The Runaway Groom 3
SYAFIENA memakai dress flowy berkainkan sifon dengan manik dan renda. Dress itu memang cantik dan lawa. Pernah satu ketika dia pernah pakai untuk menghadiri kenduri kahwin., ramai yang puji kata baju yang dia pakai ini lawa. Ada yang siap tanya nak sewa sebab nak buat baju bertunang. Tapi Syafiena terpaksa tolak sebab baju yang dia tempah ni boleh tahan mahal. Nanti sia-sia bagi orang pinjam kalau baju dia rosak.
“Hai, nak pergi mana ni?” Dina bertanya sambil berdiri di muka pintu.
“Hai, nak pergi ke majlis bertunang.” Syafiena menjawab ala kadar sambil mengenakan mekap yang sederhana. “Nak ikut?”
“Tak naklah. Aku malas nak bersiap.” Balas Dina sambil tersenyum.
“Hesy, kau memang!” Syafiena menggeleng perlahan. Lantas dia terus mencapai handbag.
“Kau nak balik pukul berapa ni?” soal Dina sambil menghantar Syafiena sampai ke pintu.
“Tak tahu lagi. Tengoklah. Kalau bosan dah melanda, aku blah la.” Jawab Syafiena seraya menyarung kasut tumit tinggi.
“Okey. Drive safely!” pesan Dina.
Syafiena hanya senyum menerima pesanan Dina. Kemudian dia membuka pintu kereta tempat pemandu. Dengan lafaz bismillah, dia membaca doa naik kereta.
“Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!”
Ustazah Hasiah pernah berpesan kepada dirinya, apabila nak memulakan perjalanan sama ada perjalanan yang dekat atau pun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa naik kereta sebanyak tujuh kali. Insya-Allah, Allah SWT akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.
Syafiena memandu keretanya berpandukan alamat rumah yang diberikan oleh Ustazah Hasiah. Kira-kira sepuluh minit, barulah Syafiena sampai ke tempat yang ingin dituju. Rumah banglo tiga tingkat tersergam indah di hadapannya. Hmm... Siap ada taman lagi. Rumah itu kelihatan berseri dengan lampu yang menghiasi. Cantik! Nak ternganga mulut Syafiena dibuatnya.
Tak mahu melengahkan masa, Syafiena segera masuk selepas memberitahu kepada pengawal yang dirinya telah dijemput. Dah ternampak ramai orang berkumpul dalam rumah. Alamak! Dia terlambat ke? Dia berharap jawapannya ialah tidak!
Sepantas kilat Syafiena masuk ke dalam rumah mewah tersebut lalu duduk di ruang tamu bersebelahan dengan seorang mak cik yang dia tak kenal. Pada waktu itu, sudah ternampak wanita yang Syafiena agak sudah berusia 50-an sedang menyarungkan cincin kepada seorang gadis yang tampak jelita, walaupun tidak memakai tudung. Lebih cantik pemandangan saat itu kerana mereka berdua sedang duduk di mini pelamin yang kelihatan sangat indah.
Kemudian, semua tetamu dijemput makan. Masing-masing menuju ke kanopi yang terletak di taman tersebut. Syafiena makan ala kadar aje. Tambahan pula dia nak balik cepat-cepat, tak mahu tersekat dalam kebosanan ini.
Sejurus selepas makan, Syafiena mencari tuan rumah. Maklumlah, sebagai tetamu dia kena juga beradab. Balik pun kenalah berjumpa dengan tuan rumah.
“Assalamualaikum, aunty.”
“Oh, wa’alaikumussalam. Ermm... tunggu sekejap, sebelum ni kita pernah berjumpa ke?” soal wanita itu tiba-tiba.
Syafiena kerut kening. Eh, takkanlah aunty ni nak masuk line pulak?
“Maksud... aunty?”
“Syafiena, kan?” Wajah wanita itu ceria.
Okey, ini sangat pelik. Macam mana pulak aunty ni tahu nama aku? Eh, tak peliklah. Takkanlah umi tak cakap dekat auntyni yang dia tak datang, sebaliknya anak dia yang cantik dan comel ni yang jadi wakil?
“Kamu dulu kawan Ezran, kan? Akhirnya aunty dapat jugak jumpa kamu!” Ujar wanita itu teruja.
