The Runaway Groom 6
CUTI hujung minggu itu, Syafiena manfaatkan sebaik mungkin. Terasa macam dah lama sangat tak keluar ke shopping mall, akhirnya dia buat keputusan untuk pergi ke One Utama dengan Hud dan Dina.
“Hud, kenalkan ini Dina. Dina, this is my old friend, Hud.” Syafiena memperkenalkan. Nak keluar sama-sama haruslah kenal-kenal dulu.
“Nice to meet you. Hope we can be a good friends!” Hud yang ramah menggenggam erat tangan Dina.
“Heheh, of course! Kita akan jadi kawan yang paling rapat dekat Malaysia ni.” Dina sekadar tersengih.
“Okey, aku pun harap macam tu. Dah, dah. Jom pergi makan. Perut aku dah berdondang sayang dah ni.” Syafiena pantas menyampuk. Sampai bila pun tak sudah dia orang ni kalau dibiarkan.
Serentak itu, Hud dan Dina tergelak sakan.
“Memang dia ni. Makan banyak, tapi tak gemuk-gemuk jugak!” Hud menolak pipi Syafiena lembut.
“Jealouslah tu!” Syafiena menjelirkan lidahnya.
Hud dan Dina sekadar tersengih. Lantas Syafiena mencadangkan agar mereka makan di restoran Old Town White Coffee. Memang tiba-tiba hari ini Syafiena bermurah hati untuk belanja dua orang kawannya. Sekali-sekala melabur, apa salahnya.
“After this, tengok wayang nak?” cadang Hud.
“Sounds good! Aku pun dah lama gila tak tengok wayang ni. Cerita apa tengah hot sekarang?” Dina bersetuju sahaja.
“Hoi kawan-kawan! Kut ye pun, order la dulu makanan. Boleh tak bincang hal ni timemakan ke, lepas makan ke?” Sekali lagi Syafiena menyampuk. Grr! Mentang-mentang Hud dah graduate, memanglah nak berseronok tak ingat dunia. Samalah macam Dina tu!
“Okey, okey. Jom order. Kecohlah minah ni,” rungut Hud.
“Haruslah. Perut lapar ni beb!” Syafiena mencubit lembut perut Hud.
Sesudah ordermakanan, barulah mulut Syafiena berceloteh menyertai perbualan Hud dan Dina.
“Dina, kalau kau nak tahu Hud ni akan kahwin tau.”
“Oh, really? Congrats! Waaa... sumpah jealous!” Dina membuat muka sedih sambil mencebirkan bibirnya. Gelagat selamba Dina itu membuatkan Hud dan Syafiena ketawa terkekeh-kekeh.
“Terima kasih. Haha, tak apa. Nanti dah sampai waktunya kau kahwinlah.” Hud tersengih dalam memberi kata semangat.
“Hmm... ingatkan nak tackle musuh si Fiena tu, tapi tak apalah. Kalau aku usha dia, nanti Fiena nak kahwin dengan siapa?” Dina berkata sambil senyum penuh makna. Sempat dia mengerling ke arah Syafiena yang nampak terkedu apabila soal musuhnya mula dibangkitkan.
“Woi, beragak sikit!” Syafiena menyiku Dina, namun sempat dielak. Kerana tidak terkena penangan siku Syafiena, Dina hanya ketawa mengejek.
“Uit? Kau pun tahu pasal musuh Fiena?” Hud bertanya sambil angkat kening. Popular betul Ezran sekarang? Desis hatinya.
“Hehe... mulanya Fiena tak nak bagitahu, tapi aku yang paksa dia. Lepas tu, kalau kau nak tahu... aku jumpa face-to-face dengan Ezran! Ya Allah, serius handsome. Nasib baik aku tak pengsan kat situ, kalau tak habis imej perempuan Melayu terakhir aku.” Ujar Dina dengan nada bersungguh-sungguh.
Syafiena hanya mencebik. Dia tahu, betapa pesona Ezran itu boleh memikat wanita di mana-mana saja. Oleh sebab itulah dulu dia hanya berani simpan perasaannya dalam rahsia. Tetapi Syafiena akui, perasaan itu masih ada cuma tidaklah sekuat dahulu. Kalau boleh, dia tak nak ada perasaan yang satu itu untuk musuhnya!
Perbualan mereka terhenti seketika tatkala pesanan mereka sudah sampai. Dengan penuh berselera mereka bertiga menjamah makanan yang kelihatan sungguh sedap itu. Beberapa ketika kemudian, barulah Syafiena membuka mulutnya.
