The Runaway Groom 2

Tahun 2004
"FIENA!”Kedengaran seseorang memanggil namanya. Syafiena pantas menolehkan kepalanya. Senyuman terukir pada bibirnya sebaik sahaja mengetahui siapa gerangannya.
“Ezran, kenapa ni? Are you okay?” soal Syafiena apabila Ezran mendekatinya dengan nafas yang tercungap-cungap. Macam takut saja Syafiena nak lari daripadanya.
“Huf... Huf... I’m okay. Fiena, lepak jom?” Ezran mengajak dengan penuh ceria.
“Lepak? Tapi... Aku kena study la. Exam kan nak dekat?” Syafiena mengangkat keningnya.
“Kalau macam tu, jom study dengan aku. Dekat perpustakaan. Aku boleh tolong ajarkan,” ujar Ezran lagi.
Semua orang sudah sedia maklum dengan kepintaran Ezran. Malah dia merupakan top student di seluruh Malaysia. Wartawan siap menemu ramah dia lagi. Sering kali wajahnya muncul dalam surat khabar atau majalah. Kerana itu, Ezran dilantik jawatannya sebagai ketua pelajar pada tahun itu dan tak ada siapa yang berani membantah atau tidak bersetuju dengan pelantikan tersebut.
“Boleh ke? Nanti kalau ada orang marah, macam mana?” Syafiena menduga. Tahu benar yang Ezran sudah ada yang punya.
“Hesy... tak adalah. Buat apa dia nak marah. Kau kan kawan aku?”
“Hmm... okeylah kalau macam tu. Dia marah dekat aku, kau yang kena bertanggungjawab atas kesemuanya ya!” Syafiena sempat memberi amaran.
“Okey, promise! Dah jomlah. Kau pun dah pandai dah, tak payah nak belajar sangatlah.” Tutur Ezran sambil tergelak.
“Hei, banyaklah tak payah belajar. Nanti makin lama otak aku pun dah makin lupa apa yang aku belajar. Dah tak dapat nombor dua dah...” Sambil berjalan menuju ke perpustakaan, mereka berdua berborak itu ini.
Syafiena juga apa kurangnya. Selalu dapat nombor dua dalam batch dan sering kali kalah dengan Ezran yang sentiasa berada di atasnya. Tapi dia tak kisah sangat. Yang penting umi dan abinya bangga dengan pencapaiannya. Dia juga dilantik sebagai jawatan penolong ketua pelajar. Disebabkan mereka berdua salah satu ahli yang terpenting, kerana itu mereka begitu rapat.


SYAFIENA membuka matanya. Kenangan lama terbayang di minda. Perlahan sebuah senyuman pahit terukir di bibirnya. Dulu dia dan Ezran sangat rapat. Tetapi, entah kenapa suatu hari itu Ezran menjauhkan diri daripadanya. Syafiena tak faham. Apa yang dia buat sampaikan Ezran bencikan dia sebegitu sekali?
“Hei, balik aje terus tidur ya. Tak tukar baju langsung!” Dina mencampak kusyen ke muka Syafiena.
“Aduh, penatlah...” rungut Syafiena sambil menolak kusyen yang berada di mukanya ke tepi.
“Penat? Apa yang buat kau penat sangat ni? Cuba storysikit.” Dengan penuh teruja, pantas Dina duduk berhadapan Syafiena, bersiap sedia mahu mendengar cerita daripada gadis itu.
Syafiena pantas menarik muka masamnya. “Aku nak cerita apa? Tak ada cerita yang best pun dalam hidup Syafiena ni!”
Dina tergelak. “Ya ke? Habis, macam mana dengan enemyterchenta kau tu?” Sambil bertanya, Dina angkat kening tiga kali.
“Hesy, apa pulak enemy terchenta? Enemy taik kucing adalah!” Syafiena mencebikkan bibir. Sungguh, bila terfikirkan lelaki itu, dia jadi meluat dan sakit hati. Sudahlah tadi dia dihina depan semua orang! Sungguh tidak dapat diterima walaupun semua bekas pelajar SMK Parit Jaya sedia maklum dengan hubungan mereka berdua.
Sekali lagi Dina tergelak kecil. “Kau ni... tak baiklah kata dia taik kucing. Entah-entah, dia handsome. Betul tak?”
