The Runaway Groom 4

SYAFIENA termenung jauh. Dia tak tahu sama ada berita yang bosnya bagitahu tadi membuatkan dia perlu gembira atau sedih. Walaupun kompeni cabuk, tetap Syafiena terasa selesa bekerja. Tapi kalau besar dan megah, hati terasa tawar pun tak guna juga.
“Hoi, termenung! Cepat buat kerjalah. Report dekat bos baru kau tau!” Dina menegur sambil memukul perlahan bahu Syafiena dengan surat khabar.
Reportlah... Macam aku heran.” Syafiena balas acuh tak acuh.
“Kau ni dah kenapa, Fiena? Asal muka nampak macam sedih aje?” Bukannya Dina tak perasan. Riak muka Syafiena ni walaupun tengah sedih ke, gembira ke, tetap dia boleh baca.
“Tak ada apa-apalah.” Syafiena pantas menggeleng.
“Cakaplah. Kalau tak, macam mana aku nak pujuk kau?”
“Hee... tak naklah kau pujuk aku. Aku lebih rela kalau lelaki handsome yang pujuk aku.” Syafiena sudah mampu tersenyum. Bercakap dengan Dina memang boleh hilangkan beban dalam hati. Itu yang buat dia senang berkawan dengan gadis itu.
“Oh, berkira ya kau. Aku nak dengar masalah kau ni dah cukup baik tau!”
“Haha, yelah. Gurau ajelah. Itu pun nak ambil serius.”
“Eh, haruslah! Kau lebih pentingkan lelaki berbanding kawan sendiri. Memanglah aku ambil serius!” Dina memuncungkan mulutnya.
“Yelah, I’m sorry. There, aku dah mintak maaf. Kira 0-0 la ni ek?”
“Hah, tau pun takut. Okey, now tell me.”
Syafiena mula menarik nafas panjang-panjang. “Hmm... sebenarnya, aku kena tukar tempat kerja.”
Hey, that’s a good news! Yang kau nak sedih ni kenapa?”
“Yelah... Aku kan dah kerja lama kat sini. Mestilah aku sedih.”
“Alah, Fiena... rilekslah. Kalau kau kerja lama kat sana, mesti tak rasa sedih punya. Percayalah cakap aku. Daripada tak rela, terus jadi sangat rela.” Kata-kata Dina itu membuatkan Syafiena hampir tergelak.
“Okey... nak buat macam mana? Dah ini takdir untuk aku, aku kena terima dengan hati yang terbuka.”
“Haa... macam tulah! Bila kau nak pindah ni?”
“Minggu depan.”
“Oh... okey. Kalau macam tu, lepas ni kita pergi celebrate. Kita makan kat Secret Recipe, nak?”
Sounds good. Kau belanja?”
“Tak. Kau.” Serentak itu Dina terus berlalu sambil tergelak-gelak.
Eh, sengal la perempuan ni!


EZRAN sedang sibuk menyiapkan kerja tatkala pintu pejabatnya dibuka dengan laju. Dengan bengang, dia mengangkat kepala, “what the...” Niat nak marah terus terbantut apabila melihat seorang wanita cantik dan seksi sedang berdiri di hadapannya.
“Hmm... not bad,” kata perempuan itu sambil tersenyum.
Not bad? Heh, I’m more better than that. Desis Ezran sambil tersenyum sinis. “Who are you? And what are you doing here?
I want to meet my fiancée.”
Damn! Fiancée? Mata Ezran terbeliak. Aduh, rupa-rupanya inilah bakal isterinya! Tak sangka perempuan itu berani berjumpa dengannya di pejabat. “Kairina?”
Oh, I’m deeply touched! You remember my name!” Jelas Kairina nampak teruja.
“Heh, of course. Mestilah I ingat nama seorang playgirl.” Suara Ezran kedengaran sinis.
Muka Kairina mula berubah. “Playgirl? Apa yang you cakap ni?”
“Tak payah nak bajet suci dengan I, Kairina. Dengan mama I you memang boleh tipu, tapi dengan I... Not even a chance.” Balas Ezran seraya bangun daripada duduknya. Perlahan dia mendekati Kairina.