“Huh? Ezran?” Syafiena tercengang. Dah kenapa pula tiba-tiba nama lelaki itu disebut? Ya Allah! Tolonglah leraikan kekeliruan dalam hati ini!
“Ha’ah. Fiena tak tahu ke? Aunty la mak Ezran.” Kata-kata itu membuahkan rasa terkejut dalam diri Syafiena.
Eh, apasal aku tak tahu yang mak aku kawan dengan mak Ezran ni? Lagi satu, mana auntytu kenal aku?! Memanglah sebelum ni aku pernah kawan dengan Ezran, tapi tak pernah pula sampai diperkenalkan oleh Ezran kepada maknya. Fikiran Syafiena sekarang terlalu bercelaru.
“Auntydengan ibu Fiena dah lama kawan. Fiena tak tahu ke? Ibu Fiena selalu cerita pasal Fiena dekat aunty.” Wanita itu yang bagaikan memahami apa yang difikirkan di benak Syafiena menjelaskan segalanya.
“Ooo...” Syafiena terdiam seketika, tak tahu nak cakap apa. Yalah, mana dia tahu yang ibu dia berkawan dengan mak Ezran. Pernah dengar nama saja. Tak sangka pula ada pangkat ‘Datin’ dekat depan! Aduh, Syafiena terasa kepala nak berpusing.
Wanita itu hanya tersenyum. “Fiena, aunty dengar ibu kamu dekat Mekah sekarang ni.”
“Oh ya aunty. Saya datang ni pun sebagai wakil daripada pihak ibu saya. Ibu saya kata dia mintak maaf sangat-sangat sebab tak dapat datang.” Syafiena mengukirkan senyuman kecil. Perasaan yang bergolak dalam hati cuba ditenangkan.
“Tak apa. Auntyfaham. Lagipun, dah cukup baik dah ibu Fiena sebab siap hantar bidan terjun.”
“Ooo... Jadi, yang bertunangnya...” Syafiena meneguk air liur. Kalau dia tak silap, Ezran ialah anak tunggal. Jadi, siapa lagi yang bertunang kalau bukan... Jantung Syafiena berdegup kencang. Entah kenapa rasa tak sedap hati.
“Ye, Ezran la yang bertunang.” Balas Datin Fauziah seraya tersenyum.
“Oh!” balas Syafiena ala kadar, walhal tiba-tiba hatinya rasa nak tercabut keluar. Oh, perasaan. Kenapa kau buat hal bila melibatkan tentang musuh kau tu? Sungguh dia tak faham!
“Hmm... Auntydah banyak kali cuba carikan Ezran jodoh, tapi dia tu memanjang mengelak.” Cerita Datin Fauziah tanpa dipinta.
Syafiena hanya senyum kelat. Haih, tak boleh macam ni. Makin lama aku ada dekat sini, makin parah jiwa aku! Lebih kurang sepuluh minit berbual, barulah Syafiena beranikan diri untuk meminta diri.
“Err... Kalau macam tu, saya minta diri dulu ye. Malam pun nak lanjut ni, takut pulak kawan saya kat rumah tu risau. Saya balik dulu ye, aunty.” Syafiena tunduk menyalami tangan Datin Fauziah.
“Oh, hah yelah. Apa-apa pun terima kasih kerana sudi datang.” Kata Datin Fauziah, mesra.
Syafiena hanya senyum. Lantas dia beredar dari situ dengan perasaan yang bercampur-baur. Ezran dah bertunang? Oh my! Berita sensasi!
PINTU dihempas kuat. Dina yang tengah menonton drama kegemarannya di ruang tamu terlompat akibat terkejut yang amat sangat.
“Hoi kau Fiena! Nak tercabut jantung aku. Dah kenapa kau ni gelabah semacam?” Sambil mengurut dadanya, Dina kembali duduk di sofa.
“Melepaslah kau!” ujar Syafiena sambil tersengih.
“Melepas apanya?” Dina mengerutkan dahi, tak faham.
“Ezran... Lelaki yang kau puja tu dah bertunang!” balasnya sambil menghempaskan punggung di atas sofa.
“Hah?!” Mulut Dina ternganga. “Eh chop, chop! Macam mana kau tau dia dah bertunang ni? Dia bagitahu kau?”
