Puisi Guruh Petir..!
Puisi guruh petir.. (dedikasi buat saudaraku di Gaza)
Pada senja ini, guruh berdentumBagai mahu terbelah langit dek dentuman guruh yang tiada gemuruh,Mungkin dentuman ini yang menjadi halwa telinga,Saudaraku di Gaza.
Kilat memancar laju, sekelip mata terpejamAkibat silauan maut kilatan itu,Mungkin panahan ini yang menjadi tatapan mata,Saudaraku gi Gaza.
Hujan turun dengan lebatnya..Membasahi bumi dengan jernihnya..Bukan hujan ini yang dirasa,Saudaraku di Gaza.
Saudaraku di Gaza berhujankan perluruMembasahi bumi dengan merah pekat darah,Mengalirkan darah si kecil yang tak bersalah..
Disenja ini, aku berlari mendapatkan bantal empuk Menyelimuti tubuhku yang kesejukan.Tapi saudaraku di Gaza,Berlari mendapatkan batuan, untuk dilontar ke jentera besi zionist,Lalu menyelimuti tubuh saudaranya yang telah syahid di pangkuan.
Siapa yang medengar suara saudaraku ini..Ya ALLAH..Pemimpin-pemimpinku buta tuli ya ALLAH.Mereka sekadar peduli sehari..Mereka pekak hina!Tidak mendengar tangisan si bayi.Mereka lumpuh ya ALLAH..!Hingga tidak mampu mengerahkan tentera islam berlari!Mereka bacul ya ALLAH..!Bersembunyi di meja bulat, mengkritik Yahudi.
Kalau tugas kritik mampu hentikan keganasan,Aku tidak gesa orang atasan,Telah lama aku berbuat demikian.
Sekadar lancarkan derma,Lalu disalur pada saudara,Kelak datang serangan kedua,Derma tak sampai, saudara yang kecewa.
Tiupkan semangat khalid didalam diri panglima perang kami ya ALLAH!Kurniakan ketangkasan Hamzah pada mereka!Turunkan keberanian Umar buat mereka!Bangkitkan untuk Kami salahuddin yang telah pergi!Bangunkan untuk kami Al Fateh yang telah mati!
Biarkan si mati berjuang, dari hidup sebagai persembunyi!
Ya tuhan, saksikan.. hari ini aku kenal, siapa itu OIC.Pertubuhan kedua paling ku benci, selepas PBB..
-Hujan lebat--22 november 2012, senja- -IbnuRijal-
Published on November 22, 2012 04:53
No comments have been added yet.
Ibnu Rijal's Blog
- Ibnu Rijal's profile
- 41 followers
Ibnu Rijal isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