“Tapi Dina... kau dah tak boleh menggedik dengan Ezran dah.”
“Huh? Kenapa?” Hud menyampuk.
“Sebab... dia dah bertunang!” Dina tolong jawabkan.
“Ha? Seriously?!” Hud terkejut. Berubah riak mukanya. “Beb, dia bertunang dengan siapa? Apesal aku tak tahu langsung berita gempak ni? Tapi kan, kau boleh percaya ke yang Ezran tu betul-betul nak kahwin?”
“Adooi la Hud. Banyak betul soalan kau. Kita orang nak jawab yang mana satu ni?” Syafiena hampir nak ketawa mendengar soalan yang tak putus-putus keluar daripada mulut Hud.
“Semua la. Aku nak tahu sebab aku tak percaya yang Ezran betul-betul serius ke tak nak kahwin.”
“Eh, dah kau pulak yang beriya. Jangan lupa dengan tunang tersayang kau yang tengah menanti nak kahwin dengan kau.” Syafiena mengingatkan Hud sambil tersenyum lucu.
“Hesy, tak ada maknanya la aku suka kat Ezran tu. Aku still sayang tunang aku tu beb. Dah la bulan depan nak kahwin. Nanti kalau tak jadi kahwin, aku jugak yang frust menonggeng!”
Dina dan Syafiena mula menghamburkan ketawa. Kelakar melihat muka cuak Dina itu.
“Okey, whateverla. Kalau kau nak tahu, Ezran tu bertunang dengan model. Eh, tapi siapa nama dia erk?” Syafiena menoleh ke arah Dina, seolah mahu meminta pertolongan. Tapi Dina buat muka blur saja.
Aduhai, Dina mana hadir ke majlis pertunangan Ezran. Dia sorang aje waktu tu! Fikir punya fikir, akhirnya baru dia ingat setelah ternampak bayangan banneryang besar gedabak itu tertampal di rumah Ezran.
“Haa... tak silap aku, nama tunang dia Kairina.”
“Ha? Bukannya...” Hud mengerutkan keningnya, seolah cuba berfikir sesuatu. Tak dapat jawapan, dia tenung muka Syafiena bagai nak tembus.
“Ops, jangan tanya aku. Aku tak tahu apa-apa pun pasal ni. Tup-tup, apa yang aku tahu dia dah bertunang dengan perempuan lain.” Syafiena pantas menjawab sambil mengangkat kedua belah tangannya.
“Kau orang cakap apa ni?” Dina mencelah, hairan mendengar perbualan yang seolah macam tersimpan satu rahsia dalam tu.
“Eh, tak ada apa-apalah. Err... Oh ya! Macam mana rupa tunang musuh kau tu? Cantik? Maklumlah, modellah pulak...” Hud cuba melarikan topik yang cuba diketengahkan oleh Dina. Kalau boleh, dia dan Syafiena tak mahulah hebohkan sangat tentang hal ini.
“Cantik itu kan subjektif.” Syafiena cuba bermadah. Sekarang jalan yang terbaik daripada mengelak menjawab soalan Dina ialah layankan saja apa yang Hud katakan.
“Hek eleh, nak jadi pemadah tak bertauliah pulak. Cepat la cakap, cantik tak?” Sengaja Hud mendesak, walhal dia tak hairan pun kalau tunang Ezran itu cantik atau pun tidak.
“Boleh tahan la. Tapi kalau nak ikutkan aku lagi cantik.” Ah sudah! Syafiena sudah mula masuk bakul dan angkat sendiri.
“Berambus la kau.” Serentak itu Hud dan Dina berkata.
Syafiena sekadar tergelak. Tetapi hakikat di dalam hati, hanya Allah saja tahu!
SELEPAS habis tengok wayang, Hud meminta diri kerana tunangnya sudah menunggu untuk membeli barang hantaran bersama.
“Okey, jaga diri elok-elok. Kirim salam cinta dan penuh kasih kat tunang kau.” Syafiena cuba mengusik Hud. Terus Hud tunjuk penumbuk dekat Syafiena menyebabkan dia dan Dina tergelak.
“Aku gerak dulu. Assalamualaikum.” Setelah mencium kedua belah pipi dua kawannya, Hud pun beredar.
“Wa’alaikumussalam.” Serentak itu mereka berdua menjawab.
Syafiena dan Dina mula berpandangan. “Apa lagi? Jom kita enjoy!”
