Status Updates From Imperialisme Intelektual
Imperialisme Intelektual by
Status Updates Showing 1-14 of 14
Faiz • فائز
is on page 12 of 46
Ulang baca untuk memahami dengan lebih lumat perihal imperialisme intelektual. Cuma, bacaan kali ini lebih tertumpu terhadap 'kuasa' kerana ia adalah titik mula yang mendasari perbincangan—walaupun tidak dinyatakan secara eksplisit (jelas).
Perbahasan Weber dan Marx juga banyak menyinggung perihal 'kuasa', sekaligus memberi gambaran bahawa ia adalah hal yang penting dalam disiplin ilmu sosiologi.
— Oct 25, 2025 03:44AM
Add a comment
Perbahasan Weber dan Marx juga banyak menyinggung perihal 'kuasa', sekaligus memberi gambaran bahawa ia adalah hal yang penting dalam disiplin ilmu sosiologi.
Benz
is on page 27 of 46
Alatas membezakan antara Imperialisme Intelektual dan Minda Tertawan. Selain Bebalisme, Alatas juga memperkenalkan konsep Jadong, iaitu Jahat, Bodoh dan Sombong.
— Mar 27, 2024 02:32AM
Add a comment
Benz
is on page 26 of 46
Alatas dalam membela Buddha yang begitu miskin dipandang seorang ahli falsafah Barat yang disebutnya di ms ini, nampak hebat dan teliti sekali, bila mana beliau menyebutkan ada Buddhist yang membakar diri dalam Perang Vietnam. Bagaimanapun kritis Alatas hilang dalam membincangkan tentang gerakan Kiri radikal Tupamaro dalam bukunya terbitan Utusan.
— Mar 27, 2024 01:31AM
Add a comment
Benz
is on page 22 of 46
Orang putih/barat/eropah gemar memandang rendah orang kulit berwarna/timur/asia, bahkan juga lebih memandang tinggi agama mereka berbanding agama orang lain, dan bukan sahaja memandang tinggi Kristian, dan merendahkan Islam, bahkan juga termasuk Hindu dan Buddha.
— Mar 26, 2024 01:56AM
Add a comment
Benz
is on page 21 of 46
Walaupun naskhah ini nipis, tetapi naskhah ini penting dan agak berat. Alatas sedang mengupas tentang permasalahan imperialisme intelektual juga tentang konsep White Men Burden yang menakluki dan mengangkangi kita selama-lama ini (bahkan mungkin hingga kini).
— Mar 26, 2024 01:30AM
Add a comment
Benz
is on page 19 of 46
Disebutkan dalam naskhah ini, Marx dan Engels juga tidak terlepas dari etnosentrism yang agresif. Ini kali kedua aku mendengar hal ini, sebelumnya dari ulasan Syed Ahmad Fathi.
— Mar 26, 2024 12:43AM
Add a comment
Benz
is on page 16 of 46
Buku ini agak spesifik temanya. Aku lihat Azmi Ariffin wajar baca karya ini juga untuk merumuskan sikapnya terhadap Alatas.
— Mar 21, 2024 03:13AM
Add a comment
Benz
is on page 8 of 46
Menarik dalam buku ini, bila dibincangkan tentang orang kita lebih tertarik dengan Plato, Machiavelli dll nama besar Barat, tetapi kurang tertarik dengan Ibn Khaldun, Nehru dan Rizal.
— Mar 20, 2024 12:33AM
Add a comment
Benz
is on page 3 of 46
Menarik juga bila Alatas membincangkan konsep sukan. Konsep sukan yang diiktiraf selama-lama ini, ialah sukan yang diminati oleh Barat dan popular di Barat. Sebaliknya dari rantau kita, tidak pula mendapat tempat.
— Mar 08, 2024 03:19AM
Add a comment
Benz
is starting
Sedap juga permulaan buku ini, iaitu ditulis tentang persoalan imperialisme dan koloni, yang mana imperialis mengambil bahan mentah dari koloni, dibawa pulang ke negerinya, kemudian diproses dan dikilangkan di negerinya, seterusnya dijual ke negeri-negeri koloni. Begitu juga persoalan intelektual kita yang mengambil dari hasil penelaah asing, yang mengambil bahan mentahnya dari sini.
— Mar 02, 2024 01:45AM
Add a comment


