Apa cerita, Isaac Ismael?

  Apa salahnya aku menulis kan. Aku rasa macam tak seronok pulak menulis ikut nombor ni. Dah macam blog Che Det lah pulak. Aku mahu tukar pulak format. Tulis macam biasa. Ada beberapa perkara aku mahu kongsi melalui entry ini.



 Pertama-tama sekali, terima kasih kerana memberi sokongan terhadap karya, lukisan dan siri popular blog ini, Scarfgals. Scarfgals ini diinspirasikan dari you-know-who, dan sengaja disatirakan dalam bentuk komik. Tiada apa-apa niat jahat mahu menjatuhkan maruah. Kalau agak-agak nak buat kontroversi, panggilla Melodi. Aku sedia ditemuramah. Dapat jugak keluar bersiaran pada mana-mana tengahhari Ahad. keh keh keh.



  Kedua, bagi seseorang yang tidak pro, pembahagian masa aku sangatlah tidak pro juga. Jadi, aku hanya lukis bila rajin, bila malas pun kadang-kadang aku lukis juga. Kebiasaannya, aku boleh melukis bila dalam keadaan tertekan. Ah, disitu lah jawabnya kenapa siri popular Scarfgal itu on off, sebab takkanla setiap hari aku tertekan, ye dak? Jadi aku rasa aku kena belajar untuk melukis ketika tidak tertekan.



  Ketiga, ramai mungkin tahu, ramai juga mungkin tidak peduli, aku sebenarnya sudah dijemput menjadi salah seorang pengkarya di Terfaktab. Bagi yang tahu apa itu Terfaktab, mereka tahulah apa benda Terfaktab ni. Jadi, disitu aku rasa berterima kasih sebab menjemput aku untuk menyumbangkan apa yang sesuai dan patut. Kalau kauorang nak pangkah-pangkah Terfaktab itu hak kauorang lah. Sebab aku pilih untuk menghormati hak yang kauorang ada.



 Keempat, eh, ini dah poin empat, last-last bernombor jugak, ahh, pedulikan. Walaupun aku tidak pro, tapi aku percaya setiap orang ada tempat dalam komuniti. Mana boleh kau takda tempat. Kalau kau takda tempat, masakan kau dilahirkan di dunia ini. Jadi, disamping aku mahu majukan diri dalam hobi melukis, aku juga mahu majukan diri dari segi mengembangkan bakat aku ini. Peh, cara percakapan ala-ala syarahan ni kadang-kadang nampak macam awesome jugak, ye dak? keh keh keh. Sebenarnya, apa yang aku nak sampaikan ialah, tak lama lagi aku akan keluarkan zine/buku. Dalam buku tu ada karya aku, walau seciput je. Dan, insya Allah, di masa-masa depan, akan aku terbitkan lagi karya dalam bentuk cetakan. Haa, itulah yang aku maksudkan memajukan diri. Memang lah karya aku dan mereka bukan karya orang-orang hebat, tapi kami rasakan apa yang kami cuba sampaikan mampu dimanfaatkan dan kami percaya ada yang percaya ia baik. Jadi, kami kira ada tempat jugak lah dalam komuniti ini, walau tak besar mana.




[image error]

[Zine yang dimaksudkan lebih kurang macamni la muka depannya]


 Kelima, dok pompang pompang sana sini, yang sebenarnya, aku mahu kauorang beli zine/buku aku. Itu sahaja. Memang dasar kapitalis, kan. HA HA HA. Bila tu? Tunggu lah isyarat nya nanti. Apa-apa maklumat akan diberitahu kelak.



  Sekian, teruskan baca blog dan karya aku. Terima kasih.



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 08, 2011 01:29
No comments have been added yet.