MONDAY Blues... orang Barat kata malas nak pergi bekerja. Aduhai, terasa seperti baru semalam dia lupakan masalah di pejabat dan berseronok, tapi hari ini dia terpaksa hadapi benda yang sama juga. Apa nasib badan, terima sajalah! Tapi pernah juga dia terbaca post Ustaz Kazim Elias di Twitter mengenai monday blues.
Orang Kafir tak suka hari Isnin, kononnya memenatkan. Sesetengah umat Islam pun dok ikut tak suka hari Isnin. Isnin hari lahir Rasulullah tahu tak?
Serius... Waktu itu, memang Syafiena rasa sentap seluruh jiwa raga. Dialah antara salah satu umat Islam yang tak suka hari Isnin tu. Tapi sejak baca postitu, dia tak mahu ikut pengaruh orang Kafir. Jadi lepas ni, tiada lagi monday blues dalam kamus hidupnya. Dia kena pergi kerja dengan hati yang ikhlas, demi mencari rezeki yang halal untuk dirinya!
Selepas meletakkan handbag di atas meja dan punggung yang nak dilabuhkan di atas kerusi, tiba-tiba namanya dipanggil.
“Syafiena, datang ke bilik aku sekarang. Immediately!” Suara Ezran kedengaran di interkom.
Haila... aku tak sempat nak duduk lagi kut! Boleh tak bagi aku rehat lima minit dulu ke? Ini tak menyempat-nyempat macam dia nak lari seumur hidup pulak. Rungut Syafiena tidak puas hati. Tapi dia tahu dia terpaksa akur. Ezran itu bos, dia pula hanya kuli. Jadi nak tak nak, dia kena ikut arahan Ezran walaupun dia tidak rela!
Berhadapan dengan Ezran, rasa sakit tatkala diherdik oleh Ezran tempoh hari menyengat jiwanya. Tak tahu kenapa tiba-tiba hatinya rasa macam nak berkecai. Entahlah. Takkanlah dia masih sayangkan Ezran? Tipulah dia kata tidak. Rasa sayang itu masih ada, tapi mungkinkah cuma sebagai seorang kawan?
“Hoi! Berangan pulak.” Ezran menempelak sambil menghentak mejanya.
Serta-merta Syafiena tersedar daripada lamunannya. Kemudian, dia mencebikkan bibirnya. Hek eleh, suka hatilah aku nak berangan ke, nak terbang sampai ke Paris ke, apa kau kisah?
“Cebik bibir, cebik bibir... tarik pakai sepit baru tau!” bentak Ezran.
Syafiena hanya diam membisu. Sebabnya dia malas nak cari gaduh. Nanti kalau mulutnya laser melawan cakap Ezran, tak pasal-pasal dia digantung kerja pulak! Ezran ini bukan boleh dipercayai.
“Nak apa ni? Cakaplah cepat.” Serius Syafiena hari ini bagaikan tiada mood. Takkanlah... dia masih berkecil hati dengan Ezran? Hesy, boleh jadi jugak. Tapi untuk apa dia terasa? Bukannya Ezran itu teman istimewa pun bagi dia
“Boleh kau tanya soalan bongok macam tu? Buat la tugas kau sekarang, baca jadual hari ni.” Ezran terasa geram. Rasa macam nak ketuk aje kepala Syafiena sekarang. Tetiba amnesia pulak perempuan ni.
“Ohhh...” Syafiena pantas mengeluarkan buku notanya dan menyelak muka surat beberapa kali. Dalam hati dah rasa malu tahap gaban. Rasa nak menyorok bawah katil! Tapi macam tak wajar pula perbuatan dia tu. Nak tutup malu, dia berdehem sedikit. “Ermm... tengah hari ni ada meeting dengan supplier. Lepas tu, wakil daripada Jauhari Holdings akan berbincang tentang projek yang akan datang nanti. Insya-Allah meeting tu akan start pukul tiga nanti.”
“Tu je?”
“Mmm...”
“Okey. Kau boleh pergi.”
Syafiena hanya mengangguk. Namun, tak pula dia berganjak daripada tempat berdirinya. Wajah Ezran dipandang tanpa perasaan.
Ezran yang perasan Syafiena masih tercegat di hadapannya mengerutkan kening. Dah kenapa minah ni? Berdiri macam tugu negara pulak! “Hah! Tercegat apa lagi tu? Keluarlah! Takkan nak aku tolong bukakan pintu untuk kau?”