Handsome?” Syafiena mula terbayangkan wajah Ezran. Dengan alis mata yang lentik, mata yang memukau, hidung yang mancung serta bibir yang merah delima... orang bodoh saja yang kata tak handsome! Memang Syafiena akui, Ezran sungguh tampan. Dan dia juga mengaku, dalam diam dia ada hati dengan Ezran. Tapi taklah melebih disebabkan dia tahu yang lelaki itu sudah ada yang punya.
“Ha’ah. Handsome kan dia? Jujur ajelah...”
“Ye, handsome jenis taik kucing!” Syafiena tak habis-habis dengan taik kucing.
Pantas Dina mencubit lengan Syafiena.
“Auch! Sakitlah!” Syafiena pantas menggosok lengannya yang menjadi bekas cubitan Dina tadi. Berbisa kut! Tangan Dina ni sejak bila jadi tangan ketam?
“Aku serius, kau main-main!” Dina mencerlungkan biji matanya.
“Yelah, yelah. Dia handsome!” Separuh tidak rela Syafiena memuji Ezran. Bibir dimuncungkan panjang.
“Haa... kan bagus kalau dari tadi kau mengaku. Dia nampak macam menarik, tapi disebabkan dia kau punya, tak apalah... Aku cari lain!” Dina mengenyitkan matanya dengan nakal.
“Hei, apa maksud kau dia aku punya?” soal Syafiena tidak puas hati.
“Yalah... dia kepunyaan kau, kan? Aku tak naklah rebut dia. Nanti tak pasal-pasal kau cemburu pulak nanti!” Dina masih buat selamba.
“Whoa! Whoa! Aku tak tahu apa yang kau tengah repekkan sekarang ni. Dia bukan milik sesiapa, and yeah not mine too. Aku tak nak dia langsung!” Bermati-matian Syafiena menafi.
“Betul tak nak ni?”
“Tak nak! T.A.K. N.A.K. There, aku siap eja lagi untuk kau. Dah, puas hati dah?” Syafiena masih beriya-iya. Gaya dia orang bercakap macam Ezran itu barang pula. Nak atau tak nak.
“Okey. Kalau aku usha dia, kau tak marah?” Dina angkat kening.
I won’t!” Syafiena angkat tangannya paras kepala, persis berikrar. Tapi kenapa hati dia mula rasa lain macam ni? Takkanlah dia cemburu kut?! Tidak, tidak. Aku tak suka mamat tu. Aku tak suka! Ingat apa yang dia buat kat kau Fiena. Dia hina kau! Tolonglah jangan suka dia...
“Dahlah. Aku nak mandi.” Syafiena pantas bangun.
“Aik? Gaya macam marah aje... Marah sebab aku nak usha enemy kau ke?” usik Dina sambil angkat kening.
Hell not!” Syafiena melangkah laju menuju ke bilik tidurnya.
Dina hanya tersenyum. Yelah tu tak marah. Tengok gaya tak kena Syafiena tadi, nampak sangat yang ada sesuatu dekat dalam hati dia. Tak apa. Orang dalam proses nak kenal cinta memang macam tu. Jadi, Dina terus membuka televisyen untuk menonton drama kegemarannya.


SYAFIENA mengelap rambutnya dengan menggunakan tuala. Dia baru sahaja lepas mandi. Walaupun sudah berkali-kali uminya melarang dia mandi malam-malam, Syafiena tetap degil. Dia hanya akan mandi malam-malam jika dia balik lambat dari bekerja. Tubuh yang penat haruslah dimanjakan, bukan?
Syafiena terus mengambil hair dryer, lalu muncungnya dihalakan ke arah rambutnya yang masih basah. Sedang leka dia ingin mengeringkan rambutnya, telefon bimbitnya yang berjenama Blackberry itu berbunyi.
Terhenti seketika perbuatan Syafiena, lantas hair dryer diletakkan ke atas meja solek terlebih dahulu. Rambut, tolak ke tepi dahulu. Yang penting, jawab panggilan. Takut ada perkara penting yang hendak dicakapkan.
“Assalamualaikum, umi.” Syafiena memberi salam. Memang sudah dididik oleh uminya supaya memberi salam terlebih dahulu.
“Wa’alaikumussalam. Fiena, umi nak minta tolong kamu boleh?” Ustazah Hasiah bertanya.
