Isaac Ismael's Blog
March 23, 2012
IFall, buku debut saya.
[image error]
1. IFall adalah buku debut aku. Tak sangka aku berjaya hasilkan buku walaupun hanya sekadar kompilasi. Nak kata penulis, aku sumbangkan komik. Pelukis kot gamaknya patut digelarkan. Apa-apapun, aku sudah (hampir) habis membacanya. Puas hati jugak, puas hati dengan karya yang lain-lain. Bukannya karya aku pastinya.
2. Aku suka ulang-ulang, apa itu IFall. IFall ialah buku yang mengkompilasikan emosi penulis setelah jatuh dalam hidup dan akan bangkit. Bukannya buku mengajar anda bercinta dan sebagainya. Ini bukan Lovebook For Dummies. Cerita-cerita dalam ni kebanyakannya fiksyen. Oh hampir kesemua fiksyen yang berdasarkan kisah sebenar dan ditokok-tambahkan.
3. Jadi, setelah sudah (hampir) habis membaca buku ni, aku tertarik dengan beberapa cerita. Oleh kerana aku peminat tulesan-tulesan Lucifer, maka semua cerita dia aku suka. Aku bias. Sebab mana mungkin cerita dia cerita sampah. Jadi, bacalah cerita [I] dan Hantu Masa Lepas tulesan Lucifer dalam IFall. Cerita dia dalam ni mudah faham berbanding dengan cerita-cerita dia dalam .44. Aku jamin.
4. Strusnya, tulisan Zoul Yazix dan Khrl Hsym memang aku tak pernah kecewa. Mungkin karena urat mereka adalah urat menulis kispen, jadi asal tulis je, cerita bagus-bagus. Bacalah semua cerita mereka, A+B=C2, Mimpi [I] oleh Zoul dan Kertas Putih dan Rasa [1] oleh Khrl Hsym.
5. Lain-lain, banyak yang buat aku impres dengan karya mereka, contohnya Hanif Boey, Rifa Johan, Azreen Yusof dan Martini Muaz. Mereka mereka ini aku kenal hasil tulisan pun setelah dikompailkan dalam projek IFall ni. Impress, memang aku impress.
6. Cerita-cerita yang lain dari yang lain dan sangat urban cara penulisannya ialah cerita-cerita Ghost Writer, Nasyrun dan M. Faiz Syahmi.
7. Fakta #1: dua cerita pertama yang aku baca bukanlah cerita aku sendiri, tapi, tulisan Izza bertajuk Burung Kertas dan Ini Bukan Luka. Dua-dua cerita ni walaupun pendek tapi aku tertarik. Fakta #2: Bacalah Abstrak oleh Lucifer nescaya lepas ni kau akan tunggu sekuel seterusnya. Dan tak tanya-tanya lagi IFall tu apakebenda. Malah kau siap boleh terangkan kepada orang yang tak tahu gaya ala-ala MLMer.
8. Lain-lain yang aku tak sebut samada aku tak baca lagi ataupun aku takda komen apa-apa. Tapi percayalah, cerita dalam ni memang ada macam-macam emosi. Itu unik dia.
9. Nak beli dari aku boleh, aku akan turunkan tandatangan sekali itupun atas permintaan sahaja. Gila apa kalau engkau tak mahu, takkan aku nak pandai-pandai bajet bagus sign-kan kan ? Tapi follow aku di twitter untuk order (ushar kat saidbar tepi). Buat masa ni stok dah habis, jadi tunggu aku bukak order, jadi boleh order dari aku. Aku sendiri akan poskan. Kalau area-area Johor selatan, mungkin aku boleh Cash On Delivery (COD). Follow di twitter kerana apa-apa info aku tweet sahaja. Dah malas nak Facebook dah sekarang. Takdenya aku gila followers.
10. Kepada yang dah beli dan baca. Terima kasih sebillion kerana beli dan baca. Tunggu sekuelnya dalam April, Mei atau Jun.

Published on March 23, 2012 21:00
March 9, 2012
GRAVY BABY MUSICAFE, baby !
[image error]
It's GRAVY BABY MUSICAFE baby ! See, I don't even know where the place is ! haha. Nevermind, what matters is IFall will be launched there at BOCO event on 31st of March 2012. What a date, man, what a date.
Nak tahu lebih lanjut tentang BOCO ni boleh lawat facebook mereka. Kalau anda semua baca poster di atas pun anda boleh dapat gambaran apa dia BOCO ni. Apa-apapun, buku sulung saya bersama 22 pengkarya lain bakal dilancarkan disini. Makanya, anda harus pergi jika ingin melihat sendiri dan beramah mesra dengan penulis-penulis IFall dan lain-lain, dan termasuk saya, Insya Allah. Baca saja aktiviti-aktiviti di atas, bukan main ramai lagi lejen-lejen akan berada disana.
Cuba-cuba lah luangkan masa dalam kalender anda, dan hadirkan diri. Sokonglah industri buku indie walaupun anda bukan peminat buku.
Jumpa anda di sana, ya ?