Syafiena hanya sengih-sengih. “Kau agak, majlis pertunangan siapa yang aku datang tadi?”
“Oh my,takkanlah!”
“Yes, it is. Hakikatnya dia dah bertunang dan dalam beberapa bulan, dia akan jadi milik orang lain. Dan kau... Sayangnya tak dapat usha dia. Yes!” Syafiena sudah tergelak gembira.
Mulut Dina mula terlongo mendengar ketawa Syafiena. “Fiena! Jadi betullah tekaan aku sebelum ni! Kau suka Ezran rupanya!” Dina terjerit kecil.
“Hei, apa maksud kau cakap macam tu? Sejak bila aku kata aku suka dia?” Syafiena berhenti ketawa dan mencerlungkan matanya.
“Habis tu, kenapa kau happy sangat aku tak boleh usha dia?” soal Dina sambil mengangkat kening.
“Err... Oh, itu sebab...” Belum sempat Syafiena nak cari alasan, Dina pantas memotong.
“Itu sebab kau dah mula suka dia!”
“Dina, dia musuh aku! Takkan pulak aku nak suka dia!” Syafiena mula memegang pipinya. Tadi baru dia sedar yang dia terlampau gembira sebab yakin Dina tak dapat usha Ezran. Argh! Apa dah jadi pada dia ni? Dia dah terkena sampuk ke?
“Just admit it, Fiena. Kau dah jatuh cinta dengan musuh kau!”
“Jangan jadi syaitan boleh tak?” soal Syafiena bengang.
Dina mula kerut kening. “Apa pasal aku jadi syaitan pulak? Aku manusialah. Kau ni, Allah dah elok cipta aku sebagai manusia, dikatanya aku syaitan. Tak patut betullah.” Rungut Dina tak puas hati.
“Yelah, dah kau tu dari tadi menghasut aku. Tak ke syaitan namanya?”
“Tak. Sebab ini benda fakta. Tak ada maknanya aku nak hasut kau. Aku cuma tolong kau sedar dengan perasaan kau tu.” Balas Dina sambil menjeling. Masih tidak berpuas hati dengan kenyataan Syafiena.
Syafiena hanya diam. Berfikir dalam-dalam. Takkanlah aku dah jatuh cinta kut? Dengan musuh aku sendiri? Damn! Awal lagi kut! Kalau aku suka dia, dia nak ke suka dekat aku? Memikirkan layanan buruk Ezran terhadapnya, memang Syafiena yakin sampai bila-bila pun Ezran tak akan suka dekat dia!
“Jangan risau Fiena. Walaupun dia dah bertunang, tapi kau masih ada peluang.” Suara Dina memecahkan lamunannya.
“Maksud kau?” Syafiena angkat kening, sedikit tak faham dengan pernyataan Dina yang tersirat itu.
“Well, dah bertunang tak semestinya kau tak boleh dekat, kan? Mana tahu, dalam tempoh tu dia boleh terjatuh cinta pulak dekat kau. Mesti dia tak jadi nak kahwin dengan tunang dia tu punya!” ujar Dina bersungguh-sungguh.
Dengan pantas, Syafiena membaling kusyen ke muka Dina. Geram!
“Hei, apasal baling kusyen dekat aku pulak ni?” tanya Dina sambil menjegilkan biji matanya.
“Itulah apa yang aku maksudkan tadi. Jangan jadi syaitan. Kerja kau asyik nak menghasut orang aje. Ingat baik sangatlah nak runtuhkan hubungan orang?” Syafiena menjeling sebal.
“Alah, daripada kau kecewa?” Dina tergelak perlahan.
“Biarlah. Bukannya aku suka betul pun. Tadi aku gembira pun sebab aku tak naklah kawan aku ni kena ‘makan’ dengan buaya tu.” Syafiena mula mereka alasan.
“Yelah tu. Ingat aku percaya?” Dina mencebik bibir.
“Okey, tak nak percaya sudah. Habis tu kau tak kisahlah kalau si lelaki idaman kau dah bertunang?” Giliran Syafiena pula menyoal. Tadi dia tengok Dina selamba aje, tak macam patah hati pun. Siap bagi moral support lagi!
“Tak... Kumbang meratalah weh. Ni, petik jari pun tak akan pernah habis tau?” Dina berkata angkuh seraya memetik jarinya beberapa kali.
