Untukmu Cinta Bab 5
Bab 54 Februari. Jumaat.Kediaman Orkid dan Eve, Mont Kiara“ Orkid, you nak ikut I pergi gim tak ? ” tanya Eve yang sudah siap dalam pakaian sukan. Pintu bilik Orkid di bukan penuh.
“ You ni banyak betul tenaga. I penat lah… ” Orkid pula masih berbaring di atas katil. Masih penat. Seharian buat kerja makmal. Redah trafik pula lepastu untuk balik ke rumah. Mujurlah ofis tak jauh sangat dari rumah.
Eve ketawa. Dia berjalan masuk ke bilik Orkid. Duduk di birai katil. Samantha teman serumahnya masih belum pulang. Orang kerja Bank Negaralah katakan… malam baru nampak muka. “ Jom la… teman I ? Pergi jalan je atas trademill ? ”
Orkid buat muka malas sambil geleng kepala. Biasanya Orkid memang jenis yang liat nak ke gim. Orangnya kecil sahaja. Badannya kekal kecil, ke gim pun dah tak perlu. Kalau dia ni lain cerita, makan lebih sikit terus naik badan. Untungla orang macam Orkid.
“ I masak malam ni. By the time you siap exercise, Samantha balik rumah, dinner is ready? Better kan ? ”
Eve berkira dalam kepala. Membayangkan hidangan masakan ala kampung dari Orkid. Hmmm… kecur liur dia dibuatnya. Haruslah dia exercise lebih sikit hari ni, boleh dia makan banyak sikit !
“ Okay ! ” Eve bangun. Senyumannya lebar. “ That is actually a better idea. Masak apa malam ni ? ”
“ Tengoklah apa yang ada dalam peti tu. ” Orkid menggeliat malas. Di beranda penuh dengan tanaman ulaman dan sayuran. Bab sayur dia tak perlu risau. Siap ada bekas hidroponik lagi untuk sayur – sayuran.
“ Okay dokey ! I’ll head out first. Kalau ada nak pesan apa-apa kat kedai 10 Mont Kiara tu bagitau I. ”
Orkid mula bangun. Menggeliat malas dan mula turun dari katil. Skirt hitam paras buku lali dan kemeja corak bunga kecil masih di badan. Dia melangkah ke peti sejuk. Satu persatu bahan – bahan yang ada dia semak. Ada udang, ada ikan, ada sotong, ada kunyit, ada lada, ada daun kari, ada santan… Well..basically apa yang tak ada ? Semua ada.
“ Everything is there la. I buat masakan melayu je pun. Not so difficult. Lada ada, bawang ada, santan pun ada… ” Suara lemah lembut campur malas Orkid buat Eve ketawa. Macam mak – mak pun ada. Eve sendiri tak ada adik beradik. Adanya Orkid kadang buat dia rasa macam kakaknya sendiri walaupun usia Orkid 3 tahun lebih muda dari dia tapi perangai Orkid yang suka mengambil berat perihal mereka semua memang macam mak-mak.
“ Okay Chef Orkid, I turun dulu ! ” Earphone dan telefon bimbit sudah sedia ada di tangannya. Bekas minuman dia capai sebelum melangkah turun meninggalkan Orkid sendirian di dapur.
*****************
“ Oh my God… I’m so tired ! ” Eve berbaring di atas sofa warna coklat muda. Kakinya diletakkan di atas bahu sofa panjang. Dia menggeliat malas.
“ You nak air milo Eve ? ” tanya Orkid dari meja bar dan dapur kering. Dapur kering letaknya bersambung dengan ruang tamu. Manakala dapur basah pula berada di hujung kondominium. Eve menapak sedikit. Memandang Orkid dari sofa. Samantha pula masih belum balik.
“ Are you having one ? ” tanya Eve separa melaung. Takut si Orkid tak dengar. Seganlah kalau dia nak order air milo kalau Orkid sendiri pun tak minum sama.
“ Ye. Makanan dah masak tau. Sementara tunggu Samantha minum milo ni dulu, boleh buat alas perut dulu.” Orkid senyum manis. Semua yang memandang wajah Orkid, pasti akan rasai ketenangan. Itu yang Eve rasa setiap kali dia pandang Orkid. Bukan setakat rupa tapi sikapnya juga. Kadang dia rasa Orkid ni macam figura seorang ibu pada dia.
“ Okay ! Milo panas satu. Hehe. ” Eve sengih. Orkid kembali membancuh milo. Eve pula ralit memandang kotaraya Kuala Lumpur. Damai apabila memandangnya dari jauh begini.Dia berasal dari Kuching, Sarawak. Orkid pula dari Pahang dan Samantha orang Ipoh, Perak.