Well, whatever it is... kita tetap akan kahwin jugak. I don’t care if I was a playgirl or not, yang penting I takkan lepaskan you.” Kairina memeluk tubuhnya. Sejak dia pandang Ezran walaupun tak sampai beberapa minit, dia tahu yang lelaki itu milik dia!
Ezran senyum sinis lagi, lantas dia mendekatkan bibirnya ke telinga Kairina. “We’ll see that.
Kairina mengetap bibirnya. “Esok jom kita keluar.” Dia tak mahu pedulikan kata-kata Ezran. Yang penting dia nak Ezran jadi milik dia seorang!
Not in a million chance. Sekarang boleh tak you keluar? I sibuk.” Ezran mahu kembali ke tempatnya namun Kairina lebih dulu memegang lengannya.
Please...”
No!” herdik Ezran sambil menarik kasar lengannya. Heh, perempuan tu ingat kalau merayu sampai melutut-lutut, dia akan cair? Memang taklah!
Okay fine! Kali ni you menang, next time I will win for sure!” Kairina menghentakkan kasut tumit tingginya lantas beredar.
Ezran pantas menarik nafas. Lega apabila gangguan sudah pun pergi.  Dia kembali menyambung kerjanya, menyemak laporan. Tak sampai satu minit, Ezran mencampak kasar fail tersebut ke atas meja.
“Hany! Hany!!!” Suara Ezran mencapai dua oktaf. Sampai ke luar rasanya boleh dengar! Semua pekerja-pekerja di situ sudah naik cuak. Aduhai... dah apa benda pulak yang merasuk bos singa ni jadi bad moodtidak tentu hala?
Damn!Dah la tunang yang dia tak mengaku tunang sangat, rosakkan mood dia. Sekarang secretarynya pun nak buat hal? Lama-lama memang boleh jadi serabut kepala otaknya!
Hany gelabah apabila mendengar namanya dipanggil. Alamak, kesalahan apa pula yang dia telah buat? Seingatnya, dia sudah memeriksa berkali-kali laporan yang ditaipnya sebelum dihantar kepada bosnya.
Pernah satu kali, dia terlupa hendak menghantar laporan pada masa yang telah ditetapkan, Ezran telah mencampak fail itu pada wajahnya. Hingga merah wajah kuning langsatnya dek campakan Ezran yang sangat bertenaga itu. Semenjak peristiwa itu, dia sudah tidak berani menghantar laporan dengan lambat. Sungguh dia insaf!
Tangan sudah terketar-ketar mahu mengetuk pintu bilik Ezran. Perlahan dia pandang ke belakang, merenung setiap wajah pekerja-pekerja yang sudah pucat ketakutan. Ada yang siap buat isyarat ‘cepat masuk, or else you’ll be fired!’.
Hany menarik nafas dalam-dalam. Cuba mencari ketenangan dan kekuatan. Huh, tenang Hany. Relaks Hany... kau boleh! Hati memberi sokongan moral, lantas tangan diketuk tiga kali pada pintu. Selepas terdengar suara lantang Ezran mengizinkan dia masuk, tombol pintu laju dipulas.
“Err... err... ada apa-apa yang boleh saya bantu, Encik Ezran?” soal Hany teragak-agak. Wajah bos singanya direnung takut-takut. Walaupun handsome tahap nak pandang beribu-ribu kali, dia tetap takut dengan bosnya itu. Mana tak, bosnya itu serius memanjang! Nak senyum pun rasanya payah kut. Malah, sepanjang dia bekerja dengan Ezran, tidak pernah sekali pun dia lihat lelaki itu tersenyum. Tapi, ah... mungkin apabila lelaki itu tersenyum, bertambah-tambah kacak yang sedia ada pada raut wajah yang sempurna itu.
Pappp!!!
Hany kembali ke alam realiti. Alamak... macam mana dia boleh tertangkap mengelamun jauh ni???
“Dah sampai mana? Paris?” Ezran menjeling tajam. Dia kasi panjang lebar punya ceramah, sedap-sedap pula secretarynya itu berangan. Memang bikin dia panas!