Published on March 09, 2012 09:52
February 25, 2012
Scarfgals Episod 22: Kembali bersambung.
[image error]
Setelah sekian lama menyepi, sibuk dengan hal duniawi, aku kembali menghadiahkan kauorang episod baru Scarfgals. Episod ini hanya lah satira. Jadi, kalau ada yang tersinggung, aku awal-awal lagi minta maaf.
Jangan lupa, buku IFall akan menemui anda di pasaran Mac ini. Juga, Kitab Terfaktab 2 akan mula memecah pasaran bulan berikutnya. Kedua-dua buku ini akan menampilkan beberapa karya dari aku, Isaac Ismael. Kalau tak hebat pun kualiti artwork aku, beli la untuk support kawan-kawan.
Sekian, terima kasih.

Published on February 25, 2012 19:05
February 24, 2012
IFall, karya kompilasi sulung aku. Mesti dapatkan.
[image error]
Lama sungguh aku tak update blog ini. Aku rasa pasti ramai yang ternanti-nanti bila episod baru Scarfgal sampaikan mungkin ada dikalangan pembaca sudah lupa siri yang tak berapa popular ini. Apa-apapun, sekembalinya aku menulis blog semula adalah bertujuan.
Cuba tengok gambar di atas. Itu adalah kaver buku IFall Volume 1 yang akan debut pada bulan Mac 2012 ini. IFall adalah siri pertama dalam 5 siri kronologi IRise. Senang cakap, jika dikumpulkan kelima-lima buah dan disusun di atas rak, dan dilihat dari tepi, maka huruf I R I S E akan melengkapkan koleksi kronologi ini. Bunyi menarik bukan ? Seolah-olah anda mengumpulkan kesemua siri Dragonball dan lihat dari tepi lakaran yang bersambung-sambung itu.
Apa itu IFall ? Ini adalah soalan lazim yang sering diajukan. Siri pertama ini bertemakan kejatuhan dalam hidup, terutamanya kejatuhan cinta, kejatuhan setelah gagal bercinta, kejatuhan bangunan, kejatuhan longkang dan macam-macam jatuh lagi la. Buku ini menampilkan karya daripada 22 orang pengkarya indie yang hebat-hebat belaka. Terdapat puisi, kispen, cerkot, komik, ilustrasi, kata-kata jahanam, madah-madah cinta, madah celaka dan bahasa atas langit yang sukar difahami.
Oleh kerana kita pernah berkongsi rasa bagaimana celakanya jatuh dalam hidup, maka buku ini harus dimiliki setiap dari kita. Saya jamin, kalau bukan dari hasil karya saya, mungkin karya-karya yang lain bakal membuatkan anda rasa tidak rugi memiliki senaskhah buku ini.
Tentang bila akan dilancarkan dan dimana, akan diumumkan kelak. Jadi, lekas-lekas lah like page resmi IRise: The Chronicles di Facebook untuk mengetahui maklumat semasa tentang buku ini. Untung-untung anda boleh dapat bersemuka dengan penulis-penulis.
[image error]
Salah satu sedutan karya saya dalam IFall.
P/S: Tudia aih, bukan main skema lagi ayat-ayat aku. Sebelum terlupa, Kitab Terfaktab #2 akan menampilkan karya-karya aku jugak. Nantikan.

Published on February 24, 2012 00:16
January 17, 2012
Memo
Selamat sejahtera,
Ada memo untuk anda:
Isaac baru sahaja menomadkan diri ke Selatan tanahair untuk berkhidmat di sa-buah daerah bernama Kulaijaya. Kemain berjaya daerah ni katanya. Jadi, blog ni mungkin beku sekejap.
Sekian terima kasih.

Published on January 17, 2012 08:27
December 20, 2011
Scarfgals Episod 21: Dua Jantan Mengomel
[image error]
1. Seperti yang jelas kelihatan, episod ini adalah sambungan dua episod lepas dimana tema nya masih sama, dan watak dua jantan puaka yang sama. kah kah kah.
2. Ingin aku berikan komen susulan sedikit sebanyak mengenai isu yang dibawakkan dalam ketiga-tiga episod ini. Realitinya, memang ada lelaki yang berperangai serupa dua orang puaka tersebut. keh keh keh. Mengumpat bukan main. Tapi, ada betul jugak apa mereka kata. Apa apa pun, perbaiki diri dan bersama sama perbaiki orang lain, kalau mampu lah.
3. Nantikan episod seterusnya lebih kurang suku purnama lagi. kah kah kah.
Terima kasih.

Published on December 20, 2011 23:45
December 15, 2011
Scarfgals Episod 19 dan Scarfgals Episod 20
1. Seperti yang aku janjikan, aku persembahkan back-to-back episodes of Scarfgals. Aku sekaligus-kan Episod 19 dan Episod 20.
Episod 19
[image error]
Episod 20
[image error]
2. Amacam? Jangan tuduh aku ngelat pulak bagi dua episod tapi bersambungan. Kira aci la kan. Boleh jugak kira dua episod berlainan. Keh keh keh.
3. Tunggulah InsyaAllah nanti ada lagi episod sambungan daripada ini, Episod 21. Ini kira qada sebulan lebih tak sambung cerita Scarfgals ni.
Terima Kasih kerana membaca!