“ Jom, duduk di beranda. ” ajak Orkid pada Eve yang masih berbaring dan leka mengelamun. Dua gelas milo berada di tangan Orkid. Dia berdiri di hadapan pintu lungsur memasuki beranda. Menunggu Eve untuk membuka pintu.
Eve lekas bangun. “ Okay ! ” Pintu lungsur dibukanya luas. Orkid suka bersantai di beranda. Angin malam sepoi-sepoi bahasa dan pemandangan Kuala Lumpur tampak sangat cantik dari beranda rumah mereka.
Orkid letakkan gelas di atas meja taman. Dia duduk di buaiansangkar. Di situ ada dua buaian sangkar, satu untuk dia dan satu untuk Eve. Samantha pula tidak berapa suka berada di luar begitu.
“ Thanks a lot Orkid ! You are like my mommy tapi mommy I tak masak pun untuk I… Maid I je yang selalu masak… ” Eve sengih nakal. Orkid mencebik bergurau.
“ I’m younger than you, okay. ”
Eve buat muka terkejut. “ No. You cant play the age card. After 30 women doesn’t age anymore. ”
Mereka sama-sama tertawa. Eve sudahpun berusia 31 tahun. Orangnya masih ligat. Masih cantik dan masih banyak peminat. Cuma dia sahaja yang tidak mahu berkahwin lagi. Orkid pula sudah cecah 28 tahun. Orang kata usia dah lanjut, tapi dalam hati, rasa macam baru lagi bertatih atas dunia ni.
“ Penat betul la minggu ni… Dah lama juga tak ada demonstrasi macam ni kan ? ”
Orkid angguk mengiyakan. “ Dah setahun juga kan? ”
Eve fikir sejenak sebelum mengangguk laju.
“ Do you think they care ? Up to now, nobody says anything isn’t it ? ” soal Orkid pada Eve. Eve angguk perlahan sambil mulut menghirup milo. “ We tried… ” Eve menjawab sambil mengeluh perlahan. “ But then, few reporters came and they will also come to the talk this Saturday. So… I hope it will gives the developer some pressure and those reporters can share the knowledge to the public..”
“ I macam rindu lah dekat Dato Karam Singh Walia. Dia je wartawan yang selalu buat liputan mengenai alam sekitar. I miss having a reporter like him. You remember his pantun and hand gesture ? ” Orkid tiru gaya Dato’ Karam Singh sebelum kedua-duanya ketawa kuat sampai meleleh air mata mereka.
“ He is funny but a very good reporter. ” Eve hirup air milo sambil matanya lekat pada pemandangan kota raya. Cantik.
“He is. Anyway, macam mana gym session ? Penat sangat nampak ni?”
Soalan dari Orkid menarik perhatian Eve. Gelas milo diletakkan di meja. Wajahnya nampak teruja.
“ You know what, I jumpa this handsome guy downstairs in the gym. ”
Orkid senyum. Dahinya berkerut. “ Siapa ? ”
“ I don’t know. Macam Bryan Randall mix Remy Ishak tau. ” Eve masih teruja.
“ Siapa tu Bryan Randall ? Remy I kenal la… ” Orkid bertanya tulus. Siapa mamat tu ? Pelakon la kot telahnya dalam hati.
“ Hollywood photographer. Pakwe Sandra Bullock. ”
“ Mat saleh ke ? ” kalau mat saleh dia tak pelik pun sebab kat sini rata-rata mat saleh, korea dan cina. Melayu jarang sangat nak jumpa.
Eve kerut dahi. Dia berjaya tengok sipi-sipi je sebenarnya. Sempat juga dia toleh sebelum tinggalkan gim tadi tapi lelaki tu tengah khusyuk angkat berat. Tengah baring dekat mesin tu. Kalau dari belakang, orangnya memang persis Bryan Randall.
“ Tak tahu la… I intai sipi – sipi je… ”
Eve kembali senyum. “ Kenalah pergi gim selalu. Hihi. ”
Eve nampak teruja. Jarang sekali kawannya ni nak teruja begitu,tapi kalau dia minat sesiapa pun biasanya sekadar crush. Tak pernah yang betul – betul tergila-gilakan sesiapa.
“ Marah Adam nanti kalau tahu kau usha lelaki lain. ” Orkid sengaja bergurau. Dia sendiri tak pasti apa status perhubungan antara Eve dan Adam. Kadang macam pasangan kekasih rapatnya tu, kadang macam kawan baik… dari cara Adam, dia tahu Adam memang sukakan Eve.
Wajah Adam menyusur di minda Eve. Adam yang juga tinggi lampai. Adam yang buat hatinya keliru dan celaru. “ Kawan je la dengan Adam tu… ”
“ He likes you, I can tell. ” Orkid berkata mendatar. Ada ngilu di hatinya sendiri saat ayat itu terpacul dari bibirnya.
