Iman Kyuhee's Blog
September 18, 2015
The Runaway Groom 7
KEESOKAN paginya, Syafiena bersiap lebih awal daripada biasa. Selalunya dia pakai baju pejabat, tetapi tak tahu apa benda yang merasuknya untuk memakai baju kurung. Biarlah, sekali-sekala apa salahnya! Fikirnya sambil memadankan baju kurung cottonbunga-bunga kecil pada tubuhnya di hadapan cermin.
“Uiks… Awalnya kau mandi?”
Tiba-tiba, Syafiena terdengar suara Dina. Pantas dia menolehkan kepala sambil menghadiahkan sengihan untuk Dina yang sedang bersandar pada dinding pintu. Rambutnya tampak kusut dengan mata yang sebelah kanan sedikit terbuka. Heh, nampak sangat baru bangun tidur perempuan ni!
“Hmm… Tak tahulah kenapa aku rajin sangat hari ni.” Sebenarnya dia ada sebab lain bersiap lebih awal ni.
“Okeylah. Aku nak sambung tidur balik.”
Syafiena membulatkan matanya. Apa punya perangailah Dina ni. Boleh pula nak sambung tidur. Alang-alang dah bangun tu, terus ajelah bersiap. Tapi Syafiena malas nak membebel pagi-pagi buta ni, jadi dibiarkan saja Dina sambung tidurnya semula.
Selepas mengoleskan sedikit gincu pada bibirnya, Syafiena terus turun ke bawah. Dia hanya makan roti bakar dan membancuh kopi untuk dirinya. Bagi Syafiena, sarapan ni penting sebenarnya. Kalau tidak makan, alamatnya memang pagi tu dia akan rasa lesu aje memanjang.
Lepas dah puas isi perutnya, Syafiena terus mencapai handbagnya dan terus berlalu keluar. Sesudah menutup pintu rumah dengan rapat, dia menuju ke arah teksi yang sudah menunggunya. Dari semalam lagi dia sudah telefon teksi untuk menjemputnya di sini walaupun memang sudah ada orang yang volunteer nak jemput dirinya. Tapi sebab nak mengelak punya pasal, dia sanggup buat apa saja. Dekat pejabat memanglah kena berjumpa, tapi dia tak naklah jumpa kerap sangat.
“Nak pergi ke mana, nak?” tanya pak cik teksi.
“ER Holdings.” Syafiena menjawab sambil tersenyum.
Menerima arahan, kereta pun digerakkan. Syafiena terus pandang ke luar, menikmati alam yang luas terbentang meskipun langit masih gelap. Sambil itu, sempat dia terfikir tentang reaksi Ezran. Marah memang sudah pasti, tapi sampai bila akan terus begitu? Syafiena yakin, marah Ezran tak akan lama. Sebab itu dia berani melawan Ezran. Kalau tidak, kerat jari sajalah!
NAK dekat pukul 9 pagi, namun batang hidung Ezran sikit pun tak nampak. Risau juga dia. Mana tahu, Ada sesuatu terjadi ke? Macam... Kemalangan? Nauzubillahiminzalik! Minta dijauhkan! Walaupun Ezran itu musuh dia, sungguh tidak terlintas langsung dalam fikirannya untuk meminta sebegitu.
Dalam resah gelisah, Syafiena kembali melakukan tugasnya. Mindanya cuba berfikiran positif. Tapi tak sampai lima minit dia buat kerja, tiba-tiba mejanya dihentak dengan kuat. Terkejut Syafiena! Terus dia pandang ke atas dengan mata yang bulat. Huh, nasib tak keluar latah dia hari ni.
“Dah kenapa kau ni? Tak reti-reti nak bagi salam?” Syafiena perli baik punya. Tapi baru nak sindir seberapa banyak yang dia boleh, hati dia seolah memberi amaran agar dia tidak buat sebegitu. Sebab apa? Sebab... Muka Ezran serius nampak tegang semacam!
“Kenapa kau ni payah sangat nak dengar cakap aku?”
“Ha? Apa maksud kau ni? Aku tak fahamlah!” Syafiena mengerutkan dahinya. Lagipun dia tengok Ezran punya mood hari ini lain macam. Gerun juga, sebab seingat dia jarang sungguh Ezran hendak tunjuk muka marah tu. Selalu tu tayang muka sinis aje.
“Heh, buat tak faham pulak. Aku dah cakap dekat kau kan, aku jemput kau pagi ni?” Jelas muka Ezran sedang merah menahan marah.
Mendengarkan itu, Syafiena mula rasa cuak. Alamak! Takkanlah perkara sekecil itu membuatkan lelaki itu marah? Sudah... Habislah riwayat hidup aku lepas ni, bisik hati kecilnya.
“Err... Ezran...” Syafiena terkial-kial mencari alasan.
“Just shut up and follow me.” Arah Ezran seraya menarik tangan Syafiena. Tapi Syafiena pantas mengeraskan diri, seolah-olah dapat mengesan perkara buruk yang akan jadi kalau dia ikut Ezran ketika itu.
“Okey, aku mintak maaf. Aku janji, aku tak...” Syafiena tak sempat nak habiskan ayat apabila Ezran menarik dia dengan kuat, menyebabkan tubuhnya terangkat dari kerusi. Dia tak ada masalah pun kalau Ezran nak tarik dia kuat-kuat, tapi yang masalahnya kuat tarikan tu sampai melekat tubuhnya dengan tubuh sasa Ezran. Tang tak boleh blahnya tu, jantung dia mula buat hal! Nasib baik kedudukan mereka ini agak terlindung sikit daripada pandangan mata staf-staf ER Holdings, kalau tidak... Memang kecoh satu bangunan!
“Ezran... Wait...”
Tapi Ezran tak nak dengar. Dia terus menarik tangan Syafiena masuk ke dalam bilik pejabatnya. Dia ingin mengajar perempuan itu cukup-cukup. Macam orang bodoh dia menunggu Syafiena tadi, tapi tengok-tengok apabila diberitahu oleh Dina yang Syafiena subuh-subuh lagi sudah pergi ke tempat kerjanya, hatinya terus menggelegak kepanasan. Memanglah dia boleh saja menelefon Syafiena, tapi dia tak menyangka pula yang yang perempuan itu berani melawan arahannya!
“Ezran, please. I’m sorry...” Syafiena memohon lagi sekali apabila maafnya tadi langsung tak dilayan oleh Ezran. Dalam hal ini, Syafiena sanggup merendahkan egonya untuk meminta maaf kepada Ezran. Mana tahu, Ezran buat perkara yang tak elok pada dia. Walau mereka bermusuh mana sekali pun, Ezran itu lelaki dan dia pula perempuan. Memang sah-sahlah kalau berkaitan fizikal Ezran yang akan menang!
“No, Syafiena Amni. Maaf kau dah habis tarikh luput,” kata Ezran dengan keras nadanya. “You already know, kan yang aku tak suka orang lawan cakap aku?”
Syafiena mengangguk, iakan saja.
“So, lepas ni kau nak dengar or tak nak?” Seraya menarik pinggang Syafiena merapat.
Syafiena spontan menahan dengan meletakkan tangannya pada dada bidang Ezran. “Ezran... Please...”
“No, hands off!” arah Ezran dengan nada tegas.
Syafiena terpaksa mengalah. Kalau tak ikut, takut lagi teruk Ezran buat dekat dia. Jadi terpaksalah dia menurut sahaja arahan lelaki itu.
“So?” Ezran angkat sebelah keningnya sambil senyum sinis. Dan Syafiena cukup benci melihat senyuman Ezran ketika itu!
“Okey, aku... Akan ikut cakap kau lepas ni.” Balas Syafiena lemah. Sungguh dia terasa kalah sekarang ni. Ezran tak guna!!! Berani dia guna cara sebegini untuk membuatkan dia kalah!
“Good.” Ezran senyum puas hati. Tapi yang hairannya lelaki itu tak pula lepaskan pinggang Syafiena.
“Apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku ni? Lepaslah!” Syafiena mula memberontak. Dipukul-pukulnya dada Ezran itu. Heh, ingat aku biarkan kau peluk aku sesuka hati, kau boleh buat apa aje yang kau nak? Silap besarlah!
“Aku memang tak puas hati. Sampai bila-bila pun aku tak akan pernah puas hati dengan kau!” ujar Ezran seraya mendekatkan wajahnya pada wajah Syafiena.
Syafiena terkedu. Namun, dengan pantas dia memalingkan mukanya ke tepi. Tidak rela diri disentuh oleh musuh yang dia sangat benci itu! Ikutkan hati, mahu sahaja dia melempang muka perasan bagus Ezran itu. Tetapi mengenangkan tangannya yang sudah dikunci kuat oleh Ezran, tak jadi dia hendak berbuat sedemikian.
“Kau tahu kan, banyak-banyak perempuan yang dampingi aku, kau satu-satunya perempuan yang berani tolak aku. Aku takkan pernah lepaskan perempuan macam tu!” ujar Ezran sambil menarik dagu Syafiena agar berpaling menghadapnya.
Syafiena meneguk air liur dua kali. Kesat! Namun, tak tahu kenapa dia begitu terpesona melihat pandangan mata Ezran yang sangat memukau itu. Ah, sudah. Kau dah hilang akal ke, Syafiena? Itu musuh kau kut! Serta-merta Syafiena tersedar. Dengan pantas, dia menolak tubuh Ezran. Terlepas juga akhirnya pelukan yang tanpa sedar, membuatkan Syafiena jadi panasaran.
“Ezran, kau salah pilih orang. Aku bukannya orang yang kau boleh buat mainan sesuka hati kau. Dan aku, tak nak masuk dalam game yang kau cipta ni. I quit.” Akhirnya! Akhirnya Syafiena mengaku kalah setelah bertahun-tahun mereka bermusuhan.
Tapi kenapa berita ini seolah tidak menggembirakan hati Ezran langsung? Apa kena dengan hatinya hari ni?
“Kau nak menyerah kalah macam tu aje?”
“Yes, sebab aku dah penat main tarik tali dengan kau.”
“Mana perginya Syafiena yang dulu aku kenal? Yang tak pernah kenal erti mengalah?” Ezran cuba menduga.
Syafiena sekadar tersenyum tawar. “Dia pun dah pergi. Pergi bersama Ezran yang dulu.”
Jawapan Syafiena itu membuatkan Ezran terkedu. Tak tahu kenapa otaknya tak dapat mencernakan maksud Syafiena itu.
“Aku pergi dulu.”
“Kau ingat, kau cakap macam tu aku akan biarkan kau hidup dengan aman? Memang taklah!” Ezran masih cuba menyakitkan hati Syafiena.
“Depends on you. Aku akan ikut aje. So, no big worries, kan? You can do what you want.” Balas Syafiena seraya membuka pintu. Namun, Ezran pantas menahan pintu itu daripada terbuka.
“Aku tak akan biarkan Syafiena yang dulu terkubur dalam diri kau.”
“Why?” Syafiena bertanya. Sebab dia rasa pelik, kenapa Ezran begitu beria mahukan Syafiena yang dulu.
“Doesn’t matter what the answer is.” Jawab Ezran yang Syafiena rasa memang bukan jawapannya pun.
Perbualan mereka terhenti tatkala pintu bilik pejabat Ezran diketuk. “Bos?”
Pantas Ezran melepas Syafiena dan membiarkan Syafiena keluar. Seraya melepaskan nafas berat, dia menghempaskan punggungnya di atas sofa berangkai tiga sambil bersilang kaki.
“Huish, kau orang ni dah apa kena? Sampai berkunci pintu bagai.” Hasif yang masuk ke dalam bilik dan duduk di hadapan Ezran mula menyerkap jarang. Mana-mana orang, kalau pintu pejabat bos berkunci, apatah lagi dengan seorang perempuan, siapa aje yang tak curiga? Ya tak?
“Tak ada apa-apalah...” Ezran menjawab malas.
“Serius? Habis tu, muka Syafiena merah habis tu apa kena?” Hasif menduga lagi.
“Biarlah dia. Dah dia aje yang boleh kawal muka tu jadi merah ke, hijau ke, hitam ke. Kan?” ujar Ezran dengan jawapan yang sungguhlah tidak bernas itu.
“Hesy, cakap dengan kau ni... Apa pun tak boleh!” Hasif menggeleng kepala. Sememangnya, kalau ada juara mengelat selayaknya memang patut diberi pada Ezran.
“Yang kau ni, dah kenapa datang sini? Nak bincang pasal projek dekat Tanjung Ipoh ke?”
“Yelah, dah tu?” Hasif angkat kening. Selalunya kalau berkaitan kerja ni, Ezranlah yang paling bersemangat sekali. Tapi sejak adanya Syafiena ni, hancur barai jadinya. Memang kalau dibiarkan, parahlah!
“Kau passlah dekat orang lain. Aku nak tenangkan minda ni.” jawab Ezran seraya menutup matanya rapat.
“Hoi, sesuka hati aje buat arahan tak munasabah tu. Mentang-mentang kau bos, kau bolehlah buat alasan macam tu.” Hasif rasa terbakar. Kut ya pun ada masalah peribadi, janganlah dicampur adukkan dengan hal kerja. Konon professionalla sangat, kan?
“Marah sangat ni kenapa?” Ezran membuka sebelah matanya dan memandang ke arah Hasif.
Hasif sekadar menggelengkan kepalanya. “Mungkin ni semua salah aku.”
“Why?”
“Aku yang bawa Syafiena masuk kerja kat sini. Kalau tak ada dia, mesti kau tak akan rasa apa yang kau rasa sekarang, kan?”
Ezran terdiam. Namun buat seketika, dia menghembuskan nafasnya seraya berkata, “kau percaya yang semua kejadian tu ada hikmahnya?”
“Orang macam kau percaya ke dengan semua tu?” Hasif mempersoalkan.
“Yeah, memang orang macam aku ni yang jahil agama tak layak kut nak percaya semua benda tu. Tapi kalau dah semua benda aku rasa tak sepatutnya berlaku, payahlah kalau macam tu. Semua benda aku tak dapat nak terima hakikat.” Balas Ezran, yang sebenarnya tiada niat langsung nak berfalsafah.
“Oh, habis tu kau bertunang dengan Kairina tu macam mana pulak?” Hasif cuba menduga lagi.
“Heh, itu lain ceritalah. Tapi buat masa ni, aku tak nak fikir pasal tu. Pandai-pandailah aku nak buat apa nanti.” Ezran terbayang wajah Kairina dalam mindanya. Hailah... Tunang, tunang. Kut stok alim, tak apalah jugak. Tapi ini jenis yang mencekik darah! Seburuk-buruk lelaki pun, nak juga mencari perempuan yang baik untuk dirinya. Yang gedik dan mengada-ada itu hanya sekadar penghibur saja bagi dia, dan tak akan pernah lebih daripada tu.
“Suka hati kaulah. Aku support kau aje dari belakang. So, pasal projek ni? Kau nak teruskan ke ornak pass dekat orang lain?”
“Ermm... Tak apalah, biar aku aje yang teruskan.”
“Cis, cakap macam keling.”
“Keling tak keling, aku nak teruskan projek ni pun sebab kau bro.” Ezran tersenyum meleret.
“Hah, baguslah. Kalau macam tu, buat biarlah bersungguh.”
“Don’t worry. Ini Ezran Hakimilah. Berapa banyak projek yang dia buat semuanya bagus-bagus?”
Hasif ketawa. “Hmm... Banyak, sampai tak terkira! Macam nilah Ezran Hakimi yang aku kenal.”
Ezran turut ketawa bersama Hasif. Sungguhlah, memang Hasif itu sahabatnya dunia dan akhirat.
p/s: bersambunggg~~ dipersilakan letak komen anda. sesungguhnya komen anda amat berharga buat saya. kekeke >.<

Published on September 18, 2015 06:21
June 26, 2015
The Runaway Groom 6
CUTI hujung minggu itu, Syafiena manfaatkan sebaik mungkin. Terasa macam dah lama sangat tak keluar ke shopping mall, akhirnya dia buat keputusan untuk pergi ke One Utama dengan Hud dan Dina.
“Hud, kenalkan ini Dina. Dina, this is my old friend, Hud.” Syafiena memperkenalkan. Nak keluar sama-sama haruslah kenal-kenal dulu.
“Nice to meet you. Hope we can be a good friends!” Hud yang ramah menggenggam erat tangan Dina.
“Heheh, of course! Kita akan jadi kawan yang paling rapat dekat Malaysia ni.” Dina sekadar tersengih.
“Okey, aku pun harap macam tu. Dah, dah. Jom pergi makan. Perut aku dah berdondang sayang dah ni.” Syafiena pantas menyampuk. Sampai bila pun tak sudah dia orang ni kalau dibiarkan.
Serentak itu, Hud dan Dina tergelak sakan.
“Memang dia ni. Makan banyak, tapi tak gemuk-gemuk jugak!” Hud menolak pipi Syafiena lembut.
“Jealouslah tu!” Syafiena menjelirkan lidahnya.
Hud dan Dina sekadar tersengih. Lantas Syafiena mencadangkan agar mereka makan di restoran Old Town White Coffee. Memang tiba-tiba hari ini Syafiena bermurah hati untuk belanja dua orang kawannya. Sekali-sekala melabur, apa salahnya.
“After this, tengok wayang nak?” cadang Hud.
“Sounds good! Aku pun dah lama gila tak tengok wayang ni. Cerita apa tengah hot sekarang?” Dina bersetuju sahaja.
“Hoi kawan-kawan! Kut ye pun, order la dulu makanan. Boleh tak bincang hal ni timemakan ke, lepas makan ke?” Sekali lagi Syafiena menyampuk. Grr! Mentang-mentang Hud dah graduate, memanglah nak berseronok tak ingat dunia. Samalah macam Dina tu!
“Okey, okey. Jom order. Kecohlah minah ni,” rungut Hud.
“Haruslah. Perut lapar ni beb!” Syafiena mencubit lembut perut Hud.
Sesudah ordermakanan, barulah mulut Syafiena berceloteh menyertai perbualan Hud dan Dina.
“Dina, kalau kau nak tahu Hud ni akan kahwin tau.”
“Oh, really? Congrats! Waaa... sumpah jealous!” Dina membuat muka sedih sambil mencebirkan bibirnya. Gelagat selamba Dina itu membuatkan Hud dan Syafiena ketawa terkekeh-kekeh.
“Terima kasih. Haha, tak apa. Nanti dah sampai waktunya kau kahwinlah.” Hud tersengih dalam memberi kata semangat.
“Hmm... ingatkan nak tackle musuh si Fiena tu, tapi tak apalah. Kalau aku usha dia, nanti Fiena nak kahwin dengan siapa?” Dina berkata sambil senyum penuh makna. Sempat dia mengerling ke arah Syafiena yang nampak terkedu apabila soal musuhnya mula dibangkitkan.
“Woi, beragak sikit!” Syafiena menyiku Dina, namun sempat dielak. Kerana tidak terkena penangan siku Syafiena, Dina hanya ketawa mengejek.
“Uit? Kau pun tahu pasal musuh Fiena?” Hud bertanya sambil angkat kening. Popular betul Ezran sekarang? Desis hatinya.
“Hehe... mulanya Fiena tak nak bagitahu, tapi aku yang paksa dia. Lepas tu, kalau kau nak tahu... aku jumpa face-to-face dengan Ezran! Ya Allah, serius handsome. Nasib baik aku tak pengsan kat situ, kalau tak habis imej perempuan Melayu terakhir aku.” Ujar Dina dengan nada bersungguh-sungguh.
Syafiena hanya mencebik. Dia tahu, betapa pesona Ezran itu boleh memikat wanita di mana-mana saja. Oleh sebab itulah dulu dia hanya berani simpan perasaannya dalam rahsia. Tetapi Syafiena akui, perasaan itu masih ada cuma tidaklah sekuat dahulu. Kalau boleh, dia tak nak ada perasaan yang satu itu untuk musuhnya!
Perbualan mereka terhenti seketika tatkala pesanan mereka sudah sampai. Dengan penuh berselera mereka bertiga menjamah makanan yang kelihatan sungguh sedap itu. Beberapa ketika kemudian, barulah Syafiena membuka mulutnya.
