepada Rania. “Makanlah sampai habis, tak elok membazir. Lagipun hari ni umi tak masak lebih, petang tadi abang dah habiskan semua lauk yang umi masak tu.”
“Abang dah habiskan semua? Tak tinggal langsung untuk Nia?” Soal Rania dengan anak mata masih dipusatkan ke wajah ceria lelaki yang duduk di hadapannya itu.“Nope, and I am so sorry.” Luah Fazriq dengan senyuman kian melebar. “Hari ni abang penat sangat main bola, perut jadi lapar semacam. Tiga pinggan abang makan tadi tau.”
Terdengarkan kata-kata itu, Rania menahan tawa. Dia bukannya kisah sangat tentang lauk pauk di rumah umi itu. Kadang-kadang dia sendiri tidak sempat mahu menjamah makanan. Sampaikan umi pun selalu naik sentap dengan sikapnya. Bukan dia sengaja, dia balik ke rumah pun sudah jauh malam. Badan yang letih lebih menuntut bantal di bilik tidur berbanding nasi di dapur. Dan selalunya selepas Fazriq menjemput dia di hospital, mereka akan terus ke kedai mamak berdekatan untuk menjamu selera. Walaupun sekadar menikmati mi goreng kegemarannya, rasa kenyang itu memang mampu bertahan sehingga keesokan hari. Mungkin kerana kurang menjaga makan, berat badannya sedikit menurun kebelakangan ini.
“Nia ni makan macam mana? Tengok tu, habis comot tudung dia.”Berderau darah Rania apabila tangan Fazriq menyentuh lehernya yang dilitupi tudung berwarna merah jambu. Selamba sahaja lelaki itu mengelap kotoran yang terpalit di situ. Jantungnya mula berdegup kencang, terlalu pantas. Tiba-tiba sahaja wajahnya membahang hangat, serba tidak kena dia mahu bernafas. Biarpun hati bergendang hebat, namun anak mata ini masih melekat tepat ke wajah itu. Demi Tuhan, kenapa Fazriq mahu menguji hatinya begini!“Err.. tak apalah, Nia boleh bersihkan sendiri.” Luahnya sedikit gementar. Tisu di tangan Fazriq dirampas tanpa isyarat. Kekok dia mahu memandang wajah lelaki itu. Dia benar-benar malu dan segan.
“Okay, fine. Tapi tak payah nak rampas-rampas tisu tu macam terrorist boleh?”Rania tersenyum kelat dengan gurauan yang singgah ke telinga. Debaran di dada masih terasa sehingga dia tidak mampu mahu menentang pandangan Fazriq. Dia sedar yang beberapa tahun kebelakangan ini jiwanya mula terkesan dengan kehadiran lelaki itu. Sentiasa terkesan dan berbekas.
Sejak dia menginjak ke alam remaja dan mula mengenal perasaan cinta, rentak jantungnya tidak lagi berdegup normal setiap kali mereka bersama. Hati perlahan-lahan mulai tertawan kepada Fazriq. Sikap lelaki itu yang terlalu melindungi, menyayangi, membuatkan dia hanyut dalam angan-angan sendiri. Apatah lagi Fazriq kian menginjak dewasa dengan wajah yang tampan, tubuh yang segak persis sang atlit, segala-galanya kelihatan begitu sempurna di matanya. Dia memang sudah tertawan, dia memang sudah gagal mengawal rasa di hati.Dan kerana rasa itu, mata mula giat merenung, memerhati, mencuri pandang, dan kadangkala dia terleka dalam dunia ciptaannya sendiri. Dunia yang hanya didiami oleh dirinya dan bayangan Fazriq. Dunia yang sangat-sangat indah!
Seketika pandangan masih merenung wajah Fazriq. Lelaki itu leka menonton siaran berita yang terlayar di skrin besar di hujung restoran. Nafas ditarik dalam-dalam. Masih ada getaran halus di hujung hatinya. Raut ini sudah ditatap oleh matanya selama hampir sepuluh tahun, namun tidak pernah sekali pun dia berasa jemu atau bosan. Malahan dia jadi ralat jika tidak melihat Fazriq dalam sehari.Walaupun yakin dengan perasaan yang berputik di jiwa, walaupun dia sedar dia sudah jatuh cinta, namun lidahnya masih membeku. Tidak pernah terluah walau sebutir ayat manis dari lidahnya ini. Dia takut. Dia takut dia mungkin kehilangan lelaki itu buat selama-lamanya.
“Nia ni banyak menung sekarang kan? Nia dah ada boyfriendke?”Bagaikan ditampar di muka, Rania tersentak. Sekali lagi pandangan berlaga dengan mata jernih milik Fazriq. Wajah yang kemerahan membuatkan dia mengalih pandang ke sisi. Menggelabah.“Haa.. muka merah tu, ada boyfriend la ni. Betul tak?”
“Abang jangan nak merepeklah.” Getus Rania seraya menjeling tajam kepada Fazriq. “Boyfriend apanya kalau hidup Rania ni asyik terperuk dekat hospital tu aje.”
Fazriq tergelak kecil. Wajah Rania yang comel kemerahan itu ditatap tepat.“Eh, kenapa pulak? Dekat hospital tu kan ramai doktor-doktor muda, takkan tak ada yang mengurat Nia? Punyalah cantik Nia ni, tak ada yang berkenan?”
Tersipu-sipu Rania dengan pujian itu. Dipuji cantik oleh lelaki yang dipujanya, memang terasa bagaikan dunia ini dia yang punya!“Mana adalah. Nia pergi hospital tu untuk kerja, bukan cari calon suami.” Balasnya bersahaja. Tangan melurut tudung di muka, menutup rasa segan yang berbaki.
“Eleh, yalah tu. Umur Nia dah 26 tahun tau, dah sesuai sangat cari calon menantu untuk umi. Umi dah banyak kali mengadu dengan abang dia nak cucu. Bila Nia nak bagi?”
Rania terpempan. Pantas anak matanya mencari wajah Fazriq. Lelaki itu kelihatan tenang bersahaja, tidak langsung menunjuk riak berlainan. Sepantas itu hatinya walang tiba-tiba. Mungkin selama ini hanya dia berperasaan begini. Mungkin Fazriq tidak pernah punya rasa yang serupa. Atau mungkin lelaki itu sekadar menganggap hubungan mereka ini seperti adik dan abang?
Tapi kalau benar semua itu, kenapa sehingga kini Fazriq tidak pernah punya kekasih? Kenapa lelaki itu mementingkan dia berbanding orang lain? Layanan, renungan, tutur kata, semuanya seolah-olah membayangkan dia ini yang paling utama untuk lelaki itu. Kedudukan dia di tempat teratas dalam senarai kepentingan Fazriq. Dia tahu, dia boleh rasakan semua itu. Atau mungkin Fazriq juga menahan perasaan kepadanya kerana abah dan umi? Sama seperti apa yang dia lakukan kini. Ah, dia tidak ada keberanian untuk bertanya, untuk mencari jawapan.
“Nia, are you okay? Nia marah ke abang tanya macam tu?”“Eh, taklah.” Bibirnya tersenyum kelat. “Kalau umi nak cucu, abanglah bagi dulu pada umi.”“Abang?” Fazriq menunjuk dirinya sendiri. Dia tersenyum, kemudian menggelengkan kepala beberapa kali. “Belum sampai turn abang lagi, abang kena tunggu sikit masa lagi.”
“Kena tunggu? Kenapa?” Soal Rania tidak mengerti. Kata-kata itu bagaikan melontar sebuah teka teki kepadanya. Dia keliru.“Banyak sebab Nia. Dan abang tak nak lukakan hati orang-orang yang abang sayang…”
Sekali lagi Rania terpaku. Hatinya mula bergetar. Apa maksud Fazriq? Mungkinkah lelaki itu memang ada perasaan yang sama seperti dia? Demi Tuhan, dia benar-benar berharap begitu!“Jom kita balik Nia. Nanti lambat umi risau pulak.”Rania mendongak kepada Fazriq yang sudah bangkit berdiri. Jelas airmuka lelaki itu kelihatan sedikit keruh, berbeza dengan apa yang dilihatnya sebelum ini. Apa yang ada di hati itu? Sungguh, dia benar-benar ingin tahu.
Masuk saja ke dalam kereta, Rania masih mendiamkan diri. Entah kenapa ruang diantara mereka berdua bagaikan janggal sekali. Tidak seperti biasa. Fazriq yang duduk di tempat memandu juga seperti tidak berminat mahu berbual dengannya. Ketika kereta Fazriq mengundur untuk keluar dari kotak parkir, satu dentuman kuat kedengaran di belakang. Serentak itu Rania terasa tubuhnya terhenyak ke depan. Darahnya berderau laju. Cemas dan terkejut dengan apa yang berlaku.
“Ya Allah… Nia okay ke? Ada terhantuk dekat mana-mana tak?” Soal Fazriq sedikit resah. Tangannya menyentuh kepala Rania, memeriksa jika ada kecederaan yang tak diduga. “Abang mintak maaf Nia. Abang tak tengok belakang betul-betul tadi.”
“It’s okay, it’s okay. Nia tak injured pun.” Balas Rania bersungguh. Tangannya menolak sentuhan Fazriq, tidak mahu lelaki itu menyentuhnya terlalu bebas.“Alhamdulillah kalau Nia okay. Nia tunggu sini sekejap, abang nak check kereta belakang.”
Rania sekadar memandang Fazriq keluar dari kereta. Sempat juga dia mengintai untuk melihat siapa yang melanggar kereta mereka sebentar tadi. Tidak begitu jelas wajah dua orang lelaki yang sedang bercakap-cakap dengan Fazriq itu. Mujurlah tidak ada sebarang perbalahan berlaku kerana kesilapan Fazriq sebentar tadi. Tahu sajalah zaman sekarang, ramai yang nak berlagak seperti gangster!
Perlahan Rania melepaskan keluhan berat. Dia tahu fikiran Fazriq terganggu dan bercelaru sehingga lelaki itu bersikap cuai begini. Cuma dia tidak tahu apa puncanya. Namun jauh di sudut hati, dia berharap semuanya kerana dia. Hanya dia.
Published on January 28, 2014 23:46
October 9, 2013
Pengenalan Akadku Yang Terakhir
Assalamualaikum....
For those yang takde dalam group FB acik, acik nak inform yang next project novel acik adalah AKADKU YANG TERAKHIR.
InshaAllah kalau semua berjalan lancar, novel ni akan diterbitkan tahun depan di bawah penerbitan KakiNovel. sekarang tgh usaha gigih utk siapkan manuskrip sebab dateline adalah bulan depan. pitamssss!
jadi pada siapa-siapa yg takde FB, tapi teringin nak baca cerita tu, ni acik publish di sini. time to time acik apdet, inshaAllah bila free k.
Acik cuba lebih baik utk karya ni, belajar dan belajar, harap memenuhi selera anda ya. ^_^
selamat berkenalan dengan hero dan heroin baru. hehe.
______________________________________________
Irham Zahri
Rania Baheera
Intro : Bab 1 Akadku Yang Terakhir
“Good morning, Nia!”Rania tersenyum senang. Dia membalas teguran Zulaikha dengan mengangkat sebelah tangannya. Langkah diteruskan menuju ke meja kerjanya yang terletak di cubicle paling hujung di ruang itu. Dia dapat mengagak yang Zulaikha mengekorinya dari belakang. Jelas kedengaran bunyi derap kasut tumit tinggi temannya itu di telinga.
Setelah meletakkan beg tangan ke dalam laci kabinetnya, Rania melabuhkan duduk di atas kerusi. Tangannya sibuk mencuit itu dan ini, membuat persediaan awal sebelum memulakan tugasnya hari ini. Suis laptop ditekan, kertas-kertas nota yang ditinggalkan di mejanya dibelek sepintas lalu.
“Nia, congrats! Nah, Doktor Hamida bagi satu lagi fail untuk kau.”
Kepalanya didongak, memandang wajah ceria Zulaikha yang berdiri di hadapan mejanya. Pandangan jatuh pula kepada fail kertas berwarna coklat yang dihulurkan oleh temannya itu. “Another file?” Soalnya apabila fail tersebut bertukar tangan.
“Yes. Another file, another client.” Balas Zulaikha masih ceria. “Nampak tak betapa Doktor Hamida percayakan kau? Banyak client dia hand over pada kau sekarang, itu maknanya prestasi kau memang memuaskan hati dia!”
Rania sekadar tersenyum dengan pujian itu. Dia tahu yang Doktor Hamida memang menaruh harapan yang tinggi kepadanya. Namun kepercayaan yang diraih kini bukan datang dengan mudah.. Banyak yang telah dia buktikan, tunjukkan, dan semua usahanya nyata tidak sia-sia. Namanya mula terlakar sebaris dengan pakar-pakar psikoterapi yang sudah sedia ada di hospital swasta ini.“Anyway, thank you sebab puji aku. Lunch nanti aku belanja kau ya?”
Zulaikha mencebikkan bibirnya, kemudian tergelak kecil pula. “Aku puji ikhlaslah Nia, bukan ada niat lain. Tapi kalau kau nak belanja jugak, aku boleh cakap Alhamdulillah ajelah.”
Rania ikut sama tergelak. Dia tahu Zulaikha bukannya jenis yang bermuka-muka, atau mahu membodek. Persahabatan selama tiga tahun sudah cukup untuk dia mengenali sifat luar dan dalam temannya itu.
