GELANDANGAN..

Lamanya tak update blog. Ini siaran tertunda. Dilakukan sebelum sahabat saya Wati dan Aidah berangkat ke Mekah menunaikan fardu haji. Memberi makanan gelandangan. Kali ini kami menyediakan burger, biskut dan air kotak. Terima kasih yang tidak terhingga kepada penyumbang.

Sudah lama sebenarnya tidak membuat projek memberi makan gelandangan. Tahun ini hanya 3 kali sahaja kami lakukan. Seharusnya setiap minggu atau paling kurang setiap bulan. Wati dan Aida sahbaat saya datang dari Singapura serta Linda  datang dari Wangsa Maju membantu  dalam menjayakan program ini.

Linda membawa anaknya Nana dan seperti biasa Qaisara akan membantu dalam kerja-kerja begini. InsyaALLAH bila dia sudah sedikit besar, saya pasti akan membawa Qaisara ke lapangan. Supaya dia dapat melihat kehidupan gelandangan ini.




Roslaini nombor dua dari kiri, berbaju hitam, adalah penyumbang utama kali ini. Beliau menyumbang burger yang kami bakar dan bungkus ini.
Seringkali cabaran memberi gelandangan makan adalah cuaca. Bila hujan hati sudah tidak sedap, kerana bila hujan begini gelandangan tidur awal dan kadangkala sudah menyembunyikan diri di celah bangunan. Namun syukur. Niat yang baik, Allah bantu kami. Ramai gelandangan yang dapat kami cari. Konsep kami bukan gelandangan datang kepada kami. Biarlah kami yang mencari gelandangan.
Pengalaman pertama Aida memberi gelandangan makanan, memberi kegembiraan buat sahabat yang datang dari jauh ini.
Suami memerhatikan rakan-rakan memberi makan kepada gelandangan.
Gelandangan ini sedang menyelongkar makanan. Apabila saya memanggilnya, berlari-lari anak dia mengambil makanan.
InsyaALLAH bulan Desimber ini kami akan melakukan pemberian sekali lagi.  Doakan program kami berjalan lancar.


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 11, 2013 13:37
No comments have been added yet.


Norhayati Berahim's Blog

Norhayati Berahim
Norhayati Berahim isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Norhayati Berahim's blog with rss.