Untukmu Cinta Bab 3
Bab 34 Februari. Jumaat.Pejabat GCI Energy Sdn Bhd, Menara UOA, BangsarSuasana pejabat GCI Energy Sdn Bhd agak sepi. Kebanyakan jurutera berada di luar pejabat. Yang tinggal semuanya pekerja bahagian pengurusan dan kewangan. Zaleha terkocoh-kocoh mencari despatch syarikat mereka, Daniel. Mereka panggil Mat Dan sahaja. Encik Daud dia sudah call tadi. Encik Daud yang sekarang sedang berada di Terengganu pun terpaksa balik ke Kuala Lumpur malam ni juga untuk berjumpa dengan Datuk Arman.
“ Mat ”
“ Ya kak. ” Panggilan Zaleha disambut oleh Mat Dan, despatch mereka.
“ Meh sini. Dekat sikit. ”
Mat Dan ikut sahaja arahan Zaleha. Macam pelik pun ada bila Zaleha berbisik macam tu. Bukan nak laung kuat-kuat macam biasa. Pejabat mereka ni adalah ibu pejabat. Kebanyakan kakitangan banyaknya di lokasi stesen janakuasa elektrik. Ada yang di Kedah, ada yang di Selangor, ada yang di Sabah dan ada juga yang Sarawak. Yang ada di pejabat itu adalah kakitangan pentadbiran. “Kenapa kak ? ” Mat Dan turut sama berbisik perlahan. Menurut gaya Zaleha.
“ Bos minta kau menyamar, turun ke bawah, buat-buat tanya puak demonstrasi tu, apa dia nak? Siapa mereka ? Siapa bos mereka ? ”
Mat Dan garu kepala. “ Kira macam penyiasat la ni kak ? ”
Zaleha angguk.
“ Upah asing la kak. ” Mat Dan senyum lebar.
“ Tskk kau ni. Buat betul-betul bos nak call dalam sejam lagi. Pergi cepat. Tak pasal-pasal aku hilang kerja, kau pun hilang kerja. ” jelas riak bimbang di wajah Zaleha.
Mat Dan terus mengiakan. “ Okay kak. James Bond pergi dulu. ” Mat Dan buat gaya James Bond. Kacang je sebenarnya tugas dia ni. Orang macam dia ni mana orang nak syak kerja dengan GCI Energy. Dia turun ke aras bawah. Menapak gaya santai melepasi kedai Old Town Kopitiam dan terus ke kelompok beberapa orang yang sedang berkumpul dengan kain rentang. Dia berhenti sekejap. Memerhati. Ada dalam 50 orang semuanya. Semalam ada juga 100 orang. Dah hampir separuh undur diri. Mungkin bekerja…. Hm, mereka ni tak ada kerja ke ? Soal dia dalam hati. Dia perhatikan orang yang duduk paling depan yang pegang pembesar suara. Cantik orangnya. Dia berjalan menghampiri si gadis itu. Tak sempat dia nak menegur, dia dulu yang kena tegur. Suara garau pula tu.
“ Hi. ”
“ Er.. Hi… Ni demonstrasi apa ya ? ”
Lelaki yang menegurnya senyum. Sehelai kertas dihulurkan pada dia. Mat Dan sambut dan mula membaca tekun.
“ Oh… empangan…Bukan ke banyak empangan di Malaysia ni? Kenapa tak jadi isu pun sebelum ni ? ”
“ Ya tapi lokasi pembinaan empangan ni akan libatkan hutan dara yang kaya dengan ekologi tumbuhan dan juga haiwan yang terancam. Yang paling kami semua pertahankan kat sini adalah kesan pembinaan terhadap ekologi yang sudah hampir pupus. Empangan lain skalanya kecil, jadi impak dia tak sebesar empangan yang dalam pembinaan ni. ”
“ Oh, isunya pasal hutan dara la ni ? ”
Adam angguk mengiyakan pertanyaan Mat Dan.