“Tapi Dina... kau dah tak boleh menggedik dengan Ezran dah.”
“Huh? Kenapa?” Hud menyampuk.
“Sebab... dia dah bertunang!” Dina tolong jawabkan.
“Ha? Seriously?!” Hud terkejut. Berubah riak mukanya. “Beb, dia bertunang dengan siapa? Apesal aku tak tahu langsung berita gempak ni? Tapi kan, kau boleh percaya ke yang Ezran tu betul-betul nak kahwin?”
“Adooi la Hud. Banyak betul soalan kau. Kita orang nak jawab yang mana satu ni?” Syafiena hampir nak ketawa mendengar soalan yang tak putus-putus keluar daripada mulut Hud.
“Semua la. Aku nak tahu sebab aku tak percaya yang Ezran betul-betul serius ke tak nak kahwin.”
“Eh, dah kau pulak yang beriya. Jangan lupa dengan tunang tersayang kau yang tengah menanti nak kahwin dengan kau.” Syafiena mengingatkan Hud sambil tersenyum lucu.
“Hesy, tak ada maknanya la aku suka kat Ezran tu. Aku still sayang tunang aku tu beb. Dah la bulan depan nak kahwin. Nanti kalau tak jadi kahwin, aku jugak yang frust menonggeng!”
Dina dan Syafiena mula menghamburkan ketawa. Kelakar melihat muka cuak Dina itu.
“Okey, whateverla. Kalau kau nak tahu, Ezran tu bertunang dengan model. Eh, tapi siapa nama dia erk?” Syafiena menoleh ke arah Dina, seolah mahu meminta pertolongan. Tapi Dina buat muka blur saja.
Aduhai, Dina mana hadir ke majlis pertunangan Ezran. Dia sorang aje waktu tu! Fikir punya fikir, akhirnya baru dia ingat setelah ternampak bayangan banneryang besar gedabak itu tertampal di rumah Ezran.
“Haa... tak silap aku, nama tunang dia Kairina.”
“Ha? Bukannya...” Hud mengerutkan keningnya, seolah cuba berfikir sesuatu. Tak dapat jawapan, dia tenung muka Syafiena bagai nak tembus.
“Ops, jangan tanya aku. Aku tak tahu apa-apa pun pasal ni. Tup-tup, apa yang aku tahu dia dah bertunang dengan perempuan lain.” Syafiena pantas menjawab sambil mengangkat kedua belah tangannya.
“Kau orang cakap apa ni?” Dina mencelah, hairan mendengar perbualan yang seolah macam tersimpan satu rahsia dalam tu.
“Eh, tak ada apa-apalah. Err... Oh ya! Macam mana rupa tunang musuh kau tu? Cantik? Maklumlah, modellah pulak...” Hud cuba melarikan topik yang cuba diketengahkan oleh Dina. Kalau boleh, dia dan Syafiena tak mahulah hebohkan sangat tentang hal ini.
“Cantik itu kan subjektif.” Syafiena cuba bermadah. Sekarang jalan yang terbaik daripada mengelak menjawab soalan Dina ialah layankan saja apa yang Hud katakan.
“Hek eleh, nak jadi pemadah tak bertauliah pulak. Cepat la cakap, cantik tak?” Sengaja Hud mendesak, walhal dia tak hairan pun kalau tunang Ezran itu cantik atau pun tidak.
“Boleh tahan la. Tapi kalau nak ikutkan aku lagi cantik.” Ah sudah! Syafiena sudah mula masuk bakul dan angkat sendiri.
“Berambus la kau.” Serentak itu Hud dan Dina berkata.
Syafiena sekadar tergelak. Tetapi hakikat di dalam hati, hanya Allah saja tahu!
SELEPAS habis tengok wayang, Hud meminta diri kerana tunangnya sudah menunggu untuk membeli barang hantaran bersama.
“Okey, jaga diri elok-elok. Kirim salam cinta dan penuh kasih kat tunang kau.” Syafiena cuba mengusik Hud. Terus Hud tunjuk penumbuk dekat Syafiena menyebabkan dia dan Dina tergelak.
“Aku gerak dulu. Assalamualaikum.” Setelah mencium kedua belah pipi dua kawannya, Hud pun beredar.
“Wa’alaikumussalam.” Serentak itu mereka berdua menjawab.
Syafiena dan Dina mula berpandangan. “Apa lagi? Jom kita enjoy!”
MONDAY Blues... orang Barat kata malas nak pergi bekerja. Aduhai, terasa seperti baru semalam dia lupakan masalah di pejabat dan berseronok, tapi hari ini dia terpaksa hadapi benda yang sama juga. Apa nasib badan, terima sajalah! Tapi pernah juga dia terbaca post Ustaz Kazim Elias di Twitter mengenai monday blues.
Orang Kafir tak suka hari Isnin, kononnya memenatkan. Sesetengah umat Islam pun dok ikut tak suka hari Isnin. Isnin hari lahir Rasulullah tahu tak?
Serius... Waktu itu, memang Syafiena rasa sentap seluruh jiwa raga. Dialah antara salah satu umat Islam yang tak suka hari Isnin tu. Tapi sejak baca postitu, dia tak mahu ikut pengaruh orang Kafir. Jadi lepas ni, tiada lagi monday blues dalam kamus hidupnya. Dia kena pergi kerja dengan hati yang ikhlas, demi mencari rezeki yang halal untuk dirinya!
Selepas meletakkan handbag di atas meja dan punggung yang nak dilabuhkan di atas kerusi, tiba-tiba namanya dipanggil.
“Syafiena, datang ke bilik aku sekarang. Immediately!” Suara Ezran kedengaran di interkom.
Haila... aku tak sempat nak duduk lagi kut! Boleh tak bagi aku rehat lima minit dulu ke? Ini tak menyempat-nyempat macam dia nak lari seumur hidup pulak. Rungut Syafiena tidak puas hati. Tapi dia tahu dia terpaksa akur. Ezran itu bos, dia pula hanya kuli. Jadi nak tak nak, dia kena ikut arahan Ezran walaupun dia tidak rela!
Berhadapan dengan Ezran, rasa sakit tatkala diherdik oleh Ezran tempoh hari menyengat jiwanya. Tak tahu kenapa tiba-tiba hatinya rasa macam nak berkecai. Entahlah. Takkanlah dia masih sayangkan Ezran? Tipulah dia kata tidak. Rasa sayang itu masih ada, tapi mungkinkah cuma sebagai seorang kawan?
“Hoi! Berangan pulak.” Ezran menempelak sambil menghentak mejanya.
Serta-merta Syafiena tersedar daripada lamunannya. Kemudian, dia mencebikkan bibirnya. Hek eleh, suka hatilah aku nak berangan ke, nak terbang sampai ke Paris ke, apa kau kisah?
“Cebik bibir, cebik bibir... tarik pakai sepit baru tau!” bentak Ezran.
Syafiena hanya diam membisu. Sebabnya dia malas nak cari gaduh. Nanti kalau mulutnya laser melawan cakap Ezran, tak pasal-pasal dia digantung kerja pulak! Ezran ini bukan boleh dipercayai.
“Nak apa ni? Cakaplah cepat.” Serius Syafiena hari ini bagaikan tiada mood. Takkanlah... dia masih berkecil hati dengan Ezran? Hesy, boleh jadi jugak. Tapi untuk apa dia terasa? Bukannya Ezran itu teman istimewa pun bagi dia
“Boleh kau tanya soalan bongok macam tu? Buat la tugas kau sekarang, baca jadual hari ni.” Ezran terasa geram. Rasa macam nak ketuk aje kepala Syafiena sekarang. Tetiba amnesia pulak perempuan ni.
“Ohhh...” Syafiena pantas mengeluarkan buku notanya dan menyelak muka surat beberapa kali. Dalam hati dah rasa malu tahap gaban. Rasa nak menyorok bawah katil! Tapi macam tak wajar pula perbuatan dia tu. Nak tutup malu, dia berdehem sedikit. “Ermm... tengah hari ni ada meeting dengan supplier. Lepas tu, wakil daripada Jauhari Holdings akan berbincang tentang projek yang akan datang nanti. Insya-Allah meeting tu akan start pukul tiga nanti.”
“Tu je?”
“Mmm...”
“Okey. Kau boleh pergi.”
Syafiena hanya mengangguk. Namun, tak pula dia berganjak daripada tempat berdirinya. Wajah Ezran dipandang tanpa perasaan.
Ezran yang perasan Syafiena masih tercegat di hadapannya mengerutkan kening. Dah kenapa minah ni? Berdiri macam tugu negara pulak! “Hah! Tercegat apa lagi tu? Keluarlah! Takkan nak aku tolong bukakan pintu untuk kau?”
“What should I do? What should I do to get the old you back?” Soalan itu terlepas sendiri daripada mulut Syafiena tanpa disedari.
Ezran pandang wajah Syafiena. Tajam. “What?”
Syafiena yang tersedar pantas menggelengkan kepalanya. Ya Allah, apa benda yang dia merepek ni? Nasib baiklah dia cakap dengan suara yang perlahan. Kalau tidak, pasti bertubi-tubi soalan yang Ezran keluarkan padanya.
“Nothing. I should go now. Nak siapkan kerja.” Syafiena segera berpusing untuk keluar, sebab dia yakin dia tak boleh lama-lama dalam bilik lelaki itu. Nanti dadanya hanya akan jadi sesak saja!
Ezran hanya perhatikan tubuh Syafiena menghilang di sebalik pintu. Kemudian, dia bersandar pada kerusinya sambil tersenyum. Bukannya dia tak dengar apa yang Syafiena omelkan. Sungguh Syafiena Amni, tak perlulah berharap sangat yang Ezran lama akan muncul kembali. Dia dah lama tak wujud. Dah lama terkubur dalam diri aku!
HABIS saja waktu pejabat, Syafiena segera mengemaskan mejanya. Dia memang seorang yang teliti dan kemas, disebabkan itulah meja kerjanya selalu nampak bersih. Sesudah itu, Syafiena terus pergi ke lif. Nasib baik tiada sesiapa di situ sebab kali ini dia memang balik awal daripada biasa. Lagipun sewaktu dia mahu pergi dari tempatnya, dia nampak barulah pekerja-pekerja lain mahu bersiap-siap untuk pulang.
Tiba-tiba, ada tangan yang menahan pintu lif daripada tertutup. Gulp! Syafiena telan air liur. Ah sudah. Siapa pula yang tahan tu? Prasangka buruk mula menjengah mindanya namun mati tatkala dia tahu siapa gerangan yang tahan pintu lif itu.
“Awal balik?” Soalan sinis sudah dikeluarkan seraya melangkah masuk ke dalam lif. Butang huruf G ditekan.
“Err...” Syafiena mati kutu. Serius dia tak tahu nak cakap apa!
“Hai... dah bisu ke?” Lagi soalan sinis ditanya.
“Ma... mana ada aku bisu!” Syafiena sedikit membentak.
“Dah tu?”
“Salah ke aku balik awal?” Soalan berbalas soalan.
Ezran angkat kening sambil senyum sinis.
“Lagipun, aku tak nak duduk berduaan dengan kau lagi.” Suara Syafiena kedengaran mendatar.
“Huh? Kenapa? Takut tak boleh tahan godaan?”
Syafiena mencebikkan bibirnya. Memanglah dia tahu Ezran itu bawa pesona yang sangat memikat hati, tapi dia tak adalah sengal sangat sampai ke tahap nak cair-cair dengan lelaki itu!
“Tolonglah... kalau dengan kau ni, aku rasa baik mak cik cleaner aje tergoda dengan kau.” Sebaik saja pintu lif terbuka, Syafiena pantas keluar dan menuju ke keretanya. Nak buka pintu kereta, tiba-tiba ada tangan yang menghalang. Syafiena pusingkan kepala dengan wajah yang terkejut.
“Kau jangan menyesal cakap macam tu Syafiena.” Ezran berbisik pada telinga Syafiena. Serius, kalau nak dihitung jarak antara mereka berdua, memanglah hanya beberapa inci saja!
“Aku cakap apa?”
“Heh, buat tak ingat pulak. Aku rasa banding dengan mak cik cleaner, baik aku buat kau tergoda pada aku.”
Syafiena terkedu. Ah sudah! Takkan lelaki ini rasa tercabar kut? Janganlah... dia bukannya serius sangat pun apa yang dia cakap tadi!
“Ezran, please... aku penatlah. Aku nak balik!”
“Kalau aku tak kasi kau balik, apa yang kau nak buat?” Ezran cuba mencabar Syafiena.
“Aku menjeritlah! Biar satu bangunan ni tahu, bos dia orang ni psiko!” Syafiena terasa sebal.
Ezran cuma tersenyum. Heh, macamlah dia heran. Lantas, dia menarik lengan Syafiena yang berlapik.
“Eh, eh. Kau nak bawak aku ke mana ni?” Syafiena cemas. Langsung dia tak dapat nak agak Ezran nak buat apa dekat dia selepas ini.
“Balik dengan aku.”
“Ha?” Syafiena terkejut. “Habis tu, macam mana dengan kereta aku?”
“Just leave it here. Don’t worry, it will be safe.”
“Tak nakkk!!!”
“Jangan melawan boleh tak?”
“Jangan memaksa boleh tak?”
“Biarlah. Kau kuli aku.”
“Aku kuli kau, tak bermakna kau boleh sesuka hati paksa orang!”
“I don’t care Syafiena.” Ezran buat muka batunya dan dengan penuh kepaksaan, dia tolak Syafiena masuk ke dalam keretanya. Kemudian, dia masuk pula ke bahagian pemandu. “Pakai tali pinggang keledar.”
Tapi Syafiena cuma berpeluk tubuh dengan wajah yang masam mencuka. Saja pekakkan telinga.
Ezran senyum dalam menahan geram. Lantas, dia mendekatkan tubuhnya ke arah Syafiena.
Ehhh! Dia nak buat apa ni? Syafiena sudah cuak, lantas dia cuba menolak tubuh Ezran yang terasa dekat dengannya.
“Kau nak buat apa ni!”
“Heh, tak sedar diri. Aku nak pasangkan tali pinggang keledar untuk kaulah. Nak tunggu kau berzaman!” ucap Ezran sinis sesudah memasangkan tali pinggang keledar untuk Syafiena.
Serta-merta Syafiena terasa darah menyerbu ke seluruh wajahnya. Aduhai! Kenapalah kau ni perasan sangat? Kan dah termalu!
Ezran terus memandu ke luar bangunan. Dan sampai kereta sudah sampai ke lebuh raya pun Syafiena masih senyap. Ezran mengerling sedikit ke arah gadis itu. Hmm... tengah pandang ke luar. Entah apa yang menariknya dekat luar. Dia rasa, dia lagi menarik untuk dipandang.
“Esok aku jemput kau.”
Syafiena kekal diam membisu. Dalam hati, dia membentak. Kenapa Ezran perlu mencari dia sedangkan dia tahu, lelaki itu sangatlah benci padanya? Tapi kenapa harus lelaki itu buat bagaikan tiada apa-apa yang berlaku sedangkan perbuatan lelaki itulah yang telah merobek hatinya.
“Hoi, kau dengar ke tak apa yang aku cakap ni?”
“Dengar...” Syafiena menjawab secara mendatar.
“Dah tu?”
“Tigalah!”
Ezran mengerutkan dahinya. Eh, minah ni! Nak berloyar buruk pulak. Aku tinggalkan kau dekat jalan raya ni baru tau!
“Eh, sebelum tu... kau tahu ke rumah aku dekat mana?” Syafiena pantas menyoal sambil memandang sisi Ezran yang tengah memandu. Ermm... tatkala itu barulah Syafiena perasan yang Ezran nampak sangat handsome ketika memandu kereta! Dup dap, dup dap... Oh, jantungnya sudah mula berdegup laju! Ya Allah, dah kenapa aku ni? Takkan aku masih suka dekat dia?!
“Mestilah aku tahu.” Jawab Ezran sarkastik.
“Macam mana kau tahu? Kau stalk aku eh!”
“Kau dah lupa, resume yang kau bagi kat aku tu ada alamat kau?”
Syafiena terdiam. Aduhai, dia malukan dirinya sekali lagi. Kenapalah aku suka sangat menuduh orang tanpa usul periksa?
“Kenapa senyap?” Sengaja Ezran bertanya. Padahal dia tahu Syafiena sudah malu kerana menuduhnya bukan-bukan.
“Malas nak bercakap...” Syafiena buat muka toya.
Ezran pantas menahan tawanya. Hmm... kalau dah malu tu cakap sajalah. Tak payah nak bagi alasan yang tak logik!
“Dah sampai.” Syafiena segera menanggalkan tali pinggang keledar.
“Ingat, esok aku jemput kau.” Ezran mengingatkan Syafiena.
“Yelah!” Syafiena hanya menjeling. Lantas dia keluar daripada kereta dan melihat saja kereta Ezran berlalu sampai hilang daripada pandangan. Perlahan, Syafiena menyentuh dadanya. Ada perasaan hangat di situ. Dan dia tak tahu, sampai bila perasaan itu akan wujud dalam hatinya.
p/s: maaf lambat post! semoga terhibur dgn n3 kali ini. =D

Published on June 26, 2015 21:28
June 4, 2015
The Runaway Groom 5
"JADI... Kaulah secretary baru aku ya?” soal Ezran sambil tersenyum sinis.
Yelah... takkan drebar kau pulak! Dia hanya mampu jawab dalam hati, tapi hakikatnya Syafiena tahu dia tidak mampu menjawab sebegitu. Yang hanya dia mampu lakukan sekarang, berdiri tegak dengan wajah beriak kosong.
“Syafiena Amni... Nice to meet you. Again.” Hasif memecahkan suasana yang sudah bertukar menjadi tegang. Kalau dia senyap saja, tentu berapi mulut Ezran nak kenakan Syafiena.
Dalam keadaan terkejut itu, barulah Syafiena perasan ada insan lain di dalam bilik itu. Ya Allah! Kenapalah Hasif ada dekat sini sekali?
Masih dia ingat, dulu begitu ramai ingin berkawan dengan Ezran. Tapi sejak Ezran berubah perangai, ramai yang menjauhkan diri daripada Ezran walaupun lelaki itu sangat pandai. Hanya Hasif saja yang sanggup bertahan.
“Why with your shocked face, Fiena? Terkejut saya ada dekat sini?” soal Hasif seraya tersenyum.
“Eh, taklah. Mana ada!” Pantas Syafiena menafikan walhal dia memang tertanya-tanya apakah Hasif buat dekat sini. Tapi dia tak sangka juga. Walau dah bertahun-tahun pun persahabatan mereka berdua tetap utuh.
“Saya kerja sebagai CCO dekat sini.”
“Oh...” Syafiena terangguk sendiri. Patutlah pun Hasif ada sekali. Haish, apa pasal la dia tak fikir tadi.
“So, what are we gonna do with this little girl?” Ezran kembali bersuara.
“Zran...” Hasif bersuara keras, sebagai tanda memberi amaran.
“What? It’s not a bad thing pun kan kalau aku buli dia sikit?”
“Tapi perlu ke?”
“Of course! Heh, no wonder la bukan main beriya lagi kau pertahankan secretarybaru aku tu, kan? Rupa-rupanya perempuan ni penyebabnya!” Ezran senyum sinis.
“Mana ada. In fact, aku pertahankan semua perempuan.” Hasif sekadar sengih.
“Berambus la kau.” Ezran bagi jelingan maut. Tahu sangat dengan perangai Hasif yang kaki perempuan itu.
“Err...” Syafiena tak tahu nak menyampuk apa. Mereka berdua berborak seolah dia tak wujud pulak kat sini.
“Hesy kau ni, Zran. Kesian Syafiena terkebil-kebil kat sini. So, apa kata I tunjukkan you sekitar pejabat ni. And then, bolehlah kita makan lunch sama-sama. Nak tak?” Hasif mengenyitkan mata dekat Syafiena, membuatkan gadis itu jadi tidak tentu arah.
“Ehhh... banyak cantik muka kau. Ini secetary aku, so yang jadi tour guidenya pun mestilah aku jugak.”
“La... Selama ni aku yang jadi tour guide untuk secretary kau yang sebelum-sebelum ni, tak ada pulak kau nak ambil kisah?”
