Salafiah Quotes
Quotes tagged as "salafiah"
Showing 1-3 of 3
“Sesungguhnya golongan salaf ridhwanullahi alaihim itu sendiri tidak pernah menjadikan pengertian dari perkataan ini sebagai gambaran bagi suatu keperibadian istimewa yang tertentu. Atau pun mereka menjadikannya sebagai suatu logo yang melambangkan kewujudan pemikiran atau perkumpulan khusus yang membezakan mereka dari orang-orang Islam lain. Mereka juga tidak meletakkan keyakinan akidah atau kebaikan perbuatan mereka sebagai model dalam suatu jemaah Islam yang mempunyai falsafah, keperibadian dan pemikiran yang tersendiri. Bahkan mereka dan umat Islam hari ini yang kita panggil sebagai khalaf ada suatu ikatan persefahaman dari segi penghasilan dan pencapaian dalam satu method sahaja demi mengurai rangkaian masalah-masalah tertentu dalam agama.”
― As-Salafiah: Zaman Yang Berkat Bukan Mazhab Islam
― As-Salafiah: Zaman Yang Berkat Bukan Mazhab Islam
“Kita akhiri penjelasan ini dengan menegaskan bahawa perkataan as-Salafiah itu tidak membawa sebarang pengertian ilmiah atau bertepatan dengan realiti agama Islam yang membolehkan kaum muslimin menjadikanya sebagai sebuah jemaah ikutan yang istimewa, membezakan di antara mereka dan orang-orang Islam lain yang turut beriman dengan Allah dan Rasul serta berpegang teguh pula dengan dasar dan usul-usul dalam agama.
Dengan itu jelaslah kepada anda bahawa golongan salaf soleh yang dinasabkan perkataan as-Salafiah kepada mereka itu sebenarnya tidak pernah bersikap kaku sepanjang ketiga-tiga zaman hidup mereka, bahkan walau satu zaman sekali pun, dalam setiap perkataan yang mereka lafazkan, pendapat yang mereka curahkan atau adat kebiasaan yang mereka lakukan. Yang kaku sebenarnya ialah method yang dinasabkan kepada mereka, method yang lebih berupa manfesto parti.”

“Sesungguhnya adalah suatu kesilapan jika kita menyandarkan kalimah salaf ini sebagai suatu istilah baru kerana terpaksa berhadapan dengan sejarah syariah dan aliran pemikiran Islam yang sentiasa berkembang. Istilah yang dimaksudkan itu ialah as-Salafiah yang dijadikan sebagai nama tempat bernaung bagi jemaah tertentu dari kalangan umat Islam. Nama itu mereka berikan kefahaman tertentu dan kemudian menyelitkannya dengan falsafah yang agak menonjol. Secara tidak langsung jemaah ini nampaknya mengisytiharkan persepakatan mereka itu sebagai sebuah jemaah Islam baru yang berdiri di antara pelbagai jemaah-jemaah Islam lain yang saling bercanggahan antara satu sama lain di zaman ini. Jemaah ini agak istimewa kerana teori-teori dan penonjolan yang mereka timbulkan. Tetapi sayangnya kerana keperibadian dan pertimbangan diri mereka itu agak berbeza seperti yang ditunjuk dan diajar oleh golongan salaf terdahulu.”
― As-Salafiah: Zaman Yang Berkat Bukan Mazhab Islam
― As-Salafiah: Zaman Yang Berkat Bukan Mazhab Islam
All Quotes
|
My Quotes
|
Add A Quote
Browse By Tag
- Love Quotes 102k
- Life Quotes 80k
- Inspirational Quotes 76k
- Humor Quotes 44.5k
- Philosophy Quotes 31k
- Inspirational Quotes Quotes 29k
- God Quotes 27k
- Truth Quotes 25k
- Wisdom Quotes 25k
- Romance Quotes 24.5k
- Poetry Quotes 23.5k
- Life Lessons Quotes 22.5k
- Quotes Quotes 21k
- Death Quotes 20.5k
- Happiness Quotes 19k
- Hope Quotes 18.5k
- Faith Quotes 18.5k
- Travel Quotes 18.5k
- Inspiration Quotes 17.5k
- Spirituality Quotes 16k
- Relationships Quotes 15.5k
- Life Quotes Quotes 15.5k
- Motivational Quotes 15.5k
- Religion Quotes 15.5k
- Love Quotes Quotes 15.5k
- Writing Quotes 15k
- Success Quotes 14k
- Motivation Quotes 13.5k
- Time Quotes 13k
- Motivational Quotes Quotes 12.5k