“ Macam mana pula dengan kesan pembalakan dan perladangan macam ladang kelapa sawit? Kedua-dua ni pun tebang hutan dara juga kan ? ”
“ Kami turut sama menentang aktiviti-aktiviti macam tu. Cumanya apabila empangan dibuka pada skala yang besar, ia memberikan impak kepada haiwan dan tumbuhan yang berada di kawasan hutan tersebut. ” perlahan – lahan Adam menerangkan. Cuba untuk menerangkannya dengan cara paling mudah.
Mat Dan angguk faham. “ Oo… Macam tu… Kenapa tak buat demonstrasi macam ni pada syarikat pembalakan dan kelapa sawit juga ya ? ”
“ Kami dah buat. Kami juga bekerjasama dengan United Nation. Syarikat-syarikat di Eropah kebanyakannya memboikot hasil kelapa sawit dan pembalakan yang tidak mengikut etika. Sudah bertahun kami berkempen, sekarang encik boleh tengok kebanyakan ladang kelapa sawit sudah mula mengikut etika kelestarian. Setiap tahun ada laporan kelestarian termasuk aktiviti yang mereka buat untuk kekalkan ekologi walaupun tak semua tapi semakin ramai yang mula berladang dan membuat pembalakan secara beretika.”
“ Ooo…. Kiranya kamu semua ni bukan memboikot tapi…cuba menyedarkan orang untuk mengikut cara yang lebih environmental friendly. ”
Adam senyum. Cepat dia memotong ayat Mat Dan. “ Ya, kami sebenarnya nak menyampaikan dan mendidik masyarakat tentang kesan aktiviti-aktiviti semasa yang memberikan impak yang besar terhadap masa depan mereka. Bayangkan bila encik ada cucu nanti, mereka tak kenal pun orang utan, tapir, harimau Malaya… Banyak haiwan-haiwan tempatan yang suda hampir pupus. Apabila kita menebang hutan, kita ambil tempat tinggal mereka. Kita hapuskan sumber utama yang berikan kita oksigen untuk bernafas, pokok-pokok tu. Tanpa pokok dan ekologi manusia juga tak akan mampu untuk survive. ”
“ Ohhh….Betul juga tu… ” Mat Dan berfikir sejenak. Betul apa yang lelaki di hadapannya ni cakap. Beriya pula tu lelaki depan dia ni bercerita.
“ Yang paling penting, kami cuba untuk pengaruhi pengusaha agar mengadakan contingency plan untuk meminimumkan impak terhadap alam sekitar, itu yang terbaik. ”
“ Erm… saya setuju dengan cara Encik ni. Erm, Encik ni ketua gerakan ni ke ? ”
“ Ketuanya tu, yang pegang pembesar suara tu. ”
Mat Dan perhatikan gadis yang ditunjukkan. Oh, si gadis cantik tadi. “ Macam mana saya nak join ya ? Apa nama gerakan ni ? ” Mat Dan buat-buat berminat tapi kalau ikut sama pun dia tak kisah. Boleh juga dia kenal-kenal perempuan-perempuan cantik kat sini. Nampak banyak juga gadis-gadis muda di samping jejaka-jejaka muda. Mana tahu boleh dia lepak sama-sama bila tak ada kerja. Ada juga bakti dia pada masyarakat.
Adam senyum lebar. Gembira dia bila ada yang berminat menyertai mereka. “ Encik boleh daftar sekarang kalau nak ? ”
Mat Dan telan liur. “ Er, kena bayar ke ? ”
Adam ketawa. “ Tak adalah. Kalau nak ikut serta aktiviti kami boleh tinggalkan email. Kami akan hubungi nanti. ”
Mat Dan angguk perlahan. Nak bagi ke tidak email dia ? Tak sempat dia habis berfikir, seorang lagi gadis kecil molek datang dengan sebatang pen dan kertas sambil menyuakan sebotol air mineral padanya. Senyuman gadis itu buat dia kaku sebentar. Nampak tulus dan suci orangnya.
Adam perhatikan je bila mamat di hadapannya itu merenung wajah Orkid lama-lama. “Ehem. ” Sengaja Adam berdehem kuat. Nak pandang lama-lama pun agak-agaklah.
“ Eh. Ha… ya… apa tadi ? ” Mat Dan bertanya laju. Cover malu bila terkantoi pandang perempuan di hadapannya itu lama-lama.