“Heh, itu lain. Kes sekarang ni, secretary baru aku ni ‘special’ sikit.” Ezran mula senyum.
Syafiena hanya mampu mendiamkan diri. Special? Specialkah dia di mata Ezran? Tetapi special bagaimana? Itu Syafiena tak mampu jawab kerana Ezran seorang saja yang ada jawapannya.
SYAFIENA memicit-micit kepala yang terasa pening. Matanya berpinar melihat beribu-ribu huruf yang terpampang di dalam skrin. Ahh... baru first day, sudah dikerah begini. Memang lelaki itu sengaja mahu menderanya! Adakah patut lelaki itu mahu dia membuat laporan sebanyak lima puluh kali? Serius tak masuk akal! Sakit hatinya, hanya Allah yang mengetahui.
“Syafiena, are you okay?”
Suara garau seorang lelaki menerjah ke pendengarannya.
Spontan, pergerakan tangan Syafiena terhenti. Lantas, dia mengangkat wajahnya. Kelihatan Hasif sudah berdiri tegak di hadapannya.
“Ermm... yeah, I’m okay.” Syafiena menjawab sambil senyum paksa.
“Betul ke ni? Atau pun Ezran ada buat sesuatu dekat awak?” Hasif cuba menduga.
Syafiena senyum paksa. Tak tahu hendak jawab ataupun tidak. “Err... saya...”
“Syafiena, tak perlu teragak-agak dengan saya okey?Remember, saya pun kawan awak jugak. So, apa-apa masalah you can share it with me, okay?” Hasif bersuara lembut. Dia mahu kehadirannya di sini dapat menyelesakan Syafiena. Jangan sebab Ezran, gadis itu lari! Buat naya saja. Sudahlah nak dapatkan Syafiena bekerja di sini sangat payah, takkan mahu sia-siakan peluang yang ada?
“Ermm... sebenarnya, Ezran suruh saya buat laporan sebanyak lima puluh kali,” kata Syafiena dengan nada perlahan.
Terbeliak mata Hasif dibuatnya. “Lima puluh kali? Biar betul!”
Syafiena menganggukkan kepala berkali-kali. “Ya, betul! Kalau awak tak percaya, awak boleh pergi tanya Ezran sendiri.”
“Isk... melampau sangat Ezran tu.” Hasif sekadar menggelengkan kepalanya. Kut iya pun nak dera anak orang, beragaklah sikit!
Syafiena sekadar senyum. Tawar. Tak ada hati nak senyum lebih-lebih mengenangkan musuh yang selalu dengkikannya.
“Hmm... Sekejap ya, saya nak pergi jumpa Ezran.” Belum sempat Hasif mahu ke pejabat Ezran, Syafiena cepat-cepat menarik lengan Hasif.
“Ehhh... Tak payahlah... saya boleh buat. Jangan sebab saya, awak dengan Ezran bergaduh. Saya tak nak macam tu.” Syafiena memujuk lembut. Karang tidak pasal-pasal dua orang kawan baik ini bergaduh disebabkan dia, buat naya saja.
“Tapi...” Hasif nampak nak memprotes.
“Alaa, sikit aje ni. It’s okay la. Lagipun, benda ni kecil aje. Tak perlulah kita perbesarkan.” Syafiena memujuk lagi. Tolonglah makan pujukan dia ni! Dia bukannya reti memujuk sangat.
“Hmm... kalau macam tu, okeylah. Lain kali, kalau dia buat sesuatu yang teruk dekat awak, awak bagitau aje dekat saya. Biar saya belasah dia cukup-cukup,” kata Hasif sambil tersenyum. Terserlah lesung pipit di pipi kirinya.
Aduhai! Memang cukup membuat hati Syafiena tertawan. Walaupun Hasif tidak sekacak Ezran, namun lelaki itu mempunyai aura yang mampu menarik perhatian. Syafiena tersenyum sendiri.
“Syafiena, may I go now?” soal Hasif tiba-tiba.
“Hah?” Syafiena blur sekejap. Dah kenapa tiba-tiba Hasif tanya soalan begitu? Nak pergi, pergi ajelah. Buat apa nak mintak izin daripadanya?
“Mind if you let go of my hand?”
Soalan Hasif itu membuatkan Syafiena lekas-lekas melepaskan lengan Hasif. Aduhai, baru dia perasan, sejak tadi dia asyik memegang lengan lelaki itu! Wajahnya sudah menjadi merah padam. Kalau boleh dikira dengan jari untuk mengira rasa malunya, rasanya memang tidak cukup!
Hasif hanya tersenyum melihat kekalutan Syafiena. “Okeylah, saya pergi dulu. See you!”
Syafiena hanya mengangguk. Namun, wajahnya yang merah itu masih belum hilang sepenuhnya. Pantas dia mengipas wajahnya untuk mengurangkan rasa panas itu.
Namun, tanpa Syafiena sendiri sedari, ada sepasang mata yang memerhati drama sebabak tadi. Bersama dengusan, dia kembali masuk ke dalam pejabat.
TEPATpukul 12.00 tengah hari, Syafiena mengemas barang-barangnya untuk makan tengah hari di kafe yang terletak berdekatan dengan syarikatnya. Selepas mencapai handbagnya, dia terus berjalan namun terlanggar dengan badan seseorang. Aduh, siapa pulak ni? Main berdiri aje depan aku, kan dah kena langgar!
“Syafiena Amni...”
Hmm... suara garau ni macam pernah aku dengar... Perlahan-lahan, Syafiena mengangkat wajahnya. Erk! Ezran Hakimi!
“Dah siap laporan yang aku suruh buat lima puluh kali tu?” soal Ezran dengan muka yang tiada perasaan.
“Erk, kenapa?” Syafiena terkejut mendengar soalan Ezran.
“Kau dah lupa? Kan aku suruh kau hantar hari ni jugak. Kalau masih tak siap, bermakna kau tak boleh makan lunch. Stay office sampai petang!” Nah, kuasa veto sudah dikeluarkan oleh Ezran.
Syafiena mula mengerutkan dahinya tanda tidak berpuas hati. “Kau dah gila ke? Habis, kalau aku mati kebuluran dekat office kau macam mana? Kau nak bertanggungjawab?”
“Nonsense.” Ezran kekal menayangkan wajah batunya.
“Apa yang nonsense?” Syafiena menjegilkan biji matanya.
“Manusia boleh bertahan tanpa makanan dalam masa lima puluh hari. Jadi aku tak rasa yang kau akan mati kebuluran dekat office aku. Anggap aje ini hukuman daripada aku sebab menggatal dengan lelaki lain.” Bersama kata-kata itu, Ezran terus berlalu.
“Ha?” Mata Syafiena tidak berkedip. Menggatal dengan lelaki lain?
TUBUH yang terasa kejung diregangkan sepuas hati. Fuh, akhirnya siap jugak laporan ni. Jam di pergelangan tangan dijeling. Mak aii... dah pukul 6.30 petang! Syafiena rasa dia tak pernah balik selewat macam ni. Hari ni memang dia cipta rekod balik terlambat dalam hidupnya.
Lantas dia tak menunggu lama. Segala kertas-kertas yang bersepah di atas meja disusun dan diletak elok-elok di sudut mejanya. Sementara menanti laporan yang dibuat tadi diprint, Syafiena menuju ke bilik pantry. Dia mahu mengisi perutnya dengan sesuatu yang boleh mengenyangkannya sementelah ketika dia sibuk bekerja tadi perutnya asyik berbunyi saja.
Pintu-pintu kabinet dibuka. Cuba mencari biskut kering, kut-kut kalau ada. Tapi hampa, sebab puas dia cari hasilnya memang tiada! Aduh, nampaknya terpaksalah dia minum air Nescafe sahaja.
“Kat sini rupanya kau.”
“Oh mak kau!” Syafiena pantas mengurut dadanya. Ya Allah! Dia tak sangka pula yang waktu lewat sebegini masih ada orang lain yang tinggal!
“Heh, kaki latah jugak kau ni.” Ezran yang tadi bersandar pada pintu bilik pantrymelangkah masuk. Seingatnya, dulu tak ada pula Syafiena melatah sebegini. Hmm... time flies, people change.
“Biarlah.” Syafiena hanya menjeling. “Yang kau ni, asal tak balik lagi?”
“Biarlah.” Ezran ajuk kata-kata Syafiena tadi.
Syafiena menjegilkan biji matanya. Hesy, ada yang kena dengan aku nanti!
“Aku datang nak bagi kau ni.” Ezran menunjukkan bungkusan di atas meja dengan lirikan matanya.
Syafiena turut melihat di atas meja. Matanya mula bersinar. Walawehhh... mata aku tak salah nampak atau... itu memang betul makanan?
“Tak nak ke? Tak nak, bagi aku.” Ezran berkata tatkala Syafiena hanya berdiri tercegat di situ tanpa bersuara.
“Eh! Siapa kata tak nak? Ya Allah, kau tau tak betapa laparnya aku tadi.” Syafiena pantas mengambil sudu yang memang tersedia dekat dalam bilik pantry. Kemudian dia membuka polisterin itu. Nasi putih dengan ayam sambal. Hmm... kira boleh asalkan dia boleh isi perutnya!
Lantas dia duduk di atas kerusi sambil membaca doa makan. Dengan bersemangat Syafiena makan mengenangkan pengorbanan dia bertahan tanpa menjamah apa-apa tadi. Ezran turut sama duduk di hadapan Syafiena.
“Gelojoh.” Komen Ezran sambil tersenyum sinis.
“Dah lapar, memanglah macam ni. Agaknya kalau kau, aku rasa lagi teruk.” Syafiena menyerang balas.
“Beragaklah. Baru enam jam tak makan, gaya macam tak makan sebulan. Hmm... kalau bakal suami nampak, agaknya dia terus reject kut!”
“Macam aku kisah. Kau ingat, aku tak boleh cari lelaki lain? Ni, sekali petik pun tak putus-putus orang datang.” Dengan muka yang agak angkuh, Syafiena memetik jarinya berkali-kali.
Berlagak betullah perempuan ni. Ezran sekadar menggelengkan kepala. Tak terkata dia melihat gelagat Syafiena itu.
“Dahlah, aku nak balik. Makan la sepuas hati kau.” Ezran terus bangun.
“Ezran!” Tiba-tiba Syafiena memanggil.
“What?”
“Tak boleh ke teman aku makan?”
Soalan Syafiena itu membuatkan Ezran terkedu. Wajah gadis itu dipandang seketika sebelum beralih ke tempat lain.
“Apesal pulak aku nak teman kau?”
“Kau tak ingat ke, dulu kau selalu teman aku makan. Kau akan setia tunggu aku sampai aku habis makan. Aku...”
BANG!
Tak sempat Syafiena nak habiskan ayat, Ezran sudah menghentak meja. Syafiena terkejut, sehingga terangkat bahunya.
“Dulu dan sekarang berbeza, Syafiena. Kau kena ingat, aku bukan Ezran yang dulu. Ezran yang sekarang ni, dia sangat-sangat bencikan kau. Terimalah hakikat Syafiena, Ezran yang dulu tak akan kembali. Dia dah lama mati! Yang ada sekarang, Ezran yang masih berdendam dengan kau. Nak atau tak nak, kau kena terima yang bila-bila masa saja aku boleh hancurkan kau!” Serentak itu, Ezran terus pergi. Tidak dipedulikan lagi dengan Syafiena yang sudah terkaku di kerusi.
Syafiena mati kata! Ingin mengeluarkan suara, suara bagaikan tersekat di hujung kerongkong. Dia rasa sedih. Baru saja dia ingat yang dia berborak dengan Ezran yang dulu, tapi lelaki itu tanpa belas kasihannya merobek harapannya dengan kejam.
“Ezran...”
Tanpa sedar, air matanya jatuh menodai pipinya.
Seeing people change isn’t what hurts. What really hurts is remembering how they used to be.

Published on June 04, 2015 05:54
May 3, 2015
The Runaway Groom 4
SYAFIENA termenung jauh. Dia tak tahu sama ada berita yang bosnya bagitahu tadi membuatkan dia perlu gembira atau sedih. Walaupun kompeni cabuk, tetap Syafiena terasa selesa bekerja. Tapi kalau besar dan megah, hati terasa tawar pun tak guna juga.
“Hoi, termenung! Cepat buat kerjalah. Report dekat bos baru kau tau!” Dina menegur sambil memukul perlahan bahu Syafiena dengan surat khabar.
“Reportlah... Macam aku heran.” Syafiena balas acuh tak acuh.
“Kau ni dah kenapa, Fiena? Asal muka nampak macam sedih aje?” Bukannya Dina tak perasan. Riak muka Syafiena ni walaupun tengah sedih ke, gembira ke, tetap dia boleh baca.
“Tak ada apa-apalah.” Syafiena pantas menggeleng.
“Cakaplah. Kalau tak, macam mana aku nak pujuk kau?”
“Hee... tak naklah kau pujuk aku. Aku lebih rela kalau lelaki handsome yang pujuk aku.” Syafiena sudah mampu tersenyum. Bercakap dengan Dina memang boleh hilangkan beban dalam hati. Itu yang buat dia senang berkawan dengan gadis itu.
“Oh, berkira ya kau. Aku nak dengar masalah kau ni dah cukup baik tau!”
“Haha, yelah. Gurau ajelah. Itu pun nak ambil serius.”
“Eh, haruslah! Kau lebih pentingkan lelaki berbanding kawan sendiri. Memanglah aku ambil serius!” Dina memuncungkan mulutnya.
“Yelah, I’m sorry. There, aku dah mintak maaf. Kira 0-0 la ni ek?”
“Hah, tau pun takut. Okey, now tell me.”
Syafiena mula menarik nafas panjang-panjang. “Hmm... sebenarnya, aku kena tukar tempat kerja.”
“Hey, that’s a good news! Yang kau nak sedih ni kenapa?”
“Yelah... Aku kan dah kerja lama kat sini. Mestilah aku sedih.”
“Alah, Fiena... rilekslah. Kalau kau kerja lama kat sana, mesti tak rasa sedih punya. Percayalah cakap aku. Daripada tak rela, terus jadi sangat rela.” Kata-kata Dina itu membuatkan Syafiena hampir tergelak.
“Okey... nak buat macam mana? Dah ini takdir untuk aku, aku kena terima dengan hati yang terbuka.”
“Haa... macam tulah! Bila kau nak pindah ni?”
“Minggu depan.”
“Oh... okey. Kalau macam tu, lepas ni kita pergi celebrate. Kita makan kat Secret Recipe, nak?”
“Sounds good. Kau belanja?”
“Tak. Kau.” Serentak itu Dina terus berlalu sambil tergelak-gelak.
Eh, sengal la perempuan ni!
EZRAN sedang sibuk menyiapkan kerja tatkala pintu pejabatnya dibuka dengan laju. Dengan bengang, dia mengangkat kepala, “what the...” Niat nak marah terus terbantut apabila melihat seorang wanita cantik dan seksi sedang berdiri di hadapannya.
“Hmm... not bad,” kata perempuan itu sambil tersenyum.
Not bad? Heh, I’m more better than that. Desis Ezran sambil tersenyum sinis. “Who are you? And what are you doing here?”
“I want to meet my fiancée.”
Damn! Fiancée? Mata Ezran terbeliak. Aduh, rupa-rupanya inilah bakal isterinya! Tak sangka perempuan itu berani berjumpa dengannya di pejabat. “Kairina?”
“Oh, I’m deeply touched! You remember my name!” Jelas Kairina nampak teruja.
“Heh, of course. Mestilah I ingat nama seorang playgirl.” Suara Ezran kedengaran sinis.
Muka Kairina mula berubah. “Playgirl? Apa yang you cakap ni?”
“Tak payah nak bajet suci dengan I, Kairina. Dengan mama I you memang boleh tipu, tapi dengan I... Not even a chance.” Balas Ezran seraya bangun daripada duduknya. Perlahan dia mendekati Kairina.
“Well, whatever it is... kita tetap akan kahwin jugak. I don’t care if I was a playgirl or not, yang penting I takkan lepaskan you.” Kairina memeluk tubuhnya. Sejak dia pandang Ezran walaupun tak sampai beberapa minit, dia tahu yang lelaki itu milik dia!
Ezran senyum sinis lagi, lantas dia mendekatkan bibirnya ke telinga Kairina. “We’ll see that.”
Kairina mengetap bibirnya. “Esok jom kita keluar.” Dia tak mahu pedulikan kata-kata Ezran. Yang penting dia nak Ezran jadi milik dia seorang!
“Not in a million chance. Sekarang boleh tak you keluar? I sibuk.” Ezran mahu kembali ke tempatnya namun Kairina lebih dulu memegang lengannya.
“Please...”
“No!” herdik Ezran sambil menarik kasar lengannya. Heh, perempuan tu ingat kalau merayu sampai melutut-lutut, dia akan cair? Memang taklah!
“Okay fine! Kali ni you menang, next time I will win for sure!” Kairina menghentakkan kasut tumit tingginya lantas beredar.
Ezran pantas menarik nafas. Lega apabila gangguan sudah pun pergi. Dia kembali menyambung kerjanya, menyemak laporan. Tak sampai satu minit, Ezran mencampak kasar fail tersebut ke atas meja.
“Hany! Hany!!!” Suara Ezran mencapai dua oktaf. Sampai ke luar rasanya boleh dengar! Semua pekerja-pekerja di situ sudah naik cuak. Aduhai... dah apa benda pulak yang merasuk bos singa ni jadi bad moodtidak tentu hala?
Damn!Dah la tunang yang dia tak mengaku tunang sangat, rosakkan mood dia. Sekarang secretarynya pun nak buat hal? Lama-lama memang boleh jadi serabut kepala otaknya!
Hany gelabah apabila mendengar namanya dipanggil. Alamak, kesalahan apa pula yang dia telah buat? Seingatnya, dia sudah memeriksa berkali-kali laporan yang ditaipnya sebelum dihantar kepada bosnya.
Pernah satu kali, dia terlupa hendak menghantar laporan pada masa yang telah ditetapkan, Ezran telah mencampak fail itu pada wajahnya. Hingga merah wajah kuning langsatnya dek campakan Ezran yang sangat bertenaga itu. Semenjak peristiwa itu, dia sudah tidak berani menghantar laporan dengan lambat. Sungguh dia insaf!
Tangan sudah terketar-ketar mahu mengetuk pintu bilik Ezran. Perlahan dia pandang ke belakang, merenung setiap wajah pekerja-pekerja yang sudah pucat ketakutan. Ada yang siap buat isyarat ‘cepat masuk, or else you’ll be fired!’.
Hany menarik nafas dalam-dalam. Cuba mencari ketenangan dan kekuatan. Huh, tenang Hany. Relaks Hany... kau boleh! Hati memberi sokongan moral, lantas tangan diketuk tiga kali pada pintu. Selepas terdengar suara lantang Ezran mengizinkan dia masuk, tombol pintu laju dipulas.
“Err... err... ada apa-apa yang boleh saya bantu, Encik Ezran?” soal Hany teragak-agak. Wajah bos singanya direnung takut-takut. Walaupun handsome tahap nak pandang beribu-ribu kali, dia tetap takut dengan bosnya itu. Mana tak, bosnya itu serius memanjang! Nak senyum pun rasanya payah kut. Malah, sepanjang dia bekerja dengan Ezran, tidak pernah sekali pun dia lihat lelaki itu tersenyum. Tapi, ah... mungkin apabila lelaki itu tersenyum, bertambah-tambah kacak yang sedia ada pada raut wajah yang sempurna itu.
Pappp!!!
Hany kembali ke alam realiti. Alamak... macam mana dia boleh tertangkap mengelamun jauh ni???
“Dah sampai mana? Paris?” Ezran menjeling tajam. Dia kasi panjang lebar punya ceramah, sedap-sedap pula secretarynya itu berangan. Memang bikin dia panas!
“Err... err... saya minta maaf Encik Ezran.” Hany menundukkan wajah. Duhhh... sindiran dia... menusuk ke lubuk hati kut!
“Ulang balik apa yang I cakap tadi?” pinta Ezran tiba-tiba. Sengaja ingin melihat reaksi gadis di hadapannya.