“Err... err... saya minta maaf Encik Ezran.” Hany menundukkan wajah. Duhhh... sindiran dia... menusuk ke lubuk hati kut!
“Ulang balik apa yang I cakap tadi?” pinta Ezran tiba-tiba. Sengaja ingin melihat reaksi gadis di hadapannya.
Hany angkat wajah dengan mata yang membulat. Aduhai, ulang balik? Bosnya ini sudah sedia maklum yang dia berangan tadi, lagi nak suruh dia ulang balik! Siot betul... nak cakap apa ni?
Melihat setiausahanya seolah terkial-kial, Ezran menghembuskan nafasnya dengan kasar. Sabar ajelah dapat setiausaha macam ni! “Your spelling errors... I want you to remake it again. Five times!” ujar Ezran dengan riak seriusnya.
“Erk... yang mana spelling errornya Encik Ezran? Tadi saya dah check banyak kali, takkan masih ada kesalahan jugak?” Hany cuba memberanikan diri untuk bertanya. Mana tahu kalau dia memperbaiki prestasi kerjanya, bosnya itu akan tertarik dengannya. Seterusnya mengajaknya makan dan jatuh cinta dengannya. Bertambah best, lelaki itu mengajaknya berkahwin! Ah, alangkah indahnya... tapi, sungguh jauh angan-angan kau, Hany. Orang macam bosnya itu hanya layak untuk perempuan yang cantik-cantik saja. Kau kena sedar diri, Hany!
“Ni...” Ezran terus mengunjukkan kertas laporan yang diberi oleh Hany tadi.
Pantas Hany turut mendekat untuk melihat kesalahan yang telah dibuat. Alahai, bila dekat ni... wangilah pulak si bos singanya ini. Hatinya berkata-kata sambil tersenyum. Memang syok kalau dia jadi suami aku... Anganan itu kembali berterusan.
“Hei! You nampak ke tidak apa yang I tunjuk ni? Mata tu tengok mana? Sempat lagi berangan you ni kan. Your mind should focus on this paper, not out there! Faham?” Tegas sekali nada yang dikeluarkan Ezran. Memang sakit hati bercakap dengan secretarynya yang satu itu. Suka sangat berangan!
“Err... maaf Encik Ezran. Tadi saya tiba-tiba teringatkan mak dekat kampung. Yalah, kita ni selalu sibuk bekerja buat kita lupa insan tersayang dekat...” Belum sempat Hany menghabiskan hujahnya, Ezran sudah mengangkat tangannya tanda suruh Hany mendiamkan mulutnya.
Shut up and let me explain what your faults, will you?”
Hany pantas mengunci mulutnya dan membiarkan Ezran bercakap. Kalau dah encik bos beri amaran macam tu, apa nak dikata. Kang kalau tak ikut, tak pasal-pasal mengamuk pula lelaki ini.
Pantas Ezran menunjuk kesalahan Hany dalam laporan. Ada satu spelling error di situ. Eh, macam manalah dia boleh tak perasan? Namun, Hany memang kagum dengan Ezran. Sangat tajam, okey. Serius tak tipu. Auuww... dahlah lelaki itu handsome, kaya, cool, mata tajam pulak tu... memang di matanya lelaki itu sangat perfect. Tapi belum lagi perfect dalam segi akhlaknya.
“Ermm... lagi, Encik Ezran? Ada apa-apa kesalahan yang patut saya perbetulkan?” soal Hany lagi, cuba memberi tumpuan seratus peratus pada kertas laporan padahal fikiran sudah terbang melayang dah.
“Itu saja yang perlu you betulkan.” Balas Ezran sambil membetulkan kedudukan tali leher belang birunya.
Mata Hany terbeliak. Takkan itu aje? Dan hanya satu kesilapan membuatkan dia suruh aku buat balik sebanyak lima kali?
“Kenapa tercegat lagi dekat situ? Takkan nak suruh I hampar karpet merah dan tolong bukakan pintu untuk you?” sindir Ezran sambil tersenyum sinis.
Pantas Hany menggeleng. Kepala ditundukkan ke bawah sebagai tanda hormat. Lantas dia berlalu dari situ. Dalam hati sudah buat statementtentang Ezran. Sungguh bosnya itu sangat kejam!