“Okaylah Nia, aku tahu kau dah tak sabar-sabar nak belek fail tu kan? Kita jumpa lunch nanti.”
Bagaikan mengerti rasa teruja di hatinya, Zulaikha segera berlalu meninggalkannya. Dia memang begini. Setiap kali ada fail baru sampai ke tangannya, perasaan di dada meluap-luap dengan rasa ingin tahu.Dia mahu tahu siapa klien terbarunya, apa masalah yang melanda, apa konflik yang dihadapi, dan selepas itu otaknya tidak akan mampu duduk diam lagi. Fikirannya akan mula ligat menyusun aktiviti-aktiviti yang akan dia lakukan ketika sesi terapi nanti.
Seperti kata umi, kerjaya yang dipilih olehnya ini terlalu sukar. Dia seolah-olah sengaja mencampakkan diri ke dalam permasalahan orang lain, mencari masalah namanya. Menyesakkan kepala sendiri untuk mencari jawapan kepada persoalan yang samar-samar di bayangan.
Memang sukar bunyinya. Dan dia akui yang kadangkala fikirannya ikut sama bercelaru. Lelah memikirkan masalah klien-klien yang saban hari menerobos ke telinganya. Namun inilah kerjaya yang dia pilih, kerjaya yang memberi seribu satu kepuasan kepada dirinya. Dan kerana itu dia bertekad untuk terus membantu, memberi dorongan dan galakan kepada yang memerlukan. Sama seperti apa yang dilakukan oleh Doktor Hamida yang cukup dia kagumi selama ini.
Sekali lagi pandangannya terhala ke fail berwarna coklat di atas meja. Dia perlu mengambil sedikit masa untuk bertenang dan mengosongkan fikiran supaya tidak ada masalah-masalah lain bercampur aduk sama. Apabila sudah cukup bersedia, fail tersebut dibuka penuh yakin. Helaian pertama yang tertulis Terapi Kognitif Tingkah Laku dicapai untuk melihat butiran kliennya. Anak mata meniti di satu persatu huruf yang tertaip di atas kertas di tangannya.
Irham Zahri bin Alaudin– 30 tahun.Pengurus Pemasaran.
Sepintas lalu hatinya menyebut sebaris nama itu. Nampaknya kali ini dia berhadapan dengan klien lelaki sekali lagi. Dia akui antara cabaran yang paling sukar dalam kerjayanya adalah berhadapan dengan klien lelaki. Memang payah untuk dia cuba membina kepercayaan apabila mahu menangani kaum lelaki yang memang terkenal dengan sikap ego yang tinggi. Mereka tidak gemar berkongsi cerita atau meluahkan masalah secara terbuka. Dan kerana itu dia perlu bijak mendekati secara halus, memulakan bicara dengan penuh hormat dan menghilangkan apa juga sempadan yang ada diantara mereka berdua. Fikirannya dan klien perlu bersatu.
Dan jelas sekali masalah lelaki bernama Irham Zahri ini jauh berbeza dari konflik-konflik yang pernah dia selesaikan sebelum ini. Minatnya tiba-tiba saja naik mendadak, bagaikan ada semangat aneh terhembus kuat ke hati tatkala membaca satu persatu butiran itu. Hatinya berbahang panas, ada rasa marah dan geram bercampur baur tanpa dipinta.
Ya Allah, lelaki jenis apa perangai macam ni? Gerutunya beremosi. Nafas terasa kian panas. Ada garis halus yang dalam mencalarkan hatinya tanpa dia sedari. Sekali lagi anak mata meneliti butiran yang sudah dibacanya sebentar tadi.Rania merengus geram. Lelaki bernama Irham Zahri ini sudah bernikah sebanyak tiga kali, dan tiga kali juga lelaki itu bercerai tanpa sebab!Apa, si Irham ni fikir berkahwin tu macam pilih ikan dekat pasar? Hari ni ambik, esok lusa dah tak nak boleh buang? Bibirnya diketap rapat menahan rasa berbuku di dada. Bagaimana seorang lelaki waras dan berkerjaya seperti Irham boleh berfikiran cetek begini? Apa yang lelaki itu fikirkan ketika memilih seorang isteri? Pentingkan paras rupa semata-mata? Atau tarikan fizikal yang jelas nyata cuma sementara?
Dengan perasaan yang masih turun naik melawan emosi, Rania menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Dia gelisah. Ada rasa tidak sabar mahu merungkai rahsia hati seorang lelaki bernama Irham Zahri. Lelaki yang baginya cukup kejam, cukup mementingkan diri sendiri. Kalau lelaki itu seorang yang budiman, mustahil Irham tergamak memperjudikan hidup seorang wanita. Bak kata pepatah, dah dapat madu, sepah dicampak jauh-jauh!
Tanpa sedar tangannya pantas mencapai gagang telefon. Nombor empat angka ke telefon Zulaikha didail dengan rasa kurang sabar. “Zue, kau arrangekan session aku dengan klien ni ASAP.”“Err.. klien mana ni Nia?” Kedengaran suara Zulaikha terpinga-pinga di sebelah sana.“Klien yang kau baru bagi aku tadi.”“Encik Irham Zahri?”“Yes, immediately please.” Arahnya sedikit tegas.
“Okay, but aku kena check slot kau dulu. Paling cepat lusalah kot, sebab untuk esok session kau dah penuh.” Terang Zulaikha jelas. “Kenapa Nia? Kau macam cemas semacam aje, teruk sangat ke penyakit klien kau ni?”
Seketika Rania membisu. Dia tidak mahu terlepas cakap kerana rahsia klien adalah rahsianya juga. Mana mungkin dia mencalarkan sikap professionalnya dengan menjaja keaiban orang lain. “Thanks for your help Zue. Kita jumpa lunch nanti.”
Talian segera dimatikan. Dan kemudian dia kembali menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Berat, memang berat tugas yang harus dia pikul kali ini. Bukan mudah mahu menyedarkan lelaki seperti Irham yang hidup tanpa pegangan kuat seperti itu. Walaupun mereka belum bertentang muka, dia tahu lelaki itu mempunyai ego yang tinggi, rasa sabar yang terlalu sedikit, dan mungkin sifat baran yang ketara.
Dan paling penting, mampukah dia mengubah Irham Zahri di penghujung sesi terapi kelak? Atau meyakinkan lelaki itu betapa indah ikatan sebuah perkahwinan yang mampu kekal hingga ke syurga?
Well, dia boleh cuba!
**************
“Ayah cakap apa ni??” Suara garau itu melengking tinggi. Bergema seluruh ruang makan kerana nada yang tiba-tiba saja naik mendadak itu.
Tuan Alaudin mengangkat muka. Tajam pandangannya merenung wajah muda yang kini sudah berdiri dengan riak mencuka. Dia sudah menjangkakan begini reaksi anaknya, namun dia sendiri sudah bersiap sedia untuk ‘serangan balas’. Kali ini dia tidak mungkin akan mengalah lagi!
“Apa? Apa yang ayah cakap ni tak masuk akal bagi kamu?” Soalnya bersahaja. Kopi suam yang masih separuh cawan disisip perlahan tanpa mempedulikan dengusan kasar yang melantun-lantun ke telinganya.
“Yes! True! That is ridiculous ayah!”
Tuan Alaudin mengorak senyuman kecil, senyuman yang menghantar isyarat menyindir dan mengejek. “Mengarut kata kamu? You’re sick Ham, you need help!”
Irham Zahri terpempan dengan kata-kata tegas itu. Dia sakit? Bila masanya dia sakit? Ah, ayah memang sengaja mahu memperlekehkan dirinya. Bukan baru sekarang, memang sejak dahulu lagi mulut ayah tidak pernah mahu memuji. Asyik mengeji dua puluh empat jam!
Dengan rasa sebal di dada, Irham Zahri melepaskan keluhan geram. Tangannya serba tidak kena mahu melurut rambut dan muka yang berbahang panas. Sangkanya dia boleh menikmati makan malam yang tenang di rumah orang tuanya, namun jelas ayah masih gemar berperang seperti selalu. Pantang bertembung muka, ada saja salah dan silapnya di mata lelaki itu. Rimas!
“Ham, ikutlah cakap ayah tu sayang. Apa yang ibu dan ayah buat ni untuk kebaikan kamu jugak. Kami nak tengok kamu hidup bahagia macam orang lain.”
Suara lembut itu mengalihkan perhatian Irham Zahri. Jika tadi anak matanya melilau ke sana sini mencari sedikit ketenangan, kali ini pandangannya terhenti di wajah penuh kasih ibu yang masih setia duduk di sisi ayahnya sejak tadi. “Tapi Ham memang bahagia ibu, Ham happy dengan life Ham sekarang.” Balasnya dengan nada sedikit lembut. “Ham tak faham kenapa ayah suka sangat masuk campur urusan hidup Ham, Ham bukannya budak-budak lagi!”
“Memang kamu bukan budak-budak lagi, tapi otak kamu tu dah cukup matang ke?” Bentak Tuan Alaudin sedikit berang. “Kamu sedar tak kaki kamu tu melangkah lurus ke senget? Kalau betul lurus, takkanlah hidup kamu tunggang langgang macam sekarang ni?”
“Apa yang tunggang langgangnya ayah? Ham ada karier, Ham ada harta, apa yang kurangnya lagi?” Balas Irham Zahri dengan nada serupa.“Perangai kamu tu! Ada kamu fikir pasal perangai kamu tu?”“At least Ham tak buat zinalah ayah!”
Berat keluhan terhela di bibir Tuan Alaudin. Dadanya yang sedikit perit diusap perlahan. Lelah dia mahu menyedarkan Irham Zahri biarpun sudah berkali-kali dia mencuba. Ego anaknya terlalu melangit, hati anaknya itu sudah buta kerana terlalu mengikut rentak dunia dan nafsu sendiri.
“Ham, tak boleh ke kamu berlembut sikit dengan ayah kamu ni? Kalau ayah bagi nasihat tu, kamu patut dengar dan cuba untuk faham, bukannya melawan macam ni!” Ujar Puan Badariah sedikit kesal. Segelas air kosong diunjukkan kepada suaminya. Sungguh hatinya bimbang jika Alaudin mendapat serangan jantung kerana masalah mereka anak beranak yang tak pernah habis!“Ham, kamu pun tahu kenapa ayah marah sangat kan?” sambungnya sedikit lembut memujuk. Wajah keruh Irham Zahri masih tidak lepas dari pandangan matanya.
“Hmm.. sebab Zalia?” Teka Irham Zahri bersahaja. “Ibu, Ham dah tak ada jodoh dengan dia, takkanlah itu pun ayah nak pertikaikan? Jodoh, ajal dan maut kan di tangan Tuhan, apa yang boleh Ham buat lagi?”
Tersirap darah Tuan Alaudin dengan kata-kata Irham Zahri yang bagaikan sengaja mahu menyindirnya. Memang semua itu kerja Allah, aturan Allah, tapi lihatlah pula sikap anaknya yang memalukan itu. Langsung tidak tahu bersyukur!“Memang semua itu di tangan Allah, tapi kamu sedar tak apa kamu dah buat?” Tengkingnya sedikit kuat. “Tak sampai sebulan kamu bernikah dengan Zalia, sekarang senang-senang kamu ceraikan dia?”“Kami dah tak sefahamanlah, takkanlah Ham nak hidup dengan dia lagi!”
“Astaghfirullahalazim…” Lafaz Tuan Alaudin penuh kesal. Jiwanya merintih hiba mengenangkan keterlanjuran anaknya itu. Kalau diikutkan rasa baran di hatinya ini, memang teruk Irham dikerjakannya. Mana maruahnya mahu diletakkan jika punya anak berperangai begini?“Kamu ingat nikah kahwin tu mainan? Kamu fikir isteri tu macam baju? Hari ini nak, kamu ambil. Esok lusa tak nak, kamu tukar yang lain?”
Irham Zahri menjulingkan matanya ke atas. Bosan diasak dengan soalan yang sama berulangkali.“Ayah, Zalia pun tak kisah kitaorang bercerai. Yang ayah nak bising-bising kenapa? Bukannya Ham buat zina, ataupun buntingkan anak dara orang!”
“Tapi ini dah kali ketiga kamu bercerai! Kamu rasa semua tu okay lagi ke hah??” Tempelak Tuan Alaudin bengis. Mujurlah Badariah sempat memegang erat lengannya, jika tidak memang sudah melayang tangannya ini ke muka Irham. Dasar anak tak mengenang budi!
Melihat ayahnya bingkas bangun dengan wajah merah padam begitu, Irham Zahri tahu kemarahan ayahnya sudah di tahap maksima. Jika selama ini pergaduhan mereka hanya di bibir, saling bertelingkah dan membantah, namun kali ini ayahnya sudah berniat mahu memukulnya pula. Ah, memang silap besar dia balik ke sini!
“Ham, ibu pun pelik dengan perangai kamu ni. Dulu beria-ia kamu suruh ibu pinangkan si Zalia tu, sekarang kamu kata tak suka pulak? Tak sampai sebulan kamu kahwin dengan Zalia, dan sekarang bercerai lagi. Ibu malu dengan keluarga dia…” Luah Puan Badariah sedikit sebak.