Adam mencebik. Geram pula dia dengan mamat depan dia ni. Orkid pula macam biasa, bukan dia perasan kalau orang tenung dia. Yang dia tahu senyum. Semua orang dia senyum. Manis pula tu senyumannya.
“ Awak nak join tadi kan ? ” Orkid bersuara lembut. Isk, lemah iman dia dengar suara Orkid. Dadanya dah macam kena palu. Dup dap dup dap.
“ Ya..ya… Mana borang ? Meh saya isi. ” Mat Dan senyum manis. Laju tangannya mencapai borang yang disuakan oleh Orkid. Selesai diisi dia suakan balik pada Orkid.
“ Air. ” Sua Orkid pada Mat Dan. Suaranya lembut dan manja. Orkid capai borang. Tangan satu lagi dia suakan air kepada Mat Dan.
“ Terima kasih…. ” dah berkasih-kasih dah dalam hati dia ni. Macam taman bunga. Kalau ada aktiviti nanti memang dia ikut. Konfem.
“ Er… Cik ni…. Ahli jawatankuasa kelab ke ? ”
“ Oh, by the way saya Orkid. Saya selalu ikut… bukan orang penting sangat pun…tapi Alhamdulillah memang selalu ada… ”
“ Orkid…. Cantiknya nama…Macam tuan dia… Saya Daniel.”
Adam perhatikan je gelagat mamat depan dia ni. Dah macam ulat bulu gayanya. Adam mula mencelah.
“ Kerja sini ke ? ”
“ Kerja di G… ” Ralit sangat dok perhatikan si Orkid hampir-hampir terkantoi! “ G floor. ”
“ G floor ? ” soal Adam pelik.
“ Ha ah… facility management je… ” sempat Mat Dan cover line. “ Awak ? ”
“ Saya Adam. ”
“ Ada kad ? ” Soal Mat Dan terus. Mana tahu boleh bagi bos nanti. Adam seluk kocek seluar. Buka dompet dan mencari kad perniagaan dia.
“ Hah nasib baik ada… ”
Mat Dan senyum lebar. Arkitek rupanya. “ Orang pandai-pandai je ke yang ikut serta ? Segan pula saya. ”
“ Eh, tak adalah… semua orang dipelawa masuk. Nak atau tak je.”
Orkid menjampuk dalam senyuman. Automatik Mat Dan turut sama membalas senyuman.
“ Mestilah saya nak… ”
“ Nanti ada aktiviti kami beritahu ya. Dah nak habis lunch hour ni, tak apa ke Encik Daniel dok sini ? ” Adam terus memotong apabila gaya Mat Dan dah macam orang angau. Geram pula dia tengok.
“ Okay, apa - apa contact la. Saya naik dulu. ”
“ Okay… jumpa nanti ya. ”
Mat Dan naik atas. Nak balik ofis. Kalau bos dia tahu dia join pergerakan Alam Sekitar tu, isk, nahas… Bos minta dia datang siasat, dia pula datang join sekali !
*************************
Sampai aras 21 Mat Dan keluar dari lif dengan wajah ceria. Masuk sahaja ke dalam pejabat terus dia cari Kak Leha. Dicarinya dalam bilik pejabat, tak ada. Kak Leha pergi membawang ke? Dia melangkah ke pantri, biasanya geng perempuan membawang di situ. Perlahan dia melangkah, mana tahu untung badan boleh tumpang dengar. Dari jauh dah dengar sok-sek sok-sek suara staff-staff perempuan kat situ. Suara Kak Leha paling lantang.
“ Isk… aku kalau bos yang call memang takut…. Dia kalau dengan perempuan garang gila! Bertahun aku kerja kat sini. Satu perempuan pun dia tak suka. ”
Suara Linda pula menambah, “ Memang la… Pelik kan kak ? Macam anti perempuan…”
Mat Dan melangkah semakin dekat. Sakan staff perempuan membawang. Kalau silap haribulan bos garang tu datang, mampus!
