Azmah Nordin's Blog

March 31, 2017

Ruang Pertanyaan

Saudara-saudara sekalian,  saya buka ruang ini untuk bertanya apa saja pertanyaan berkaitan dengan penulisan cerpen dan novel,  dan kelas-kelas tuisyen private online yang diadakan di blog private.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada saya atau kepada Puan Noraini Eslah, selaku pengurus blog Sastera.  Bila hantar soalan,  beritau  kami di kotak chat, kalau tidak kamitidak akan tau anda ada buat posting k. Terima kasih.

silakan...http://feeds.feedburner.com/sastera
3 likes ·   •  2 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 31, 2017 01:27

March 19, 2015

KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN ..., peserta Blog Sastera

Bismillahirrahmannirrahim...

Dengan penuh rasa bangga, atas permintaan Sifu 'Az, berikut disiarkan foto rakaman kejayaan demi kejayaan yang telah diperolehi oleh peserta-peserta Blog Sastera yang pernah mengikuti bimbingan sastera dari Sifu Azmah Nordin yang juga merupakan Munsyi Sastera DBP.



( novel ini milik Massruhaiza Ali, diterbitkan oleh ITBM- 2013)


(Wan Salmah, telah memenangi hadiah saguhati sayembara novel fiksyen sains 2014)


(Massruhaiza Ali dengan novel kebanggaannya yang berjaga menggondol HSPM 2013-kategori novel kanak-kanak)

( novel Wan Salmah yang diharapkan menyuluh jalan ceerlang untuk masa depan penulisannya...)

******* Setinggi-tinggi terima kasih untuk Sifu tersayang, Azmah Nordin; semoga Allah memberkati segala usaha gigih beliau mencurahkan ilmu sastera, sehingga kami mampu berdikari dalam menghasilkan karya sastera demi melakar tamadun bangsa yang bijaksana.




http://feeds.feedburner.com/sastera
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 19, 2015 18:19

September 10, 2014

Seharum Doa Bonda; novel hasil karya Nor Mazzuin Manaf




Salam sdr2 :) bersama2 ini, sekali lagi dengan teramat sgt bangganya,  saya siarkan gambar novel Seharum Doa Bonda hasil karya  sulong Sdr Nor Mazzuin Manaf kita yang baru sahaja terbit pada tahun ini, yakni   2014.  Untuk pengetahuan kita semua,  novel ini juga telah mendapat bimbingan daripada kelas di blog Sastera kita ini dan kemudian dilanjutkan ke blog Kayangan.  Dengan  kelahiran novel Seharum Doa Bonda yang menyusul  beberapa minggu selepas kelahiran novel Hati Emas, sesungguhnya telah membuktikan bahawa ini juga adalah kejayaan blog kita ini secara berturut-turut, bak kata puan pengurus blog, Noraini Eslah.  Semoga dengan membaca kedua2 buah novel yang begitu menyentuh perasaan dan hebat ini,  akan memberikan inspirasi kepada semua pengunjung dan anak didik blog Sastera untuk terus gigih menghasilkan karya sastera bermutu tinggi.  Tahniah Mazzuin :) gigih terus k  .






http://feeds.feedburner.com/sastera
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 10, 2014 10:04

August 29, 2014

KEJAYAAN BLOG SASTERA & SASTERA KAYANGAN






Dengan rasa penuh kesyukuran dan amat terharu,
saya maklumkan di sini,
novel sulong saya yang berjudul HATI EMAS telah terbit dan berada di pasaran.
Novel ini hasil bimbingan sifu di blog sastera dan blog sastera kayangan.
HATI EMAS selayaknya menjadi hadiah dan buah-tangan istimewa buat sifu; kerana semuanya bermula dari bimbingan sifu di blog sastera ini. Maka..., di sini bermulanya cinta...

Sifu, jutaan terima kasih atas kelahiran buah sastera ini; agi idup agi ngelaban!