“Sebab tu saya kata anak awak ni sakit, otak dia tu dah tak betul!” Tambah Tuan Alaudin dengan nada serius. “Anak awak ni fikir dia boleh dapat semua perempuan dalam dunia ni agaknya. Ikutkan sangat hati muda dia tu, inilah padahnya! Yang menanggung malu, tebal muka, kita jugak. Dia apa tahu? Lepas tangan macam tak buat salah!”
Berdesing telinga Irham Zahri menerima sindiran-sindiran itu. Nafasnya dihela kasar. Semakin lama dia berdiri di sini, semakin goyah kesabarannya. Dia tidak mahu meluahkan kata-kata yang lebih teruk lagi kerana dia sayangkan ibunya. Kalau pergaduhan ini berpanjangan, silap-silap dia mungkin tidak lagi dibenarkan menjejak kaki ke sini.
“Ayah tak kira, lusa kamu kena jumpa jugak pakar psikologi tu. Ayah dah arrangekan semuanya untuk kamu. Just pergi sana dan biar dia tengok wayar apa yang dah terputus dekat otak kamu tu!”
“Ham belum gilalah ayah!” Bantah Irham Zahri lantang. Wajah garang ayahnya ditentang berani. Sekelumit pun tidak ada rasa gentar, sebaliknya ego di hatinya ini kian tercalar balar. “Apa, ayah ingat kalau bercerai je orang dah boleh jadi gila?”
“Orang lain mungkin tak, tapi kamu tu yang dah tak siuman!” “What??”Tuan Alaudin menganggukkan kepalanya beberapa kali, menunjuk sepenuh keyakinan dengan apa yang dikatakannya sebentar tadi. “Kalau kamu siuman, kamu takkan buat isteri-isteri kamu macam tu. Bernikah tak sampai setahun, lepas tu bercerai! Tiga kali kamu buat macam tu, apa motif kamu sebenarnya? Apa yang kamu nak buktikan?”
Irham Zahri melepaskan keluhan bosan. Dia tidak ada hati mahu membalas pertanyaan itu. Pertelingkahan ini takkan berakhir biarpun dia menghimpunkan beribu alasan kepada ayahnya. Takkan ada penamat dan penghujungnya.Malas mahu mengeruhkan keadaan, Irham Zahri mencapai kunci kereta dan telefon bimbit yang diletakkan di atas meja makan itu. Dia mengerling ke wajah keruh ayahnya, dan kemudian berpindah pula kepada wajah sayu ibu yang masih cuba menenangkan keadaan.“Ibu, Ham balik dulu.” Luahnya seraya menghala langkah ke ruang tamu.
“Lusa kamu mesti ke hospital tu Ham. Kalau kamu tak pergi, jangan sesekali kamu jejakkan kaki ke rumah ni! Ayah takkan terima anak yang berperangai buruk macam kamu!”
Rapat Irham Zahri memejamkan matanya tatkala ugutan itu menerpa ke telinga. Dia tahu kali ini ayahnya tidak lagi memberi muka. Penceraiannya yang masuk kali ketiga benar-benar memberi tamparan yang hebat kepada kedua orang tuanya. Tapi untuk dia menuruti kehendak ayah dan berjumpa dengan pakar psikologi itu memang perbuatan yang tidak masuk akal. Dia belum gila lagi!
Oh, atau mungkin sebentar lagi dia akan betul-betul gila kerana memikirkan semua ini!

Rania BaheeraIntro : Bab 1 Akadku Yang Terakhir

Published on October 09, 2013 17:24
August 29, 2013
Order Perempuan Yang Paling Aku Cinta dibuka semula!!
Assalamualaikum,
Atas permintaan ramai, dan untuk memberi kesempatan kepada reader2 kesayanganku yang belum perpeluang memiliki PYPAC, inilah masanya! This is it! Order kini dibuka.
SILA BACA KETERANGAN DI BAWAH DENGAN TELITI ya. jangan panik sebab stok banyak lagi 2-3 hari ini. take your time. :)
:: cover sudah ditukar. didesign oleh tukang taip sendiri.hehe. ::
Cakap panjang lebar pun tak bermakna sebab semua orang akan scroll laju-laju cari nombor akaun kan? hehe. terima kasih atas keterujaan.
okay berikut cara utk buat pesanan. harap dapat beri perhatian supaya order uols TAK HILANG dan sebagainya.
Bayaran :
Bank in ke akaun CIMB . Hanya satu akaun ini sahaja kita guna ya.
14400000600103 -Rasiah binti Abdul Rashid
Harga Buku : RM33.00 (Tidak termasuk kos pos)
Postage : Semenanjung - 1 buah RM6,
Semenanjung - 2 hingga 4 buah RM9
Sabah - 1 buah RM12
Sabah - 2 buah RM17
Sarawak - 1 buah RM11
Sarawak - 2 buah RM16
Brunei - 1 buah RM28
Brunei - 2 buah RM56
* Pembelian melebihi kuantiti di atas, kadar pos adalah berlainan.
Details bayaran :
1) Di ruangan DESCRIPTION pada online banking anda, sila masukkan nama sendiri ya. Memudahkan kami untuk menyemak status bayaran.
2) Bukti pembayaran WAJIB dikepilkan pada email. Kalau tak boleh scan, snap gambar dan attachkan pada email. Email yang tidak disertakan dengan slip bayaran, tidak akan dilayan. heh heh heh.
Maklumat Pembeli :
Sila copy paste ini dan letakkan dalam body email anda. Emailkan kepada orderpypac@gmail.com
Nama :
Nama FB (Jika Ada) :
Tarikh & Waktu Bayaran :
Jumlah Bayaran :
Payment Ref :
Kuantiti Buku :
Alamat Lengkap :
Nombor Telefon :
Sorry kena tulis banyak sikit, tapi details ni penting untuk rekod dan rujukan di masa depan. :)
Tempoh Tempahan
Selepas bayaran diterima dan direkod, buku akan dipos secara berperingkat bermula pada 5 September 2013.
Siapa tempah dulu, dia akan dapat dulu. Jangan risau, semua akan dapat buku masing-masing. Bezanya cepat dan lambat sahaja ya. kita akan cuba pos secepat mungkin pada semua.
Untuk makluman, Acik tak involved secara langsung dengan proses jual beli buku ni sebab acik sibuk nak kejar dateline siapkan manuskrip terbaru. hehe.
Jadi mungkin bila uols pm/mesej, acik takkan sempat baca. so jalan paling selamat, hubungi pihak berkenaan supaya tak ada yang terlepas pandang.
Jadi sebarang pertanyaan tentang status order nanti, boleh terus direct pada Cik Shidah Mustafar. Boleh add dia di FB, atau SMS/CALL di talian 011-23828352.
Terima kasih atas sokongan semua. Semoga berpuashati dengan kisah Bunga & Kimi nanti. Muahh!!
p/s : Ada tak yang beli first batch dulu belum dapat buku? Atau dapat buku rosak? Jika ada, sila tinggalkan email adress/phone no pada ruang komen di bawah ya. TQ
Salam sayang,

Published on August 29, 2013 20:00
May 29, 2013
Bab 12 : Hati Yang Memanggil Namamu...
“Nah, minum.”Helena yang sedang duduk bersandar di bonet hadapan kereta Jazz kuning itu menoleh ke kanan. Pandangannya tertancap pula kepada kotak minuman berperisa laici yang diunjukkan oleh Izzat kepadanya. Lambat-lambat dia menyambut huluran lelaki itu.
Suasana di atas bukit itu kembali sepi. Sama seperti beberapa minit yang lalu, sunyi tanpa sebarang perbualan yang meniti di bibir masing-masing. Helena lebih banyak merenung kosong ke arah lampu-lampu di bawah sana, dan Izzat pula kelihatan mengelamun jauh. Tidak ada sesiapa yang sudi membuka kata, hanya bunyi unggas dan cengkerik dari semak berhampiran memecah kesunyian pada malam itu.
Sebenarnya Helena berasa hairan dengan sikap Izzat yang tiba-tiba saja terlebih ‘pemurah hati’ membawanya bersiar-siar sampai ke sini. Kalau dikira pada rutin harian, selepas menutup kedai, lelak itu tanpa banyak cakap akan terus membawanya pulang ke rumah. Tapi malam ini berbeza, dia diberi bonus yang tidak disangka-sangka. Hari ini hari bertuah agaknya.
Pandangannya dilemparkan ke kawasan sekitar yang agak lengang dan hanya diterangi lampu jalan kekuningan. Dahulu bukit inilah yang menjadi sejarah pertemuan pertama mereka, dan bukit ini juga pernah menjadi saksi kehancuran hatinya gara-gara sikap Fareeq yang tidak bertanggungjawab. Dia hampir-hampir saja menamatkan riwayat hidupnya di sini kerana terlalu sedih dan kecewa.
Terkenangkan lelaki seorang itu, jiwanya sedikit terusik dengan rasa kalut . Kesungguhan Fareeq yang tidak henti-henti mahu meraih kepercayaannya mula memutikkan perasaan aneh di hati. Siapa tidak tersentuh melihat kesungguhan dan semangat yang tidak pernah padam begitu. Cuma dia masih mengeraskan hati, mahu mengajar Fareeq betapa peritnya rasa sebuah kehilangan. Fareeq patut rasa apa yang pernah dia rasakan dahulu!
Dia dilayan bagaikan sampah sedangkan Suhaila ditatang bagaikan Tuan Puteri. Mahunya dia tak sakit hati! Kata cintakan dia, mahu hidup bersama sampai ke akhir usia, tapi sudahnya hati dia ini dicampak ke tepi. Cinta apa macam tu?Dalam rasa marah dan geram, hatinya masih terarah ke sana. Masih menunjuk dan merintih mahukan Fareeq di sisinya sampai bila-bila. Gila? Dia tahu memang gila semua perasaan yang melekat kuat di hatinya ini. Tapi nak buat macam mana, cinta itu memang buta. Dan sekarang pandangannya sudah gelap, dia cuma mampu melihat Fareeq seorang saja.
“Daripada kau merengus-rengus macam naga, baik kau sedut air tu.”Spontan kepala Helena terpusing ke kanan. Tajam matanya memanah wajah selamba Izzat. Amboi, macam pandai sangat nak scan hati orang!Malas mahu melawan cakap, dia menyedut dengan rakus air kotak berperisa laici di tangannya. Sengaja menunjuk protes, disedut laju-laju sehingga habis sekotak.
Izzat mengerling kepada Helena yang sengaja membuat bunyi bising dengan menyedut-nyedut air yang hampir kontang itu. Bibir melirik senyuman kecil secara sembunyi. Perempuan senget!“Hmm.. thanks.”Kali ini kepala Izzat pula laju terpaling ke sisi. Helena kelihatan merenung tenang ke hadapan tanpa membalas pandangannya. “For what?”
Segaris senyuman tergaris di bibir Helena yang sedikit basah. “Sebab you tolong cover I depan Fareeq tadi. I ingat you tak sudi tolong I, but you did. So thank you for that.”Melantun lembut suara Helena di telinga Izzat. Dia tergamam seketika, kemudian berdeham pula beberapa kali. Sungguh hatinya kurang selesa dengan nada seperti itu. Berdebar-debar jantungnya memberi tindakbalas.
“Well, aku bukan buat sebab kau. Aku cuma tak nak tunang kau tu asyik bertandang ke kedai aku. Asyik buat drama Hindustan hari-hari, bosan tahu tak?”Terasa disindir, Helena mengetap rapat bibirnya. Drama Hindustan? Kurang asam betul! Nasib baik kau banyak berjasa hari ni, kalau tidak memang aku dah bagi serangan balas.
“Kau nak mati sebab lelaki tu ke?”“Hah?” “Kau ni buat-buat pekak ke apa?” Kali ini Izzat menentang pandangan Helena yang duduk bersandar di sisinya. Perempuan itu mencebikkan bibir, menunjuk muka kurang senang dengan soalan yang dia lontarkan.“Mana ada I nak bunuh diri.”“Kau ingat aku ni bodoh? Habis tu, malam tu kau buat apa?”
“Ambik angin.” Balas Helena bersahaja. Dia santai sahaja memeluk tubuh, cuba mencari sedikit kehangatan untuk menghilangkan rasa dingin yang membalut kulitnya.“What? Ambik angin?” “Iyalah, you yang tersalah sangka kut.”
Izzat mengetap bibirnya, geram dengan sikap Helena yang sengaja memutarbelitkan cerita. Macamlah dia tidak tahu apa yang berlaku pada malam itu. Dan kalau dia terlambat, rasanya sudah lama perempuan ini dapat gelaran arwah di pangkal nama.“Berbaloi ke kau mati sebab lelaki macam tu? Mana iman kau ni?”
Sekali lagi Helena merengus perlahan. Apa ke halnya mamat ni? Duduk aje diam-diam tengok lampu tak boleh? Sibuk nak jadi penceramah bebas pulak!“Kenapa tak nak jawab? Mulut kau dah bisu?” Provok Izzat lagi.“Takde sebab I nak jawab soalan you tu.”
Mata Izzat mula membulat. Sakit hati. “Kau cakap apa?”“Iyalah, I nak cerita dengan you buat apa? You tu bukan siapa-siapa pun, kita takde kena mengena.” Balas Helena seraya menjuihkan bibirnya. Nak marah? Lantak kaulah.“Eh Helena, nasib baik aku bukan siapa-siapa dalam hidup kau tau. Kalau tidak, memang dah lama pipi kau tu merasa penampar aku ni.”