Hany angkat wajah dengan mata yang membulat. Aduhai, ulang balik? Bosnya ini sudah sedia maklum yang dia berangan tadi, lagi nak suruh dia ulang balik! Siot betul... nak cakap apa ni?
Melihat setiausahanya seolah terkial-kial, Ezran menghembuskan nafasnya dengan kasar. Sabar ajelah dapat setiausaha macam ni! “Your spelling errors... I want you to remake it again. Five times!” ujar Ezran dengan riak seriusnya.
“Erk... yang mana spelling errornya Encik Ezran? Tadi saya dah check banyak kali, takkan masih ada kesalahan jugak?” Hany cuba memberanikan diri untuk bertanya. Mana tahu kalau dia memperbaiki prestasi kerjanya, bosnya itu akan tertarik dengannya. Seterusnya mengajaknya makan dan jatuh cinta dengannya. Bertambah best, lelaki itu mengajaknya berkahwin! Ah, alangkah indahnya... tapi, sungguh jauh angan-angan kau, Hany. Orang macam bosnya itu hanya layak untuk perempuan yang cantik-cantik saja. Kau kena sedar diri, Hany!
“Ni...” Ezran terus mengunjukkan kertas laporan yang diberi oleh Hany tadi.
Pantas Hany turut mendekat untuk melihat kesalahan yang telah dibuat. Alahai, bila dekat ni... wangilah pulak si bos singanya ini. Hatinya berkata-kata sambil tersenyum. Memang syok kalau dia jadi suami aku... Anganan itu kembali berterusan.
“Hei! You nampak ke tidak apa yang I tunjuk ni? Mata tu tengok mana? Sempat lagi berangan you ni kan. Your mind should focus on this paper, not out there! Faham?” Tegas sekali nada yang dikeluarkan Ezran. Memang sakit hati bercakap dengan secretarynya yang satu itu. Suka sangat berangan!
“Err... maaf Encik Ezran. Tadi saya tiba-tiba teringatkan mak dekat kampung. Yalah, kita ni selalu sibuk bekerja buat kita lupa insan tersayang dekat...” Belum sempat Hany menghabiskan hujahnya, Ezran sudah mengangkat tangannya tanda suruh Hany mendiamkan mulutnya.
“Shut up and let me explain what your faults, will you?”
Hany pantas mengunci mulutnya dan membiarkan Ezran bercakap. Kalau dah encik bos beri amaran macam tu, apa nak dikata. Kang kalau tak ikut, tak pasal-pasal mengamuk pula lelaki ini.
Pantas Ezran menunjuk kesalahan Hany dalam laporan. Ada satu spelling error di situ. Eh, macam manalah dia boleh tak perasan? Namun, Hany memang kagum dengan Ezran. Sangat tajam, okey. Serius tak tipu. Auuww... dahlah lelaki itu handsome, kaya, cool, mata tajam pulak tu... memang di matanya lelaki itu sangat perfect. Tapi belum lagi perfect dalam segi akhlaknya.
“Ermm... lagi, Encik Ezran? Ada apa-apa kesalahan yang patut saya perbetulkan?” soal Hany lagi, cuba memberi tumpuan seratus peratus pada kertas laporan padahal fikiran sudah terbang melayang dah.
“Itu saja yang perlu you betulkan.” Balas Ezran sambil membetulkan kedudukan tali leher belang birunya.
Mata Hany terbeliak. Takkan itu aje? Dan hanya satu kesilapan membuatkan dia suruh aku buat balik sebanyak lima kali?
“Kenapa tercegat lagi dekat situ? Takkan nak suruh I hampar karpet merah dan tolong bukakan pintu untuk you?” sindir Ezran sambil tersenyum sinis.
Pantas Hany menggeleng. Kepala ditundukkan ke bawah sebagai tanda hormat. Lantas dia berlalu dari situ. Dalam hati sudah buat statementtentang Ezran. Sungguh bosnya itu sangat kejam!
HASIFmasuk ke dalam bilik Ezran tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Ezran yang sedang menyiapkan kerja mengangkat pandang. Tiba-tiba rasa bengang kerana sahabatnya itu tidak mengetuk pintu seperti kebiasaannya.
“Bro, dah tak reti nak ketuk pintu ke?”
“Alah, kita kan kawan. Buat apa nak ketuk bagai.” Balas Hasif sambil lewa. Dia mengambil tempat di sofa yang terletak kemas di hadapan meja Ezran. Ruang bilik lelaki itu memang besar sehingga mampu memuatkan meja dan satu set sofa. Pelbagai almari yang menempatkan banyak fail itu turut tersusun elok di tepi meja kerja Ezran.
“Kawan tak kawan... kat sini tetap tempat kerja, bro.” Ujar Ezran sambil menjeling. Dia agak pantang sedikit kalau ada orang yang tidak menghormatinya. Tak kisahlah orang itu dia rapat ataupun tidak.
“Aduh... serius pulak mamat ni. Okey, okey. After this, aku ketuk pintu. Aku janji tak akan ulang lagi.” Hasif angkat bendera putih. Berlawan cakap dengan anak Dato’ Razali memang sampai tahun depan pun tak habis.
“Good!” Ezran tersengih. “So, apa berita sampai bawak kau ke sini? Macam ada perkara mustahak aje...” Kening diangkat. Lantas dia bangun lalu menuju ke arah sofa berangkai dua untuk dilabuhkan punggung di atasnya.
“Memang ada perkara mustahak pun aku nak maklumkan dekat kau. Secretary kau terpaksa pindah ke Johor Bahru. Pekerja dekat sana tak cukup kakitangan, so terpaksalah korbankan secretary kau.”
“Woi... kejam gila! Kenapa ambil secretaryaku? Habis, aku nak kerja ni siapa yang nak tolong uruskan semua schedule aku bro? Agak-agaklah...” Ezran sudah cuak memikirkan pelbagai kemungkinan.
“Hei... relakslah... akan ada orang yang ganti tempat secretary kau tu,” balas Hasif sambil tersenyum.
“Sif, aku memang tak kisah kalau ada orang nak kerja dengan aku, tapi entahkan bagus entahkan tidak kualiti kerjanya tu. Tapi kau sureke kau carik orang yang betul-betul tepat untuk aku? Aku tak nak secretary baru aku tu sama macam Hany yang kuat berangan tu,” ujar Ezran lagi sambil menggelengkan kepalanya.
“Hesy, kau ni. Belum kenal, memanglah kau cakap macam ni. Budak tu hasil kerjanya semua tip top. Aku yakin, kau akan suka dekat budak tu.” Balas Hasif sambil tersenyum penuh makna.
Terangkat kening Ezran dibuatnya. Tip top? Suka? Bibir perlahan mengukir senyuman nakal. Tiba-tiba rasa macam tak sabar mahu berjumpa dengan secretarybarunya. Harap-harap lebih cantik berbanding Hany. Boleh dia masuk jarum!
MALAM itu, Syafiena duduk di sofanya sambil membuka televisyen. Siaran yang ditayangkan langsung tidak menarik minatnya, jadi dia mula menekan butang remote control tanpa tujuan. Last-last, dia campak saja remote control ke atas meja. Serius bosan!
“Aik? Dah kenapa kau Fiena? Tak ada cerita yang best ke?” Tiba-tiba Syafiena terdengar suara Dina. Ketika itu, Dina sedang membawa dua mug ke ruang tamu dan kemudian diletakkan ke atas meja.
“Sebab tak adalah aku campak aje remote control ni.” Syafiena memuncungkan mulutnya.
“Ya ke? Kita pasang movie nak?”
“Sounds good. Movie apa?”
“Insurgent.” Dina tersenyum apabila Syafiena mula memaparkan riak gembiranya.
“Wei, kau ada movie tu? Aku suka gila tengok moviepertama dia, Divergent.” Ujar Syafiena sambil meneguk sedikit air hot chocolate yang Dina bancuh.
“Hehe, mestilah ada. Kejap eh, aku ambil pendrive.” Dina terus bangun dan menuju ke biliknya.
Dalam menanti kemunculan Dina, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Syafiena mengerutkan keningnya. Hairan memikirkan siapa yang menelefonnya malam-malam begini. Apabila tengok skrin, rupa-rupanya Ustazah Hasiah yang menelefon. “Assalamualaikum, umi...”
“Wa’alaikumussalam. Fiena, kamu buat apa tu?” Suara Ustazah Hasiah kedengaran lembut dan tenang. Itu yang Syafiena suka bercakap dengan uminya. Tak pernah bercakap dengan nada yang kasar.
“Fiena baru nak layan movie. Kenapa umi?”
“Oh, ya ke? Kalau macam tu, tak apalah.”
“Umi... kenapa ni? Cakaplah dengan Fiena. Mana tahu Fiena boleh tolong?” Syafiena cuba memujuk Ustazah Hasiah untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati. Dia semacam dapat perasaan ada sesuatu yang Ustazah Hasiah ingin sampaikan.
“Sebenarnya... umi dan abi dah sampai ke Malaysia.”
“Ha?” Syafiena terkejut beruk. “Umi, Fiena ingatkan umi dengan abi balik esok?”
“Hesy, tak adalah. Kamu salah dengar ni.”
“Ermm... okey, kalau macam tu Fiena pergi jemput umi dengan abi sekarang jugak!” Syafiena sudah bangun daripada duduk. Saat itulah Dina muncul dengan muka tertanya-tanya.
“Eh, tak payahlah. Menyusahkan Fiena aje.” Ustazah Hasiah pantas menolak.
“Mana ada menyusahkan. Kalau boleh, Fiena nak berbakti dengan ibu bapa selagi Fiena masih hidup. Umi dengan abi boleh tunggu tak?”
“Insya-Allah, Fiena. Kami akan tunggu dekat airport ye. Terima kasih banyak-banyak sayang. Tak tahulah umi nak cakap macam mana. Rasa beruntung dapat anak macam Fiena.” Ujar Ustazah Hasiah membuatkan Syafiena tersenyum lebar.
“Sama-sama umi. Hal kecil aje tu. Okey, Fiena bersiap-siap dulu ye. Apa-apa hal jangan lupa call Fiena. Assalamualaikum, umi.” Klik! Talian diputuskan sebaik sahaja mendengar Ustazah Hasiah menjawab salamnya.
“Kenapa, beb?” Dina yang sejak tadi mendengar perbualan bertanya.
“Weh, nampaknya aku tak jadilah tengok movie dengan kau. Malam esok ajelah ye. Aku nak jemput umi dan abi aku kat airport.”
“Oh, okey. Tak apa, aku tak kisah pun. Nanti kirim salam dengan umi dan abi kau.”
Syafiena hanya mengangguk, lantas dia pun beredar ke biliknya untuk menukar baju. Lagipun, tempat tinggalnya dengan airport tak adalah jauh mana. Lebih kurang satu jam, sampailah. Sebab itu Syafiena dengan rela hatinya ingin menjemput.
EZRANmelihat jam di tangan. Sudah menghampiri 9.30 pagi. Aduh... mana secretary barunya? Belum berjumpa, sudah menunjukkan belang. Panas sungguh hati Ezran saat ini. Kalau hasil kerjanya tak bagus, memang aku tak akan bagi muka! Desisnya dalam hati.
“Hesy... mana dia ni? Dia ingat, ini pejabat mak bapak dia ke sesuka hati nak datang lambat?” Ezran mengomel perlahan. Dia kalau marah, memang akan merungut tidak henti-henti.
“Eh, kau ni. Cubalah belajar bersabar sikit? Mungkin dia ada reason datang lambat. Mana tahu kucing dia kena langgar ke? Mak dia tiba-tiba sakit lutut ke? Lambat sampai sebab jalan jammed ke?”
Ezran mula mengerutkan dahinya. “Kau ni dah kenapa? Nampak beriya pulak kau mempertahankan secretary baru aku tu, kan? Ni mesti ada apa-apa ni...” Ezran rasa curiga pula. Sebelum ini, mana pernah Hasif beriya macam ni kalau mempertahankan seorang perempuan!
“Tak baik menuduh aku tau. Aku sekarang ni tengah husnudzon. Kan bagus kalau kita fikir positif setiap hari?”
“Huh? Husnudzontu apa?” Ezran pelik. Dia macam pernah dengar perkataan tu, tapi tak pernah pula dia ambil kisah maknanya.
“Huish... Apa ni, pelajar cemerlang gila babeng ni tak tahu perkataan bahasa Arab?” Hasif nak tergelak tapi cepat-cepat dia tahan. Ego Ezran ni memang tinggi, jadi kalau dia seakan-akan memerli atau mengejek Ezran memang patah riuklah badannya dikerjakan.
“So what? Bukannya penting pun.” Ezran tidak mengambil endah. Lagipun, sejak dulu lagi dia tak berapa gemarkan bahasa Arab. Susah!
“Haha, okey. Tak kisahlah penting ke tak penting. Maksud dia bersangka baik.” Hasif memberitahu. Walaupun dia ni playboy dan kaki perempuan, tapi dia ambil tahu juga perkara-perkara macam ni.
Ezran hanya mengangguk. Tak terasa malu pun kalau tak faham maknanya. “Haa lagi satu!”
“Apanya?”
“Aku peliklah. Apesal kau tak kasi aku tengok resume secretary baru aku tu?” Ezran angkat kening. Bila dia bertanyakan tentang resume secretary barunya itu pada Hasif, mesti lelaki itu akan mengelak dan mengubah topik.
“Mana ada aku tak kasi.”
“Habis, bagilah aku tengok!” Ezran menadahkan tangannya.
“Tak payah. Sebab aku dah tengokkan untuk kau dan aku memang sangat yakin dia sesuai jadi secretary baru kau.”
“Wah, wah, wah. Macam tu pulak ek?”
Hasif mengangkat bahu sambil tersengih.
Dalam mereka berborak, tiba-tiba pintu bilik pejabatnya dibuka dari luar dengan pantas. “Maaf saya lambat!”
Ezran mengerutkan kening. Wajah gadis itu dia tak nampak sebab gadis itu sekarang sedang menundukkan wajahnya dengan rambut yang hampir menutupi muka.
“You ingat ini pejabat mak bapak you ke nak datang lambat?” Ezran menempelak. Dia terasa agak seronok kerana dia bagaikan ternampak bahu gadis itu terangkat sedikit. Mungkin terkejut dengan sergahannya.
“Maaf. Saya betul-betul mintak maaf. Saya janji, saya tak akan ulang lagi perkara ni.” ujar Syafiena berulang kali. Malam tadi dek kerana menjemput umi dan abinya, dia tertidur lambat, jadi hasilnya bangun pun lambat jugalah. Dina ni memang tak boleh diharap. Tahulah dah tak pergi ke pejabat yang sama, tapi sekurang-kurangnya kejutlah dia sekali!
“Kalau nak mintak maaf tu, lain kali pandanglah muka orang tu. Nampak sangat you ni tak ikhlas.” Ezran sekadar tersenyum sinis.
“Err...” Gadis itu tampak ragu-ragu. Namun tak ada sebarang pilihan, dia perlahan mengangkat mukanya.
“Kau?!” Ezran terjerit kecil. Ah... Kenapa dunia ni kecil sangat?
Syafiena terkedu. Air liurnya ditelan dua kali. Masih tidak menyangka yang sekarang dia sedang berhadapan dengan musuhnya sendiri!
Ya Allah! Ini bala atau cubaan?
p/s: waa... terima kasih kepada anda yang sudah baca sampai ke tahap ini. Hehe... segala kekurangan harap dapat diterima. Iman tak tahu kenapa Iman malas sangat nak tulis. Tulis bila datang mood aje. Hehe... maafkan Iman tau! Dan kalau anda perasan, memang ada scene yang anda dah baca. Iman letak kat situ ikut kesesuaian bab. Harap mengerti, kehkehkeh. Jom sama-sama nantikan bab 5 yang entah bila nak muncul. :D

Published on May 03, 2015 19:06
January 10, 2015
The Runaway Groom 3
SYAFIENA memakai dress flowy berkainkan sifon dengan manik dan renda. Dress itu memang cantik dan lawa. Pernah satu ketika dia pernah pakai untuk menghadiri kenduri kahwin., ramai yang puji kata baju yang dia pakai ini lawa. Ada yang siap tanya nak sewa sebab nak buat baju bertunang. Tapi Syafiena terpaksa tolak sebab baju yang dia tempah ni boleh tahan mahal. Nanti sia-sia bagi orang pinjam kalau baju dia rosak.
“Hai, nak pergi mana ni?” Dina bertanya sambil berdiri di muka pintu.
“Hai, nak pergi ke majlis bertunang.” Syafiena menjawab ala kadar sambil mengenakan mekap yang sederhana. “Nak ikut?”
“Tak naklah. Aku malas nak bersiap.” Balas Dina sambil tersenyum.
“Hesy, kau memang!” Syafiena menggeleng perlahan. Lantas dia terus mencapai handbag.
“Kau nak balik pukul berapa ni?” soal Dina sambil menghantar Syafiena sampai ke pintu.
“Tak tahu lagi. Tengoklah. Kalau bosan dah melanda, aku blah la.” Jawab Syafiena seraya menyarung kasut tumit tinggi.
“Okey. Drive safely!” pesan Dina.
Syafiena hanya senyum menerima pesanan Dina. Kemudian dia membuka pintu kereta tempat pemandu. Dengan lafaz bismillah, dia membaca doa naik kereta.
“Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!”
Ustazah Hasiah pernah berpesan kepada dirinya, apabila nak memulakan perjalanan sama ada perjalanan yang dekat atau pun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa naik kereta sebanyak tujuh kali. Insya-Allah, Allah SWT akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.
Syafiena memandu keretanya berpandukan alamat rumah yang diberikan oleh Ustazah Hasiah. Kira-kira sepuluh minit, barulah Syafiena sampai ke tempat yang ingin dituju. Rumah banglo tiga tingkat tersergam indah di hadapannya. Hmm... Siap ada taman lagi. Rumah itu kelihatan berseri dengan lampu yang menghiasi. Cantik! Nak ternganga mulut Syafiena dibuatnya.
Tak mahu melengahkan masa, Syafiena segera masuk selepas memberitahu kepada pengawal yang dirinya telah dijemput. Dah ternampak ramai orang berkumpul dalam rumah. Alamak! Dia terlambat ke? Dia berharap jawapannya ialah tidak!
Sepantas kilat Syafiena masuk ke dalam rumah mewah tersebut lalu duduk di ruang tamu bersebelahan dengan seorang mak cik yang dia tak kenal. Pada waktu itu, sudah ternampak wanita yang Syafiena agak sudah berusia 50-an sedang menyarungkan cincin kepada seorang gadis yang tampak jelita, walaupun tidak memakai tudung. Lebih cantik pemandangan saat itu kerana mereka berdua sedang duduk di mini pelamin yang kelihatan sangat indah.
Kemudian, semua tetamu dijemput makan. Masing-masing menuju ke kanopi yang terletak di taman tersebut. Syafiena makan ala kadar aje. Tambahan pula dia nak balik cepat-cepat, tak mahu tersekat dalam kebosanan ini.
Sejurus selepas makan, Syafiena mencari tuan rumah. Maklumlah, sebagai tetamu dia kena juga beradab. Balik pun kenalah berjumpa dengan tuan rumah.
“Assalamualaikum, aunty.”
“Oh, wa’alaikumussalam. Ermm... tunggu sekejap, sebelum ni kita pernah berjumpa ke?” soal wanita itu tiba-tiba.
Syafiena kerut kening. Eh, takkanlah aunty ni nak masuk line pulak?
“Maksud... aunty?”
“Syafiena, kan?” Wajah wanita itu ceria.
Okey, ini sangat pelik. Macam mana pulak aunty ni tahu nama aku? Eh, tak peliklah. Takkanlah umi tak cakap dekat auntyni yang dia tak datang, sebaliknya anak dia yang cantik dan comel ni yang jadi wakil?
“Kamu dulu kawan Ezran, kan? Akhirnya aunty dapat jugak jumpa kamu!” Ujar wanita itu teruja.
“Huh? Ezran?” Syafiena tercengang. Dah kenapa pula tiba-tiba nama lelaki itu disebut? Ya Allah! Tolonglah leraikan kekeliruan dalam hati ini!