Harga: RM25 Semenanjung Malaysia, RM30 Sabah/Sarawak 
Sila layari: ecommerce.itbm.com.my

http://feeds.feedburner.com/sastera
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 29, 2014 03:24

July 28, 2014

Undangan Perkahwinan

Assalammualaikum,
Teristimewa untuk sifu
juga untuk peserta blog sastera dan sastera kayangan,
dengan sukacitanya, saya ingin menjemput ke majlis perkahwinan puteri saya;




http://feeds.feedburner.com/sastera
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 28, 2014 21:14

July 24, 2014

Salam Idil Fitri :)

Buat semua anak didik blog Sastera dan blog Kayangan yang tersayang, para pengunjung yang budiman,  terutama sekali buat Puan Pengurus blog Sastera dan Kayangan,  Puan Noraini Eslah yang amat dikasihi dan dihargai :)  

Setulus hati saya mengucapkan,

Selamat Idil Fitri, Mohon maaf lahir & batin
Ridha  Allah dan berkah-Nya.

gigih terus k




http://feeds.feedburner.com/sastera
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 24, 2014 09:20

SALAM AIDILFITRI



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
daripada blog sastera & sastera kayangan

untuk semua peserta dan pengunjung.

Teristimewa untuk sifu tersayang!

MAAF ZAHIR dan BATIN
1 Syawal 1435
Noraini Eslah
(pengurus blog sastera & sastera kayangan)http://feeds.feedburner.com/sastera
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 24, 2014 07:47

June 2, 2014

Isninah - bimbingan cerpen

Sifu, saya letakkan sinopsis seorang peserta di sini. Mohon pencerahan sifu kepada sinopsis berikut. Mohon maaf, gara-gara talian internet yang bermasalah di tempat saya, shout box dan kotak komen tidak dapat digunakan...


***
Nama Penuh : Isninah binti Ali Karar
Nama Pena : Faina Arsiany A.K
Umur : 38 Tahun
Alamat Email : aninkarlia@gmail.com

Salam, Puan.. tak tau nak buat macamana jadi saya post sinopsis ringkas saya di sini..harap dapat tunjuk ajar dari puan..

Sinopsis Cerpen ‘Mak Tak Nyanyuk’

Mengisahkan tentang Zira yang semakin hari semakin bingung menguruskan ibu mertuanya yang menghidap penyakit Alzheimer tanpa mereka sedari. Masalah demi masalah timbul disebabkan oleh ibu mertua. Walau bagaimanapun, sekiranya fikiran ibu mertuanya normal dan penyakit tersebut tidak menyerang, Mak Esah (ibu mertua Zira) merupakan seorang mertua yang amat baik dan tidak cerewet. Zira suami isteri semakin bingung menghadapi sikap Mak Esah yang semakin teruk dan suami Zira ( anak Mak Esah) berkali-kali mengatakan yang ibunya telah nyanyuk walaupun Mak Esah berkali-kali mengatakan tidak..konflik semakin memuncak setelah rumah mereka hampir hangus terbakar kerana Mak Esah langsung tidak ingat yang dia ada menanak nasi dan dia tidak mengaku perbuatan tersebut berpunca daripadanya. Ekoran dari itu, Zira mengesyorkan suaminya membawa mertuanya bejumpa doktor dan daripada diagnose doktor, didapati ibu mertuanya menghidap penyakit Alhzeimer tahap kronik..http://feeds.feedburner.com/sastera
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 02, 2014 17:44

May 23, 2014

Zuan - bimbingan cerpen

Zuan, saya sudah buka thread untuk anda mendapat bimbingan daripada sifu. Sila letakkan sinopsis anda di sini, berserta butiran pribadi; nama penuh, umur, jantina, status; pekerjaan, berkahwin, atau masih menuntut.http://feeds.feedburner.com/sastera
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 23, 2014 03:20

April 4, 2014

Impian Segunung Intan; karya Asmah Hasyim

Salam sdr2 :) bersama2 ini, sekali lagi, dgn teramat sgt bangganya, saya menyiarkan gambar cerpen Impian Segunung Intan, hasil karya Sdr Asmah Hasyim kita , yang baru sahaja terbit di majalah WADAH SISWA BIL 16/2014.  Utk pengetahuan kita semua, cerpen ini juga telah mendapat bimbingan daripada kelas di blog Sastera kita ni.  nanti selepas tempoh bulan terbitnya cerpen ini di ds, dapatlah kiranya asmah  terbitkan keseluruhan cerpen utk kita kongsi dan semoga anak-anak didik saya yg lain boleh mendapat inspirasi daripadanya. tahniah asmah :)  gigih terus k.



http://feeds.feedburner.com/sastera
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 04, 2014 19:57

Azmah Nordin's Blog

Azmah Nordin
Azmah Nordin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Azmah Nordin's blog with rss.