Berderau darah Helena mendengar kata-kata tegas dari bibir Izzat itu. Matanya terkelip-kelip memandang raut serius yang masih menghala ke arahnya. Eh-eh, nak emo sangat ni kenapa? Itulah sibuk sangat nak busy body, hujung-hujung kau sendiri sentap!“Apahal you nak lempang I? I’m not your sister okay.”
“Sebab perempuan macam kau ni cetek sangat akalnya! Kau ingat dengan bunuh diri, masalah kau boleh selesai?” Tingkah Izzat masih dengan nada tegas seperti tadi. “Oh ya, mungkin masalah dunia kau dah selesai, tapi masalah yang tunggu kau kat akhirat tu macam mana?”
Helena membuang pandangannya ke hadapan. Dia mahu membalas, namun lidahnya kelu kematian kata. Iya, dia memang sedar perbuatan membunuh diri itu adalah berdosa. Dan dia tidak seharusnya mengambil jalan singkat seperti itu untuk melepaskan diri dari perasaan sedih yang membelenggunya selama ini. Tapi ketika itu dia memang tidak mampu berfikir panjang, dia terlalu mengikut rasa hati dan bisikan-bisikan syaitan. Dia sudah sedar sekarang.
“Sebanyak mana pun kau cintakan manusia, cinta kau tu tak boleh melebihi rasa cinta kau pada Allah. Takkan itu pun kau tak tahu?” Izzat masih berterusan melepaskan rasa berbuku di dadanya ini. Sudah terlalu lama menyimpan geram, dia mahu meluah habis-habisan. Biar Helena sedar, biar Helena berpijak pada bumi yang nyata.
“Kalau kau mati, mak bapak kau happyke? Fikirlah sikit, orang yang sakit ke sana sini berusaha nak menyambung hidup. Kau pulak senang-senang nak buang nyawa? Tak reti nak bersyukur langsung.” Bebel Izzat tanpa mempedulikan keluhan bosan Helena yang singgah di telinga.
“You tak kenal I, tak tahu kisah hidup I, so tak payahlah you nak ceramah I pulak.”“Aku bukan nak ceramahkan kau, aku nak kau bukak mata kau tu sikit. Manusia ni diberi akal dan fikiran, sebab tulah kita berbeza dari binatang. Kau fikirlah sendiri mana jalan yang baik dan buruk untuk kau ikut.”
Helena bangkit dari sandarannya tatkala telinga semakin bingit mendengar bebelan panjang Izzat. Dia tidak menafikan setiap kata-kata itu ada kebenarannya. Cuma apabila didengar dari mulut orang yang tidak begitu mengenali dirinya, dia jadi sakit hati pula.“You kena faham, tak ada manusia yang sempurna dalam dunia ni Izzat.” Luah Helena setelah mengambil beberapa langkah menjauhi Izzat yang masih bersandar di kereta. “Jalan cerita hidup kita tak sama. Mungkin you bernasib baik sebab dibesarkan dalam keluarga yang sempurna, tak macam hidup I.”
Perlahan Izzat melepaskan keluhan. Dia cuba untuk bertenang dan memahami situasi kehidupan Helena. Mungkin cuma ini satu-satunya peluang untuk dia menguraikan semua misteri tentang gadis itu.“Stop blaming other people. Once kau dah matang, dah boleh berfikir, kau bebas mencorak hidup kau sendiri. Tak kisahlah seburuk mana cara kau dibesarkan, kau boleh ubah kalau kau nak. Itu semua alasan mudah untuk kau letakkan salah kau pada orang lain.”
Pantas Helena berpaling menghadap Izzat yang masih bersahaja memandangnya. “You pernah rasa apa I rasa? Senang untuk you bercakap bila you tak lalui semua tu.”
Izzat menganggukkan kepalanya beberapa kali. “Yes, aku mungkin tak pernah rasa apa kau rasa. Tapi aku tahu macam mana rasanya hidup dalam keluarga yang tak sempurna macam keluarga kau tu. But ada kau nampak aku patah semangat nak hidup? Ada aku pasang niat nak terjun bukit?”
Mendengarkan pertanyaan itu, Helena kembali memusingkan tubuhnya menghadap ke bawah bukit. Ligat kepalanya cuba mencari jawapan untuk menegakkan ego sendiri namun gagal. Tidak ada walau sebutir perkataan mampu menidakkan tuduhan Izzat itu. Mungkin dia perlu mengakui kesilapan sendiri, dia perlu insaf dan sedar yang hidupnya tidaklah seburuk mana.“Itu dulu, but now I want to live.” Ucapnya sedikit bergetar.
“Hmm.. betul?” Soal Izzat menduga. “Kau nak hidup sebab kau sayangkan nyawa kau, atau sebab Fareeq?”Sekali lagi Helena melepaskan keluhan. Demi Tuhan, dia rasa seperti disoal siasat oleh Guru Disiplin pula. Sungguh, malam ini mulut Izzat banyak benar mencecehnya. Dia memang mahu membina hidup baru, jauh dari cengkaman papa dan mama yang sentiasa mahu mengatur langkah kakinya. Atau sebab Fareeq? Ah, itu satu bonus jika cinta mereka yang terhalang ini boleh bersatu suatu hari nanti.
“I nak hidup untuk diri I, untuk orang-orang yang I sayang.” Jawab Helena berlapik. Dia kemudian kembali menapak menghampiri Izzat. Melihat lelaki itu sedikit terusik dengan kedatangannya, timbul pula idea nakal di kepala. Dari tadi Izzat asyik ‘membasuh’ otaknya, apa kata kali ini dia pula mengusik lelaki itu dengan cara dia sendiri.“You tak nak tanya siapa orang-orang yang I sayang?” Soalnya dengan lenggok manja menggoda. Susun langkahnya diatur semakin hampir kepada Izzat yang kelihatan tidak senang duduk itu. Alahai.. baru buat suara manja dah menggelabah? Ingatkan kebal sangat!
“Siapa kau sayang tak ada kena mengena dengan aku.” Tukas Izzat seraya memalingkan wajahnya ke sisi. Melihat senyuman menawan Helena, boleh ketar lutut dibuatnya. Kenapalah dia lemah sangat dengan perempuan seorang ini?“Really? Hal lain you sibuk je nak tahu..” Sindir Helena dengan gelak manjanya. Kini dia sudah berdiri betul-betul di hadapan Izzat yang masih duduk bertenggek di bonet kereta.“Yang kau ni berdiri dekat-dekat dengan aku apahal?”
Helena menahan tawa. Kelakarnya pak singa menggelabah dengan perempuan!“Eh kenapa? Takkanlah you nervous kot…”“Me? Nervous? No way!” Tolak Izzat mentah-mentah. No waylah sangat, semangat dia ni dah nak melayang bila Helena semakin mendekat. Dia tahu Helena sengaja mahu kenakan dia, namun perasaan ini tidak mampu dielak. Seram sejuk satu badan!
“Izzat, sebenarnya kan… sebenarnya I kan..” Helena bersusah payah menahan tawa tatkala melihat reaksi di wajah Izzat. Sekejap mata besar, sekejap mata kecil, lepas tahu dahi berkerut-kerut pula. Aduhai.. memang kelakar!“Helena, stop. I’m warning you.”“You pernah cakap you takkan rasa apa-apa dengan I kan?”“Helena..” Izzat menyeru nama itu dengan gigi terketap rapat.
Melihat wajah Izzat yang berubah, semakin giat Helena mahu mengusik. Dia mendekatkan sedikit wajahnya ke telinga Izzat. “Don’t underestimate the things that I would do.”“Helena!”Suara yang tinggi itu membuatkan Helena terperanjat besar. Belum sempat dia berfikir apa-apa, tubuhnya terasa melayang ke belakang. Terhenyak keras punggungnya di atas tanah berumput itu. Jantungnya melantun deras kerana semuanya berlaku terlalu pantas.
Dia mendongakkan kepala, memandang Izzat yang berdiri seraya melurut resah rambutnya.“You.. you tolak I Izzat?” Izzat mendengus keras. Demi Tuhan, dia tidak sengaja. Ini Helena punya pasal! Gatal sangat mahu berlakon-berlakon gedik, kan dah dapat faedahnya. Hakikat sebenarnya dia berasa malu dengan sikapnya sendiri, dia yang menggelabah tak tentu fasal. Padahal Helena cuit dia pun tidak. Ah, malu sungguh!“I did warn you right?” Balasnya selamba.
Helena menarik muka masam. “Yalah, tapi tergamak you tolak I? Sakit tahu tak!”Izzat membuang pandang ke sisi, menyembunyikan senyuman yang terbias tatkala melihat Helena terkial-kial bangun. Tidak habis-habis mulut untuk merungut menyalahkan dirinya.“Itu untuk hutang kau dengan aku.”“Hutang?” Tangan Helena terhenti mengibas-ngibas belakang seluarnya.“Kau jangan lupa masa aku selamatkan kau dulu, badan aku tersembam atas tanah macam tu jugak. Sekarang kau dah rasa kan? Sakit kan?”
Helena mencebikkan bibirnya. “So, are we equal now?”“Bolehlah.”Malas mahu melayan perangai gila Izzat, Helena kembali membersihkan belakang seluarnya. Nasib baik tak ada orang nampak dia jatuh terlentang tadi, kalau tidak memang jatuhlah saham!
Seketika Izzat memerhati Helena yang berkerut-kerut muka menahan sakit setiap kali melangkah. Dadanya disapa rasa bimbang, manalah gadis itu tercedera gara-gara kecuaian dia tadi.“Hmm.. kau okay ke tak ni?”
“Okay lagi ke kalau dah jatuh terlentang macam tu?” Balas Helena dengan jelingan tajam. Hilang nak menyakat Izzat, sudahnya badan dia yang menanggung sakit. Menyesal sungguh!“Lain kali jangan ambik mudah bila orang bercakap. Aku tak suka main-main, nasib kaulah.”“Boring.” Komen Helena perlahan.“Apa dia?”
Eh-eh, dengar pulak dia! Helena menjeling kepada Izzat yang masih memandangnya. “Takde apalah. I cakap I nak balik baring dekat rumah!”“Okay, jom balik.”Melihat Izzat berpaling untuk masuk ke dalam kereta, cepat-cepat Helena memanggil lelaki itu. “What? Tak jadi nak baring dekat rumah?” Soal Izzat dengan sebelah kening terjongket atas.Helena tersengih sendiri. “You dah tolak I, so you pulak hutang I.”
“What?”“I tak mintak banyak, janji!” Helena mengangkat sebelah tangannya, bersedia mahu mengangkat sumpah. “I cuma nak kita jadi kawan, boleh?”Tersentak Izzat dengan permintaan Helena. Jadi kawan? Setelah pelbagai deraan mental dia berikan kepada Helena, gadis itu masih mahu menjadi sahabatnya?
“I nak kita jadi best friend, macam you dengan Aida. Boleh?”Izzat mengetap bibirnya, berfikir jawapan terbaik. Entah apa motif perempuan ini mahu berkawan dengannya, siapa tahu kalau-kalau ada agenda tersembunyi.“Aida dah cukup memeningkan kepala aku, ni nak tambah sorang lagi? No, thanks.” Izzat kembali berpaling untuk masuk ke dalam kereta.
“Ya Allah sombongnya mamat ni!” Gerutu Helena geram. Terdingkut-dingkut dia menyaingi langkah Izzat. “I nak kawan aje dengan you, bukan nak kahwin pun. Apa yang susahnya?”Sekali lagi Helena berdiri tegak di hadapan Izzat, menghalang laluan lelaki itu.
“Iya, kalau kau kata nak kahwin dengan aku, aku yang terjun bukit sekarang!”Helena mengetap bibirnya. “Tak kelakar ya, tak kelakar langsung!”“Tahu pun, then cepat masuk kereta.”“Kita kawan!” Helena menghulur lurus salamnya kepada Izzat.
“Apa motif kau sebenarnya ni?” Izzat menyoal dengan pandangan tepat ke mata redup Helena. Jelas kelihatan, mata itu bercahaya tatkala pandangan mereka beradu. Sekali lagi perasaannya bergetar indah, membuai seluruh relung hatinya yang selama ini kosong tidak berisi.“I perlukan kawan macam you Izzat..” “Sorry?” Izzat mengerutkan keningnya tanda tidak faham.
Perlahan Helena melepaskan keluhan dari bibirnya. Serba salah. “I perlukan kawan macam you, kawan yang boleh sokong I untuk I cuba berubah menjadi lebih baik.”Sekilas Izzat melirik senyuman kecil. Dalam ego-ego Helena, kali ini gadis itu mahu mengalah? Tidak dinafikan hatinya tersentuh dengan permintaan itu. Mungkin benar hidup Helena tidak berada di landasan yang betul sebelum ini, jadi apa salahnya dia cuba membantu apa yang terdaya. Lagipun ibu selalu berpesan kepadanya, mengumpul sahabat lebih baik dari mengumpul musuh. Jadi sekarang wajarkah Helena diletakkan label ‘sahabat’ untuknya?