“Apa dia, umi?” Syafiena mengerutkan dahi. Gaya uminya bercakap macam ada yang mustahak aje.
“Umi nak minta kamu tolong hadirkan bagi pihak umi datang ke majlis pertunangan kawan umi. Umi tak dapat nak hadir sebab umi kan dekat Mekah sekarang ni. Kamu boleh tolong umi kan?” Ustazah Hasiah sudah banyak kali menunaikan umrah bersama Ustaz Lokman, suaminya. Mereka kata, selagi mereka masih hidup mereka mahu mengumpul sebanyak pahala yang boleh.
“Ermm... Bila tu umi? Kena tengok jugak hari, takut waktu tu Fiena bekerja.” Jawab Syafiena sambil duduk di atas katil.
“Kamu jangan risaulah. Majlis pertunangan tu dibuat tulat malam. Takkanlah Fiena bekerja waktu malam pulak?”
“Eh, tak adalah umi. Okey, kalau macam tu Fiena datang bagi pihak umi.” Fiena terpaksa bersetuju walhal dia sungguh tidak mahu datang. Bukannya apa. Dia datang ke sana pun nak buat apa? Bukannya ada teman berborak. Huh... bosan!
“Baiklah kalau macam tu. Terima kasih banyak-banyak ya Fiena. Nanti umi mesej alamat rumah kawan umi tu ya.”
“Okey, umi. Abah mana?” Sempat Syafiena bertanya tentang abahnya.
“Ni ada kat sebelah umi ni. Kenapa? Nak bercakap ke?” tanya Ustazah Hasiah.
“Eh, tak payahlah umi. Fiena cuma tanya aje. Kalau macam tu, umi kirimkan salam Fiena dekat abah ya. Kata kat dia Fiena rindu sangat dekat abah!” ujar Syafiena sambil tersenyum. Antara Ustazah Hasiah dan Ustaz Lokman, Syafiena memang lebih rapat dengan abahnya.
“Okey, nanti umi sampaikan ya. Lepas ni kami nak solat subuh dekat Masjid Al-Aqsa.”
“Oh, kat sana dah subuh ya umi?” Syafiena bertanya. Lantas dia melihat jam. Sudah pukul sepuluh setengah malam.
“Ha’ah sayang. Okey, umi letak telefon dulu ya. Assalamualaikum.”
“Wa’alaikumussalam.” Dia menjawab perlahan.
Syafiena lantas merebahkan tubuhnya di atas katil. Argh, jadi satu hal pulak nak kena datang majlis pertunangan kawan umi! Leceh betullah... rungut hatinya. Syafiena lantas merenung siling biliknya. Banyak perkara yang bermain dalam mindanya. Satu, musuhnya. Dua, Ezran Hakimi. Tiga, musuhnya dan Ezran Hakimi! Arghhh... lama-lama wayar dekat otaknya memang boleh putus!
Sejurus kemudian, dia menerima mesej daripada uminya. Kening mula berkerut tatkala mata membaca alamat rumah tersebut. Haih, kenapa macam kenal aje alamat rumah ni? Syafiena rasa semacam, tapi dia dah malas nak fikir dek kerana mengantuk sudah mulai menguasai diri. Akhirnya Syafiena terlelap sendiri.


PAGI itu, Syafiena sampai ke tempat kerjanya lebih awal daripada biasa. Pejabat pun tak nampak penuh sangat. Bos pun tak masuk lagi. Lantas, Syafiena terus masuk ke pantry. Pagi-pagi begini memang dia selalu membancuh kopi untuknya. Biar sewaktu bekerja dia tak rasa letih dan mengantuk.
Selepas minum, Syafiena duduk di tempat yang yang sudah disediakan untuknya. Buat seketika, dia larut dalam kerjanya...
“Fiena!” Panggilan seseorang itu membuatkan Syafiena mengangkat kepalanya.
“Ye?” Wajah Dina dipandang. Ya, dia merupakan teman serumah dan juga rakan sekerjanya.
“Nanti kita lunch sama tau!”
“Hesy... Aku tahulah. Kan aku selalu lunchdengan kau?” Syafiena kerut kening. Haih, dah kenapa Dina ni? Dia taklah tua sangat sampai nak lupa benda kecil sebegini. Syafiena menelah sendiri.
“Saja nak ingatkan. Kan dalam ingatan kau tu asyik dengan enemy taik kucing kau!” sahut Dina sambil tersengih nakal.
