Shamsul Amin's Blog
August 13, 2025
#SamBaca: kumpulan cerpen ‘Rumah di dalam Pasu Bunga’
Dalam bauran realisme-magis yang menjadi ranah permainan kreatif Haniff Yusoff, kesemua dua belas cerpen dalam kumpulan cerpen terbaharunya, Rumah di Dalam Pasu Bunga masih berkeliling dalam putaran lazim yang sudah sinonim dengan karyanya—bahasa, budaya, sejarah, dan jati diri, tema yang turut menjadi nadi beberapa kumpulan cerpennya sebelum ini.
Gaya dan kecenderungan ini memperlihatkan kesinambungan visi penulis dalam mengangkat persoalan-persoalan mendasar yang membentuk manusia dan masy...
March 13, 2025
#SamBaca: Perincian oleh Adania Shibli
Perincian karya Adania Shibli ialah sebuah novela yang menyentuh sejarah dan realiti semasa Palestin dengan seni bercerita yang tersendiri.
Berlatarkan dua zaman berbeza dan dijuzukkan kepada dua bahagian, novel ini merungkai satu peristiwa kekejaman yang berulang yang berkesinambung oleh perincian kecil—peristiwa kejam yang menimpa seorang gadis Badwi Palestin pada tahun 1949 dan seorang wanita Palestin moden yang mencari kebenaran tentang kejadian tersebut.
Secara peribadi, dari segi gay...
February 25, 2025
#SamBaca: Rasa oleh Nuril Basri
Membaca RASA, novel dramedi oleh Nuril Basri seperti menyelak selembar hidup yang penuh gundah, getir, dan mencuit jenaka sekali sekala.
Maya, gadis tiga puluhan genit yang polos, memilih untuk melangkah keluar daripada rutin hidupnya yang menjelakkan.
Dari Jakarta ke kapal persiaran, kemudian ke London yang serba asing, dia mengecap kebebasan dan kepayahan yang kadang kala berjalan beriringan; tetapi ada sesuatu dalam diri Maya—dia melaluinya tanpa sekelumit gentar dan hidup dengan penuh ...
February 13, 2025
Menonton tiga filem pendek Indonesia di Ubud, Bali
Baca lanjut di Seni Malaya.
November 27, 2024
Rumah Kumuh oleh SM Zakir: memenangkan cerita berbanding bentuk
Rumuh Kumuh ialah himpunan cerpen-cerpen mutakhir SM Zakir (penerima Anugerah Penulisan S.E.A 2011) atau tepatnya sekitar tahun 2020-2021—tahun-tahun dalam juzuk dekad ini yang diingati oleh umat manusia sedunia sebagai tahun-tahun gelora, di mana dunia dilanda wabah COVID-19 yang barah.
Pertama, dari aspek penerbitan, saya suka akan saiznya yang kompak dan nipis. Kalau yang mengulitinya seorang pembaca cepat, dalam sekali duduk sahaja rasanya buku ini boleh habiskan.
Kalau kita menyikapi...
February 14, 2024
Rain Town (2024): Taiping dalam Renyai dan Damai
KALI terakhir saya mengalirkan air mata menonton filem tempatan adalah ketika menonton filem Abang Adik (2023) pada hujung tahun lalu. Nampaknya, Rain Town (2024) yang saya tonton minggu ini juga menerobos ruang jiwa saya dengan acuan yang sama.
Filem ini juga menghidangkan cerita yang sederhana namun meruntun perasaan dan mendamaikan jiwa dalam masa yang sama.
Jika Abang Adik mengangkat tema hubungan adik-beradik yang sarat dengan kritikan sosial, Rain Town bermain dalam lingkungan cerita...
January 29, 2024
Budi Pekerti (2023): Kejujuran yang Terhukum
– Ibu Prani
Kalau dunia terlalu berisik, tutup telingamu, pejamkan mata dan dengarkan detak jantungmu. Dan berterimakasih untuk hari ini.
BUDI Pekerti membuka layarnya dengan membina latar dan dasar cerita yang kukuh bagi melukiskan suasana sebuah keluarga ketika pandemik – sang ibu, seorang guru yang mengajar secara maya melalui komputer riba, seorang anak lelaki yang menjadi pempengaruh ‘healing’ melalui tauladan haiwan, seorang anak perempuan anti kemapanan (anti-establishment) menjual baju...
November 18, 2023
#CerpenSabtu 1: Mama Dhani oleh Arif Zulkifli
Bilakah kali terakhir kita dapat membaca fiksyen, atau lebih khusus, cerpen, berbahasa Melayu yang memaparkan watak atau latar komuniti queer tempatan, terutama di media atau penerbitan utama di Malaysia?
...October 9, 2023
Past Lives (2023): Bahasa Sepi Adalah Bahasa Peribadi
Past Lives (2023) membawa kita menelusuri perjalanan cinta, perkawanan dan konflik diri merentasi sela masa, dekad dan benua yang berbeza. Kita berkenalan dengan dua kanak-kanak Korea Selatan, Na-Young dan Hae-Sung, yang saling menyayangi dan menyaingi, di tengah-tengah jantung Seoul.
Na-Young walau bagaimanapun harus berhijrah ke Kanada bersama-sama keluarganya, meninggalkan Hae-sung di Seoul. Ayah Na-Young seorang pengarah filem manakala ibunya seorang artis. Na-Young menurut jejak keluarg...
February 7, 2023
Pulau Pinang dalam Lembaran Filem
Foto-foto ini sebenarnya diambil menggunakan kamera filem Yashica MF-2 ketika saya dan beberapa teman ke negeri-negeri daksina awal tahun yang lalu (2022), cuma baru sempat saya hantar ke kedai gambar untuk diproses.
Tetapi entah di mana silapnya, gambar-gambarnya tidaklah begitu menjadi. Mungkin kerana saya kekok menggunakan kamera filem, pemprosesannya tersalah di mana-mana atau apa-apa sahaja.
Tetapi, pada akhirnya, begitulah mengendalikan hasil kamera filem. Ketidaksempurnaannya yang ...