“Friend?” Sekali lagi Helena menghulur tangan. Melihat kepala Izzat terangguk perlahan, berseri-seri wajahnya menanggung perasaan gembira. Semakin lebar senyuman di bibir apabila melihat tangan Izzat bergerak menuju ke jari jemarinya yang masih menadah salam.Erk! Terkebil-kebil Helena apabila lelaki itu sebaliknya melencongkan tangan ke kepala sendiri. Kurang asam betul, sempat dia kenakan aku!
“Sorry dear, aku tak sentuh perempuan sesuka hati.”Berderau darah panas ke muka Helena. Malu bukan kepalang, mamat ni memang suka memalukan dia! Lambat-lambat salamnya dijatuhkan ke sisi. Terasa dunianya kian mengecil, dah tak ada tempat nak menyorokkan muka.
“Tak payah nak sentap sangat, masuk kereta cepat!”Terdengarkan arahan itu, Helena terpaksa akur dalam keterpaksaan. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia balik dengan berjalan kaki. Malu, serius dia malu!Masuk saja ke dalam kereta, Helena mengeraskan tubuhnya. Dia mahu mengunci mulut, dia mahu pura-pura tidur supaya Izzat tidak berbual-bual dengannya. Bimbang kalau dia tercakap sesuatu yang memalukan dirinya sendiri.
“Kalau kau nak berkawan dengan aku, kau kena dengar cakap aku.”Hilang mahu membatu, laju pula kepala Helena mencari wajah Izzat yang sedang memandu. Amboi, siap bagi syarat bagai. Ingat dia Paris Hilton ke apa? Rungutnya di dalam hati.
“Apasal diam? Boleh ke tak ni?”“Oh well, depends pada apa syarat you.” Balas Helena bersahaja.Izzat tersenyum nipis. “Firstly, aku tak nak kau jumpa Fareeq lagi.”Mata Helena membulat tanda terkejut. Apa pulak kaitan Fareeq dalam ini cerita?“Excuse me? Kenapa pulak I…”
“Kau yang suruh aku jauhkan dia dari kau kan? So?” Pintas Izzat sedikit geram. “Kau kata kau dah tak nak dia, buat apa kau nak jumpa dia lagi? Aku tak nak dia asyik cari kau kat kedai aku tu, semak!”Helena mendiamkan diri. Memanglah dia cakap macam tu dengan Izzat, tapi hakikatnya dia masih sayangkan Fareeq. Cinta yang kukuh tak mungkin boleh hilang sekelip mata.
“Boleh ke tak ni?”Helena tersenyum paksa. “Boleh Encik Izzat, boleh sangat-sangat.”“Bagus.” Lebar senyuman terukir di bibir Izzat.
Dia berharap selepas ini keresahannya akan hilang, hatinya tidak akan perit lagi…dia mahu begitu.
Published on May 29, 2013 02:01
May 17, 2013
Bab 11 : Hati Yang Memanggil Namamu...
Di pantry, Izzat masih tekun menyiapkan adunan kek red velvet yang menjadi bintang utama di bakerinya. Sejak bakeri ini dibuka, memang kek red velvet inilah yang menjadi kegemaran para pelanggannya. Mungkin kerana kegebuan kek, perisa yang seimbang dan dekorasi menawan berjaya menyentuh selera penggemar-penggemar kek yang berada di sekitar kawasannya.
Kalau dikirakan persaingan, memang tidak terkira banyaknya. Lagipun di kota besar begini, kedai kek dan bakeri memang bersepah-sepah. Itu belum lagi termasuk persaingan dengan peniaga-peniaga yang menjual kek secara online.
Boleh dikatakan kebelakangan ini perniagaan bakeri semakin popular di Malaysia. Mungkin kerana permintaan semakin meningkat dan corak hidup di zaman moden ini juga sudah jauh berubah. Kek bukan lagi diperlukan setakat di majlis harijadi, malah majlis-majlis keraian lain juga telah meningkatkan permintaan manisan itu di pasaran. Majlis aqiqah, bertunang, baby shower, bachelor party, dan bermacam-macam majlis lagi yang wujud kerana perkembangan budaya dan cara hidup.
Walaupun persaingan agak sengit, Izzat tahu dia perlu bekerja keras dan berusaha mencari kelainan supaya bakerinya mempunyai ‘signature’ yang tersendiri. Dan syukurlah, kelainan rasa dan tekstur red velvet yang dicipta olehnya telah menaikkan nama Dulceamorbiarpun secara perlahan-lahan.
Sebenarnya dia tidak ada resepi rahsia dalam menghasilkan red velvet yang berkualiti dan enak. Tidak mustahil resepinya juga sama seperti resepi-resepi orang lain. Dia masih menggunakan telur, butter, tepung naik sendiri, koko powder, buttermilk, baking powder dan sedikit cuka. Untuk cream cheese frosting pula dia menggunakan mascarpone cheese, cream cheese, esen vanilla dan sedikit whipping cream untuk kegebuan. Mudah dan ringkas.
Apa yang paling penting, sukatan perlu sentiasa konsisten untuk mendapatkan rasa dan tekstur yang seimbang. Tidak perlu terlalu manis, namun wajib menjadi makanan yang enak apabila digabungkan dengan topping yang penuh dengan pelbagai rasa.
“Izzat, ni pukul berapa nak tutup kedai ni?”Pertanyaan dari Aida mengalihkan tumpuan Izzat yang sedang meletakkan adunan kek ke dalam loyang. Dia mengerling ke arah jam di dinding yang sudah menginjak ke pukul lapan malam. Dan sepatutnya pada waktu begini mereka sudah berkemas-kemas untuk menutup operasi bakerinya.
“Hmm… kau kemaslah dulu. Aku nak siapkan last batch kek ni, ada customer nak malam ni jugak.” Balas Izzat seraya menyambung semula kerjanya.Mahu atau tidak, dia sudah berjanji dengan pelanggan tetapnya itu untuk menyiapkan tempahan 50 biji kek cawan red velvet. Tempahan di penghujung hari, tak sampai hati pula dia mahu menolak apabila berterusan dipujuk rayu.
“Siapa suruh kau accept order last minute, kan dah satu kerja nak menyiapkan kek tu.”Terdengarkan rungutan Aida di sebelah sana, Izzat sekadar tersenyum kecil. Apa boleh buat, kadangkala dia perlu berkorban untuk menjaga hati para pelanggannya. Dia perlu belajar memberi dengan lebih banyak biarpun menerima tidak sebanyak mana.
“Helena mana? Time closing aje hilang, time closing aje hilang. Mengelat betullah!” Bebel Aida yang sedang sibuk mengemas meja kerjanya. Mahunya dia tak geram, Helena memang selalu mengelak apabila disuruh membuat kerja-kerja berat. Lagilah kalau disuruh membasuh segala perkakasan yang mereka gunakan sepanjang hari. Takut tangan kasar konon, mengada-ngada!“Dia tolong Zue dekat depan, biarlah dia.” “Eh, kau cakap apa Izzat?”
“Cakap apanya?” Izzat menjeling sedikit. Dia nampak Aida bercekak pinggang dengan muka tidak puas hati di hujung sana. “Kau cakap biarkan aje? Eh, hello… kau ingat dia sorang aje takut tangan kasar?” Sindir Aida geram. “Ni, aku ni. Aku ni nak kahwin bulan depan tau, aku yang patut jaga tangan aku ni biar licin dan lembut. Minah tu memang banyak alasanlah, pemalas!”
Perlahan Izzat menolak acuan cupcakes yang sudah penuh diisi itu ke tengah meja. Kalau melayan bebelan Aida, sampai esok pun tak habis! Dia tahu Aida kurang senang dengan sikap Helena, tapi apa yang boleh dia buat? Sejak kejadian disimbah air dua hari lepas, tiba-tiba saja mulutnya ini sudah rapat terkunci. Nak bercakap dengan Helena pun dia rasa berat lidah, lagi nak mengarah-arah suruh buat kerja. Hatinya masih digayuti rasa bersalah kerana menyakiti perasaan Helena, dia memang benar-benar rasa bersalah.Lagipun dia lihat kebelakangan ini Helena seolah-olah sengaja menjauhkan diri darinya. Pergi ke kedai pun Helena lebih selesa menumpang Zuhira. Cuma pada sebelah malam saja gadis itu terpaksa pulang bersamanya. Itu pun masing-masing tidak mahu bersuara. Dia diam, Helena diam. Memang kekok!
“Kau ni dengar ke tak aku cakap ni Izzat?”Sekali lagi perhatian Izzat kembali kepada Aida dengan senyuman kecil. Perempuan ni memang macam ni. Selagi tak dapat apa yang dia nak, selagi itulah mulut menceceh macam mak nenek!“Iyalah Aida, kau lebih berhak dapat tangan lembut tu.”“So?”“So kau lambak ajelah semua tu dalam singki. Nanti aku dah settle kerja ni, aku cucikan.” “Hah? Kau ni biar betul, kau nak cuci semua ni?”“Kenapa? Macamlah aku tak pernah cuci pinggan mangkuk dekat rumah aku.”“Iyalah, masalahnya mana pernah kau buat kerja-kerja mencuci dekat sini, kau kan bos!”
Terlepas tawa Izzat dengan kata-kata dari bibir temannya itu. “Habis tu kau tak nak buat, aku nak suruh siapa lagi? Nanti karang kau kompelin pulak aku ni majikan kuku besi.” Ujarnya sambil memasukkan dulang ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.“Hek eleh, habis tu tak boleh suruh pekerja kesayangan kau tu buat? Mana aci dia asyik buat kerja deco aje, kerja-kerja lain tak nak buat!” Sanggah Aida lagi. “Aik? Bukan kau ke pekerja kesayangan aku?” “Puii! Jangan nak menipu Izzat, muka kau buruk gila bila menipu!”
Terdengarkan balasan itu, terbahak-bahak Izzat melepaskan tawanya. Reaksi wajah Aida benar-benar menggelikan hatinya, memang muka sehabis jujur bila bercakap!“Gelaklah, gelak. Orang cakap benda betul, dia gelak pulak! Kau tu memang bagi muka sangat dekat Helena tu, naik lemak tahu tak?”
Sedikit berubah airmuka Izzat apabila nama Helena dikaitkan dengan dirinya. Senyuman di bibir serta merta layu, dan dia tidak dapat mengelak apabila ada segumpal rasa bersalah menerjah ke dada. Dia bukan memberi muka, jauh sekali sengaja mahu memanjakan Helena, dia cuma tidak mampu mahu mengarah gadis itu. Mahu menegur ‘hai’ pun mulutnya liat, lagi mahu mengarah yang bukan-bukan.
“Kau ni dah jatuh syok kat dia ke apa?”Tersentak Izzat apabila pertanyaan itu memanah tajam ke telinganya. Dia mengangkat muka, memandang wajah Aida yang masih bersahaja. Getaran halus di dadanya muncul entah dari mana, membuatkan dia sedikit kalut mahu menyorok riak muka. “Kau ni asyik merapu tak habis-habis. Kan elok sambil kau membebel tu, tangan kau bergerak sekali buat kerja.” Balasnya menutup rasa.
“Eh-eh, tukar topik?” Giat Aida mengusik. “First time ni aku tengok muka kau macam ni.”“Muka apa pulak ni?”“Elelelele… buat-buat tak tahu pulak. Kau tahu tak muka kau tengah merah sekarang?”Izzat mencebikkan bibirnya, menayang muka selamba. Muka saja selamba, dalam hatinya ini sudah berdebar bagai nak gila. Lebih-lebih lagi dia dapat merasakan kulit pipinya berbahang hangat. Ah sudah, apahal nak blushing-blushing pulak ni? Tak sesuai betul!
“Aku rasa mesti ibu kau seronok kalau tahu pasal ni. Iyalah, anak dia dah terbukti jantan.” Aida tergelak besar, seronok benar dapat mengenakan Izzat. “Tapi kau jangan main-main dengan api Izzat, nanti esok-esok hati kau pulak rentung terbakar.”Peringatan Aida melumpuhkan pergerakan Izzat yang sejak tadi sibuk bergerak ke sana sini. Kepalanya kosong tiba-tiba, hanya lantunan jantung masih bergerak laju tanpa sebab.“Kau cakap apa ni?” soalnya dengan riak kurang senang.Aneh sungguh, Aida seolah-olah mampu membaca hati dan perasaannya. Mampu mendengar rentak berbeza yang mula wujud jauh di dalam sana. Ada magic ke apa perempuan ni?
“Tak betul apa aku cakap? Kau suka Helena kan?”“No, I am not. Kau pun tahu aku macam mana kan? Please la, perempuan macam tu bukan taste akulah!” Dan tatkala keyakinan itu diluahkan kepada Aida, pandangan Izzat serta merta tertancap ke seraut wajah yang tiba-tiba muncul di situ.
Bibirnya serta merta terkatup rapat, darah pula berderau laju ke kepala. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya ke arah meja kerja. Nafas mula kalut, dan perasaan kian resah apabila langkah gadis itu semakin menghampirinya. Tangan yang teratur bekerja mula tidak tentu arah menyentuh barang. Serba tidak kena.
“Izzat.” Suara itu memanggil dengan nada mendatar.Dalam rasa gelisah, Izzat cuba sedaya upaya mengawal riak wajahnya. Dia tidak boleh nampak lemah depan perempuan! Kepalanya didongakkan sedikit, memberi perhatian kepada sepasang mata yang tidak bersinar itu. Aduhai.. Helena terdengar ke apa yang dia cakap tadi?
