Overwhelming,

Itu adalah perkataan yang tepat untuk menggambarkan keadaan seminggu yang lepas.


1. Buat pertama kalinya buku Tuhan Bukan Manusia dibedah dan didiskusikan di khalayak umum. Lebih mengejutkan, pembedahan itu dilakukan oleh mereka yang menggelarkan diri sebagai Free-Read Sandakan. Alhamdulilah! Setidak-tidaknya aku tahu buku aku layak untuk dibedah oleh mereka yang membaca buku memandangkan suasana industri novel sekarang ini yang dilambakkan dengan genre yang…ah korang tau sendirilah.


Jadi terima kasih bah kepada komrad Rahmat dan Rien untuk pembedahan yang julung kalinya dibuat di khalayak umum, di tempat terbuka dan dipromosikan secara terbuka di Facebook! I am humbled.


Screenshot_2016-01-28-18-40-57


2. Blogger, youtuber dan sekarang booktuber terkenal telah buat review ke atas novel aku di youtube. Review beliau sangat ringkas tapi padat, tepat dan menyeluruh. Terima kasih aku ucapkan kepada Anwar Hadi walaupun beliau tidak mampu membaca part yang terlalu cheesy tu hahaha! Sebenarnya aku sendiri mengalami kesukaran untuk membaca part tu sebab ia terlalulah jiwang tangkap leleh romantika gitu. Mahu tidaknya, part yang cheesy tu aku edit dan tambahkan lagi ketebalan kejunya selepas menonton part Hayati dan Zainuddin berjumpa sebelum Zainuddin berhijrah dalam filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (babak tu jugaklah yang buat abam punya man tears jatuh berkali-kali).


Apapun, terima kasih kepada bro Anwar Hadi untuk review yang diberikan. Selepas seminggu dimuatnaik, video tu dah dapat 1910 views(aku je tengok dah dekat seribu sembilan ratus kali) serta 107 likes. Trimas sekali lagi my friend!anwar hadi


3.Dalam mencari pembaca-pembaca yang turut membuat review di internet, aku menggunakan google search, goodreads dan hashtag #tuhanbukanmanusia di Facebook dan Instagram. Tapi baru-baru ini aku jumpa lebih ramai pembaca yang sebenarnya dah baca buku aku tu (bahkan ada yang dah baca, post banyak kali pasal novel aku tu sejak tahun lepas) apabila aku search nama zharif zainuddin (tak malu sungguh search nama sendiri). Jadi aku nak mintak maaf banyak2 kat korang yang dah baca, share dan review novel aku tu di laman media sosial kalian tapi masih belum ditemui oleh orang yang google namanya sendiri nih. InsyaAllah aku akan cuba cari lagi dan get in touch dengan korang di samping berkongsi review-review korang tu dekat sini dalam tulisan-tulisan akan datang.


Terima kasih dan jumpa lagi! *sambung tengok Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck*


1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 08, 2016 01:09
No comments have been added yet.