Status Updates From Adab Dan Peradaban: Karya P...
Adab Dan Peradaban: Karya Pengi'tirafan untuk Syed Muhammad Naquib al-Attas by
Status Updates Showing 1-30 of 34
Faiz • فائز
is on page 35 of 722
Mujaddid (pembaharu) itu bukanlah menemui idea baharu [demikian kerana para Nabi عليه السلام sekalipun tidak menda'wa bahawa mereka menemui idea baharu yang lahir daripada aqal manusia semata-mata, melainkan ia wahyu daripada Allah ﷻ], sebaliknya menemukan kembali (rediscover) atau memperbaharui dan membuat penyesuaian semula terhadap gagasan pemikiran lama yang disahkan benar.
— Nov 11, 2025 09:58PM
Add a comment
Nazmi Yaakub
is on page 320 of 722
Dalam Beberapa Wajah dan Faham Dasaw Tasawuf, Dr Wan Suhaimi Wan Abdullah, menjelaskan aspek positif tasawuf yg dikupas oleh al-Attas dengan menerangkan faham seperti ilmu, makna dll sebagai jawapan tasawuf terhadap cabaran semasa.
— Sep 23, 2012 08:47AM
Add a comment
Nazmi Yaakub
is on page 203 of 722
Dr Mohd Sani Badron menegaskan asas di sebalik tamadun adalah para rasul dan nabi (meskipun, namanya tidak diketahui) kerana tamadun memerlukan adab-keagamaan untuk berkembang dan menjadi kukuh - yang dapat dilihat daripada tamadun Islam yang hakiki.
— Sep 13, 2012 02:49AM
Add a comment
Nazmi Yaakub
is on page 183 of 722
Makalah Hamid Fahmy Zarkasyi melihat keperluan menjadikan pandangan alam Islam sebagai kerangka pengkajian falsafah Islam, bukan saja memberikan takrifan dan pengertian kepada pandangan alam, bahkan boleh dianggap sebagai pengantar ringkas yang padat mengenai falsafah dan hubung-kaitnya dengan Islam.
— Sep 11, 2012 10:10PM
Add a comment
Nazmi Yaakub
is on page 142 of 722
Tentang takrif pandangan alam Islam oleh al-Maududi, Muhammad 'Atif al-Zayn, Sayyid Qutub dan al-Attas, sebelum melihat worldview sebagai bangunan konsep berdasarkan pandangan Alparslan Acikgence.
— Sep 11, 2012 09:16AM
Add a comment
Nazmi Yaakub
is on page 133 of 722
Menyorot faham mithaq atau perjanjian asali yang dibincangkan Dr Mohd Farid Mohd Shahran seperti yang dikupas oleh Prof Naquib al-Attas dalam bukunya, Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak, manakala ringkasan penuhnya ditampal di wall FB, http://www.facebook.com/imzanazmi/pos...
— Sep 11, 2012 04:08AM
Add a comment