Syafiena terkedu mendengar kata-kata Dina. “Hei, aku tak kemaruk sangat dengan dialah!”
Dina hanya tergelak sambil mengenyitkan matanya. Lantas dia terus beredar dari situ. Syafiena pula hanya geleng kepala sambil menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Pening memikirkan gelagat Dina. Kalau dia tak buka topik pasal sejarah dia dulu, mesti dia tak kena usik habis-habisan macam ni!
“Syafiena, datang ke bilik saya kejap.” Tiba-tiba kedengaran suara bosnya memanggil di interkom.
Syafiena lantas melirik ke arah jam. Oh, tak sangka dah sepuluh minit berlalu. Disebabkan sibuk layan si Dina, sampai dia tak perasan yang bos dah masuk ke pejabat. “Okey bos.” Syafiena menurut. Kemudian, dia mengambil buku nota untuk membuat catatan yang bakal bosnya bincangkan. Bayangan Ezran cuba dilupakan.


SEPERTI biasa, Syafiena dan Dina makan di tempat biasa. Restoran Selera Kampung yang hanya menjual masakan kampung. Syafiena suka makan di sini sebab masakan dia sangat menyelerakan. Kena sangatlah dengan nama restoran tersebut.
Yeah! Menu utama ayam masak sambal. Terbaiklah, siap ada ulam lagi.” Dina mula berceloteh itu ini sebaik saja ternampak makanan kesukaannya ada di depan mata. Tahu sangat macam mana perangai Dina.
“Yelah... Aku tahulah lauk kegemaran kau ada, tapi tak payahlah nak kecoh sangat.” Syafiena mula memerli Dina.
“Hei, biarlah. Mulut aku. Yang kau ni dengki dengan aku apahal?” bidas Dina tak puas hati.
Tapi Syafiena malas nak layan. Dia cuma angkat bahu sambil tersengih. Disebabkan dah terbiasa dengan Dina, semua dia main lepas. Kadang-kadang Syafiena juga suka mengusik Dina. Nasib baik Dina sportingorangnya, kalau tak memang dah lama dia kena pelangkung dengan kuali.
Sesudah mengambil makanan dan bayar, Syafiena dan Dina mengambil tempat duduk mereka. Dengan doa makan mereka mula menjamah selera.
“Ya Allah, sedapnya! Kalau macam ni, memang tiap-tiap hari aku datang ke restoran ni tau!” celoteh Dina sambil mulut sibuk mengunyah makanan.
“Tak senonoh betul anak dara sorang ni. Macam mana nak dapat laki kalau macam ni punya perangai?” Syafiena menggelengkan kepala.
Dina hanya menjelirkan lidah. Malas nak membalas kutukan Syafiena. Tak apa, hari lain boleh balas.
Sedang enak mereka berdua menjamu selera, tiba-tiba Syafiena ternampak seseorang di luar restoran. Matanya terbeliak. Alamak! Itu kan Ezran. Mampus la aku kalau dia nampak. Telah Syafiena sambil menundukkan wajah. Tak mahu Ezran perasan dengan kehadiran dia di sini.
“Eh, kau apasal Fiena? Tetiba pulak jadi pemalu macam ni.” Dina pandang pelik ke arah Syafiena.
“Err... Tak ada apa-apa. Tetiba rasa tak ada selera pulak.” Syafiena cuba mengangkat wajahnya. Dan dia terkedu apabila tiba-tiba matanya bertembung dengan sepasang mata milik Ezran. Err, adakah aku tersalah nampak yang Ezran tengah tersenyum sinis sekarang ni?
“Alamak!” Syafiena mendesis kecil tatkala Ezran mula menuju ke arah mejanya. Oh no! Pleasela jangan buat drama dekat sini. Syafiena sudah mula cuak dan gelabah. Tak sanggup hendak membayangkan apa yang akan jadi lepas ni.
“Hai!” Suara Ezran kedengaran begitu dekat dengannya. Dan jelaslah Ezran sudah berada di tepi mejanya.
“Err... Hai? Boleh saya tahu siapa awak?” Dina bertanya soalan skema. Hairan tiba-tiba lelaki itu menegur dengan nada selamba.
I’m her enemy.” Jawab Ezran sambil tersenyum cantik. Matanya dilirikkan ke arah Syafiena yang hanya menundukkan kepala ke bawah.