HASIFmasuk ke dalam bilik Ezran tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Ezran yang sedang menyiapkan kerja mengangkat pandang. Tiba-tiba rasa bengang kerana sahabatnya itu tidak mengetuk pintu seperti kebiasaannya.
“Bro, dah tak reti nak ketuk pintu ke?”
“Alah, kita kan kawan. Buat apa nak ketuk bagai.” Balas Hasif sambil lewa. Dia mengambil tempat di sofa yang terletak kemas di hadapan meja Ezran. Ruang bilik lelaki itu memang besar sehingga mampu memuatkan meja dan satu set sofa. Pelbagai almari yang menempatkan banyak fail itu turut tersusun elok di tepi meja kerja Ezran.
“Kawan tak kawan... kat sini tetap tempat kerja, bro.” Ujar Ezran sambil menjeling. Dia agak pantang sedikit kalau ada orang yang tidak menghormatinya. Tak kisahlah orang itu dia rapat ataupun tidak.
“Aduh... serius pulak mamat ni. Okey, okey. After this, aku ketuk pintu. Aku janji tak akan ulang lagi.” Hasif angkat bendera putih. Berlawan cakap dengan anak Dato’ Razali memang sampai tahun depan pun tak habis.
Good!” Ezran tersengih. “So, apa berita sampai bawak kau ke sini? Macam ada perkara mustahak aje...” Kening diangkat. Lantas dia bangun lalu menuju ke arah sofa berangkai dua untuk dilabuhkan punggung di atasnya.
“Memang ada perkara mustahak pun aku nak maklumkan dekat kau. Secretary kau terpaksa pindah ke Johor Bahru. Pekerja dekat sana tak cukup kakitangan, so terpaksalah korbankan secretary kau.”
“Woi... kejam gila! Kenapa ambil secretaryaku? Habis, aku nak kerja ni siapa yang nak tolong uruskan semua schedule aku bro? Agak-agaklah...” Ezran sudah cuak memikirkan pelbagai kemungkinan.
“Hei... relakslah... akan ada orang yang ganti tempat secretary kau tu,” balas Hasif sambil tersenyum.
“Sif, aku memang tak kisah kalau ada orang nak kerja dengan aku, tapi entahkan bagus entahkan tidak kualiti kerjanya tu. Tapi kau sureke kau carik orang yang betul-betul tepat untuk aku? Aku tak nak secretary baru aku tu sama macam Hany yang kuat berangan tu,” ujar Ezran lagi sambil menggelengkan kepalanya.
“Hesy, kau ni. Belum kenal, memanglah kau cakap macam ni. Budak tu hasil kerjanya semua tip top. Aku yakin, kau akan suka dekat budak tu.” Balas Hasif sambil tersenyum penuh makna.
Terangkat kening Ezran dibuatnya. Tip top? Suka? Bibir perlahan mengukir senyuman nakal. Tiba-tiba rasa macam tak sabar mahu berjumpa dengan secretarybarunya. Harap-harap lebih cantik berbanding Hany. Boleh dia masuk jarum!


 MALAM itu, Syafiena duduk di sofanya sambil membuka televisyen. Siaran yang ditayangkan langsung tidak menarik minatnya, jadi dia mula menekan butang remote control tanpa tujuan. Last-last, dia campak saja remote control ke atas meja. Serius bosan!
“Aik? Dah kenapa kau Fiena? Tak ada cerita yang best ke?” Tiba-tiba Syafiena terdengar suara Dina. Ketika itu, Dina sedang membawa dua mug ke ruang tamu dan kemudian diletakkan ke atas meja.
“Sebab tak adalah aku campak aje remote control ni.” Syafiena memuncungkan mulutnya.
“Ya ke? Kita pasang movie nak?”
Sounds good. Movie apa?”
“Insurgent.” Dina tersenyum apabila Syafiena mula memaparkan riak gembiranya.
“Wei, kau ada movie tu? Aku suka gila tengok moviepertama dia, Divergent.” Ujar Syafiena sambil meneguk sedikit air hot chocolate yang Dina bancuh.