“What should I do? What should I do to get the old you back?” Soalan itu terlepas sendiri daripada mulut Syafiena tanpa disedari.
Ezran pandang wajah Syafiena. Tajam. “What?”
Syafiena yang tersedar pantas menggelengkan kepalanya. Ya Allah, apa benda yang dia merepek ni? Nasib baiklah dia cakap dengan suara yang perlahan. Kalau tidak, pasti bertubi-tubi soalan yang Ezran keluarkan padanya.
“Nothing. I should go now. Nak siapkan kerja.” Syafiena segera berpusing untuk keluar, sebab dia yakin dia tak boleh lama-lama dalam bilik lelaki itu. Nanti dadanya hanya akan jadi sesak saja!
Ezran hanya perhatikan tubuh Syafiena menghilang di sebalik pintu. Kemudian, dia bersandar pada kerusinya sambil tersenyum. Bukannya dia tak dengar apa yang Syafiena omelkan. Sungguh Syafiena Amni, tak perlulah berharap sangat yang Ezran lama akan muncul kembali. Dia dah lama tak wujud. Dah lama terkubur dalam diri aku!
HABIS saja waktu pejabat, Syafiena segera mengemaskan mejanya. Dia memang seorang yang teliti dan kemas, disebabkan itulah meja kerjanya selalu nampak bersih. Sesudah itu, Syafiena terus pergi ke lif. Nasib baik tiada sesiapa di situ sebab kali ini dia memang balik awal daripada biasa. Lagipun sewaktu dia mahu pergi dari tempatnya, dia nampak barulah pekerja-pekerja lain mahu bersiap-siap untuk pulang.
Tiba-tiba, ada tangan yang menahan pintu lif daripada tertutup. Gulp! Syafiena telan air liur. Ah sudah. Siapa pula yang tahan tu? Prasangka buruk mula menjengah mindanya namun mati tatkala dia tahu siapa gerangan yang tahan pintu lif itu.
“Awal balik?” Soalan sinis sudah dikeluarkan seraya melangkah masuk ke dalam lif. Butang huruf G ditekan.
“Err...” Syafiena mati kutu. Serius dia tak tahu nak cakap apa!
“Hai... dah bisu ke?” Lagi soalan sinis ditanya.
“Ma... mana ada aku bisu!” Syafiena sedikit membentak.
“Dah tu?”
“Salah ke aku balik awal?” Soalan berbalas soalan.
Ezran angkat kening sambil senyum sinis.
“Lagipun, aku tak nak duduk berduaan dengan kau lagi.” Suara Syafiena kedengaran mendatar.
“Huh? Kenapa? Takut tak boleh tahan godaan?”
Syafiena mencebikkan bibirnya. Memanglah dia tahu Ezran itu bawa pesona yang sangat memikat hati, tapi dia tak adalah sengal sangat sampai ke tahap nak cair-cair dengan lelaki itu!
“Tolonglah... kalau dengan kau ni, aku rasa baik mak cik cleaner aje tergoda dengan kau.” Sebaik saja pintu lif terbuka, Syafiena pantas keluar dan menuju ke keretanya. Nak buka pintu kereta, tiba-tiba ada tangan yang menghalang. Syafiena pusingkan kepala dengan wajah yang terkejut.
“Kau jangan menyesal cakap macam tu Syafiena.” Ezran berbisik pada telinga Syafiena. Serius, kalau nak dihitung jarak antara mereka berdua, memanglah hanya beberapa inci saja!
“Aku cakap apa?”
“Heh, buat tak ingat pulak. Aku rasa banding dengan mak cik cleaner, baik aku buat kau tergoda pada aku.”
Syafiena terkedu. Ah sudah! Takkan lelaki ini rasa tercabar kut? Janganlah... dia bukannya serius sangat pun apa yang dia cakap tadi!
“Ezran, please... aku penatlah. Aku nak balik!”
“Kalau aku tak kasi kau balik, apa yang kau nak buat?” Ezran cuba mencabar Syafiena.
“Aku menjeritlah! Biar satu bangunan ni tahu, bos dia orang ni psiko!” Syafiena terasa sebal.
Ezran cuma tersenyum. Heh, macamlah dia heran. Lantas, dia menarik lengan Syafiena yang berlapik.
“Eh, eh. Kau nak bawak aku ke mana ni?” Syafiena cemas. Langsung dia tak dapat nak agak Ezran nak buat apa dekat dia selepas ini.