“Kata incredibly handsome? Nak lepas macam tu je?” Syafiena angkat kening, masih lagi tidak berpuas hati dengan jawapan kawannya.
“Tak kisah. Bukan dia sorang aje handsome dekat dunia ni.” Kata Dina sambil tersengih.
Mendengar balasan Dina, Syafiena sekadar mengangkat bahu. “Okey. Suka hati kaulah. Sekarang ni aku nak tidur. Layan tidur lebih baik daripada layan kau yang entah apa-apa ni.”
“Hei, sedap mulut kau aje eh cakap aku macam tu!” Dina menjegilkan matanya, garang.
Namun Syafiena hanya gelak seraya menuju ke biliknya. Dia nak membuai mimpi indah, bersama prince charmingnya. Haih, bilalah prince charming nak jemput aku? Tak apalah, dalam mimpi pun jadilah... desis Syafiena seraya tersenyum.
“WHAT?!” Bergema suara Ezran bagaikan halilintar di rumah banglonya. Wajahnya yang putih bersih menjadi merah padam. Sungguh berita yang disampaikan oleh mamanya menaikkan amarah dalam diri. Ini semua tak patut berlaku! Tak patut betul mama buat aku macam ni! Hati lelakinya memberontak.
“Ezran, tak baik meninggikan suara. Apatah lagi dengan ibu kamu sendiri!” tegur Datin Fauziah tidak senang.
“Tapi mama buat tanpa pengetahuan Zran! Mama ingat Zran ni budak kecil ke?” Ezran mendengus perlahan. Nafasnya masih berombak. Nasib baik papanya tak ada di sini, jikalau tidak memang Ezran tak akan berani melawan sebegini.
“Mama tahu Zran bukan budak kecil. Tapi mama buat semua ni untuk kebaikan Zran. Kenapa tak pernah cuba nak hargai usaha mama?” Datin Fauziah mengeluh.
Sudah berkali-kali dia cuba kenenkan gadis pilihannya dengan anaknya, namun satu pun tidak melekat! Puas dia cuba menjodohkan anaknya dengan gadis pilihannya, tapi anak tunggalnya itu sering memberi alasan bahawa dia tidak mahu kahwin awal-awal. Jadi jalan terbaiknya, terpaksalah merahsiakan pertunangan ini daripada anaknya.
“Mama, bukannya Zran tak hargai usaha mama. Tapi Zran ni sibuk dengan kerja. Kalau Zran tak mampu nak layan dia macam mana? Lagipun gaya mama ni macam tak akan dapat menantu. Dah tiba masanya nanti, Zran kahwinlah...” ujarnya sambil melepaskan keluhan. Keluhan yang sangat berat!
“Disebabkan mama tahu mama tak akan dapat menantulah mama buat macam ni. Nak harapkan kamu cari sendiri, entah sampai mama tua kerepot baru ada hati nak cari,” bidas Datin Fauziah. Sebagai seorang ibu, dia juga ada hak untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya!
“Ma... tahulah Zran macam mana nak carik. But, this year Zran rasa tak boleh kut sebab syarikat dari Jepun will come here next week. Jadi, Zran perlu buat yang terbaik demi memenangi syarikat tu. Guess what ma, that tenders worth about millions ringgit! Takkan Zran nak lepas macam tu saja ma?” Anaknya membalas panjang lebar. Siap menggawangkan tangan lagi, menunjukkan betapa tidak sabarnya dia untuk berjumpa dengan wakil syarikat itu.
Datin Fauziah hanya menggelengkan kepala. Bercakap saja pasal kerja, mulalah anaknya itu teruja semacam. Aduh! Dia sendiri tidak tahu, bagaimana mahu pisahkan kerja dengan anaknya. Sejak anak tunggalnya itu habis belajar di UK, memanjang sibuk aje dengan kerja. Berbuih mulutnya membebel itu ini, namun tetap juga tidak berjalan.
“Still, my decision will be the same. Sama ada Zran setuju atau tidak, mama tetap akan kahwinkan Zran dengan Kairina!” Keputusan si ibu sudah muktamad. Tidak boleh ditukar sama sekali. Jangan harap!