“Hehe, mestilah ada. Kejap eh, aku ambil pendrive.” Dina terus bangun dan menuju ke biliknya.
Dalam menanti kemunculan Dina, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Syafiena mengerutkan keningnya. Hairan memikirkan siapa yang menelefonnya malam-malam begini. Apabila tengok skrin, rupa-rupanya Ustazah Hasiah yang menelefon. “Assalamualaikum, umi...”
“Wa’alaikumussalam. Fiena, kamu buat apa tu?” Suara Ustazah Hasiah kedengaran lembut dan tenang. Itu yang Syafiena suka bercakap dengan uminya. Tak pernah bercakap dengan nada yang kasar.
“Fiena baru nak layan movie. Kenapa umi?”
“Oh, ya ke? Kalau macam tu, tak apalah.”
“Umi... kenapa ni? Cakaplah dengan Fiena. Mana tahu Fiena boleh tolong?” Syafiena cuba memujuk Ustazah Hasiah untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati. Dia semacam dapat perasaan ada sesuatu yang Ustazah Hasiah ingin sampaikan.
“Sebenarnya... umi dan abi dah sampai ke Malaysia.”
“Ha?” Syafiena terkejut beruk. “Umi, Fiena ingatkan umi dengan abi balik esok?”
“Hesy, tak adalah. Kamu salah dengar ni.”
“Ermm... okey, kalau macam tu Fiena pergi jemput umi dengan abi sekarang jugak!” Syafiena sudah bangun daripada duduk. Saat itulah Dina muncul dengan muka tertanya-tanya.
“Eh, tak payahlah. Menyusahkan Fiena aje.” Ustazah Hasiah pantas menolak.
“Mana ada menyusahkan. Kalau boleh, Fiena nak berbakti dengan ibu bapa selagi Fiena masih hidup. Umi dengan abi boleh tunggu tak?”
“Insya-Allah, Fiena. Kami akan tunggu dekat airport ye. Terima kasih banyak-banyak sayang. Tak tahulah umi nak cakap macam mana. Rasa beruntung dapat anak macam Fiena.” Ujar Ustazah Hasiah membuatkan Syafiena tersenyum lebar.
“Sama-sama umi. Hal kecil aje tu. Okey, Fiena bersiap-siap dulu ye. Apa-apa hal jangan lupa call Fiena. Assalamualaikum, umi.” Klik! Talian diputuskan sebaik sahaja mendengar Ustazah Hasiah menjawab salamnya.
“Kenapa, beb?” Dina yang sejak tadi mendengar perbualan bertanya.
“Weh, nampaknya aku tak jadilah tengok movie dengan kau. Malam esok ajelah ye. Aku nak jemput umi dan abi aku kat airport.”
“Oh, okey. Tak apa, aku tak kisah pun. Nanti kirim salam dengan umi dan abi kau.”
Syafiena hanya mengangguk, lantas dia pun beredar ke biliknya untuk menukar baju. Lagipun, tempat tinggalnya dengan airport tak adalah jauh mana. Lebih kurang satu jam, sampailah. Sebab itu Syafiena dengan rela hatinya ingin menjemput.


EZRANmelihat jam di tangan. Sudah menghampiri 9.30 pagi. Aduh... mana secretary barunya? Belum berjumpa, sudah menunjukkan belang. Panas sungguh hati Ezran saat ini. Kalau hasil kerjanya tak bagus, memang aku tak akan bagi muka! Desisnya dalam hati.
“Hesy... mana dia ni? Dia ingat, ini pejabat mak bapak dia ke sesuka hati nak datang lambat?” Ezran mengomel perlahan. Dia kalau marah, memang akan merungut tidak henti-henti.
“Eh, kau ni. Cubalah belajar bersabar sikit? Mungkin dia ada reason datang lambat. Mana tahu kucing dia kena langgar ke? Mak dia tiba-tiba sakit lutut ke? Lambat sampai sebab jalan jammed ke?”
Ezran mula mengerutkan dahinya. “Kau ni dah kenapa? Nampak beriya pulak kau mempertahankan secretary baru aku tu, kan? Ni mesti ada apa-apa ni...” Ezran rasa curiga pula. Sebelum ini, mana pernah Hasif beriya macam ni kalau mempertahankan seorang perempuan!