“ I don’t know. He never say he loves me. Dia kan memang jenis yang ambil berat dengan kawan – kawan kan… Dengan you pun dia take care. ”
“ Take care as kawan lain dengan take care as someone you love.”
Eve mula bangun. “ I don’t know. Laparla. Jom makan. Malas la nak tunggu Samantha.”
Orkid tahu Eve cuba mengelat. Pada dia Eve dan Adam macam pinang di belah dua. Sama cantik dan sama kacak. Sama kaya dan sama terpelajar. Walaupun dia sukakan Adam, dia sedar siapa diri dia. Dia bukan dari latar belakang seperti Adam. Kata orang kalau kahwin pun, tak sekufu. Susah nak bahagia. Dia mengekori Eve ke meja makan. Elok sahaja mereka duduk Samantha balik.
“ Panjang umur you Sammy. Kami dah nak makan dah ni.” Eve menegur kawannya sambil dia mengambil duduk. Orkid pun sama.
“ Sorry guys lambat sikit balik. Banyak kerja. ” Samantha meluruterus ke meja makan.
Makanan sudah siap tersedia di meja makan yang letaknya bersebelahan dengan beranda. Samantha buka tudung saji. Orkid pula melangkah ke dapur kering letaknya peti sejuk. Dia mengambil sekotak jus nenas dan membawanya ke meja. Samantha letakkan beg di atas kerusi sebelum kembali ke meja dan Eve pula sudah siap sedia menyeduk nasi ke pinggan.
(gambar ilustrasi daripada IG: bunga_lavenders)
“ Bau sedap ni mesti Orkid yang masak kan ? ”
Orkid buat gaya hair flip.
Eve jeling garang. “ Oh… Next time I cook, you not gonna taste it Samantha. Remember.”
Samantha ketawa kuat. Orkid menyorok senyum. Memang masakan Eve agak kurang sedikit. Kadang terlebih masin dan kadang-kadang hangit.
“ I, had rather not eat. Last time you cooked it was burnt babe. Burnt food contains toxic. Acrylamide could cause cancer. ”
“ Mmm hmmm ” Eve goyangkan jari telunjuk tanda tidak bersetuju. “ It is true that acrylamide is toxic and killed people and cows, but the direct relationship between acrylamide from burnt food and cancer isn’t proven yet. ”
“ I had rather not eat that substance. Period. ”
Orkid hanya senyum mendengar kedua-duanya gaduh-gaduh manja. Samantha dan Eve suka berbahas kecil begitu. Katanya elok untuk perkembangan otak. Orkid pula lebih tenang orangnya. Lebih selesa berdiam diri sahaja. Haritu bila Eve masak memang dia akan makan. Nak jaga hati kawan…Waktu di UK pun Eve yang banyak tolong dia. Dia jumpa Eve sewaktu Eve menyambung pelajaran ke tahap PhD, dia pula ambil Master. Samantha pula kawan lama Eve semenjak ijazah lagi tapi Samantha lebih dahulu pulang ke tanah air. Samantha berbangsa India tapi fasih berbahasa melayu. Orang kampung berasal dari Perak. Orangnya bijak. Samantha dapat menyambungkan pelajaran ke UK atas biasiswa Bank Negara. Sekarang pun dia beruntung sebab rumah yang dia duduki ni rumah yang dibeli oleh ayah Eve. Kalau nak kira sewa sebulan biasanya RM 12,000.00 tapi kawannya tu bagi dia sewa bilik pada harga RM 1200.00 je termasuk bil elektrik, air dan gas. Bilik master bedroom Eve yang duduk, dia menyewa bilik yang lebih kecil tapi kecil pun ada bilik air di setiap bilik. 11 Mont Kiara Condominium adalah kondominium bertaraf 6 bintang. Kalau dia sendiri nak menyewa di situ rasanya bertahun lagi pun belum tentu dia mampu. Gaji sekarang pun hanyalah RM 5000.00. Mujurlah kereta yang dia guna hanyalah kereta terpakai yang kosnya hanya RM 300.00 sebulan. Ada duit lebih dia boleh hantar pada ibu dan neneknya di kampung. Dia pernah ajak mereka berpindah ke Kuala Lumpur tapi kedua-duanya degil. Suka sangat dengan kampung halaman. Sebelum dia tinggal dengan Eve dan Samantha, waktu tu dia baru sahaja habis belajar. Tinggal menyewa di Sri Kembangan, sewa satu rumah hanyalah RM 600.00 sebulan dan satu bilik hanya RM 200.00 tapi kadar jenayahnya tinggi. Hampir setiap hari ada sahaja kes ragut di kawasan itu dan paling dia tidak tahan apabila perompak masuk ke rumah sewanya. Mujurlah waktu itu dia balik kampung. Yang menjadi mangsa adalah kawan serumahnya dan harta benda yang ada di situ. Mujurlah kawan serumahnya pun selamat dan tidak diapa-apakan…Bukan satu rumah tetapi hampir sepuluh buah rumah di kawasan tersebut dirompak. Setiap kali bulan puasa, ada sahaja kes sebegitu. Dia hanya bertahan di situ selama setahun. Habis kontrak dia terus berpindah ke kawasan yang lebih selamat. Biarlah bayar lebih sedikit dari hidup dalam ketakutan. Nak pula dia perempuan.