“I nak mintak tolong sikit..” Ucap Helena perlahan. Pandangannya singgah seketika di wajah Aida yang pura-pura sibuk mengemas di hujung sana. Macamlah dia tak dengar apa yang disembangkan budak berdua ini tadi. Telinganya ini bukan pekak, dan dia sendiri rasa mahu tergelak besar dengan anggapan Aida. Aida kata Izzat sukakan dia? Hoi.. memang terbaliklah dunia! Apa punya teorilah minah tu pakai.
“Kau nak cakap, cakap cepat. Nampak tak aku tengah sibuk ni?”Teguran itu mengalihkan semula perhatiannya kepada Izzat yang masih berdiri tegak memandangnya. Terhenti kerja lelaki itu gara-gara mahu mendengar apa yang ingin dia sampaikan.“Err.. actually, I nak you tolong I untuk satu perkara.” “Apa dia?”Helena menggigit bibirnya, masih ragu-ragu. “Hmm.. sebenarnya I dah break up dengan Fareeq. I dah tak nak jumpa dia lagi.”
Beberapa saat Izzat tercengang dengan apa yang didengarinya. Memang dia tahu Helena sudah bertunang dengan Fareeq, tapi dia tidak tahu pula hubungan mereka sudah berakhir. Patutlah Helena menangis dan berterusan menolak Fareeq pada malam itu.“Izzat, boleh tak you tolong I? kalau Fareeq datang sini cari I, you cakap I dah berhenti kerja ya? You cakap you pun tak tahu I pergi mana sebab I dah tinggalkan rumah you.”
Izzat mengeluh perlahan. Tanpa memberikan jawapan kepada Helena, dia kembali menyambung kerjanya yang tertangguh. Nampak seperti dia tidak mempedulikan permintaan itu, tapi sebenarnya otak dia sudah ligat bekerja. Dia perlu mencari ayat-ayat yang sesuai supaya Fareeq yakin dengan apa yang dia katakan nanti.
“Boleh tak you tolong I Izzat? I tahu Fareeq mesti datang sini malam ni cari I.” Pinta Helena mengharap. Dari perbualannya dengan Biha petang tadi, dia mendapat tahu yang Fareeq baru saja pulang dari Sabah selepas berkursus selama dua hari. Dan dia yakin lelaki itu akan terus mengejar dan menghambatnya di sini. “Aku tak nak masuk campur hal kau. Pandai-pandailah kau settlekan sendiri.”
Bulat mata Helena mendengar balasan Izzat. Ya Allah.. lelaki ni memang tak berhati perut langsung! Dia tahulah Izzat bengang sebab Fareeq pernah tersalah anggap hubungan mereka berdua, tapi janganlah kejam sangat. Dia betul-betul terdesak ni!“Izzat, I cuma nak you..”
“Aida, kau tolong tengokkan kek aku ni sekejap. Aku nak pergi depan kira duit.” Izzat memotong percakapan Helena tanpa sempat gadis itu menghabiskan ayatnya. Dia tahu Helena tercengang dan marah, namun dia pura-pura tidak mengerti.
“Izzat, bukan banyak sangat kudrat you I mintak. I cuma nak you tolong cover I, itu aje!” Helena mengekori langkah lelaki itu ke pintu. Hati dia ini sakit sangat-sangat, rasa macam nak pecah dibuat Izzat! Macam manalah lelaki hati batu macam ni boleh hidup tenang dekat dunia?
“Helena, listen.” Izzat memberhentikan langkah apabila Helena berterusan mengekorinya. Pandangan mereka berlaga tepat, dan jelas riak wajah gadis itu kelihatan merah padam. Mungkin kerana terlalu marah dan geram.“Aku kata aku tak nak masuk campur hal kau. Dan sekarang ni dengar pulak apa yang aku nak mintak kau buat.”
Helena menyilangkan tangan ke tubuh, menunjuk muka berlagak.“Pergi belakang sana, cuci semua alat-alat dalam singki tu. Pukul sembilan nanti aku nak semua dah settle. Faham?”“Wh.. what?” Hanya itu yang mampu terluah dari bibir Helena apabila Izzat berlalu meninggalkannya.
Dia mahu mengejar, mahu menyambung pertelingkahan yang belum selesai, namun kakinya terasa berat mahu melangkah ke ruang depan. Dia bimbang kalau-kalau Fareeq muncul penuh bergaya untuk memujuk dan merayunya. Dia takut dia tidak kuat mahu melawan desakan lelaki itu.Terkenangkan arahan Izzat sebentar tadi, bibirnya diketap geram. Ada ubi ada batas, Izzat!
***************
Baru beberapa minit Izzat duduk di kaunter mengira wang jualan, suara garau yang memberi salam serta merta menarik perhatiannya. Bebola mata pantas mencari empunya diri, dan jelas di pandangannya Fareeq melangkah masuk dengan riak mesra. Dengan sopan, salam itu disambutnya dengan senyuman kecil.Walaupun hatinya panas dengan tuduhan Fareeq pada pertemuan pertama mereka dahulu, namun dia cuba bersikap matang. Lelaki itu datang secara baik, jadi dia juga perlu bersikap serupa. Namun timbul juga rasa bangga dalam dirinya kerana lelaki sehebat Fareeq berasa tergugat dengan kehadirannya di sisi Helena. Hebat!
“Dah tutup kedai ke?” Tanya Fareeq sebelum tangan mereka bertaut erat beberapa saat.Izzat sekadar tersenyum nipis dengan pertanyaan yang seinggah ke telinganya. Dia tidak buta untuk melihat riak teruja di wajah segak itu, malahan mata Fareeq melilau ke sana sini bagaikan mencari sesuatu. Mencari Helena mungkin? “Yup, kita tutup pukul sembilan. Kau datang nak beli kek ke?”
Fareeq tersenyum lebar. “Oh tak, tak. Aku nak cari Elle, dia ada?”“Elle?” Izzat pura-pura tidak mengerti dengan nama panggilan itu.“Oh sorry, I mean Helena. Dia ada kan?” Seketika Izzat mendiamkan diri. Kepala dan fikiran mula ligat mengorek ayat-ayat yang telah tersimpan kemas di otaknya sejak tadi. Entah ayat yang mana satu perlu dia gunakan terlebih dahulu.
“Helena tak ada, dia dah berhenti kerja.” Ucap Izzat senafas. Tidak mahu melawan pandangan Fareeq yang mungkin curiga, dia tunduk mengemaskan duit-duit di dalam cash register. “Berhenti? Helena berhenti kerja? But when?” Soal Fareeq sedikit cemas. Perasaannya mula kalut, resah dan gelisah. Dia tidak mahu kehilangan Helena sekali lagi dan dia benar-benar tidak menyangka langkah Helena begitu cepat meninggalkannya. Helena tidak lagi mahu menelan janji-janji manis yang dia ucapkan beberapa hari yang lalu.
“Kelmarin.”“Oh god, Elle..” Fareeq mengeluh seraya melurut rambutnya beberapa kali. Dari pandangan mata Izzat, jelas kelihatan lelaki itu benar-benar kecewa dengan berita yang dia sampaikan. Mungkin kerana Fareeq terlalu mengharap kepada Helena, dan kenapa pula Helena langsung tidak sudi memaafkan kesalahan lelaki itu? Apa yang Fareeq buat?
“Izzat, dia ada bagitahu kau tak dia pergi mana? Ada dia cakap apa-apa dengan kau?”“Hmm… tak ada. Dia tak cakap apa-apa dengan aku, dia pergi macam tu aje.” Balas Izzat masih berbohong. Keluh kesah Fareeq sedikit sebanyak menggusarkan hatinya, manalah tahu kalau-kalau si Helena yang buat perangai dan bukannya Fareeq.
“Tapi Elle tinggal dengan familykau kan? Dia ada cakap apa-apa dengan emak kau?”Tersentak Izzat dengan pertanyaan itu. Sejak bila pula Fareeq tahu tentang itu? Seingatnya Helena menyuruh dia merahsiakan tentang tempat tinggalnya dari pengetahuan Fareeq. Sedikit rasa kurang enak mula menghembus ke hati, ada rasa curiga terbias sama.“Macam mana kau tahu?” soal Izzat dengan wajah serius.“Err.. what?”“Macam mana kau tahu Helena tinggal dengan family aku?”
“Oh, about that..” Fareeq mengeluh perlahan. Bibirnya diketap seketika, menunjuk reaksi kurang berminat mahu menjawab lurus. “It’s too personal bro, sorry I can’t tell you.”Berbahang panas hati Izzat dengan jawapan Fareeq yang kedengaran seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Dia bimbang, runsing dan resah memikirkan kemungkinan pergerakan keluarganya diintip oleh Fareeq sejak Helena tinggal bersama mereka.“Kau stalked family aku?”
“What? Of course not!” Fareeq tergelak kecil. “Aku cuma perhatikan Helena, aku nak make sure dia selamat walau ke mana pun dia pergi. And yes, dia beruntung dapat tinggal dengan keluarga kau. Emak dan adik kau layan dia baik sangat, she’s lucky.”
Izzat membuang pandang ke sisi. Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati dengan jawapan Fareeq. Membayangkan keluarganya mungkin terlibat dengan masalah diantara Helena dan Fareeq, dia jadi bimbang. Pandangannya kembali teralih kepada Fareeq yang masih mempamer wajah bersahaja. Dia tahu Fareeq bukan calang-calang lelaki. Melihat lelaki itu mengenakan pakaian berjenama dari hujung rambut ke hujung kaki, dia yakin Fareeq punya kuasa dan harta. Dan tidak mustahil Fareeq mampu melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Helena semula. Silap-silap ibu dan Izzati pula mendapat susah nanti.
“Kau ada phone numberdia? Give it to me.”Permintaan Fareeq itu mengejutkan lamunan Izzat. Nombor telefon Helena? Jujurnya dia sendiri pun tidak pernah bertanya apa nombornya. Lagipun dah tinggal serumah, nak telefon buat apa.“Sorry, aku tak ada nombor phone dia.”“Nak menipu pun agak-agaklah brader. Takkanlah kau tak simpan nombor dia?”
“Siapa yang menipu?” Terasa panas hati dengan tuduhan melulu itu, timbul pula perasaan mahu membalas dengan rasa serupa kepada Fareeq. “Kau ingat malam-malam aku nak bergayut dengan dia ke apa? Kitaorang duduk serumah kut, nak telefon apanya lagi.”
Airmuka Fareeq berubah, terkesan dengan apa yang diluahkan oleh Izzat. Pandangan bertembung tepat dan kali ini tidak ada lagi riak tenang dan mesra seperti awal tadi. Masing-masing merenung tajam, membiaskan rasa di hati yang bercampur baur.“What did you say? Duduk serumah?”“Yes, aku dah pindah masuk rumah mak aku semula.”
“What?” Mata Fareeq kian membulat. Mengikut informasi dari spy yang dia upah, Izzat tidak tinggal sebumbung dengan Helena. Lelaki itu tinggal di rumah kecil di belakang rumah ibunya. Jadi sekarang siapa yang silap? Ah, spytu memang bodoh! Kerja senang pun tak boleh nak buat.Perasaan di dadanya mula resah. Mungkinkah Helena sudah mencampaknya jauh-jauh kerana Izzat sudah kukuh berdiri di sisinya?
Sekilas anak mata berlari merenung lelaki di hadapannya ini. Kalau dikira pada harta dan gaya, dia tahu dia boleh menang dengan mudah. Namun kelebihan paras Izzat membuatkan dia resah sendiri, rasa tertewas tipis. Tidak mustahil Helena terpesona jika saban waktu mereka bertentang muka, apatah lagi kehadiran Izzat ketika hati Helena hancur berderai. Mungkin Izzat mengambil kesempatan merawat setiap kelukaan itu. Ah, sakit sungguh hatinya!“Betul kau tinggal serumah dengan Helena?”
“Yup, takkanlah aku nak tolak kalau ada orang nak sewa rumah belakang tu. Duit ansuran bank pun tak habis bayar lagi.” Bohong Izzat selamba. “Tapi kau tak payah nak cemburu sangatlah, dia dah keluar dari rumah aku pun.”“Aku tak percayakan kau Izzat.” Balas Fareeq serius. “Aku tak percaya bila kau kata Helena langsung tak contactkau lepas dia tinggalkan rumah tu. Mustahil kau…”
“Mustahil apa? Kau ingat aku ada hubungan dengan dia?” Pintas Izzat dengan nada serupa.“Perempuan secantik Helena, mustahil lelaki macam kau tak terasa apa.” Sindir Fareeq yakin. Dia sudah cukup berpengalaman, sudah kerap kali berasa sakit hati gara-gara ramai lelaki mahu berdampingan dengan tunangnya itu. Dan mustahil Izzat mampu menahan hati dengan setiap kelebihan Helena. Kalau pun bukan tarikan hati, tarikan fizikal pasti ada.
“Then kalau aku ada ‘terasa’ pun, apa hak kau nak banyak soal?”Rapat Fareeq mengetap bibirnya melawan rasa cemburu yang menyengat ke hati. Jadi telahan dia tidak silap? Langkahnya mara setapak, semakin hampir dengan tubuh Izzat yang tegap berdiri menghadapnya. Bahang di muka terasa semakin hangat, hatinya kian panas.