“Tak baik menuduh aku tau. Aku sekarang ni tengah husnudzon. Kan bagus kalau kita fikir positif setiap hari?”
“Huh? Husnudzontu apa?” Ezran pelik. Dia macam pernah dengar perkataan tu, tapi tak pernah pula dia ambil kisah maknanya.
“Huish... Apa ni, pelajar cemerlang gila babeng ni tak tahu perkataan bahasa Arab?” Hasif nak tergelak tapi cepat-cepat dia tahan. Ego Ezran ni memang tinggi, jadi kalau dia seakan-akan memerli atau mengejek Ezran memang patah riuklah badannya dikerjakan.
So what? Bukannya penting pun.” Ezran tidak mengambil endah. Lagipun, sejak dulu lagi dia tak berapa gemarkan bahasa Arab. Susah!
“Haha, okey. Tak kisahlah penting ke tak penting. Maksud dia bersangka baik.” Hasif memberitahu. Walaupun dia ni playboy dan kaki perempuan, tapi dia ambil tahu juga perkara-perkara macam ni.
Ezran hanya mengangguk. Tak terasa malu pun kalau tak faham maknanya. “Haa lagi satu!”
“Apanya?”
“Aku peliklah. Apesal kau tak kasi aku tengok resume secretary baru aku tu?” Ezran angkat kening. Bila dia bertanyakan tentang resume secretary barunya itu pada Hasif, mesti lelaki itu akan mengelak dan mengubah topik.
“Mana ada aku tak kasi.”
“Habis, bagilah aku tengok!” Ezran menadahkan tangannya.
“Tak payah. Sebab aku dah tengokkan untuk kau dan aku memang sangat yakin dia  sesuai jadi secretary baru kau.”
“Wah, wah, wah. Macam tu pulak ek?”
Hasif mengangkat bahu sambil tersengih.
Dalam mereka berborak, tiba-tiba pintu bilik pejabatnya dibuka dari luar dengan pantas. “Maaf saya lambat!”
Ezran mengerutkan kening. Wajah gadis itu dia tak nampak sebab gadis itu sekarang sedang menundukkan wajahnya dengan rambut yang hampir menutupi muka.
“You ingat ini pejabat mak bapak you ke nak datang lambat?” Ezran menempelak. Dia terasa agak seronok kerana dia bagaikan ternampak bahu gadis itu terangkat sedikit. Mungkin terkejut dengan sergahannya.
“Maaf. Saya betul-betul mintak maaf. Saya janji, saya tak akan ulang lagi perkara ni.” ujar Syafiena berulang kali. Malam tadi dek kerana menjemput umi dan abinya, dia tertidur lambat, jadi hasilnya bangun pun lambat jugalah. Dina ni memang tak boleh diharap. Tahulah dah tak pergi ke pejabat yang sama, tapi sekurang-kurangnya kejutlah dia sekali!
“Kalau nak mintak maaf tu, lain kali pandanglah muka orang tu. Nampak sangat you ni tak ikhlas.” Ezran sekadar tersenyum sinis.
“Err...” Gadis itu tampak ragu-ragu. Namun tak ada sebarang pilihan, dia perlahan mengangkat mukanya.
“Kau?!” Ezran terjerit kecil. Ah... Kenapa dunia ni kecil sangat?
Syafiena terkedu. Air liurnya ditelan dua kali. Masih tidak menyangka yang sekarang dia sedang berhadapan dengan musuhnya sendiri!

Ya Allah! Ini bala atau cubaan?
p/s: waa... terima kasih kepada anda yang sudah baca sampai ke tahap ini. Hehe... segala kekurangan harap dapat diterima. Iman tak tahu kenapa Iman malas sangat nak tulis. Tulis bila datang mood aje. Hehe... maafkan Iman tau! Dan kalau anda perasan, memang ada scene yang anda dah baca. Iman letak kat situ ikut kesesuaian bab. Harap mengerti, kehkehkeh. Jom sama-sama nantikan bab 5 yang entah bila nak muncul. :D
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 03, 2015 19:06
No comments have been added yet.