“Oh! Jadi awaklah Ezran Hakimi?” Dina meneka dengan mata yang sudah bercahaya. Tak sangka hari ini hari yang bertuah. Dapat berjumpa dengan lelaki idamannya! Nampaknya apa yang Syafiena katakan bukan satu penipuan. Malah bagi Dina, lelaki inilah yang paling kacak dan bergaya penuh dia jumpa!
Yes, I am. And I assumed that she must already tell you about me, right?” Ezran mengangkat kening. Kalau dah siap tahu nama penuh dia, memang konpemlah Syafiena dah bagitau pasal dia dekat perempuan tu!
“Oh ya, banyak sangat dia cerita. Dia siap cakap awak handso...” Tak sempat nak habiskan ayat, Syafiena sudah laju menekup mulut Dina. Wajah Syafiena tika itu tak usah cakap. Merah habis! Memanglah si Dina ni selamba orangnya. Kut iya pun, tak payahlah cakap yang dia puji musuh dia ni!
“Hmm? Dia cakap saya apa?” Ezran tertanya-tanya. Walhal dia tahu sangat apa ayat tak habis Dina tu. Heh, tak sangka yang dalam diam Syafiena memuji paras rupanya. Ezran tersenyum sendiri.
“Tak... Tak ada apa-apalah! Yang kau menyibuk dekat sini buat apa? Bukan ke kau tak suka restoran murah macam ni?” Syafiena cuba mengubah topik. Tak nak Ezran salah sangka dengan kata-kata Dina sementelah dia bagaikan nampak senyuman Ezran tadi.
“Saja, nak cari pasal dengan kau.” Balas Ezran sambil tersengih. Kalau semata masuk ke tempat yang murah demi Syafiena, dia tak kisah sangat. Asalkan dia berjaya sakitkan hati gadis itu.
Get lost!” marah Syafiena dengan wajah yang merah.
“Okey. Janganlah marah sangat. Lagipun aku tahu kau sunyi kalau aku tak kacau kau, kan?” Ezran bagaikan syok sendiri.
Syafiena hanya menjulingkan mata. Tolonglah!
“Oh ya, sebelum pergi ni... Can I know your name?” Tumpuan Ezran beralih pula kepada Dina.
“Oh, err... Nama saya Faradina. Lebih selesa dipanggil Dina.” Jawab Dina sambil tersengih suka. Mana taknya, dah lelaki yang diidamkan tanya namanya!
“Okey, I akan pastikan nama you sentiasa ada dalam ingatan I. See you!” Dengan kenyitan, Ezran lantas berlalu. Sempat Ezran pandang ke belakang dan menjelir lidah ke arah Syafiena.
Syafiena tersentak. Grr! Sempat pulak dia jelir lidah dekat aku!
“Homai, Fiena. Rasa nak pengsan!”
“Apahal?” Syafiena bengang tetiba. Tahu sangat apa yang dimaksudkan dengan kata-kata Dina itu.
I thought that he was just handsome, but it turned out that he was incredibly handsome!” kata Dina sambil tersengih-sengih.
“Sudahlah tu... Patah selera aku nanti.” Syafiena mencebikkan bibirnya. Tiba-tiba rasa menyampah mendengar ayat Dina itu.
“Oh, please don’t be like this. Ciptaan Allah layak dipuji okey.”  Kata Dina sambil terus mengunyahkan makanannya.
Syafiena mengembungkan pipinya. “Habis, aku yang cantik dan comel ni tak ada pulak kau puji?”
“Okey, okey. Syafiena kawan aku ni cantik dan comel gila! Ramai lelaki suka dekat dia. Aku dah puji dah, kan? Belanja aku tengok wayang.” Dina tersengih menampakkan barisan giginya yang teratur.
“Hei, mana boleh macam tu.” Syafiena buat-buat merajuk.

“Haha, okey. Gurau sikit pun tak boleh.”
“Memang tak boleh!” Syafiena menjelirkan lidah seraya ketawa kecil.
Tapi dia tak sedar keletahnya itu diperhatikan oleh seseorang. Ezran tersenyum kecil. Hmm, hari ni dia dapat tengok sisi baru Syafiena. I just can’t wait to see more! Desisnya sambil berlalu pergi.
~bersambung :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 28, 2014 07:02
No comments have been added yet.