“Ha’ah. Fiena tak tahu ke? Aunty la mak Ezran.” Kata-kata itu membuahkan rasa terkejut dalam diri Syafiena.
Eh, apasal aku tak tahu yang mak aku kawan dengan mak Ezran ni? Lagi satu, mana auntytu kenal aku?! Memanglah sebelum ni aku pernah kawan dengan Ezran, tapi tak pernah pula sampai diperkenalkan oleh Ezran kepada maknya. Fikiran Syafiena sekarang terlalu bercelaru.
“Auntydengan ibu Fiena dah lama kawan. Fiena tak tahu ke? Ibu Fiena selalu cerita pasal Fiena dekat aunty.” Wanita itu yang bagaikan memahami apa yang difikirkan di benak Syafiena menjelaskan segalanya.
“Ooo...” Syafiena terdiam seketika, tak tahu nak cakap apa. Yalah, mana dia tahu yang ibu dia berkawan dengan mak Ezran. Pernah dengar nama saja. Tak sangka pula ada pangkat ‘Datin’ dekat depan! Aduh, Syafiena terasa kepala nak berpusing.
Wanita itu hanya tersenyum. “Fiena, aunty dengar ibu kamu dekat Mekah sekarang ni.”
“Oh ya aunty. Saya datang ni pun sebagai wakil daripada pihak ibu saya. Ibu saya kata dia mintak maaf sangat-sangat sebab tak dapat datang.” Syafiena mengukirkan senyuman kecil. Perasaan yang bergolak dalam hati cuba ditenangkan.
“Tak apa. Auntyfaham. Lagipun, dah cukup baik dah ibu Fiena sebab siap hantar bidan terjun.”
“Ooo... Jadi, yang bertunangnya...” Syafiena meneguk air liur. Kalau dia tak silap, Ezran ialah anak tunggal. Jadi, siapa lagi yang bertunang kalau bukan... Jantung Syafiena berdegup kencang. Entah kenapa rasa tak sedap hati.
“Ye, Ezran la yang bertunang.” Balas Datin Fauziah seraya tersenyum.
“Oh!” balas Syafiena ala kadar, walhal tiba-tiba hatinya rasa nak tercabut keluar. Oh, perasaan. Kenapa kau buat hal bila melibatkan tentang musuh kau tu? Sungguh dia tak faham!
“Hmm... Auntydah banyak kali cuba carikan Ezran jodoh, tapi dia tu memanjang mengelak.” Cerita Datin Fauziah tanpa dipinta.
Syafiena hanya senyum kelat. Haih, tak boleh macam ni. Makin lama aku ada dekat sini, makin parah jiwa aku! Lebih kurang sepuluh minit berbual, barulah Syafiena beranikan diri untuk meminta diri.
“Err... Kalau macam tu, saya minta diri dulu ye. Malam pun nak lanjut ni, takut pulak kawan saya kat rumah tu risau. Saya balik dulu ye, aunty.” Syafiena tunduk menyalami tangan Datin Fauziah.
“Oh, hah yelah. Apa-apa pun terima kasih kerana sudi datang.” Kata Datin Fauziah, mesra.
Syafiena hanya senyum. Lantas dia beredar dari situ dengan perasaan yang bercampur-baur. Ezran dah bertunang? Oh my! Berita sensasi!
PINTU dihempas kuat. Dina yang tengah menonton drama kegemarannya di ruang tamu terlompat akibat terkejut yang amat sangat.
“Hoi kau Fiena! Nak tercabut jantung aku. Dah kenapa kau ni gelabah semacam?” Sambil mengurut dadanya, Dina kembali duduk di sofa.
“Melepaslah kau!” ujar Syafiena sambil tersengih.
“Melepas apanya?” Dina mengerutkan dahi, tak faham.
“Ezran... Lelaki yang kau puja tu dah bertunang!” balasnya sambil menghempaskan punggung di atas sofa.
“Hah?!” Mulut Dina ternganga. “Eh chop, chop! Macam mana kau tau dia dah bertunang ni? Dia bagitahu kau?”
Syafiena hanya sengih-sengih. “Kau agak, majlis pertunangan siapa yang aku datang tadi?”
“Oh my,takkanlah!”
“Yes, it is. Hakikatnya dia dah bertunang dan dalam beberapa bulan, dia akan jadi milik orang lain. Dan kau... Sayangnya tak dapat usha dia. Yes!” Syafiena sudah tergelak gembira.
Mulut Dina mula terlongo mendengar ketawa Syafiena. “Fiena! Jadi betullah tekaan aku sebelum ni! Kau suka Ezran rupanya!” Dina terjerit kecil.
“Hei, apa maksud kau cakap macam tu? Sejak bila aku kata aku suka dia?” Syafiena berhenti ketawa dan mencerlungkan matanya.
“Habis tu, kenapa kau happy sangat aku tak boleh usha dia?” soal Dina sambil mengangkat kening.
“Err... Oh, itu sebab...” Belum sempat Syafiena nak cari alasan, Dina pantas memotong.
“Itu sebab kau dah mula suka dia!”
“Dina, dia musuh aku! Takkan pulak aku nak suka dia!” Syafiena mula memegang pipinya. Tadi baru dia sedar yang dia terlampau gembira sebab yakin Dina tak dapat usha Ezran. Argh! Apa dah jadi pada dia ni? Dia dah terkena sampuk ke?
“Just admit it, Fiena. Kau dah jatuh cinta dengan musuh kau!”
“Jangan jadi syaitan boleh tak?” soal Syafiena bengang.
Dina mula kerut kening. “Apa pasal aku jadi syaitan pulak? Aku manusialah. Kau ni, Allah dah elok cipta aku sebagai manusia, dikatanya aku syaitan. Tak patut betullah.” Rungut Dina tak puas hati.
“Yelah, dah kau tu dari tadi menghasut aku. Tak ke syaitan namanya?”
“Tak. Sebab ini benda fakta. Tak ada maknanya aku nak hasut kau. Aku cuma tolong kau sedar dengan perasaan kau tu.” Balas Dina sambil menjeling. Masih tidak berpuas hati dengan kenyataan Syafiena.
Syafiena hanya diam. Berfikir dalam-dalam. Takkanlah aku dah jatuh cinta kut? Dengan musuh aku sendiri? Damn! Awal lagi kut! Kalau aku suka dia, dia nak ke suka dekat aku? Memikirkan layanan buruk Ezran terhadapnya, memang Syafiena yakin sampai bila-bila pun Ezran tak akan suka dekat dia!
“Jangan risau Fiena. Walaupun dia dah bertunang, tapi kau masih ada peluang.” Suara Dina memecahkan lamunannya.
“Maksud kau?” Syafiena angkat kening, sedikit tak faham dengan pernyataan Dina yang tersirat itu.
“Well, dah bertunang tak semestinya kau tak boleh dekat, kan? Mana tahu, dalam tempoh tu dia boleh terjatuh cinta pulak dekat kau. Mesti dia tak jadi nak kahwin dengan tunang dia tu punya!” ujar Dina bersungguh-sungguh.
Dengan pantas, Syafiena membaling kusyen ke muka Dina. Geram!
“Hei, apasal baling kusyen dekat aku pulak ni?” tanya Dina sambil menjegilkan biji matanya.
“Itulah apa yang aku maksudkan tadi. Jangan jadi syaitan. Kerja kau asyik nak menghasut orang aje. Ingat baik sangatlah nak runtuhkan hubungan orang?” Syafiena menjeling sebal.
“Alah, daripada kau kecewa?” Dina tergelak perlahan.
“Biarlah. Bukannya aku suka betul pun. Tadi aku gembira pun sebab aku tak naklah kawan aku ni kena ‘makan’ dengan buaya tu.” Syafiena mula mereka alasan.
“Yelah tu. Ingat aku percaya?” Dina mencebik bibir.
“Okey, tak nak percaya sudah. Habis tu kau tak kisahlah kalau si lelaki idaman kau dah bertunang?” Giliran Syafiena pula menyoal. Tadi dia tengok Dina selamba aje, tak macam patah hati pun. Siap bagi moral support lagi!
“Tak... Kumbang meratalah weh. Ni, petik jari pun tak akan pernah habis tau?” Dina berkata angkuh seraya memetik jarinya beberapa kali.
“Kata incredibly handsome? Nak lepas macam tu je?” Syafiena angkat kening, masih lagi tidak berpuas hati dengan jawapan kawannya.
“Tak kisah. Bukan dia sorang aje handsome dekat dunia ni.” Kata Dina sambil tersengih.
Mendengar balasan Dina, Syafiena sekadar mengangkat bahu. “Okey. Suka hati kaulah. Sekarang ni aku nak tidur. Layan tidur lebih baik daripada layan kau yang entah apa-apa ni.”
“Hei, sedap mulut kau aje eh cakap aku macam tu!” Dina menjegilkan matanya, garang.
Namun Syafiena hanya gelak seraya menuju ke biliknya. Dia nak membuai mimpi indah, bersama prince charmingnya. Haih, bilalah prince charming nak jemput aku? Tak apalah, dalam mimpi pun jadilah... desis Syafiena seraya tersenyum.
“WHAT?!” Bergema suara Ezran bagaikan halilintar di rumah banglonya. Wajahnya yang putih bersih menjadi merah padam. Sungguh berita yang disampaikan oleh mamanya menaikkan amarah dalam diri. Ini semua tak patut berlaku! Tak patut betul mama buat aku macam ni! Hati lelakinya memberontak.
“Ezran, tak baik meninggikan suara. Apatah lagi dengan ibu kamu sendiri!” tegur Datin Fauziah tidak senang.
“Tapi mama buat tanpa pengetahuan Zran! Mama ingat Zran ni budak kecil ke?” Ezran mendengus perlahan. Nafasnya masih berombak. Nasib baik papanya tak ada di sini, jikalau tidak memang Ezran tak akan berani melawan sebegini.
“Mama tahu Zran bukan budak kecil. Tapi mama buat semua ni untuk kebaikan Zran. Kenapa tak pernah cuba nak hargai usaha mama?” Datin Fauziah mengeluh.
Sudah berkali-kali dia cuba kenenkan gadis pilihannya dengan anaknya, namun satu pun tidak melekat! Puas dia cuba menjodohkan anaknya dengan gadis pilihannya, tapi anak tunggalnya itu sering memberi alasan bahawa dia tidak mahu kahwin awal-awal. Jadi jalan terbaiknya, terpaksalah merahsiakan pertunangan ini daripada anaknya.
“Mama, bukannya Zran tak hargai usaha mama. Tapi Zran ni sibuk dengan kerja. Kalau Zran tak mampu nak layan dia macam mana? Lagipun gaya mama ni macam tak akan dapat menantu. Dah tiba masanya nanti, Zran kahwinlah...” ujarnya sambil melepaskan keluhan. Keluhan yang sangat berat!
“Disebabkan mama tahu mama tak akan dapat menantulah mama buat macam ni. Nak harapkan kamu cari sendiri, entah sampai mama tua kerepot baru ada hati nak cari,” bidas Datin Fauziah. Sebagai seorang ibu, dia juga ada hak untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya!
“Ma... tahulah Zran macam mana nak carik. But, this year Zran rasa tak boleh kut sebab syarikat dari Jepun will come here next week. Jadi, Zran perlu buat yang terbaik demi memenangi syarikat tu. Guess what ma, that tenders worth about millions ringgit! Takkan Zran nak lepas macam tu saja ma?” Anaknya membalas panjang lebar. Siap menggawangkan tangan lagi, menunjukkan betapa tidak sabarnya dia untuk berjumpa dengan wakil syarikat itu.
Datin Fauziah hanya menggelengkan kepala. Bercakap saja pasal kerja, mulalah anaknya itu teruja semacam. Aduh! Dia sendiri tidak tahu, bagaimana mahu pisahkan kerja dengan anaknya. Sejak anak tunggalnya itu habis belajar di UK, memanjang sibuk aje dengan kerja. Berbuih mulutnya membebel itu ini, namun tetap juga tidak berjalan.
“Still, my decision will be the same. Sama ada Zran setuju atau tidak, mama tetap akan kahwinkan Zran dengan Kairina!” Keputusan si ibu sudah muktamad. Tidak boleh ditukar sama sekali. Jangan harap!
“Ma, please... Zran ada alasan yang tertentu sebab tak nak kahwin dengan perempuan tu ma. Mama sendiri tahu kan, dia kerja sebagai model. Sebab tulah Zran tak berapa berkenan dengan Kairina.” Ezran pantas mencari alasan lagi.
“And why not?” tanya Datin Fauziah seraya mengerutkan kening.
“Sebab dia tu mama... Banyak skandal! Kalau dia jadi isteri Zran, mana Zran nak letak muka ni, ma? Dah la minggu lepas dia ada gosip dengan lelaki lain. Zran tak sukalah. Lebih baik kita putuskan pertunangan ni sebelum benda buruk berlaku. Ye ma? Pleaseee!” Ezran memujuk lagi. Kalau mamanya tak termakan, hmm... Tak tahulah nak buat macam mana lagi.
“Kamu ni, tak baik sebar fitnah! Mama tengok si Kairina tu elok aje perangai. Tak macam apa yang kamu gambarkan pun! Sudah, mama malas nak layan kamu ni. Keputusan mama tak akan berubah dan itu adalah muktamad!” ujar Datin Fauziah tegas. Serentak itu, dia terus berlalu ke bilik tidurnya.
Damn! Ezran sudah memaki-hamun dalam hatinya. Tak guna betul! Apalah ubat guna-guna yang perempuan tu dah kasi kat mama sampai beriya benar mama membela. Huh, jangan haraplah aku nak kalah. Ini Ezran Hakimilah. Aku tak akan menyerah selagi kemenangan berpihak pada aku! Desisnya penuh dendam.
KEESOKANNYA, Syafiena dan Dina pergi ke tempat kerja seperti biasa. Tetapi yang menjadi luar biasanya, tak sampai lima minit Syafiena sampai ke tempat duduknya, dia sudah dipanggil oleh bosnya. Dia tertanya-tanya sendiri, sebab tak pernah awal pagi sebegini dia dipanggil. Mungkin ada perkara penting kut, telahnya sendiri.
Setelah mengetuk pintu dan mendapat keizinan daripada bosnya, barulah Syafiena beranikan diri untuk masuk.
“Bos, ada apa-apa perkara penting yang bos nak bagitahu saya?”
“Ya, ada. Silakan duduk.” Arah bosnya dengan nada tenang.
Syafiena hanya menurut. Dadanya masih berdebar dengan kencang.
“Syafiena, pertama sekali saya nak mintak maaf dekat awak. Prestasi kerja awak bagus tapi sayangnya, saya terpaksa tukarkan tempat kerja awak.”
“Huh? Tapi kenapa?” Syafiena terkejut mendengar berita yang sungguh tidak dijangka itu.
“Well, I can’t explain more detailed about that sebab HQ Department yang arahkan. Dan nak atau tak nak, saya perlu mengikut arahan mereka.” Balas bosnya sambil menggelengkan kepala.
Syafiena sudah membungkam di kerusinya. Ah, kenapa baru sekarang? Kenapa pada saat dia sudah terbiasa dengan kerjanya di sini, dia perlu bertukar pula? Sungguh dia rasa macam nak menjerit sekarang!
“Tapi awak tak perlu risau, Syafiena. Sebenarnya awak cukup beruntung dapat tukar tempat kerja sebab kalau nak diikutkan, gaji yang diberikan lagi tinggi kalau awak bekerja dekat sana.”
Syafiena mengerutkan kening. “Kenapa, bos?”
“Yalah, syarikat ni syarikat cabuk aje Syafiena. Syarikat awak dekat sana nanti memang syarikat yang hebat. Bukan calang-calang.”
Syafiena terangguk sendiri. “Erm... okey bos. Terima kasih sebab bagitahu saya. Jadi bila patut saya pindah?”
“Minggu depan.”
Syafiena angguk kepala lagi. “Kalau macam tu, saya pergi sambung kerja saya dulu. Terima kasih bos.”
“Sama-sama.” Dengan balasan itu, Syafiena pun berlalu ke tempat kerjanya semula. Sungguh berita yang tak disangka ini membuatkan Syafiena hanya mampu melepaskan keluhan berat.
p/s: kalau ade rse mcm keliru ke ape, care to ask me. Tapi please tnye dkt fb ye. Terima kasih kerana berjaya baca sampai ke tahap ini. Kekeke. =)

Published on January 10, 2015 06:26
December 28, 2014
The Runaway Groom 2
Tahun 2004
"FIENA!”Kedengaran seseorang memanggil namanya. Syafiena pantas menolehkan kepalanya. Senyuman terukir pada bibirnya sebaik sahaja mengetahui siapa gerangannya.
“Ezran, kenapa ni? Are you okay?” soal Syafiena apabila Ezran mendekatinya dengan nafas yang tercungap-cungap. Macam takut saja Syafiena nak lari daripadanya.
“Huf... Huf... I’m okay. Fiena, lepak jom?” Ezran mengajak dengan penuh ceria.
“Lepak? Tapi... Aku kena study la. Exam kan nak dekat?” Syafiena mengangkat keningnya.
“Kalau macam tu, jom study dengan aku. Dekat perpustakaan. Aku boleh tolong ajarkan,” ujar Ezran lagi.
Semua orang sudah sedia maklum dengan kepintaran Ezran. Malah dia merupakan top student di seluruh Malaysia. Wartawan siap menemu ramah dia lagi. Sering kali wajahnya muncul dalam surat khabar atau majalah. Kerana itu, Ezran dilantik jawatannya sebagai ketua pelajar pada tahun itu dan tak ada siapa yang berani membantah atau tidak bersetuju dengan pelantikan tersebut.
“Boleh ke? Nanti kalau ada orang marah, macam mana?” Syafiena menduga. Tahu benar yang Ezran sudah ada yang punya.
“Hesy... tak adalah. Buat apa dia nak marah. Kau kan kawan aku?”
“Hmm... okeylah kalau macam tu. Dia marah dekat aku, kau yang kena bertanggungjawab atas kesemuanya ya!” Syafiena sempat memberi amaran.
“Okey, promise! Dah jomlah. Kau pun dah pandai dah, tak payah nak belajar sangatlah.” Tutur Ezran sambil tergelak.
“Hei, banyaklah tak payah belajar. Nanti makin lama otak aku pun dah makin lupa apa yang aku belajar. Dah tak dapat nombor dua dah...” Sambil berjalan menuju ke perpustakaan, mereka berdua berborak itu ini.
Syafiena juga apa kurangnya. Selalu dapat nombor dua dalam batch dan sering kali kalah dengan Ezran yang sentiasa berada di atasnya. Tapi dia tak kisah sangat. Yang penting umi dan abinya bangga dengan pencapaiannya. Dia juga dilantik sebagai jawatan penolong ketua pelajar. Disebabkan mereka berdua salah satu ahli yang terpenting, kerana itu mereka begitu rapat.
SYAFIENA membuka matanya. Kenangan lama terbayang di minda. Perlahan sebuah senyuman pahit terukir di bibirnya. Dulu dia dan Ezran sangat rapat. Tetapi, entah kenapa suatu hari itu Ezran menjauhkan diri daripadanya. Syafiena tak faham. Apa yang dia buat sampaikan Ezran bencikan dia sebegitu sekali?
“Hei, balik aje terus tidur ya. Tak tukar baju langsung!” Dina mencampak kusyen ke muka Syafiena.
“Aduh, penatlah...” rungut Syafiena sambil menolak kusyen yang berada di mukanya ke tepi.
“Penat? Apa yang buat kau penat sangat ni? Cuba storysikit.” Dengan penuh teruja, pantas Dina duduk berhadapan Syafiena, bersiap sedia mahu mendengar cerita daripada gadis itu.
Syafiena pantas menarik muka masamnya. “Aku nak cerita apa? Tak ada cerita yang best pun dalam hidup Syafiena ni!”
Dina tergelak. “Ya ke? Habis, macam mana dengan enemyterchenta kau tu?” Sambil bertanya, Dina angkat kening tiga kali.