“ Amboi….sakan membawang….! Ha, dari luar tu dah dapat dengar. Ni curi tulang ke apa ni?” Mat Dan sakan ketawa. Linda, Kak Leha, Marina dan Jeremy menjeling tajam. Cuak juga mereka bila ada suara kasar menegur.
“ Kau ni Dan, buat cuak kita orang je la. Lain kali masuk bagi salam. Ha. ” jerkah Kak Leha kuat. Nada bergurau.
Mat Dan ketawa kuat. “ Tahu takut…. Lain kali nak mengumpat pun perlahan la sikit. Sekali ada CCTV ke… sebab tu bos anti sangat dengan perempuan. Kuat membawang ! ”
“ Kau jangan, ni Jeremy ni bukan lelaki ke ? ”
“ Hahaha… ” Mat Dan ketawa kuat.
“ Saya lelaki la Kak Leha. Saya dok makan je kat sini, dah korang borak tumpang la sekaki.. Ni kan waktu rehat. Kau pun Dan agak-agak la nak cakap kami curi tulang. Tengok jam la wei. ”
“ Alamak… Kak Leha, saya dah terlepas waktu rehat ni. Kena ganti balik tau. ”
“ Ha, misi kau macam mana ? Berjaya ? ” Soal Kak Leha terus.
Mat Dan jongket kening sambil buat gaya James Bond. Kak Leha sengih lebar. Dia tengok jam di tangan. Lagi 10 minit nak pukul 2.00 pm. Cepat-cepat dia bangun. Tangannya di basuh dan bekas plastik bekal makanannya dibasuh laju.
“ Jom, masuk bilik akak. Sebelum bos telefon. ”
“ Rahsia sangat ke Kak Leha ? Share la..” Marina sempat memujuk.
“ Ish, makan cepat-cepat. Dah nak habis waktu rehat ni. Sambung kerja. ” Tegas pesan Kak Leha. Membawang-membawang juga tapi waktu kerja kenalah masuk tepat pada masanya. Laju Kak Leha berjalan ke bilik pejabatnya. Mat Dan mengekori dari belakang. Di matanya masih terbayang-bayang wajah si gadis bernama Orkid. ‘Nama mu seindah wajah, fizikal dan suara mu…. Hmmm…indahnya ciptaan Tuhan…’
“ Mat Dan! ”
“ Orkid! ” tersasul Mat Dan sebut nama Orkid bila dijerkah begitu. Sempat lagi dia mengelamun. Wajah Kak Leha direnung serius.
“ Sempat lagi kamu mengelamun Mat Dan. Apa yang Orkidnya? Ni, macam mana tadi. Informasinya apa ? ”
“ Oh… Tak ada apa-apa lah akak….. Tu pokok Orkid kat meja akak tu cantik…” Mat Dan tarik kerusi. Buat muka selamba. Duduk dan mula bercerita dari A sampai ke Z. Pasal dia turut serta masuk gerakan tu dan perjumpaannya dengan gadis cantik bernama Orkid tidak pula dia ceritakan. Kak Leha catat satu persatu informasi dari Mat Dan. Berguna juga mat despatch ni, dua dalam satu. Hantar surat boleh, penyiasat pun boleh.
“ So akak, can I get my lunch hour ? ”
“ Bolehlah.. Conpensate. Lepas makan hantar dokumen ni rumah Datuk Ir. Arman. Jangan lambat, nanti menggila bos kau tu. Aku yang kena. ”
“ Baik bos! Mat Dan mana pernah lambat. ” Dokumen di atas meja Kak Leha di capainya. Ada alamat rumah Datuk Ir Arman. Dia jarang ke sana. Bila ada hal penting je. Semua orang tahu Datuk kerja dari rumah, tapi hanya dia, Kak Leha dan top management je yang tahu mana rumah Datuk.
“ Okay Kak Leha. Saya pergi dulu… ” Mat Dan lambai tangan sebelum tutup pintu. Dia bersiul senang. Kakinya melangkah turun ke bawah. Mencari makanan.
Note: been under the weather past few days, hence, the late post. Enjoy reading !

Published on January 15, 2020 23:36
No comments have been added yet.
Evelyn Rose's Blog
- Evelyn Rose's profile
- 311 followers
Evelyn Rose isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.