“She’s mine, Izzat. Jangan kau berani-berani nak ganggu tunang aku!”Izzat tersenyum sinis, mengejek. “Tapi Helena cakap dia dah putuskan hubungan dengan kau. So, she’s no longer yours. Dia bebas nak bersama dengan siapa pun yang dia suka.”
“Wh… what?” Fareeq terlopong beberapa saat. Kemudian dia merengus keras. Tangannya meraup resah wajahnya sendiri. Berani betul Helena membuat keputusan begitu sedangkan dia masih bertungkus lumus cuba memujuk dan merayu. Sungguh, hatinya perit tidak terkata!
“Baliklah, aku nak tutup kedai.”Melihat Izzat berpaling dan melangkah ke ruang belakang, Fareeq semakin sakit hati. Benarkah kali ini Helena benar-benar sudah meninggalkan dia untuk selama-lamanya? Tidak. Dia tidak mahu begitu.“Helena milik aku, Izzat. Sampai bila-bila pun dia hak aku.”
Izzat tersenyum sendiri ketika melangkah meninggalkan Fareeq di ruang itu. Terasa lucu mengenangkan lakonannya yang cemerlang sebentar tadi. Idea spontan, dia sendiri tidak menduga dia akan bertindak sejauh itu. Sekadar menguji ‘market’ sendiri, boleh tahan juga hasilnya.
Teringatkan pesanan terakhir Fareeq sebentar tadi, sekali lagi bibirnya mengukir senyuman lebar. ‘Sampai bila-bila pun dia hak aku’.We’ll see, Fareeq. We’ll see…
Published on May 17, 2013 00:58
May 9, 2013
Bab 10 : Hati Yang Memanggil Namamu...
Perut yang berkeroncong memaksa juga Helena bangkit dari pembaringan. Kepalanya terasa berat, kelopak matanya pula bagaikan melekat tidak mampu dibuka. Sudah berkali-kali dia cuba melelapkan mata, namun lena itu tidak juga muncul-muncul walaupun dipaksa. Dia letih, penat, lelah mahu terus berperang dengan emosi.
Semuanya kerana Fareeq. Kerana lelaki yang telah mencuri hatinya, yang telah menabur janji untuk sehidup semati, yang mengucap sayang dan cinta tanpa jemu, dan kerana lelaki itulah hatinya diracik-racik halus tanpa rasa simpati. Sungguh, kehilangannya selama hampir dua bulan tidak memadamkan semangat Fareeq untuk menjejakinya. Dia benar-benar menyangka hubungan mereka sudah berakhir apabila lelaki itu menolaknya ke tepi. Dan dia cukup yakin Fareeq memilih Suhaila dan melupakan dirinya, Namun kini Fareeq muncul pula menagih kasih dan janji-janji dahulu, untuk apa?
Masalahnya bukan dia, masalahnya Fareeq yang tak tetap pendirian! Sekejap mahukan dia, sekejap nanti tidak sanggup melukakan hati Suhaila. Berapa tahun lagi Fareeq mahu membuang masanya?Perlahan Helena melepaskan keluhan resah. Dia duduk di birai katil dengan tangan menopang ke kepala yang masih memberat. Ruang bilik yang suram dan hanya diterangi lampu tidur itu membuatkan dia semakin rimas, sesak mahu bernafas. Sekilas matanya melirik kepada Izzati yang sudah indah membuai mimpi.
Untuk dua bulan kebelakangan ini, dia sudah mula hidup tenang. Jauh dari mama dan papa yang kuat mendesak, jauh dari bayangan Fareeq yang melukakan hatinya, dia memang sudah mula selesa menyusun kehidupannya di sini. Tapi sekarang… ah, Fareeq memang menyusahkan hidupnya!Kalaulah Fareeq tidak melupakan janji mereka, kalaulah Fareeq bersikap tegas untuk bersamanya, dia yakin mereka akan bahagia. Dan apa maknanya lelaki itu memujuk rayu dia sekarang? Sebab sudah bersedia mahu meninggalkan Suhaila? Ah, dia tidak rasa begitu!Fareeq tidak mungkin menceraikan isterinya, Fareeq memang lelaki pengecut!
Bukan sekali dua Fareeq berjanji mahu menikahinya, sudah beratus kali. Dan dia pula seperti perempuan bodoh kerana terus mempercayai janji-janji mengarut begitu! Dia sanggup bersabar, bersabar dan terus bersabar. Malahan dia sanggup bermadu dengan Suhaila jika itu saja caranya mereka boleh bersama. Tapi lelaki itu memang pengecut, tidak berani mengambil risiko demi masa depan mereka.
Tapi yang paling bodoh sekarang siapa? Yang menjadi hamba cinta, yang membuang masa, yang menangis siang dan malam, siapa? Sudah tentulah dirinya. Cuma dia yang sanggup menghadapi setiap kesusahan dan rintangan dalam hubungan mereka berdua, bukan Fareeq. Kerana cinta? Iya, mungkin kerana cinta dia rela membiarkan Fareeq mempermainkan hati dan perasaannya hampir tiga tahun lamanya. Dia yang merelakan dirinya jatuh cinta kepada bos sendiri biarpun dia tahu lelaki itu bakal berumahtangga.
Apalah yang mampu dia lakukan untuk menyelamatkan hatinya dari menerbitkan perasaan indah sebegitu. Fareeq ketika itu di matanya terlalu tampan, penuh berkarisma, cukup mengambil berat dan sentiasa memberi tunjuk ajar kepadanya.
Dan apabila mereka sering menghadiri seminar di luar bersama, hubungan itu semakin lama semakin rapat. Benteng hatinya musnah dengan keikhlasan yang ditunjukkan oleh Fareeq terhadapnya. Dia rasa disayangi, dicintai dan dihargai setiap detik dan waktu. Mustahil dia mampu mengepung rasa indah yang wujud di hati.Walaupun dia tahu ketika itu Fareeq sudah bertunang dengan Suhaila atas aturan keluarga, dia tetap memberi peluang kepada dirinya untuk disayangi oleh lelaki itu. Dia rela walaupun dia tahu hubungan mereka mungkin tidak ke mana-mana.
Dan apabila Fareeq mengahwini Suhaila setahun yang lalu, perasaannya mula terdesak untuk mengundurkan diri. Dia tidak mahu menjadi orang ketiga dalam hubungan Fareeq dan isterinya, dia terpaksa melepaskan semuanya!Namun Fareeq menegah. Fareeq merayu-rayu agar hubungan mereka diteruskan secara sembunyi. Surat perletakan jawatannya juga dibuang begitu sahaja tanda Fareeq menolak dengan keputusan yang dia berikan.
Ketika itu jiwanya terharu melihat kesungguhan Fareeq. Dia percaya bulat-bulat pada setiap janji lelaki itu. Fareeq berjanji akan menceraikan isteri yang tidak dicintai dan segera mengahwininya apabila tiba masanya nanti. Janji itu dikuatkan lagi dengan kesungguhan Fareeq menghulurkan lamaran pada malam harijadinya. Dan kerana cinta, dia menerima penuh rela. Dia menyambut huluran cincin mewah bertatah berlian yang menjadi tanda dirinya bakal dimiliki oleh lelaki itu. Dia benar-benar dilambung bahagia, dia tidak lagi gusar memandang dunia yang mungkin menghalang cinta mereka.
Hubungan mereka berjalan lancar kerana Suhaila menetap di Kuala Lumpur dan tidak tinggal bersama Fareeq di Johor Bharu. Dan cinta secara sembunyi itu semakin lama semakin kuat sehingga dia yakin dia tidak mampu hidup tanpa Fareeq walaupun sedetik.Namun segala-galanya musnah apabila hubungan mereka sampai ke telinga mama dan papa. Hasrat di hati mereka ditentang habis-habisan, sedikit pun tidak diberi peluang untuk menjelaskan kehendaknya sendiri. Dia dipaksa mengakhiri hubungan mereka, Fareeq pula diugut dan berterusan didesak oleh papa dengan pelbagai cara. Namun mereka masih cuba untuk kekal bersama, cuba menghadapi satu persatu tentangan yang datang tanpa henti.
Akhirnya perancangan papa membuahkan hasil, Fareeq dibuang kerja atas satu fitnah yang tidak terbela. Walaupun Helena tahu semua itu memang rancangan rapi papanya, dia tidak mampu membantu Fareeq menegakkan keadilan. Fareeq terpaksa akur pulang ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama Suhaila untuk mencari pekerjaan yang lebih baik di sini.Dan ketika itulah hidup Helena bagaikan runtuh musnah. Kehilangan Fareeq dari pandangan matanya membuatkan dia nanar tidak keruan. Dia tidak habis-habis menyalahkan mama dan papa kerana memusnahkan kebahagiaan yang dia miliki.
Dari dahulu lagi, mama dan papa tidak pernah memahami apa yang dia inginkan. Hidupnya dikawal, diarah dan dimainkan sesuka hati. Dia memang tidak pernah berhak!Tekad menurut rasa di hati, Helena mengambil keputusan untuk mengahwini Fareeq di tanah sempadan. Perancangan rapi dilakukan mereka berdua tanpa pengetahuan sesiapa. Biarlah tidak diwali papa, tidak disaksi oleh saudara mara, tidak juga dirai dalam majlis yang gilang gemilang, dia rela demi rasa cintanya.
Bersusah payah Helena meloloskan diri dari kawalan ‘mata-mata’ papa yang sentiasa ligat memerhati, dan akhirnya dia berjaya juga tibadi Kuala Lumpur pada hari yang dijanjikan bersama Fareeq. Awalnya mereka merancang untuk ke Thailand pada hari yang sama, namun beberapa jam menunggu, Fareeq tidak juga muncul menjemputnya.
Hampir separuh hari menanti dengan gaun pengantin tersarung di tubuh, hatinya mula gelisah. Dia mula membayangkan perkara-perkara buruk yang mungkin berlaku ke atas tunangnya itu. Bukan dia tidak tahu sikap papa yang pendendam, dan papa mampu melakukan apa saja yang dimahukan. Jangan-jangan membunuh pun papa sanggup jika arahannya diingkar!
Kerana rasa gelisah dan bimbang, Helena tekad ke rumah Suhaila melalui alamat yang disimpannya tanpa pengetahuan Fareeq. Apa yang dia mahu ketika itu hanyalah memastikan keadaan lelaki itu baik-baik saja. Itu sudah memadai, sudah cukup menjadi sebab untuknya hidup tenang jika rancangan mereka terpaksa ditunda.
Namun perasaannya luluh, hancur dan berkecai ketika menjejakkan kaki ke rumah besar itu. Melihat Fareeq berpelukan penuh mesra bersama Suhaila di halaman rumah, jelas tergambar rasa bahagia di wajah tampan itu. Sedangkan dari apa yang dia dengar dari mulut Fareeq, rumahtangga mereka tidak pernah bahagia. Tidak ada sekelumit rasa cinta, tidak pernah wujud rasa kasih dan sayang. Jadi semua ini apa?
Seketika dia kaku tidak berganjak di hadapan pagar, keliru dengan fikirannya sendiri. Fareeq terlupakah mereka akan berkahwin pada hari itu? Fareeq tidak ingat lagi pada janji-janji mereka seminggu yang lalu?Terdengarkan perbualan dua manusia itu tentang kandungan di dalam perut Suhaila, semakin luruh seluruh perasaannya. Dia tidak buta untuk melihat sinar di mata Fareeq yang teruja menyentuh perut isterinya itu. Dan semua itu jelas menggambarkan, Fareeq sudah mencampaknya ke tepi. Mana mungkin dia boleh melupakan setiap baris perkataan yang diucapkan oleh Fareeq pada malam keramat itu. Sampai ke mati pun dia tidak akan lupa!
“Sorry sayang, you have to leave. I tak boleh ikut you malam ni,I’ll call you later. Please, I tak nak Suhaila syak yang bukan-bukan. You baliklah dulu!”
Cuma itu pesanan Fareeq selepas apa yang dia lalui untuk menunaikan janji-janji mereka. Fareeq memang kejam! Fareeq memang tidak berhati perut! Tergamak lelaki itu membiarkan dia terkontang-kanting sendiri setelah dia mencampakkan seluruh kehidupannya ke tepi. Dia sanggup membuang keluarga, membuang harta, membuang semuanya kerana cinta!
Sedarlah Helena yang dia sudah hilang segala-galanya, dia benar-benar sudah tersilap langkah. Dan pada malam itu, dia tekad untuk mati.
*************
Gerakan tangan Izzat yang sedang mencuci periuk di singki terhenti tatkala ekor matanya menangkap kelibat di ambang pintu dapur. Dia menoleh ke belakang, tepat matanya terhala ke seraut wajah yang kelihatan muram. Tidak ada walau segaris keceriaan di raut Helena. Sugul dan tidak bermaya. Sama seperti riak yang ditunjukkan selepas pertemuan dengan lelaki bernama Fareeq beberapa jam yang lalu.
Dia tidak tahu apa masalah sebenar Helena dengan lelaki yang mengaku sebagai tunang Helena itu. Yang dia tahu sepanjang perjalanan balik ke rumahnya, Helena menangis tidak henti-henti. Kemudian berkurung pula di dalam bilik tanpa peduli makan dan minum.