“ Orkid. ”
“ Hmm ? ” Orkid pandang Samantha. Muka blur.
Samantha menggelengkan kepalanya sambil tersenyum nipis. “ Mengelamun… ”
Orkid senyum tenang. “ Okay, ya I suka mengelamun. Kenapa you tanya apa tadi ? ”
“ I cakap you masak sedap… Tolong hulurkan masak lemak pucuk paku tu boleh ? ”
“ Okay… ” Orkid senyum bangga. Pinggan berisi pucuk paku dihulurkan kepada Samantha.
“ Thank you ! Anyway, macam mana dengan your demonstration ? Okay ? ” tanya Samantha penuh minat. Dia sendiri tidak berminat dengan aksi-aksi demonstrasi begitu. Lagipun dia banyak kerja. Sudah beberapa kali kawan – kawannya tu berdemonstrasi. Baru hari ni mereka boleh makan semeja macam ni. Hari - hari biasa semua orang sibuk.
“ Goes well. Nak join tak esok ? ”
Samantha sengih. “ Hehe… you know the answer.”
Eve jongket bahu. “ Tak salah mencuba nasib. Manalah tahu satu hari you berubah ke ?”
“ Tak tahu lah bila but honestly I’m so busy. ”
“ Iyalah dia kan kerja dengan Bank Negara. ”
Samantha pandang atas. Buat muka menyampah dengan komen Eve. Dia memang sibuk memanjang. Si Eve ni tak apalah, anak orang kaya. Nak sahaja dia cakap macam tu pada Eve tapi tak sampai hati. Kalau tak kaya, tak adalah mak ayah hadiahkan kondominium RM 3.5 juta sebagai hadiah habis PhD ? Tak adalah mak ayah dia yang tanggung dia belajar di UK sedari ijazah hinggalah ke PhD ? Eve dan Adam sama sahaja. Dua – dua anak orang berada. Boleh mereka korbankan 2 hari untuk demonstrasi. Kalau dia dan Orkid ? Memang tak lah. Dia pun tak faham kenapa Orkid ikut serta. Dia tahu Orkid sangat sayangkan pokok. Dalam rumah ni, penuh pokok-pokok di beranda rumah samada di beranda ruang tamu atau dapur, di hadapan pintu masuk, dalam tandas, di dapur kering dan ruang tamu. Semuanya hasil jagaan Orkid. Orkid ni sanggup ambil cuti tanpa gaji untuk perjuangkan hutan hujan tropika tu. “ Okay guys don’t start. Jangan gaduh depan makanan. ” Larang Orkid tegas sebelum Samantha dan Eve menyambung aktiviti sindir menyindir antara mereka. Eve dan Samantha ni suka bertegang urat. Pada mereka berbual sahaja macam orang berbahas, tapi pada Orkid dia bingit bila mereka berbahas begitu. Macam anjing dengan kucing tapi masih kawan rapat. Eve dan Samantha ketawa. Serentak mereka bersuara, “ Okay mommy. Kahwin dengan orang tua you Orkid. Selalu macam mak-mak. ”
Orkid menggelengkan kepala. Sempat lagi dua orang ni kenakan dia. Pembuli betul.
“ Tua tak apa asal elok budi pekerti, segak, kacak, bergaya. Ha. Youjangan selalu sebut macam tu, tak pasal-pasal I kahwin dengan your papa. ”
“ Euuu. No way. ” Kedua-duanya bersuara serentak sekali lagi . Orkid ketawa mengekek. Padan muka.
“ Ha, tahu takut. Nauzubillah hi min zalik, anyway. Minta Tuhan jauhkan lah dari dapat anak tiri macam korang ni. Pening kepala tahu ? ”
to be continued...
Thank you for reading! Your support is my motivation. Many thanks for following my journey as an author.
Published on January 19, 2020 03:56
No comments have been added yet.
Evelyn Rose's Blog
- Evelyn Rose's profile
- 311 followers
Evelyn Rose isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