“Balik dengan aku.”
“Ha?” Syafiena terkejut. “Habis tu, macam mana dengan kereta aku?”
“Just leave it here. Don’t worry, it will be safe.”
“Tak nakkk!!!”
“Jangan melawan boleh tak?”
“Jangan memaksa boleh tak?”
“Biarlah. Kau kuli aku.”
“Aku kuli kau, tak bermakna kau boleh sesuka hati paksa orang!”
“I don’t care Syafiena.” Ezran buat muka batunya dan dengan penuh kepaksaan, dia tolak Syafiena masuk ke dalam keretanya. Kemudian, dia masuk pula ke bahagian pemandu. “Pakai tali pinggang keledar.”
Tapi Syafiena cuma berpeluk tubuh dengan wajah yang masam mencuka. Saja pekakkan telinga.
Ezran senyum dalam menahan geram. Lantas, dia mendekatkan tubuhnya ke arah Syafiena.
Ehhh! Dia nak buat apa ni? Syafiena sudah cuak, lantas dia cuba menolak tubuh Ezran yang terasa dekat dengannya.
“Kau nak buat apa ni!”
“Heh, tak sedar diri. Aku nak pasangkan tali pinggang keledar untuk kaulah. Nak tunggu kau berzaman!” ucap Ezran sinis sesudah memasangkan tali pinggang keledar untuk Syafiena.
Serta-merta Syafiena terasa darah menyerbu ke seluruh wajahnya. Aduhai! Kenapalah kau ni perasan sangat? Kan dah termalu!
Ezran terus memandu ke luar bangunan. Dan sampai kereta sudah sampai ke lebuh raya pun Syafiena masih senyap. Ezran mengerling sedikit ke arah gadis itu. Hmm... tengah pandang ke luar. Entah apa yang menariknya dekat luar. Dia rasa, dia lagi menarik untuk dipandang.
“Esok aku jemput kau.”
Syafiena kekal diam membisu. Dalam hati, dia membentak. Kenapa Ezran perlu mencari dia sedangkan dia tahu, lelaki itu sangatlah benci padanya? Tapi kenapa harus lelaki itu buat bagaikan tiada apa-apa yang berlaku sedangkan perbuatan lelaki itulah yang telah merobek hatinya.
“Hoi, kau dengar ke tak apa yang aku cakap ni?”
“Dengar...” Syafiena menjawab secara mendatar.
“Dah tu?”
“Tigalah!”
Ezran mengerutkan dahinya. Eh, minah ni! Nak berloyar buruk pulak. Aku tinggalkan kau dekat jalan raya ni baru tau!
“Eh, sebelum tu... kau tahu ke rumah aku dekat mana?” Syafiena pantas menyoal sambil memandang sisi Ezran yang tengah memandu. Ermm... tatkala itu barulah Syafiena perasan yang Ezran nampak sangat handsome ketika memandu kereta! Dup dap, dup dap... Oh, jantungnya sudah mula berdegup laju! Ya Allah, dah kenapa aku ni? Takkan aku masih suka dekat dia?!
“Mestilah aku tahu.” Jawab Ezran sarkastik.
“Macam mana kau tahu? Kau stalk aku eh!”
“Kau dah lupa, resume yang kau bagi kat aku tu ada alamat kau?”
Syafiena terdiam. Aduhai, dia malukan dirinya sekali lagi. Kenapalah aku suka sangat menuduh orang tanpa usul periksa?
“Kenapa senyap?” Sengaja Ezran bertanya. Padahal dia tahu Syafiena sudah malu kerana menuduhnya bukan-bukan.
“Malas nak bercakap...” Syafiena buat muka toya.
Ezran pantas menahan tawanya. Hmm... kalau dah malu tu cakap sajalah. Tak payah nak bagi alasan yang tak logik!
“Dah sampai.” Syafiena segera menanggalkan tali pinggang keledar.
“Ingat, esok aku jemput kau.” Ezran mengingatkan Syafiena.
“Yelah!” Syafiena hanya menjeling. Lantas dia keluar daripada kereta dan melihat saja kereta Ezran berlalu sampai hilang daripada pandangan. Perlahan, Syafiena menyentuh dadanya. Ada perasaan hangat di situ. Dan dia tak tahu, sampai bila perasaan itu akan wujud dalam hatinya.
p/s: maaf lambat post! semoga terhibur dgn n3 kali ini. =D

Published on June 26, 2015 21:28
No comments have been added yet.