Isninah - bimbingan cerpen

Sifu, saya letakkan sinopsis seorang peserta di sini. Mohon pencerahan sifu kepada sinopsis berikut. Mohon maaf, gara-gara talian internet yang bermasalah di tempat saya, shout box dan kotak komen tidak dapat digunakan...


***
Nama Penuh : Isninah binti Ali Karar
Nama Pena : Faina Arsiany A.K
Umur : 38 Tahun
Alamat Email : aninkarlia@gmail.com

Salam, Puan.. tak tau nak buat macamana jadi saya post sinopsis ringkas saya di sini..harap dapat tunjuk ajar dari puan..

Sinopsis Cerpen ‘Mak Tak Nyanyuk’

Mengisahkan tentang Zira yang semakin hari semakin bingung menguruskan ibu mertuanya yang menghidap penyakit Alzheimer tanpa mereka sedari. Masalah demi masalah timbul disebabkan oleh ibu mertua. Walau bagaimanapun, sekiranya fikiran ibu mertuanya normal dan penyakit tersebut tidak menyerang, Mak Esah (ibu mertua Zira) merupakan seorang mertua yang amat baik dan tidak cerewet. Zira suami isteri semakin bingung menghadapi sikap Mak Esah yang semakin teruk dan suami Zira ( anak Mak Esah) berkali-kali mengatakan yang ibunya telah nyanyuk walaupun Mak Esah berkali-kali mengatakan tidak..konflik semakin memuncak setelah rumah mereka hampir hangus terbakar kerana Mak Esah langsung tidak ingat yang dia ada menanak nasi dan dia tidak mengaku perbuatan tersebut berpunca daripadanya. Ekoran dari itu, Zira mengesyorkan suaminya membawa mertuanya bejumpa doktor dan daripada diagnose doktor, didapati ibu mertuanya menghidap penyakit Alhzeimer tahap kronik..http://feeds.feedburner.com/sastera
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 02, 2014 17:44
No comments have been added yet.


Azmah Nordin's Blog

Azmah Nordin
Azmah Nordin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Azmah Nordin's blog with rss.