Salafussoleh Quotes

Quotes tagged as "salafussoleh" Showing 1-2 of 2
محمد سعيد رمضان البوطي
“Sesungguhnya golongan salaf ridhwanullahi alaihim itu sendiri tidak pernah menjadikan pengertian dari perkataan ini sebagai gambaran bagi suatu keperibadian istimewa yang tertentu. Atau pun mereka menjadikannya sebagai suatu logo yang melambangkan kewujudan pemikiran atau perkumpulan khusus yang membezakan mereka dari orang-orang Islam lain. Mereka juga tidak meletakkan keyakinan akidah atau kebaikan perbuatan mereka sebagai model dalam suatu jemaah Islam yang mempunyai falsafah, keperibadian dan pemikiran yang tersendiri. Bahkan mereka dan umat Islam hari ini yang kita panggil sebagai khalaf ada suatu ikatan persefahaman dari segi penghasilan dan pencapaian dalam satu method sahaja demi mengurai rangkaian masalah-masalah tertentu dalam agama.”
Muhammad Said Ramadhan al-Butiy, As-Salafiah: Zaman Yang Berkat Bukan Mazhab Islam

محمد سعيد رمضان البوطي
“Kita akhiri penjelasan ini dengan menegaskan bahawa perkataan as-Salafiah itu tidak membawa sebarang pengertian ilmiah atau bertepatan dengan realiti agama Islam yang membolehkan kaum muslimin menjadikanya sebagai sebuah jemaah ikutan yang istimewa, membezakan di antara mereka dan orang-orang Islam lain yang turut beriman dengan Allah dan Rasul serta berpegang teguh pula dengan dasar dan usul-usul dalam agama.

Dengan itu jelaslah kepada anda bahawa golongan salaf soleh yang dinasabkan perkataan as-Salafiah kepada mereka itu sebenarnya tidak pernah bersikap kaku sepanjang ketiga-tiga zaman hidup mereka, bahkan walau satu zaman sekali pun, dalam setiap perkataan yang mereka lafazkan, pendapat yang mereka curahkan atau adat kebiasaan yang mereka lakukan. Yang kaku sebenarnya ialah method yang dinasabkan kepada mereka, method yang lebih berupa manfesto parti.”
Muhammad Said Ramadhan al-Butiy, As-Salafiah: Zaman Yang Berkat Bukan Mazhab Islam