“Ma, please... Zran ada alasan yang tertentu sebab tak nak kahwin dengan perempuan tu ma. Mama sendiri tahu kan, dia kerja sebagai model. Sebab tulah Zran tak berapa berkenan dengan Kairina.” Ezran pantas mencari alasan lagi.
“And why not?” tanya Datin Fauziah seraya mengerutkan kening.
“Sebab dia tu mama... Banyak skandal! Kalau dia jadi isteri Zran, mana Zran nak letak muka ni, ma? Dah la minggu lepas dia ada gosip dengan lelaki lain. Zran tak sukalah. Lebih baik kita putuskan pertunangan ni sebelum benda buruk berlaku. Ye ma? Pleaseee!” Ezran memujuk lagi. Kalau mamanya tak termakan, hmm... Tak tahulah nak buat macam mana lagi.
“Kamu ni, tak baik sebar fitnah! Mama tengok si Kairina tu elok aje perangai. Tak macam apa yang kamu gambarkan pun! Sudah, mama malas nak layan kamu ni. Keputusan mama tak akan berubah dan itu adalah muktamad!” ujar Datin Fauziah tegas. Serentak itu, dia terus berlalu ke bilik tidurnya.
Damn! Ezran sudah memaki-hamun dalam hatinya. Tak guna betul! Apalah ubat guna-guna yang perempuan tu dah kasi kat mama sampai beriya benar mama membela. Huh, jangan haraplah aku nak kalah. Ini Ezran Hakimilah. Aku tak akan menyerah selagi kemenangan berpihak pada aku! Desisnya penuh dendam.
KEESOKANNYA, Syafiena dan Dina pergi ke tempat kerja seperti biasa. Tetapi yang menjadi luar biasanya, tak sampai lima minit Syafiena sampai ke tempat duduknya, dia sudah dipanggil oleh bosnya. Dia tertanya-tanya sendiri, sebab tak pernah awal pagi sebegini dia dipanggil. Mungkin ada perkara penting kut, telahnya sendiri.
Setelah mengetuk pintu dan mendapat keizinan daripada bosnya, barulah Syafiena beranikan diri untuk masuk.
“Bos, ada apa-apa perkara penting yang bos nak bagitahu saya?”
“Ya, ada. Silakan duduk.” Arah bosnya dengan nada tenang.
Syafiena hanya menurut. Dadanya masih berdebar dengan kencang.
“Syafiena, pertama sekali saya nak mintak maaf dekat awak. Prestasi kerja awak bagus tapi sayangnya, saya terpaksa tukarkan tempat kerja awak.”
“Huh? Tapi kenapa?” Syafiena terkejut mendengar berita yang sungguh tidak dijangka itu.
“Well, I can’t explain more detailed about that sebab HQ Department yang arahkan. Dan nak atau tak nak, saya perlu mengikut arahan mereka.” Balas bosnya sambil menggelengkan kepala.
Syafiena sudah membungkam di kerusinya. Ah, kenapa baru sekarang? Kenapa pada saat dia sudah terbiasa dengan kerjanya di sini, dia perlu bertukar pula? Sungguh dia rasa macam nak menjerit sekarang!
“Tapi awak tak perlu risau, Syafiena. Sebenarnya awak cukup beruntung dapat tukar tempat kerja sebab kalau nak diikutkan, gaji yang diberikan lagi tinggi kalau awak bekerja dekat sana.”
Syafiena mengerutkan kening. “Kenapa, bos?”
“Yalah, syarikat ni syarikat cabuk aje Syafiena. Syarikat awak dekat sana nanti memang syarikat yang hebat. Bukan calang-calang.”
Syafiena terangguk sendiri. “Erm... okey bos. Terima kasih sebab bagitahu saya. Jadi bila patut saya pindah?”
“Minggu depan.”
Syafiena angguk kepala lagi. “Kalau macam tu, saya pergi sambung kerja saya dulu. Terima kasih bos.”
“Sama-sama.” Dengan balasan itu, Syafiena pun berlalu ke tempat kerjanya semula. Sungguh berita yang tak disangka ini membuatkan Syafiena hanya mampu melepaskan keluhan berat.
p/s: kalau ade rse mcm keliru ke ape, care to ask me. Tapi please tnye dkt fb ye. Terima kasih kerana berjaya baca sampai ke tahap ini. Kekeke. =)

Published on January 10, 2015 06:26
No comments have been added yet.