Rimas juga dia tadi bila ibu dan Izzati mengasak dengan bermacam-macam soalan. Sangka mereka dia yang membuli Helena sehingga gadis itu merajuk bagai nak gila. Dia mungkin suka menyakitkan hati Helena, menunjuk lagak dan garang, tapi tidaklah sampai tergamak membuat perempuan itu menangis. Itu dah melampau sangat.
Melihat Helena melabuhkan duduk di atas kerusi tanpa sedikit pun mengendahkannya, Izzat termangu sendiri. Perempuan itu tak nampak ke dia terpacak dekat sini? Selalunya bukan main lagi mulut Helena menegur dengan soalan-soalan menjengkelkan. Bukan sekali dua Helena menggunakan ayat sarcastic ‘basuh pinggan ke kak?’ bila melihatnya menyental pinggan mangkuk di singki. Dan kali ini, mulut itu sudah pandai mahu diam?
Usai membersihkan semua perkakas yang digunakan oleh ibunya untuk memasak nasi lemak sebentar tadi, Izzat memusingkan tubuhnya menghadap Helena. Dengan menyandarkan tubuh ke kabinet bersebelahan singki, perlahan dia mengelap tangannya menggunakan sehelai tuala kecil. Mata masih mengerling ke sana, memandang Helena yang bagaikan sudah terpisah roh dari badan. Diam kaku tidak berkutik, termenung kosong entah ke mana.
Dia tahu Helena menangis teruk. Mata yang bengkak, hidung yang kemerahan dan raut yang sedikit sembab dan pucat, tidak sukar untuk dia meneka apa yang dilakukan oleh gadis itu sepanjang beberapa jam yang lalu. Mungkin baru sekarang Helena berasa lapar, baru sedar perutnya tidak berisi.
Seketika Izzat mengetap bibirnya, serba salah mahu melontarkan soalan. Kalau tiba-tiba dia tunjuk sikap prihatin, tak ke terkejut perempuan tu nanti? Namun mendengarkan keluh kesah Helena yang keresahan, perasaannya berbelah bahagi pula. Akhirnya dia tekad, mengambil nafas sepanjang mungkin.
“Kau lapar ke?” bibirnya diketap rapat, terlepas juga soalan ‘prihatin’ itu dari bibirnya.Melihat Helena buat tidak endah dengan soalannya, timbul pula rasa malu. Orang tak kuasa nak berborak dengan kau, kau pulak sibuk nak beramah-tamah kenapa? Egonya terguris sedikit.“Hmm… lauk ibu dah simpan, siapa suruh kau lambat sangat keluar.” Tokoknya dengan suara sedikit serius, menambak semula paras keegoannya ke tahap biasa.
“No, it’s okay…” Lemah saja suara Helena menjawab, diiringi pula dengan keluhan berat.“Dalam rumah ni ada peraturan, nak makan ada masa-masa tertentu aje. Kalau kau terlepas time makan, memang nasiblah berlapar sampai ke pagi.” Ucap Izzat bersahaja. Peraturanlah sangat! Padahal ibu tak berkira langsung soal makan dan minum, makanlah bila-bila masa pun.“Hmm.. okay.”
Eh, perempuan ni! Izzat mengerling ke wajah Helena yang bagaikan separa mamai. Cakap pun macam meracau aje, langsung tak seagresif biasa. Kalau dikirakan normal diri Helena, memang tidak mungkin gadis itu mahu akur dan mendengar saja kata-katanya. Perempuan itu tidak suka kalah, mesti nak menang juga!Lambat-lambat Izzat melangkah menghampiri meja makan tempat Helena duduk mengelamun. Direnung tepat seraut wajah yang sedikit menunduk itu. Hatinya tertanya-tanya mengapa hati Helena begitu terguris kali ini. Apa yang dah Fareeq lakukan?
Perasaan ingin tahu itu mendorong tangannya menarik kerusi kayu, dan kemudian perlahan dia melabuhkan duduknya di hadapan Helena. Lamunan gadis itu kelihatan sedikit terusik, mengangkat muka namun masih memandangnya dengan pandangan kosong.“Aku pernah cakap dengan kau, aku tak nak kau susahkan keluarga aku. Lebih-lebih lagi ibu.”
Berkerut-kerut kening Helena mendengar sepotong ayat itu. Dia tidak faham, otaknya memang tengah ‘mati’ sekarang ini.“Kau lari dari rumah kan?”Tersentak diri Helena dengan soalan itu. Pandangannya dialihkan ke sisi, enggan memandang renungan Izzat yang menikam ke matanya. Dia boleh menjangkakan yang Izzat sudah lama tahu tentang itu, dan kehadiran Fareeq semakin menjelaskan rahsianya.
“Sekarang ni tunang kau dah tahu dekat mana kau menyorok, jadi aku rasa eloklah kau keluar dari rumah ni. Aku tak nak orang tuduh keluarga aku sengaja sorok kau, kidnap kau.” Jelas Izzat tenang namun nadanya kedengaran sedikit tegas. “Dunia sekarang ni kejam, orang sanggup buat apa saja untuk kepentingan diri sendiri. Jadi apa pun masalah kau, tolong jangan libatkan keluarga aku.”
Helena kembali mencari wajah Izzat, seketika mereka saling bertatapan. “Izzat, I bukan nak susahkan keluarga you. I memang ada masalah, tapi masalah I takkan menyusahkan family you. I can promise you that.”“Kau terlalu banyak berahsia Helena, jadi aku harap kau boleh keluar dari rumah ni secepat mungkin.”
Terpinga-pinga Helena memandang wajah serius lelaki di hadapannya ini. Dia tahu yang sikap Fareeq sedikit keterlaluan kerana mengesyaki Izzat sebagai kekasih barunya, tapi takkanlah Izzat sudah kecut perut? Cemburu lelaki seperti Fareeq takkan ke mana, dia tahu sangat.“Izzat, I mintak tempoh sebulan dengan you kan? Sekarang ni tinggal dua minggu aje lagi, bagilah I masa untuk cari rumah sewa lain…” Pintanya mengharap.
“No, I can’t. Tapi aku boleh pinjamkan kau duit, asalkan kau keluar dari sini secepat mungkin.”Ternganga Helena dengan apa yang diluahkan oleh lelaki itu. Izzat betul-betul bencikan dia, memang betul-betul benci! Tapi dia nak ke mana? Dia belum cukup berani mahu berdikari sendiri.
Runsing dengan masalah yang semakin kusut di kepala, Helena meraup wajahnya berkali-kali. Pandangannya mula berkaca-kaca, bercampur baur dengan rasa sedih, kecewa, kesal dan bimbang. Dia cukup tertekan, kalau diikutkan hati dia mahu menangis dan menjerit-jerit melepaskan semua rasayang berkumpul di dada.“Tapi I nak pergi mana Izzat? I tak ada siapa-siapa lagi. Mak ayah I dah buang I, kawan-kawan I dah tinggalkan I, I nak pergi mana lagi?” Soal Helena sedikit beremosi.
“Semua dah tinggalkan kau, tapi Fareeq ada kan? Dia boleh jaga kau.” Balas Izzat selamba. Helena merengus kuat. “I don’t need him anymore!”“Why? Sebab kau dah ada Rafael, kau dah tak perlukan Fareeq lagi?”
Berdesing telinga Helena dengan pertanyaan separa mengejek itu. Matanya serta merta menyilau garang, sakit hati dengan telahan mudah Izzat. Lelaki itu tidak tahu apa-apa tentang kisahnya, kenapa senang benar Izzat mahu menuduh yang bukan-bukan?
“Kenapa? Aku salah cakap?” Soal Izzat tatkala melihat riak wajah Helena berubah. “Sama macam kau buat pada Danial, kau tak endahkan dia bila kau dah kenal orang lain. Seronok ke main-mainkan hati orang macam tu?”Nafas Helena terasa sesak. Begitu bersahaja Izzat menyimbah minyak tanah ke atas bara api di hatinya. Kalau tak disabarkan hati, tidak mustahil mulut celopar itu merasa penamparnya.“You jangan nak sebut-sebut benda yang you tak tahu!”
“Apa yang aku tak tahu? Kalau kau tak cakap pun, aku tahulah perangai kau macam mana. Kau ingat aku buta? Kau ingat aku bodoh?” Tempelak Izzat geram. Sakit hati sungguh kerana Helena begitu berani meninggi suara kepadanya. Pandangan mereka kini bertentang garang, masing-masing tidak mahu beralah.
“I tak pernah main-mainkan hati sesiapa Izzat.”“Oh yeah? Dah baling batu, sorok tangan. Bagus!”“Bagus? Apa yang bagusnya?” Suara Helena masih meninggi.“Baguslah, sebab kau ni memang ada talent. Heart breaker!” “Wh.. what?”
“Heart breaker! Perempuan yang suka merosakkan hati lelaki, perempuan macam kau nilah!” Luah Izzat sekuat hati. Dan dalam rasa panas, tiba-tiba saja wajahnya terasa sejuk dan dingin. Pandangan pula kabur entah kenapa. Namun sepantas itu otak menghantar maklumat apabila titisan air mula jatuh ke tangannya. Helena simbah dia dengan air?? Dia tercengang.
“Puas hati you sekarang?” Tanya Helena dengan pandangan berkaca-kaca. Dia terluka sekali lagi disaat jiwanya begitu rapuh menanggung kepiluan. Izzat memang tidak berhati perut! Tak boleh ke lelaki ini membiarkan dia hidup tenang walau sesaat?Helena bangkit dengan pantas, kerusi yang didudukinya ditolak kasar ke belakang. Tajam dia merenung wajah Izzat yang masih tidak lepas-lepas memandangnya. Basah rambut dan muka lelaki itu kerana diterjah air yang disimbahnya sebentar tadi. Dan dia tidak menyangka dia akan bertindak sehingga ke tahap ini. Dia tidak sedar bila tangannya mencapai gelas berisi air kosong itu. Dia tidak ingat!
“Demi Allah I tak pernah mainkan hati mana-mana lelaki dalam hidup I…” Ucap Helena dengan nada bergetar. Tangannya yang sedikit menggigil naik menyeka airmata yang mengalir di pipi. “Yang dipermainkan, yang terluka, yang kecewa, yang merana, yang dah tak ada harapan untuk hidup, semua tu diri I Izzat. Diri I!” Sambung Helena dengan suara separa menjerit. Dadanya bagaikan mahu pecah, tidak tertanggung beban kesedihan di hatinya ini.
Izzat masih terpaku, sedikit pun lidahnya tidak mampu menyusun kata. Hanya jantungnya berlari kencang, berdegup pantas tatkala airmata Helena berterusan mengalir.“I tak mintak you faham I Izzat, tapi percayalah I bukan perempuan macam tu.. I lebih tahu macam mana rasanya kecewa dan sengsara… trust me, I lebih tahu.”
Melihat Helena berlalu meninggalkannya dengan wajah penuh kesedihan, Izzat mengeluh keras. Rambutnya yang masih basah dilurut perlahan, dia kemudian tunduk memicit-micit dahinya dengan otak ligat berputar. Kata-kata Helena sebentar tadi kembali bermain di dalam fikirannya, serta merta hatinya diserbu rasa bersalah.
Dia tidak berniat mahu menambahkan beban di tubuh itu, dia memang tidak sengaja menyakiti Helena. Ah, dia terlalu mengikut perasaan! Terlalu terbawa-bawa dengan dendamnya yang tidak pernah padam.Lama Izzat termenung dan berfikir. Siapa dia mahu menyamakan Helena dengan perempuan bangsat yang telah memusnahkan kebahagiaan keluarganya? Dia tidak pernah ambil peduli, tidak pernah cuba mahu menyelidik siapa diri Helena yang sebenar, dan sekarang dia berani menghukum seolah-olah dia sudah hidup bertahun dengan gadis itu? Sesalan mula menimpa bahunya. Dia rasa bersalah.
Terkenangkan Helena yang belum menjamah apa-apa makanan, perlahan dia bangkit dari duduknya. Masih ada rasa kesal mengepung seluruh hatinya, membuatkan dia semakin gelisah dengan rasa bersalah.Beberapa minit menyibukkan diri di dapur, tangannya kini lincah menyusun sepinggan nasi, semangkuk sup ayam, dan sepiring sayur campur di atas meja makan. Dia tidak sampai hati pula membiarkan Helena tidur dengan perut kosong, lebih-lebih lagi mengenangkan hati gadis itu terluka kerana mulut lancangnya.
Telefon bimbit di atas meja dicapai. Sambil menapak ke pintu belakang untuk pulang ke rumah sebelah, jari jemarinya ligat menaip pesanan ringkas kepada Izzati.
Zati, bangun temankan Kak Helena makan. Abang dah masakkan utk dia. Make sure dia makan sblm tidur.
Dan sepanjang langkah itu, hati Izzat kian memberat. Kepalanya semakin ligat memutar dan menayang wajah sayu Helena berulang-ulangkali. Hatinya digaru-garu rasa ingin tahu, dia mahu tahu kenapa Helena sengsara dan merana. Mungkinkah kerana cinta? Kerana Fareeq? Aduhai, Helena… sungguh dia ingin cuba mengerti segala-galanya. Tanpa sedar sekali lagi nama itu terkeluh dari bibirnya. Dia resah.
Published on May 09, 2013 02:59
Acik Lana's Blog
- Acik Lana's profile
- 379 followers
Acik Lana isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.