Azrin Fauzi's Blog
November 5, 2022
Suara Yang Merekahkan Kulit Pupa
Amok-Imago. Kuala Lumpur: Nusa Centre, 2022. "Sangat Deleuzian."
Dr. Norman Yusoff, dalam acara Amok-Imago: (diskusi) + dialog-dialog diam
di Galeri RumahLukis
"Rasanya Azrin Fauzi dah berada setakah lebih tinggi daripada mana-mana cerpenis Malaysia dengan naskhah ini."
Lokman Hakim, via Shopee
"Bertemu dengan serpihan diri Azrin."
Sheera Ghafar, via Goodreads
"Semacam adakah aku baca karya fiksyen? Bukan fiksyen? Hibrid?"
Hadi Muss, via Goodreads
"Eksperimental dan meditatif."
Hadi M. Nor, via Goodreads...
January 2, 2022
Cerpen Avant-garde: "Bagaimana Kalau..." Atau Dialog-dialog Diam Di Dalam Mesin Penghancur Cereka
Zero & Not (1989), oleh Joseph Kosuth dan Liege (1989), oleh Franz West.
BAGAIMANA kalau, kerana sudah begitu lama tidak dibangkitkan, kita mempertanya semula, “Apa yang dikatakan sebagai sebuah cerpen?”: Saya sempat berkunjung ke sebuah acara seni dan buku alternatif yang dilangsungkan di Galeri Annexe, Pasar Seni sekitar 2011 dahulu. Dan saya sempat membawa pulang senaskhah antologi cerpen dengan judul dan kulit buku yang melahirkan curiga. Juga sempat menghabiskan bacaan salah sebuah cerpen ya...
July 20, 2021
Memori, dan Bangkai Tak Tertanggung
Antara foto yang menginspirasikan Basuki Basri untuk Bangkai Tak Tertanggung.MENGARANG cerpen "Otomemoria" (Dewan Sastera, Julai 2021) adalah untuk menyeni dengan memori dan kelajuan; mempertimbang jarak dan waktu dengan kematian. Mengarang cerpen ini adalah untuk saya melepasbebaskan memori. Membiarkan ia terbentuk sendiri.
Bertitik-tolak daripada sebuah catan Basuki Basri berjudul Otomemoria. Saya tertarik bagaimana sekeping foto yang diberi judul Bangkai Tak Tertanggung (turut difoto oleh Basu...
August 17, 2020
Liuk Tubuh Dalam Dua Layar
Futej daripada Kucumbu Tubuh Indahku (2018).
Kucumbu Tubuh Indahku (2018) bikinan Garin Nugroho
Perjalanan mencari maskuliniti dengan seni (tari dan sinema, sekali gus buat kita) kerana Juno sejak kecil (Raditya Evandra) lagi sudah dihilangkan figura bapanya dek pembantaian 1965; dalam tidak sedar, coming-of-age ini dalam meruntuh dan membina semula apa yang dikatakan jantan (seperti yang disedarkan oleh guru tari Lengger di kampungnya tentang nama yang diambil daripada Arjuno dalam Mahabharata i...
April 17, 2020
(Tubuh): Manual Yang Tumbuh Dalam Kurungan
Cemetery of Splendour (2015) bikinan Apichatpong Weerasethakul.JIKA ada apa-apa yang boleh saya pegang dari waktu menuntut di sekolah perubatan dahulu (tidak selesai) tidak lain hanyalah ingatan kepada kelas anatomi. Kelas yang paling saya gemari. Kelas di mana setiap kumpulan berempat (betapa akrabnya angka ini dengan kematian) diberi sekujur tubuh untuk diteliti sehabis-habisnya dari kulit ke tulang -...
April 11, 2020
Homo digitalia
September 29, 2019
Harum Vakum
Cerpen "00000000000" yang membuatku tidaktentu arah mencari sesuatu yang tidak ada.
"DI manakah O.? ... Di manakah O.?" soal Pak Agus R. Sarjono berulang kali dengan membulatkan matanya. Rokok yang terjepit di jarinya berhenti menyala - barangkali menanti jawapan juga.
"Saya juga tak tahu, pak. Sebetulnya O. tidak harus, tidak boleh ditemukan."
Esei "Bertemu O.: Mencipta Ketiadaan" dihasilkan di pertengahan Program Penulisan Mastera: Esai di Bandung, Indonesia tempohari. Entah kenapa saya, Ainun...
January 10, 2019
Cakap-cakap Yang Kutangkap
Metamorphosis of Narcissus (1937), oleh Salvador Dalí.SETAHUN sesudah Metaskandal: Semacam suatu tindak narsisistik untuk menurunkan kata-kata pembaca yang sempat ditangkap dalam jaringan sesawang maya maha luas. Kerana seperti Narcissus, kadangkala bayang lebih bermakna daripada gema suara Echo nol-makna. Dan kerana bayang, kelak kematian menumbuhkan bunga. Atau benarkah?
***
"Metaskandal segar, mudah dibaca."
via Kosmo!
"Aku tahu aku akan lawat-baca cerpen-cerpen di OUTRO paling kurang seribu k...
December 12, 2018
13 Novela 2018
KERANA kita sudah pun jelas tentang apa yang dikatakan sebuah cerpen, apa yang dikatakan sebuah novel; bagaimana pula dengan novela? Adakah urat cerpen yang diregang sehabis-habisnya sehingga sering sahaja berdenyut seperti sebuah novel?
Daripada seleksi beragam ini - daripada yang paling pulp sehingga yang paling serius, paling falsafi; yang paling Latin Amerikana sehingga yang paling Nusantara, paling Malaysiana; yang paling konvensional sehingga yang paling eksperimental; dulu-dulu sehingga...
November 10, 2018
Krasznahorkai, dan Tulisan yang Bertari dengan Syaitan
Kepulangan Irimiás ke kampungnya dalam Satantango (1994).MALAH tiada sesiapa pun yang sanggup untuk kembali ke desa terpencil di ceruk Hungary ini – melainkan pembaca sendiri dan Irimiás, lelaki yang membawa sekali maut yang terpalit pekat pada tubuhnya masuk ke kampung yang sudah sedia mati. Atau mungkin saya tersilap kerana satu-satunya yang hidup di kampung ini ialah kematian itu sendiri.
Kematian dan sastera bukanlah pasangan yang asing. Tubuh teks sering sahaja dilihat tega...