“Hesy, apa pulak enemy terchenta? Enemy taik kucing adalah!” Syafiena mencebikkan bibir. Sungguh, bila terfikirkan lelaki itu, dia jadi meluat dan sakit hati. Sudahlah tadi dia dihina depan semua orang! Sungguh tidak dapat diterima walaupun semua bekas pelajar SMK Parit Jaya sedia maklum dengan hubungan mereka berdua.
Sekali lagi Dina tergelak kecil. “Kau ni... tak baiklah kata dia taik kucing. Entah-entah, dia handsome. Betul tak?”
“Handsome?” Syafiena mula terbayangkan wajah Ezran. Dengan alis mata yang lentik, mata yang memukau, hidung yang mancung serta bibir yang merah delima... orang bodoh saja yang kata tak handsome! Memang Syafiena akui, Ezran sungguh tampan. Dan dia juga mengaku, dalam diam dia ada hati dengan Ezran. Tapi taklah melebih disebabkan dia tahu yang lelaki itu sudah ada yang punya.
“Ha’ah. Handsome kan dia? Jujur ajelah...”
“Ye, handsome jenis taik kucing!” Syafiena tak habis-habis dengan taik kucing.
Pantas Dina mencubit lengan Syafiena.
“Auch! Sakitlah!” Syafiena pantas menggosok lengannya yang menjadi bekas cubitan Dina tadi. Berbisa kut! Tangan Dina ni sejak bila jadi tangan ketam?
“Aku serius, kau main-main!” Dina mencerlungkan biji matanya.
“Yelah, yelah. Dia handsome!” Separuh tidak rela Syafiena memuji Ezran. Bibir dimuncungkan panjang.
“Haa... kan bagus kalau dari tadi kau mengaku. Dia nampak macam menarik, tapi disebabkan dia kau punya, tak apalah... Aku cari lain!” Dina mengenyitkan matanya dengan nakal.
“Hei, apa maksud kau dia aku punya?” soal Syafiena tidak puas hati.
“Yalah... dia kepunyaan kau, kan? Aku tak naklah rebut dia. Nanti tak pasal-pasal kau cemburu pulak nanti!” Dina masih buat selamba.
“Whoa! Whoa! Aku tak tahu apa yang kau tengah repekkan sekarang ni. Dia bukan milik sesiapa, and yeah not mine too. Aku tak nak dia langsung!” Bermati-matian Syafiena menafi.
“Betul tak nak ni?”
“Tak nak! T.A.K. N.A.K. There, aku siap eja lagi untuk kau. Dah, puas hati dah?” Syafiena masih beriya-iya. Gaya dia orang bercakap macam Ezran itu barang pula. Nak atau tak nak.
“Okey. Kalau aku usha dia, kau tak marah?” Dina angkat kening.
“I won’t!” Syafiena angkat tangannya paras kepala, persis berikrar. Tapi kenapa hati dia mula rasa lain macam ni? Takkanlah dia cemburu kut?! Tidak, tidak. Aku tak suka mamat tu. Aku tak suka! Ingat apa yang dia buat kat kau Fiena. Dia hina kau! Tolonglah jangan suka dia...
“Dahlah. Aku nak mandi.” Syafiena pantas bangun.
“Aik? Gaya macam marah aje... Marah sebab aku nak usha enemy kau ke?” usik Dina sambil angkat kening.
“Hell not!” Syafiena melangkah laju menuju ke bilik tidurnya.
Dina hanya tersenyum. Yelah tu tak marah. Tengok gaya tak kena Syafiena tadi, nampak sangat yang ada sesuatu dekat dalam hati dia. Tak apa. Orang dalam proses nak kenal cinta memang macam tu. Jadi, Dina terus membuka televisyen untuk menonton drama kegemarannya.
SYAFIENA mengelap rambutnya dengan menggunakan tuala. Dia baru sahaja lepas mandi. Walaupun sudah berkali-kali uminya melarang dia mandi malam-malam, Syafiena tetap degil. Dia hanya akan mandi malam-malam jika dia balik lambat dari bekerja. Tubuh yang penat haruslah dimanjakan, bukan?
Syafiena terus mengambil hair dryer, lalu muncungnya dihalakan ke arah rambutnya yang masih basah. Sedang leka dia ingin mengeringkan rambutnya, telefon bimbitnya yang berjenama Blackberry itu berbunyi.
Terhenti seketika perbuatan Syafiena, lantas hair dryer diletakkan ke atas meja solek terlebih dahulu. Rambut, tolak ke tepi dahulu. Yang penting, jawab panggilan. Takut ada perkara penting yang hendak dicakapkan.
“Assalamualaikum, umi.” Syafiena memberi salam. Memang sudah dididik oleh uminya supaya memberi salam terlebih dahulu.
“Wa’alaikumussalam. Fiena, umi nak minta tolong kamu boleh?” Ustazah Hasiah bertanya.
“Apa dia, umi?” Syafiena mengerutkan dahi. Gaya uminya bercakap macam ada yang mustahak aje.
“Umi nak minta kamu tolong hadirkan bagi pihak umi datang ke majlis pertunangan kawan umi. Umi tak dapat nak hadir sebab umi kan dekat Mekah sekarang ni. Kamu boleh tolong umi kan?” Ustazah Hasiah sudah banyak kali menunaikan umrah bersama Ustaz Lokman, suaminya. Mereka kata, selagi mereka masih hidup mereka mahu mengumpul sebanyak pahala yang boleh.
“Ermm... Bila tu umi? Kena tengok jugak hari, takut waktu tu Fiena bekerja.” Jawab Syafiena sambil duduk di atas katil.
“Kamu jangan risaulah. Majlis pertunangan tu dibuat tulat malam. Takkanlah Fiena bekerja waktu malam pulak?”
“Eh, tak adalah umi. Okey, kalau macam tu Fiena datang bagi pihak umi.” Fiena terpaksa bersetuju walhal dia sungguh tidak mahu datang. Bukannya apa. Dia datang ke sana pun nak buat apa? Bukannya ada teman berborak. Huh... bosan!
“Baiklah kalau macam tu. Terima kasih banyak-banyak ya Fiena. Nanti umi mesej alamat rumah kawan umi tu ya.”
“Okey, umi. Abah mana?” Sempat Syafiena bertanya tentang abahnya.
“Ni ada kat sebelah umi ni. Kenapa? Nak bercakap ke?” tanya Ustazah Hasiah.
“Eh, tak payahlah umi. Fiena cuma tanya aje. Kalau macam tu, umi kirimkan salam Fiena dekat abah ya. Kata kat dia Fiena rindu sangat dekat abah!” ujar Syafiena sambil tersenyum. Antara Ustazah Hasiah dan Ustaz Lokman, Syafiena memang lebih rapat dengan abahnya.
“Okey, nanti umi sampaikan ya. Lepas ni kami nak solat subuh dekat Masjid Al-Aqsa.”
“Oh, kat sana dah subuh ya umi?” Syafiena bertanya. Lantas dia melihat jam. Sudah pukul sepuluh setengah malam.
“Ha’ah sayang. Okey, umi letak telefon dulu ya. Assalamualaikum.”
“Wa’alaikumussalam.” Dia menjawab perlahan.
Syafiena lantas merebahkan tubuhnya di atas katil. Argh, jadi satu hal pulak nak kena datang majlis pertunangan kawan umi! Leceh betullah... rungut hatinya. Syafiena lantas merenung siling biliknya. Banyak perkara yang bermain dalam mindanya. Satu, musuhnya. Dua, Ezran Hakimi. Tiga, musuhnya dan Ezran Hakimi! Arghhh... lama-lama wayar dekat otaknya memang boleh putus!
Sejurus kemudian, dia menerima mesej daripada uminya. Kening mula berkerut tatkala mata membaca alamat rumah tersebut. Haih, kenapa macam kenal aje alamat rumah ni? Syafiena rasa semacam, tapi dia dah malas nak fikir dek kerana mengantuk sudah mulai menguasai diri. Akhirnya Syafiena terlelap sendiri.
PAGI itu, Syafiena sampai ke tempat kerjanya lebih awal daripada biasa. Pejabat pun tak nampak penuh sangat. Bos pun tak masuk lagi. Lantas, Syafiena terus masuk ke pantry. Pagi-pagi begini memang dia selalu membancuh kopi untuknya. Biar sewaktu bekerja dia tak rasa letih dan mengantuk.
Selepas minum, Syafiena duduk di tempat yang yang sudah disediakan untuknya. Buat seketika, dia larut dalam kerjanya...
“Fiena!” Panggilan seseorang itu membuatkan Syafiena mengangkat kepalanya.
“Ye?” Wajah Dina dipandang. Ya, dia merupakan teman serumah dan juga rakan sekerjanya.
“Nanti kita lunch sama tau!”
“Hesy... Aku tahulah. Kan aku selalu lunchdengan kau?” Syafiena kerut kening. Haih, dah kenapa Dina ni? Dia taklah tua sangat sampai nak lupa benda kecil sebegini. Syafiena menelah sendiri.
“Saja nak ingatkan. Kan dalam ingatan kau tu asyik dengan enemy taik kucing kau!” sahut Dina sambil tersengih nakal.
Syafiena terkedu mendengar kata-kata Dina. “Hei, aku tak kemaruk sangat dengan dialah!”
Dina hanya tergelak sambil mengenyitkan matanya. Lantas dia terus beredar dari situ. Syafiena pula hanya geleng kepala sambil menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Pening memikirkan gelagat Dina. Kalau dia tak buka topik pasal sejarah dia dulu, mesti dia tak kena usik habis-habisan macam ni!
“Syafiena, datang ke bilik saya kejap.” Tiba-tiba kedengaran suara bosnya memanggil di interkom.
Syafiena lantas melirik ke arah jam. Oh, tak sangka dah sepuluh minit berlalu. Disebabkan sibuk layan si Dina, sampai dia tak perasan yang bos dah masuk ke pejabat. “Okey bos.” Syafiena menurut. Kemudian, dia mengambil buku nota untuk membuat catatan yang bakal bosnya bincangkan. Bayangan Ezran cuba dilupakan.
SEPERTI biasa, Syafiena dan Dina makan di tempat biasa. Restoran Selera Kampung yang hanya menjual masakan kampung. Syafiena suka makan di sini sebab masakan dia sangat menyelerakan. Kena sangatlah dengan nama restoran tersebut.
“Yeah! Menu utama ayam masak sambal. Terbaiklah, siap ada ulam lagi.” Dina mula berceloteh itu ini sebaik saja ternampak makanan kesukaannya ada di depan mata. Tahu sangat macam mana perangai Dina.
“Yelah... Aku tahulah lauk kegemaran kau ada, tapi tak payahlah nak kecoh sangat.” Syafiena mula memerli Dina.
“Hei, biarlah. Mulut aku. Yang kau ni dengki dengan aku apahal?” bidas Dina tak puas hati.
Tapi Syafiena malas nak layan. Dia cuma angkat bahu sambil tersengih. Disebabkan dah terbiasa dengan Dina, semua dia main lepas. Kadang-kadang Syafiena juga suka mengusik Dina. Nasib baik Dina sportingorangnya, kalau tak memang dah lama dia kena pelangkung dengan kuali.
Sesudah mengambil makanan dan bayar, Syafiena dan Dina mengambil tempat duduk mereka. Dengan doa makan mereka mula menjamah selera.
“Ya Allah, sedapnya! Kalau macam ni, memang tiap-tiap hari aku datang ke restoran ni tau!” celoteh Dina sambil mulut sibuk mengunyah makanan.
“Tak senonoh betul anak dara sorang ni. Macam mana nak dapat laki kalau macam ni punya perangai?” Syafiena menggelengkan kepala.
Dina hanya menjelirkan lidah. Malas nak membalas kutukan Syafiena. Tak apa, hari lain boleh balas.
Sedang enak mereka berdua menjamu selera, tiba-tiba Syafiena ternampak seseorang di luar restoran. Matanya terbeliak. Alamak! Itu kan Ezran. Mampus la aku kalau dia nampak. Telah Syafiena sambil menundukkan wajah. Tak mahu Ezran perasan dengan kehadiran dia di sini.
“Eh, kau apasal Fiena? Tetiba pulak jadi pemalu macam ni.” Dina pandang pelik ke arah Syafiena.
“Err... Tak ada apa-apa. Tetiba rasa tak ada selera pulak.” Syafiena cuba mengangkat wajahnya. Dan dia terkedu apabila tiba-tiba matanya bertembung dengan sepasang mata milik Ezran. Err, adakah aku tersalah nampak yang Ezran tengah tersenyum sinis sekarang ni?
“Alamak!” Syafiena mendesis kecil tatkala Ezran mula menuju ke arah mejanya. Oh no! Pleasela jangan buat drama dekat sini. Syafiena sudah mula cuak dan gelabah. Tak sanggup hendak membayangkan apa yang akan jadi lepas ni.
“Hai!” Suara Ezran kedengaran begitu dekat dengannya. Dan jelaslah Ezran sudah berada di tepi mejanya.
“Err... Hai? Boleh saya tahu siapa awak?” Dina bertanya soalan skema. Hairan tiba-tiba lelaki itu menegur dengan nada selamba.
“I’m her enemy.” Jawab Ezran sambil tersenyum cantik. Matanya dilirikkan ke arah Syafiena yang hanya menundukkan kepala ke bawah.
“Oh! Jadi awaklah Ezran Hakimi?” Dina meneka dengan mata yang sudah bercahaya. Tak sangka hari ini hari yang bertuah. Dapat berjumpa dengan lelaki idamannya! Nampaknya apa yang Syafiena katakan bukan satu penipuan. Malah bagi Dina, lelaki inilah yang paling kacak dan bergaya penuh dia jumpa!
“Yes, I am. And I assumed that she must already tell you about me, right?” Ezran mengangkat kening. Kalau dah siap tahu nama penuh dia, memang konpemlah Syafiena dah bagitau pasal dia dekat perempuan tu!
“Oh ya, banyak sangat dia cerita. Dia siap cakap awak handso...” Tak sempat nak habiskan ayat, Syafiena sudah laju menekup mulut Dina. Wajah Syafiena tika itu tak usah cakap. Merah habis! Memanglah si Dina ni selamba orangnya. Kut iya pun, tak payahlah cakap yang dia puji musuh dia ni!
“Hmm? Dia cakap saya apa?” Ezran tertanya-tanya. Walhal dia tahu sangat apa ayat tak habis Dina tu. Heh, tak sangka yang dalam diam Syafiena memuji paras rupanya. Ezran tersenyum sendiri.
“Tak... Tak ada apa-apalah! Yang kau menyibuk dekat sini buat apa? Bukan ke kau tak suka restoran murah macam ni?” Syafiena cuba mengubah topik. Tak nak Ezran salah sangka dengan kata-kata Dina sementelah dia bagaikan nampak senyuman Ezran tadi.
“Saja, nak cari pasal dengan kau.” Balas Ezran sambil tersengih. Kalau semata masuk ke tempat yang murah demi Syafiena, dia tak kisah sangat. Asalkan dia berjaya sakitkan hati gadis itu.
“Get lost!” marah Syafiena dengan wajah yang merah.
“Okey. Janganlah marah sangat. Lagipun aku tahu kau sunyi kalau aku tak kacau kau, kan?” Ezran bagaikan syok sendiri.
Syafiena hanya menjulingkan mata. Tolonglah!
“Oh ya, sebelum pergi ni... Can I know your name?” Tumpuan Ezran beralih pula kepada Dina.
“Oh, err... Nama saya Faradina. Lebih selesa dipanggil Dina.” Jawab Dina sambil tersengih suka. Mana taknya, dah lelaki yang diidamkan tanya namanya!
“Okey, I akan pastikan nama you sentiasa ada dalam ingatan I. See you!” Dengan kenyitan, Ezran lantas berlalu. Sempat Ezran pandang ke belakang dan menjelir lidah ke arah Syafiena.
Syafiena tersentak. Grr! Sempat pulak dia jelir lidah dekat aku!
“Homai, Fiena. Rasa nak pengsan!”
“Apahal?” Syafiena bengang tetiba. Tahu sangat apa yang dimaksudkan dengan kata-kata Dina itu.
“I thought that he was just handsome, but it turned out that he was incredibly handsome!” kata Dina sambil tersengih-sengih.
“Sudahlah tu... Patah selera aku nanti.” Syafiena mencebikkan bibirnya. Tiba-tiba rasa menyampah mendengar ayat Dina itu.
“Oh, please don’t be like this. Ciptaan Allah layak dipuji okey.” Kata Dina sambil terus mengunyahkan makanannya.
Syafiena mengembungkan pipinya. “Habis, aku yang cantik dan comel ni tak ada pulak kau puji?”
“Okey, okey. Syafiena kawan aku ni cantik dan comel gila! Ramai lelaki suka dekat dia. Aku dah puji dah, kan? Belanja aku tengok wayang.” Dina tersengih menampakkan barisan giginya yang teratur.
“Hei, mana boleh macam tu.” Syafiena buat-buat merajuk.
“Haha, okey. Gurau sikit pun tak boleh.”
“Memang tak boleh!” Syafiena menjelirkan lidah seraya ketawa kecil.
Tapi dia tak sedar keletahnya itu diperhatikan oleh seseorang. Ezran tersenyum kecil. Hmm, hari ni dia dapat tengok sisi baru Syafiena. I just can’t wait to see more! Desisnya sambil berlalu pergi.
~bersambung :)

Published on December 28, 2014 07:02
December 24, 2014
The Runaway Groom - Prolog & Bab 1
p/s: Assalamualaikum semua. Hari ni Iman post new entry. Maaf agak berkurun lama baru nak post n3 baru. And anda semua jangan terkejut baca prolog dan bab 1 TRG sebab memang lain. Hahaha... Iman dah decide Iman akan buat balik TRG dalam new version. Berkemungkinan 90% akan diubah. Sebarang berita, Iman akan post ke dekat group Iman. Kalau nak masuk ke group Iman, sila tekan link ni. Terima kasih. =)
https://www.facebook.com/groups/27193...______________________________________________________________
Prolog
"OH, great!” Itu ayat yang terpacul daripada mulutnya sebaik sahaja mengetahui isi surat yang diterima sebentar tadi. Keluhan berat terlepas daripada bibirnya. Huh, nampaknya mimpi ngeri sudah menjadi kenyataan! Haih, apalah nasib malangnya hari ni...
“Apa benda ni?” soal kawan serumahnya sambil mengambil surat yang dicampak ke atas meja.
Syafiena hanya diam sambil menghempaskan tubuhnya di atas sofa. Dia malas nak jawab kerana jawapan dia itu akan menyesakkan dadanya sahaja.
“Jemputan ke majlis reunion SMK Parit Jaya...” Dina membaca perlahan. Seketika kemudian, matanya terbeliak. “Hey! Isn’t this so exciting? Kenapa perlu buat muka macam tu? Kau dapat jumpa kawan-kawan kau what!”
“Yeah... itu kata kau, but to me... that school was like hell!” balas Syafiena sambil menjulingkan matanya ke atas.
“Why, dear? There must be a reason behind that. Apa yang membuatkan sekolah kau macam neraka sangat ni? Tell me, tell me. I’m all ear for you,” kata Dina sambil tersengih teruja. Selama dia duduk dengan Syafiena untuk dua tahun, tak banyak rahsia Syafiena yang dia tahu. Jadi apa salahnya kalau dia ambil peluang ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Syafiena?
Syafiena mengeluh. Memikirkan seseorang yang berjaya menghuru-harakan hidupnya benar-benar memberi kesan kepada dirinya. Malah, sampai sekarang dia masih bencikan manusia itu. “There is one guy... Aku benci dia sangat-sangat! Rasa macam nak bunuh dan hiris muka perasan macho dia tu. And yeah, he’s my enemy.”
“Musuh?” Dina angkat kening. Tak lama kemudian, senyuman sudah terbentuk pada bibir tipisnya. “Orang kata, kalau kita benci dekat orang tu, lama-lama kita akan jatuh cinta. Better don’t Fiena... Kau takkan tahu apa akan jadi kalau benci sangat dekat lelaki tu.”