Published on December 15, 2011 08:56
December 8, 2011
Apa cerita, Isaac Ismael?
Apa salahnya aku menulis kan. Aku rasa macam tak seronok pulak menulis ikut nombor ni. Dah macam blog Che Det lah pulak. Aku mahu tukar pulak format. Tulis macam biasa. Ada beberapa perkara aku mahu kongsi melalui entry ini.
Pertama-tama sekali, terima kasih kerana memberi sokongan terhadap karya, lukisan dan siri popular blog ini, Scarfgals. Scarfgals ini diinspirasikan dari you-know-who, dan sengaja disatirakan dalam bentuk komik. Tiada apa-apa niat jahat mahu menjatuhkan maruah. Kalau agak-agak nak buat kontroversi, panggilla Melodi. Aku sedia ditemuramah. Dapat jugak keluar bersiaran pada mana-mana tengahhari Ahad. keh keh keh.
Kedua, bagi seseorang yang tidak pro, pembahagian masa aku sangatlah tidak pro juga. Jadi, aku hanya lukis bila rajin, bila malas pun kadang-kadang aku lukis juga. Kebiasaannya, aku boleh melukis bila dalam keadaan tertekan. Ah, disitu lah jawabnya kenapa siri popular Scarfgal itu on off, sebab takkanla setiap hari aku tertekan, ye dak? Jadi aku rasa aku kena belajar untuk melukis ketika tidak tertekan.
Ketiga, ramai mungkin tahu, ramai juga mungkin tidak peduli, aku sebenarnya sudah dijemput menjadi salah seorang pengkarya di Terfaktab. Bagi yang tahu apa itu Terfaktab, mereka tahulah apa benda Terfaktab ni. Jadi, disitu aku rasa berterima kasih sebab menjemput aku untuk menyumbangkan apa yang sesuai dan patut. Kalau kauorang nak pangkah-pangkah Terfaktab itu hak kauorang lah. Sebab aku pilih untuk menghormati hak yang kauorang ada.
Keempat, eh, ini dah poin empat, last-last bernombor jugak, ahh, pedulikan. Walaupun aku tidak pro, tapi aku percaya setiap orang ada tempat dalam komuniti. Mana boleh kau takda tempat. Kalau kau takda tempat, masakan kau dilahirkan di dunia ini. Jadi, disamping aku mahu majukan diri dalam hobi melukis, aku juga mahu majukan diri dari segi mengembangkan bakat aku ini. Peh, cara percakapan ala-ala syarahan ni kadang-kadang nampak macam awesome jugak, ye dak? keh keh keh. Sebenarnya, apa yang aku nak sampaikan ialah, tak lama lagi aku akan keluarkan zine/buku. Dalam buku tu ada karya aku, walau seciput je. Dan, insya Allah, di masa-masa depan, akan aku terbitkan lagi karya dalam bentuk cetakan. Haa, itulah yang aku maksudkan memajukan diri. Memang lah karya aku dan mereka bukan karya orang-orang hebat, tapi kami rasakan apa yang kami cuba sampaikan mampu dimanfaatkan dan kami percaya ada yang percaya ia baik. Jadi, kami kira ada tempat jugak lah dalam komuniti ini, walau tak besar mana.
[image error]
[Zine yang dimaksudkan lebih kurang macamni la muka depannya]
Kelima, dok pompang pompang sana sini, yang sebenarnya, aku mahu kauorang beli zine/buku aku. Itu sahaja. Memang dasar kapitalis, kan. HA HA HA. Bila tu? Tunggu lah isyarat nya nanti. Apa-apa maklumat akan diberitahu kelak.
Sekian, teruskan baca blog dan karya aku. Terima kasih.

Published on December 08, 2011 01:29
November 15, 2011
Siri Scarfgal bersambung dengan Episod 18
1. Nah, di atas permintaan dan desakan ramai, Episod 18 menemui anda semua. Siri popular yang taklah popular mana ni kembali dengan episod semuka.
[image error]
2. Idea mengumpat ni bukan idea aku, tapi idea dia ni haa, Si Pengumpat. hahaha. Jangan marah cik pemberi idea. Saya sangat hargai idea anda dikala saya kebuntuan mencari idea. Saya ni mengumpat itu adakala sebakul dua, tapi mengutuk tu jarang-jarang sekali.
3. Jadi, sesiapa yang nak bagi idea, boleh lah bagi kat mana-mana je. Facebook boleh, komen pun boleh. Kalau saya pilih idea anda nanti, saya mention lah ye. Kalau nak claim mana-mana karya sebelum ni idea anda pun boleh. Sila claim.
Ok, sekian terima kasih.

Published on November 15, 2011 18:33
November 13, 2011
Warm up sketches
1. More warm-up sketches from me as I am getting back to drawing. It's kinda challenging to stay consistent. But, I tried my best to keep sketching so I will not lose the touch again.
[image error]
[image error]
2. More will come.
[image error]
[image error]
2. More will come.
Published on November 13, 2011 18:30