“Itu orang yang kata Dina... Setakat ni, aku tak pernah terkena macam apa yang kau cakapkan tu. Kalau itu orang yang kata, biar aku pula yang kata lain. Kalau kita benci dekat orang tu, lama-lama kita makin benci dan makin menyampah tengok muka orang tu.” Kata-kata Syafiena disambut gelak ketawa Dina.
“Okey, kita tengok! Sejauh mana kebenaran kata-kata kau tu.” Dina sekadar tersenyum.
Syafiena hanya angkat kening. Dia sebenarnya tak adalah serius sangat dengan kata-katanya tadi. Tapi biarlah, kalau Dina nak sangat dia buktikan... Okey, dia akan buktikan! Ini Syafiena Amnilah. I’m always win!
Bab 1
SYAFIENAmenghela nafas panjang. Sedaya upaya dia cuba mengawal rasa gemuruhnya. Rileks Fiena... Just attend the event and then, go home! As simple like that. Cuma tunjukkan diri dan buat-buat ramah. Syafiena berkata dalam hati, sempat memberi semangat kepada diri sendiri sebaik sahaja kakinya melangkah ke dalam sebuah hotel yang agak mewah.
Tiba-tiba, ada seorang lelaki yang cuba menghalang laluannya. Syafiena berkerut kening. Apa masalahnya mamat ni? Atas bawah Syafiena pandang lelaki itu. Tanda tidak puas hati. Mungkin pelayan restoran ini kut, tebak Syafiena sementelah lelaki itu hanya memakai baju pelayan.
“I’m sorry miss, but I need your letter that you had received last week.” Lelaki itu kelihatan mengeluarkan sehelai kertas yang mengandungi nama-nama bekas pelajar SMK Parit Jaya. Oh, mungkin untuk memeriksa senarai orang yang hadir kut. Nasib baik dia bawa surat itu bersama, kalau tidak entah-entah dia tak dibenarkan masuk pun! Tapi memang pada surat itu sudah diberi amaran supaya dibawa sekali surat itu ke tempat perjumpaan mereka. Memang agak leceh, tapi nampak macam seronok pula.
“Miss Syafiena Amni... okay, this way.” Sebaik sahaja mendapat pengesahan, pelayan itu menunjukkan Syafiena ke dewan yang sudah disewa. Liz orang yang bertanggungjawab untuk buat majlis reunion ni. Dan hotel mewah ini jugalah Liz yang tolong sewakan. Maklumlah, anak orang kaya. Semuanya pakai petik jari saja. Apa-apa saja permintaan, sudah siap untuk ditunaikan.
“Syafiena, kan?” Seseorang menegur.
Syafiena menolehkan kepala. “Oh, yes! Darina, is it?” Pura-pura teruja. Itu yang dilakukan oleh Syafiena sekarang. Sebenarnya untuk jadi teruja demi Darina memang bukan dirinya sebab dulu dia sangat anti dengan perempuan ni.
“Oh my! Look at you! Still gorgeous and beautiful...” Darina memujinya. Betul ke apa yang dia dengar ni? Selama ini, kutukan sahaja yang diterima oleh Syafiena sepanjang zaman persekolahannya dulu. Benar-benar nostalgik.
“Tapi... hmm, you masih pendek!” Nah, ini barulah Darina yang sebenar-benarnya. Suka mengutuk Syafiena!
Syafiena hanya tenang. Kekal membuat muka tak ada perasaan. Sekarang dia dah besar panjang. Dah berusia 26 tahun. Tak matanglah kalau dia mengamuk dan buat tempat ni macam dekat medan perang pulak. Kan? Kalau dulu tu lainlah. Logik akalnya masih pendek, kerana itulah dulu dia dan Darina macam Israel dan Palestin!
“Hey, pendek comel what?” sampuk pula seseorang dari belakang.
Syafiena terkedu. Homai, suara ni... dia kenal sangat. Suara yang menjadi igauan ramai gadis, termasuklah dia sendiri.
“Hasif Ukays!”
“Darina, tak perlulah sebut nama I panjang-panjang. Just call me Hasif would be fine.” Hasif ketawa sehingga menyerlahkan lesung pipitnya. Sesaat Syafiena terasa jantungnya terkeluar daripada tangkainya dan akhirnya jatuh bergolek-golek ke lantai. Okey, itu hiperbola sangat Syafiena.
“Syafiena, it is nice to meet you again. You look stunning in that dress!” Pujian daripada Hasif membuatkan pipi Syafiena menjadi merah seketika. Ya, dia pakai gaun labuh berwarna merah hati ini hanya semata-mata untuk menarik perhatian mereka.
“Hey, what about me?” Darina cuba mengalihkan perhatian Hasif kepada dirinya. Hmm... nampaknya Darina juga tak nak kalah. Macam tak puas hati saja apabila Syafiena diterima pujian oleh bekas atlet zaman sekolahnya.
“Well, not too bad. You look beautiful too!” ucap Hasif sambil tersenyum.
Darina sudah tersenyum melebar sampai ke telinga. Bukan main gembira bila kena puji dengan Hasif.
Hek eleh, apa sangatlah pujian seorang lelaki tu, desis Syafiena dalam hati. Bukan menyampah, tapi meluat! Eh, bukan maksudnya sama ke?
Sebelum itu, sempat Syafiena mengalihkan pandangan ke sekeliling. Hmm... ada sesetengah daripada bekas pelajar SMK Parit Jaya sudah berkahwin dan mengandung. Yang bawa sekali anak pun ada juga! Haih, dia orang dah ada suami, dah ada anak. Aku ni, bilalah lagi? Memikirkan itu, Syafiena serta-merta menjadi sedih. Tapi dia cuba mengawal perasaan. Ini majlis reunion, dia tak patut hancurkan moodnya hanya semata-mata sebab benda kecil macam tu.
“Everyone! Attention please!” Dalam leka Syafiena termenung, kedengaran suara Liz bergema dalam mikrofon. Semua orang mengarahkan pandangan ke atas pentas. Kelihatan Liz sungguh cantik dengan pakaiannya yang kelihatan vogue itu.
“Semua orang dipersilakan duduk di meja yang mana-mana saja kau orang suka,” ujar Liz sambil tersenyum.
Semua bekas pelajar SMK Parit Jaya menurut kata Liz. Sebaik sahaja semua orang mengambil tempat masing-masing, Liz membuka mulutnya lagi, “Thank you for your consideration. As we know, hampir sembilan tahun kita tak berjumpa. Semua orang nampaknya dan kahwin dan ada anak. Saya sorang je belum!” celoteh Liz itu mengundang tawa hadirin.
“Hai, Fiena!” Dalam melayan ucapan Liz, Syafiena terdengar suara berbisik di telinganya. Pantas dia mengalihkan pandangan.
“Oh my! Hud! I thought you wouldn’t come!” ujar Syafiena, teruja. Dia tidak menyangka pula yang Hud atau nama sebenarnya Huda Liana akan datang sekali. Hud menyambung pelajarannya di luar negara dan mungkin tak lama kemudian, selepas berkahwin dia kembali menetap di Malaysia. Tetapi disebabkan wujudnya Facebook, sampai sekarang Syafiena masih berhubungan dengan Hud.
Sebenarnya dia ada lagi sorang kawan iaitu Hayati. Lepas aje tamat SPM dan mendapat keputusan, dengar khabarnya Hayati terbang ke Jordan untuk menyambung pelajarannya. Dan sejak itulah hubungan mereka terputus. Nombor telefon Hayati juga sudah tidak boleh ditelefon. Mungkin sudah tukar nombor baru. Tak apalah, kalau ada jodoh tak ke mana dan Syafiena yakin, suatu hari nanti dia pasti akan bertemu dengan Hayati.
“Hesy, gila kau tak datang. Aku tak akan terlepas majlis reunion ni tau sebab kita tak tahu bila lagi nak dapat peluang berjumpa. Ya tak?” Sambil mulut berceloteh itu ini, pipinya dilaga-lagakan dengan pipi Syafiena. Kemudian, Hud terus mengambil tempat di sebelah Syafiena.
“Bila kau balik sini? Sampai hati tak bagitahu aku...” Syafiena mengeluarkan nada merajuknya.
“Hehe... Aku balik ke sini dua hari lepas aku dapat surat tu. Aku tak bagitahu kau sebab aku sengaja nak bagi surprise kat kaulah.” Jawab Huda sambil tersengih.
“Woah! Liz hantar surat ke Australia?” Mata Syafiena terbeliak tidak percaya.
“Yup, aku pun terkejut. Aku ingatkan surat apa. Rupa-rupanya surat jemputan ke majlis reunion kita.” Hud tersengih lebar.
“Terbaiklah...” Ujar Syafiena dan disambut gelak kecil Hud.
Kemudian, mereka semua dijemput makan. Nampaknya pihak hotel sudah menyediakan bufet untuk mereka semua. Hmm... Makanan utama ialah beef steak! Homai... Sungguh Syafiena rasa kecur liur sekarang ni. Memikirkan kelazatan daging yang enak dan empuk itu.
“Fiena, mana Ezran hah? Kenapa aku tak nampak dia?” Dina menyoal sewaktu mereka berdua mengambil makanan.
“Don’t know, don’t care.” Syafiena membalas acuh tidak acuh. Sungguhlah... bercakap tentang lelaki itu benar-benar merosakkan moodnya. Tapi dia juga hairan, kenapa kelibat lelaki itu tidak kelihatan juga? Walhal sudah pukul 10.30 malam.
“Fiena, takkan kau musuh lagi kut dengan dia?” soal Hud sambil mengerutkan kening. Hairan memikirkan gadis yang sudah berusia 26 tahun masih mempunyai musuh. Musuh daripada sekolah lama pula tu!
Syafiena hanya mengeluh berat. “Bukannya aku yang cipta permusuhan tu. Dia yang mulakan dulu!”
“Itu aku tahu... tapi, come onlah. Kita kan dah 26 tahun. Act like an adulttakkan tak boleh?” Hud mengangkat kening pula. Lepas dah ambil makanan masing-masing, Syafiena dan Hud menuju ke meja mereka.
“Hud... lepas SPM, kita orang mana ada terjumpa dekat mana-mana. So, status antara kita orang tak diketahui. Jadi, antara musuh, kawan, or anonymous akan dikategorikan jika kita orang berjumpa. Got it?” Syafiena meneruskan makan. Lagipun, makan lagi bagus berbanding layan celoteh Hud yang entah apa-apa ni.
“Kenapa tak as a lover?” Hud mula mengusik nakal.
Tak jadi Syafiena hendak masukkan makanan ke dalam mulutnya. Sedikit pelik, dia mengerutkan dahinya. “Apa benda yang kau merepek ni? Kau tahu tak, antara aku dengan dia mustahil?”
“Kalau jodoh Fiena, tak ada yang mustahil.” Penuh makna dan mendalam sungguh kata-kata Hud itu.
Tapi Syafiena dah malas nak layan. Bagi dia, amat mustahil untuk bercinta dengan musuh sendiri. Bila teringatkan zaman persekolahannya dulu, banyak sangat dia berperang mulut dengan Ezran. Yalah, masing-masing nak menang dan tak nak kalah. Apatah lagi kedua-duanya sama aje keras kepalanya.
“Oh my! Nampaknya tetamu VVIP kita dah sampai! Dipersilakan bekas ketua pelajar kita, Ezran Hakimi untuk duduk di mana-mana meja yang masih available.” Suara Liz mengundang banyak mata ke arah Ezran yang baru masuk ke dewan hotel tersebut.
“Ya Allah! Itu Ezran, kan? Handsome gila! Kau rasa dia ada awek tak?”
“Wei, tinggi gila Ezran sekarang! Rasanya dulu tak setinggi ni, kan? Anyway, memang dia nampak delicious sekarang ni!”
“Homai... he is so hot okay! Sumpah tak tipu!”
Ya Allah! Syafiena rasa macam nak stapler-stapleraje mulut orang yang tak habis-habis memuji Ezran. Tolonglah... Serius dia nak termuntah! Tak perlulah kut nak puji melambung macam tu. Nanti tak pasal-pasal ada orang bangga diri!
“Well, well... what do we have here? Syafiena Amni, am I right?”
Syafiena terkedu. Dia bagaikan terdengar suara Ezran di sebelahnya. Dan ya, dia bagaikan terasa yang Ezran sedang berdiri sebelah dia sekarang! Ya Allah, apa yang patut aku buat sekarang ni?!
Okey, okey... tenang Syafiena. Ini bukan diri kau. Syafiena Amni yang aku kenal ialah orang yang berani okey. Dia tak pengecut macam ni! Dengan selamba, Syafiena mengangkat wajahnya dan membalas berani pandangan Ezran yang sungguh tajam itu. “Yeah, if I’m Syafiena Amni, so what? Do you have any problem with that?”
Ezran hanya tersenyum. Ya, Syafiena masih lagi tidak berubah. Masih suka melawan cakapnya. Tapi disebabkan itulah dia suka cari pasal dengan Syafiena. Baru ada thrill! Dengan perempuan lain, tak sempat nak ayat sikit, dah serahkan diri. Memang tak ada thrill langsung!
“Aku rindu kau sangat!” Tiba-tiba ayat penuh perinduan itu diucapkan oleh Ezran.
Syafiena membeliakkan biji mata. Eh, apa kena dengan mamat ni? Dah terkena penyakit mental ke apa? Tiba-tiba aje cakap rindukan dia?
“Wow! Pengakuan berani mati Ezran kepada Syafiena. Adakah permusuhan mereka selama ini hanya tipu semata-mata?” Liz menambah perisa ke dalam babak drama Syafiena dan Ezran. Mana tidaknya, semua pasang mata di dewan ditumpukan seratus peratus kepada mereka berdua!
“Ya, aku rindu nak buli kau! Aku rindu nak campak beg kau dari tingkat tiga. Aku rindu nak pancitkan tayar basikal kau. Aku rindu... ah, semuanyalah! Tak sangka dalam sembilan tahun ni, kau masih tak berubah. Masih... pendek macam dulu.” Kutukan Ezran benar-benar membuatkan hati Syafiena panas.
“What?!” Syafiena terasa mukanya membahang. Sepantas itu dia bangun daripada kerusi dan menghadap Ezran yang tingginya melebihi kepalanya sendiri. Ya, dia sedar dia pendek dan tingginya pun hanya paras bahu lelaki itu, tapi tak perlulah nak hina dia di depan semua orang!
“Okey... someone, tolong jauhkan mereka berdua ni kalau tak nak dewan ni jadi hancur...” Liz meminta pertolongan apabila mula sedar yang pertemuan mereka berdua akan menjadi seperti Israel dan Palestin!
“Zran, jom duduk sana. Aku dah sediakan tempat duduk khas untuk kau!” Hasif datang sebagai penyelamat. Maklumlah... dia kan kawan baik Ezran. Ke mana saja Ezran pergi, mesti ada Hasif sekali. Macam kembar yang tak boleh dipisahkan!
“Nasib baik ada dia orang ni, kalau tak sampai esok pun aku tak puas kutuk kau!” Ezran mula tersenyum sinis.
Syafiena pantas menjeling tajam. Sakit hatinya terhadap Ezran masih tidak hilang. Tak sangka, lepas dah sembilan tahun berlalu Ezran masih tidak berubah. Masih suka mencari pasal dengannya!
Perlahan, Syafiena kembali menghenyak punggungnya ke atas kerusi sebaik sahaja Ezran beredar. “Sekarang ni, aku dah dapat tahu dah status antara aku dengan dia. We’re still enemy!”
Hud yang mendengar hanya tersenyum kecil. Kalau nak difikirkan, terasa kelakarlah pula hubungan Syafiena dan Ezran. Dah besar panjang, tapi masih bermusuhan. Haih, tak apalah... kalau ada jodoh tak ke mana.
AKHIRNYA,tamat juga majlis reunion yang terasa sungguh menyeksakan itu. Lepas bersalam-salaman dengan semua orang, Syafiena terus menuju ke pintu dewan. Dia nak keluar dari situ secepat mungkin! Panas hatinya sudah tidak dapat dibendung lagi!
“Fiena, hei Fiena!” Hud memanggilnya dari belakang.
Syafiena menolehkan kepalanya. “Aku mintak maaf Hud. Aku kena balik cepat ni. Nanti aku contact kau!” Dengan itu Syafiena terus berlalu pergi dan menuju ke tempat parkir kereta.
Tetapi langkahnya terhenti tatkala ternampak kelibat yang sungguh dia tak nak jumpa itu dekat situ. Lelaki itu sedang bersandar di dinding bangunan tersebut dan nampaknya macam tengah tunggu seseorang. Seseorang itu... Adakah aku?
“Lajunya jalan. Nak lari daripada siapa?” Ezran mula mendekat dengan Syafiena.
Syafiena pula pantas menjauhkan dirinya. Dia dapat kesan bahaya yang mengundang jika dia berada dekat dengan lelaki itu. Tambahan pula dekat tempat parkir kereta ini tak ada sesiapa. Hanya mereka berdua! “Aku... Aku bukannya nak larikan dirilah! Sekarang dah lewat malam. Sebab tulah aku nak balik cepat-cepat!”
“Oh, really? Boleh percaya ke kata-kata kau ni?” Ezran tersenyum penuh sarkastik.
“Hish! Kau percaya ke, tak percaya ke... Apa aku kisah?” Syafiena terus berpaling dan menuju ke keretanya.
Belum sempat dia hendak membuka pintu kereta, Ezran sudah menutupnya terlebih dahulu. Syafiena terkedu dengan tindakan mengejut Ezran itu. Tambah-tambah, dia sudah dikepung dengan kedua belah tangan Ezran itu.
“A... Apa kau nak sebenarnya ni, Ezran? Apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku?” soal Syafiena sambil berpaling. Sekali lagi dia terkedu kerana baru perasan yang jaraknya dengan lelaki itu hanya beberapa inci sahaja.
“Well, sebenarnya dendam aku dengan kau masih belum terhapus lagi. Aku akan buat kau menyesal hidup dekat atas muka bumi ni!” Ayat Ezran penuh dengan dendam dan amarah.
“Kau... Masih dendam dengan aku?” Syafiena menyoal dengan berani.
“I will never forget what you have done until my last breath!” ucap Ezran sambil mendekatkan wajahnya pada wajah Syafiena.
Spontan, Syafiena menjarakkan wajahnya. “Lepaskan aku Ezran. Orang lain nampak, susah kita.”
Ezran tergelak mendengar kata Syafiena itu. “Kalau orang nampak pun, apa salahnya? Mesti dia orang anggap aku ada apa-apa dengan kau. Itu yang kau suka, kan?”
“Kau jangan nak merepek boleh tak? Aku tak pernah sukakan kau!” Syafiena mencerlungkan biji matanya. Entah sejak bila dia kata yang dia suka dekat Ezran. Lelaki itu yang perasan lebih!
“Tipu! Waktu kita kawan dulu, takkan tak ada langsung sekelumit perasaan tu dekat aku?” Ezran masih nakkan jawapan.
Syafiena mula memejamkan matanya. Ya, percaya atau tak... Dia dengan Ezran pernah berkawan dulu. Hubungan dia dan Ezran boleh dikategorikan sebagai teman tapi mesra tapi taklah melebih sementelah Syafiena sedar diri dia siapa. Dan entah sebab apa, lelaki itu mula menjauhkan diri dan marah-marah dengannya. Sejak itulah, dia mula bermusuhan dengan lelaki itu.
“Kenapa kau berkeras sangat ni? Tak faham ke yang aku cuma anggap kau sebagai kawan dan tak akan lebih daripada tu!” Syafiena turut membalas keras. Apa payah sangatlah nak faham cakap dia ni? Setahu Syafiena, dia sedang bercakap bahasa Melayu. Lainlah kalau dia cakap bahasa Tamil ke apa!
Belum sempat Ezran mahu membalas, tiba-tiba terdengar suara orang berdekatan dengan mereka berdua. Sepantas itu Syafiena menolak tubuh Ezran supaya menjauhinya. Kemudian, dia terus masuk ke dalam kereta.
Ezran hanya memandang sepi kereta Syafiena yang sudah berlalu. Jiwanya masih lagi berkecamuk. Bertemu dengan Syafiena, hidupnya yang sebelum ini tenang kembali menjadi huru-hara. Argh! Kau pakai ilmu apa Syafiena Amni, sampai sekarang aku masih teringat-ingatkan kau?!
“Eh, Ezran? You tak balik lagi ke?” Suara Darina memecahkan lamunannya.
Namun, Ezran malas mahu mempedulikan Darina. Dia terus masuk ke dalam kereta Audi R8 miliknya dan mula memecut laju.
“Huh, tak dilayannya aku! Sombong betul... Tak apa, ini Darinalah. Satu saat nanti kau mesti akan melutut dekat kaki aku!” desis Darina dengan satu tekad yang tertanam dalam hati.
bersambung~~ :D

Published on December 24, 2014 17:40
September 18, 2014
My Second Baby: Encik Hubby, Saya Cinta Awak
Assalamualaikum to all of you. Yes, awak yang tengah membaca ni. Heheh... Alhamdulillah nak beritahu khabar baik yang menanti anda semua. Novel Encik Hubby, Saya Cinta Awak finally out! Perasaan Iman waktu tu memang sukar digambarkan. Yalah, dah lama menanti kut EHSCA ni keluar, finally Allah makbulkan juga doa Iman. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah!
Mula-mula doesn't expect pun EHSCA nak keluar bulan sembilan ni. Hehe... siyes rasa nak nangis je waktu tu. Iman dekat asrama asyik terfikir aje, macam mana agaknya cover EHSCA nanti? Cun ke tidak? Ada gambar teddy bear ke tidak? Hehe... mujurlah cover dia kebabomb! kekeke... okey2, dah puas membebel meh, meh Iman tunjuk covernya walaupun Iman tahu ramai yang dah tengok. =)
SINOPSIS:-
HARISA - Dia berhenti belajar atas sebab-sebab tertentu. Bukan sebab dia bodoh, tetapi disebabkan krisis wang yang sedang dihadapinya. Emaknya cuba melarang Harisa daripada berhenti belajar, namun Harisa berkeras. Harisa mahu menolong emaknya dengan membalas kembali jasa yang ditabur oleh wanita yang sudi mengambil dirinya sebagai anak angkat.
RIFKI ADZHARI - Dia lelaki kaya. Siapa yang tak kenal lelaki buaya darat seperti dia? Petik jari saja, bukan sepuluh yang datang, malah menimbun-nimbun yang datang. Dengan menggunakan wajahnya yang tampan, dia mampu mencairkan hati perempuan di mana-mana saja.
Tidak diduga, ayah Rifki Adzhari dalam diam cuba menjodohkan dia dengan Harisa, anak seorang wanita yang pernah ditolongnya. Demi membalas jasa ayah Rifki Adzhari, emak Harisa terpaksa bersetuju. Namun, mummy Rifki Adzhari pula tidak menyukai Harisa!
“Argh! Kenapalah aku kena masuk ke dalam keluarga yang aku tak pernah langsung tahu kewujudan dia?” - Harisa
“Daddy! What does all this mean? Why must I marry to this stupid woman?” - Rifki Adzhari
Kemunculan abang Rifki Adzhari iaitu Razeeq Adzhari yang baru saja pulang dari UK membuatkan hati Rifki Adzhari kacau-bilau. Kerana abangnya itu cuba memikat hati isterinya! Rifki Adzhari keliru. Kenapa pula dia harus cemburu? Dia sudah jatuh cinta kepada isterinyakah?
“Kenapa mesti isteri aku yang kena? Apa? Kau ingat tak ada perempuan lain lagi ke kat dunia ni? Dia tu... selama-lamanya milik aku!” - Rifki Adzhari
“Aku tak peduli! Kalau kau tak nak dia, this is my chance. Aku nak pikat dia, selagi aku masih mampu!” - Razeeq Adzhari
Rifki Adzhari dalam dilema. Apakah yang patut dilakukannya? Dia jadi bingung! Tak mungkin dia hanya melihat saja isterinya diambil oleh abangnya sendiri! Apakah tindakan Rifki Adzhari seterusnya? Mahukah Harisa menerima suaminya kembali sedangkan dia tahu lelaki itu tidak mencintainya langsung? Dan Razif, kewujudannya bagai bala, tapi adakah hikmahnya?
There... my second baby. Payah tau nak lahirkan dia. Dengan mengidam lagi... kekeke... Iman dah mula merapu. :D N Iman agak terkejut sebab baru aje lahir dah masuk carta MPH. Alhamdulillah... terima kasih kepada-Mu Ya Allah.
Hehe... Iman sekarang tengah senyum lebar sampai ke telinga. Tapi Iman tahu. Ini semua hanya sementara... yalah, baby baru lahir mana tak hangat. Okey, Iman tak kisah pun sebenarnya dapat masuk carta ke, dapat cop best sellers ke Iman tak kisah semua tu. Yang penting baby Iman lahir. Perasaan Iman lega bila baby Iman dapat lahir. Insya-Allah novel SPC tahun depan Iman target akan lahir tahun depan. Doa-doakanlah ya! :)

Published on September 18, 2014 01:01
December 7, 2013
Teasers Suamiku Pembuli Cinta!
Assalamualaikum. Oleh kerana saya sibuk menyiapkan manuskrip Suamiku Pembuli Cinta! dan edit manuskrip Encik Hubby, Saya Cintakan Awak! tu, saya memang tak ada kesempatan nak hupdate new n3. Saya mintak maaf banyak-banyak buat pembaca yang ternanti-nantikan n3 The Runaway Groom. Tapi, saya ada teasers SPC untuk readers semua. Sebenarnya teasers ni saya dah post dekat grup lama dah. Jadi, saya sengaja nak kumpul teasers SPC dekat sini sementara saya cuba siapkan manuskripnya.
Nak sertai grup saya, boleh tekan link dekat bawah ni. =)
https://www.facebook.com/groups/271935706250251/
*****************************************************************
Teaser 1
“SAYANG duduklah dulu dalam pejabat abang. Abang ada hal nak uruskan something. Nanti abang datang ya!”
Itu pesan Irsyad sebelum aku ditinggalnya dalam pejabat dia sorang-sorang. Aduh, bosannya! Masuk ini, dah sepuluh kali aku pusing-pusing sekitar pejabat suamiku. Nasib baik besar dan klasik, tak adalah jemu sangat mata aku ni nak memandang.
Akhirnya aku duduk dekat atas kerusi Irsyad sambil meletakkan kepala di atas mejanya. Haih... mana encik suami aku ni? Aku mengeluh kebosanan.
Pandangan mataku secara tiba-tiba tertancap pada satu gambar yang berjaya menarik perhatianku. Eh, ni kan... gambar aku? Yang aku letak dekat meja kerja di bekas tempat kerja aku tu? Eh, takkan pulak Irsyad yang ambil gambar aku?!
“Sayang, sorry lambat!” Bersama suara Irsyad, pintu dibuka dari luar.
“Abang, curik gambar Iman eh?” soalku dengan mata yang sengaja dicerlungkan. Sengaja mahu menakutkan-nakutkan dia.
“Erk! Sayang dah tau? Macam mana boleh kantoi ni?” Aku nampak, Irsyad tersengih-sengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Yalah, siapa suruh letak dekat meja kerja sendiri.” Aku menjeling ke arahnya.
“Alah, apa salahnya abang nak tengok muka isteri abang tiap-tiap hari. Lagipun, hanya gambar sayang tu jelah yang abang ada. Gambar sayang yang lain tak sempat nak ambil.” Irsyad pandang wajah aku bagai nak telan.
“Tapi, abang ambil sebelum kita kahwin kan?”
Irsyad sengih aje.
“Hee... abang miang!” ujarku sambil mengetap bibir. Tak dapat dibayangkan setiap hari dia pandang muka aku dalam gambar ni.
“Biarlah. Miang dengan sayang aje. Cuba kalau abang tengok gambar perempuan lain, marah tak?” Dia cuba mendugaku.
“Marah!!” jeritku, tapi sempat aku kawal. Kalau dengar dek pekerja-pekerja kat luar sana, pasti mereka akan fikir aku ini raksasa yang mahu menyerang Irsyad. Hahaha... mana tidaknya, tiba-tiba saja aku jerit perkataan ‘marah’.
Irsyad sudah tergelak. “Tahu pun marah. Okeylah, sekarang pun dah masuk waktu lunch.”
“Eh, cepatnya!” Aku pantas mengerling ke arah jam. Sudah pukul 12.00 tengah hari. Amboi, cepat sungguh waktu berlalu sampai aku sendiri pun tak perasan.
“Kenapa?”
“Baru Iman teringat... Iman tak buat kerja satu hapak pun!” ujarku sambil menepuk dahi.
Irsyad tergelak lagi. “Tak apa... hari ni abang kasi chance dekat sayang untuk bersenang-lenang. Tapi, esok get readylah ya! Kena menghadapi dengan tenang dari segi mental dan fizikal.”
Aku mencebik. “Abang ingat Iman tak reti nak handle semua ni ke? Jangan lupa eh, Iman pun ada pengalaman jadi secretary tau!”
“Yalah, yalah. Jom makan. Layan isteri abang ni sampai minggu depan pun tak habis.” Ujarnya sambil mencubit lembut hidungku.
Aku hanya tersengih. Pantas aku bangun dari duduk. “Okey, jom!”
“Eh, sayang nak ke mana tu?” soal Irsyad dengan nada hairan.
“Lah... tadi kata dah masuk waktu lunch. Sekarang nak pergi makanlah ni, dekat luar.” Balasku dengan muka blur.
“Sayang... abang dah order nasi ayam daripada pekerja abang. Kejap lagi dia sampai. Hari ni kita makan dekat sini ya. Abang nak makan berdua aje dengan sayang!” ujarnya sambil tersenyum.
Alahai, tak habis-habis lagi dengan perangai manjanya. Kini aku hanya mampu tersenyum bahagia.
******************************************************
Teaser 2
IRSYAD masih lagi dingin dengan aku. Alahai, dia ni. Merajuk mengalahkan perempuan. Tapi aku tahu, selagi aku tak pujuk dia, selagi tulah dia akan merajuk dengan aku. Dah pelbagai cara aku cuba untuk pujuk dia, namun satu pun tak berhasil. Serius, otak aku dah naik tepu dah bila fikir banyak sangat tips nak pujuk lelaki ni.
Tapi yang hairannya, bila aku masak untuk dia, nak pula dia jamah. Lebih kelakar, siap bawa pinggan ke ruang tamu untuk tengok tv sekali. Aduhai... aku ini sebenarnya bukanlah reti sangat memujuk, tapi demi suamiku yang tercinta aku kena juga.
“Abang,” panggilku.
Senyap.
“Abang!!!” Naik dua oktaf.
Irsyad tetap tak menyahut. Leka sangat main Angry Bird dalam tab dia.
Aku naik geram. Laju aku merampas tab itu daripada tangannya.
“Hei!” Berkerut wajah Irsyad tanda tidak berpuas hati denganku.
“Iman tengah cakap dengan abang ni.”
“Tak dengar pun?”
Makin geram aku dibuatnya. Tak dengar? Aku jerit bukan main kuat lagi, boleh dia cakap tak dengar? Sah dia dah pekak.
“Bagi balik tab tu sebelum abang merajuk dengan Iman dua kali ganda,” ugutnya sambil meminta tab dia kembali.
Pantas aku menyorok tab di belakang badanku. Jangan haraplah aku nak kasi sebelum dia maafkan aku. “Iman akan kasi tab ni dekat abang, kecuali abang tak merajuk dengan Iman lagi.”
“And if I refuse?” soal dia sambil berpeluk tubuh.
“Iman akan sorok tab ni.” Balasku sambil tersengih nakal.
“Hmm... suka hati Imanlah. Nak ambil terus pun tak apa. Abang bukannya hairan sangat pun dengan tab tu. Boleh beli dekat mana-mana kedailah,” balasnya dengan nada kerek. Selamba dia bangun meninggalkan aku.
Aku mula mengetap bibir. Hesy, geramnya! Pantas aku mencampakkan tab ke atas sofa sebelum laju tanganku menarik lengannya.
“Apa?” soal Irsyad sedikit marah.
“Iman mintak maaf...”
“Kalau abang tetap tak nak maafkan juga?” duga Irsyad sambil mengangkat keningnya.
“Iman akan berusaha pujuk abang sampai berjaya. Kalau abang sayangkan Iman, abang maafkanlah Iman. Seorang isteri yang tidak diredhai oleh suaminya akan masuk ke dalam neraka. Abang nak ke Iman masuk ke dalam neraka?” soalku dengan nada sayu. Mataku berkaca-kaca pandang wajahnya.
Irsyad kelihatan terkedu. Mulut dia terbuka sedikit, namun akhirnya tertutup kembali. Aku tahu, antara ego dan sebuah kemaafan, ego lebih menguasai. Dia mahu memaafkan aku, cuma ego dia saja yang tinggi.
“Tak apalah kalau abang tak sudi maafkan Iman... thanks for everything.” Aku akhirnya pasrah. Biarlah, yang penting dia bahagia.
Belum sempat aku mahu berlalu ke bilik, aku terasa tubuhku dipeluk dari belakang. Terdengar satu bisikan lembut di telinga, “abang maafkan.”
Pantas aku berpaling menghadapnya. “Betul?”
Irsyad tersenyum sebelum menganggukkan kepalanya. “Pandai sayang sebut pasal neraka bagai. Memang nak sangat ke masuk neraka?”
Laju aku menggeleng. “Tak nak!!!”
“Tahu pun. Lain kali, jangan cakap macam tu lagi.”
“Kalau Iman tak cakap macam tu, abang tak akan maafkan Iman.”
“Abang dah lama maafkan Iman, cuma sengaja nak tengok sejauh mana Iman bersabar dengan abang.”
“Oh, abang sukalah buat Iman macam tu. Sekali, Iman buat abang macam tu, entah-entah lagi teruk berbanding Iman.”
“Amboi, sedap mengutuk abang nampak?”
“Memang sedap. Rasa nak makan aje abang.”
“Oh ya? Sebelum sayang makan abang, abang yang makan sayang dulu.” Balas dia dalam nada nakal.
Belum sempat aku mahu membalas, Irsyad pantas mencempung tubuhku. Terjerit-jerit aku dibuatnya.
“Abang! Put me down!”
Irsyad gelak. “Jangan harap! Dah berhari-hari abang tahan rasa, takkan nak lepaskan peluang ni pulak? Dahlah sengaja pakai dress night, memang mendera perasaan abang betul.” Pipi aku dicium.
“Siapa suruh merajuk dengan orang? Kalau tak...”
“Kalau tak, apa?”
Aku sengih malu. Takkan nak cakap terang-terang pula? Sah dia kata aku ni gatal nanti.
*******************************************************************
Teaser 3
“Abang, bangun...” Aku menggoncang lembut lengannya.
“Urgh...” Dia merengek kecil.
Aku tersenyum. Sebiji macam budak-budak, tapi comel sangat!
“Bangun, bang. Minum air yang Iman buat ni. Tadi sibuk mengadu tekak haus!” Aku mula menarik hidung mancungnya.
“Aduh, kasarnya. Ingatkan bolehlah sayang beromantik sikit dekat abang,” rungutnya sambil bangun daripada duduk.
Aku hanya ketawa. “Oh, abang pura-pura tidurlah tadi ya?”
“Yalah, saja nak tengok. Macam mana sayang kejutkan abang.” Sengaja dia memuncungkan bibirnya.
Aku mula tersenyum nakal. Oh, kata aku tak romantik ya? Pantas aku tunduk mengucup sekilas bibir dia yang muncung tu. “Okey, romantik tak ni?”
Irsyad tergamam pandang wajah aku, tapi aku sengaja buat selamba. Padahal dalam hati rasa malu giler! “Ehem! Ni, Iman dah buat dah air untuk abang.”
“Hmm... sayang pun boleh aje hilangkan rasa haus abang.” Dia sengih. Sengih jenis apa? Miang kut.
Bulat mata aku memandangnya. “Abang jangan nak mengada-ngada! Cepat minum. Kalau tidak, Iman sendiri yang habiskan.”
“Haish... yalah, yalah... abang minum.” Akhirnya Irsyad mengaku kalah.
Tersenyum lebar aku apabila melihat habis dia minum air yang dibuat olehku.
“Esok abang kerja ke?” soalku seraya mengambil gelas dari tangannya untuk dibasuh di dalam sinki.
“Yup. Kerja abang dekat ofis dah berlambak dah. Terpaksalah siapkan kesemuanya.” Balas Irsyad, sambil turut mengekori aku ke dapur.
“Iman mintak maaf. Mesti Iman ni menyusahkan abang, kan?” Aku mula berasa serba-salah.
“Hesy, apa menyusahkan abang pulak. Abang bukannya kisah pun. Janji dapat meluangkan masa bersama sayang,” ujarnya sambil memeluk pinggangku.
Senyuman sudah terukir di bibirku. Rasa terharu pun ada juga!
“Sayang still belum dapat kerja lagi kan?”
Pantas aku menggelengkan kepala. Kerja? Entah kenapa aku dah tak ada hati nak cari kerja sekarang.
“Sayang kerja dengan abang, nak?” Tiba-tiba dia membuka tawaran itu.
Bulat mata aku mendengar cadangan itu. “Serius? Habis tu, secretary abang tu nak campak ke mana pulak?”
“Abang baru dapat call dari Firdi semalam. Kata dia, secretary abang tu dah berhenti sebab nak ikut suami dia bertugas dekat England,” jelas Irsyad sambil bermain-main dengan rambutku.
“Habis, abang terima?” soalku sambil merenung ke dalam anak matanya.
“Takkan abang nak tolak pulak, sayang ooii... cuba kalau sayang nak berhenti sebab nak ikut abang bertugas dekat tempat lain, dan bos sayang pulak tak kasi, sayang marah tak?” Dia cuba mendugaku.
“Erk... marah, marah...” Aku menganggukkan kepala laju-laju.
Ketawa dia melihat reaksi aku. “Hah, lagipun kalau sayang bekerja dengan abang, mesti abang dapat tengok sayang hari-hari.”
“Hmm... tengoklah dulu.”
“Sayang, kalau abang ambil secretary lain sayang tak risau ke?” Tiba-tiba dia menyoal aku dengan soalan sebegitu.
“Maksud abang?” Terangkat kening aku dibuatnya.
“Yalah, cuba kalau abang ambil secretary yang cantik-cantik dan dia asyik menghadap abang setiap hari, sayang tak cemburu ke nanti?”
Erk! Menghadap Irsyad tiap-tiap hari? Bonus bagi aku, secretary cantik-cantik pula tu. Huish, takkan aku nak kasi kut! Silap hari bulan, pejabat dia aku serang!
Spontan, aku menjerit. “Cemburu!!!” Aku tak rela bermadu weh. Irsyad ni limited edition bagi aku dan dia hanya untuk aku seorang! Noktah!
Irsyad sudah ketawa. “Then, kerjalah dengan abang.”
“Okeylah... bila boleh mula?”
“As soon as possible,” jawabnya riang. “Tak sabar nak kerja dengan sayang abang yang comel ni.”
Aku hanya tersenyum. Asalkan itu dapat membahagiakan Irsyad, itu sudah lebih cukup untuk aku.
p/s: okey, tu je yg mampu bagi. Iman rasa mmg dah panjang giler ni. Harap semua pembaca puas hati okey? Hihi... and one more thing, doakan Iman agar dapat siapkan manuskrip ni ya. Thanks untuk semua readers yang menyokong Iman dan komen sepanjang Iman post novel ni di blog. Tanpa sokongan anda semua, Iman Kyuhee ni bukan siapa-siapa. Chewahh... haha... >_<

Published on December 07, 2013 04:42
August 16, 2013
E-Novel MCS terpaksa tukar tajuk kepada E-Novel TRG
salam readers yg kusayangi. first sekali, iman nak mintak maaf sgt2 sbb e-novel Mencari Cinta Sejati terpaksa ditukar. Sebab tajuk dia tak berapa nak catchy, so Iman pun terfikirlah nak tukar. Harap semua readers sokong.
jadi, inilah dia tajuk terbaru. The Runaway Groom. Kalau rasa tak okey atau tak puas hati, cakap aje ya. Terima kasih byk2!
Published on August 16, 2013 23:03