Status Updates From Kerana Cinta Itu Ada Saktinya

Kerana Cinta Itu Ada Saktinya Kerana Cinta Itu Ada Saktinya
by


Status Updates Showing 1-30 of 49

order by

シティ
シティ is on page 575 of 640
“Dalam hidup berumah tangga tak ada istilah menyusahkan, sayang. Kita kena saling membantu. Saling memahami. Saling menerima segala lebih dan kurang. Saling melengkapi. Itu makna sebenar cinta… Makna kasih sayang. Bukan setakat ucapan di bibir sahaja.”
Sep 01, 2018 04:10AM Add a comment
Kerana Cinta Itu Ada Saktinya

シティ
シティ is on page 532 of 640
Menangis bukan tanda you lemah. Ia tanda betapa you berterus terang dalam mempamerkan ekspresi jiwa… Ekspresi rasa. Menangis tu juga tanda ungkapan kasih sayang yang kuat, yang utuh. A real man knows when it is safe to cry and when to stand strong, FA. And I am telling you that you heve picked the right guy at the right time to be on this fight with you. We are in this together, bro. I swear I takkan pecahkan rahsia
Sep 01, 2018 02:54AM Add a comment
Kerana Cinta Itu Ada Saktinya

シティ
シティ is on page 515 of 640
Dan saya juga berharap suatu hari nanti apabila saya menjadi tanah, awak sudi menjadi kuntuman mawar indah yang menghiasi dada. Sudikah awak, Aida?”
Sep 01, 2018 02:38AM Add a comment
Kerana Cinta Itu Ada Saktinya

シティ
シティ is on page 515 of 640
Sebab saya mahu jadi sang bayu nan menderu agar sentiasa boleh bertemu sang merpati secomel awak. Agar kita boleh terbang berdua ke mana sahaja tanpa risau. Sebab saya mahu jadi bait-bait puisi nan puitis agar sentiasa boleh bernyanyi penuh syahdu bersama sang melodi seindah awak. Agar kita sentiasa berganding bersama, tak terpisah dan tak boleh dipisahkan.
Sep 01, 2018 02:38AM Add a comment
Kerana Cinta Itu Ada Saktinya

シティ
シティ is on page 515 of 640
Sebab saya mahu jadi sang bayu nan menderu agar sentiasa boleh bertemu sang merpati secomel awak. Agar kita boleh terbang berdua ke mana sahaja tanpa risau. Sebab saya mahu jadi bait-bait puisi nan puitis agar sentiasa boleh bernyanyi penuh syahdu bersama sang melodi seindah awak. Agar kita sentiasa berganding bersama, tak terpisah dan tak boleh dipisahkan. Dan saya juga berharap suatu hari nanti apabila saya menjadi
Sep 01, 2018 02:37AM Add a comment
Kerana Cinta Itu Ada Saktinya

シティ
シティ is on page 514 of 640
Saya mahu sentiasa jadi jaluran pelangi buat awan yang mulus seperti awak. Agar kita sentiasa boleh bertemu tak kira waktu. Sebab saya mahu jadi rembulan yang sentiasa memayungi kejora yang berkilauan seperti awak. Agar kita tetap bersama hingga fajar menyinsing keesokan harinya. Sebab saya mahu jadi laut yang sentiasa setia menemani duyung secantik awak. Agar kita boleh berenang merentas benua bersama tanpa lelah.
Sep 01, 2018 02:36AM Add a comment
Kerana Cinta Itu Ada Saktinya

シティ
シティ is on page 514 of 640
“Awak dah berjanji mahu jadi bahtera kalau saya lautnya, Aida. Awak sudah berjanji untuk jadi pantai kalau saya ombaknya. Awak juga sudah berjanji untuk jadi sauh kalau saya dermaganya. Jangan mungkiri janji awak kepada saya... Laut yang setia pada bahtera yang belayar di dadanya, ombak yang tidak pernah lelah menyapa pantai dan dermaga yang setiap hanya pada sauh yang satu. Tidak yang lain.”
Sep 01, 2018 02:33AM Add a comment
Kerana Cinta Itu Ada Saktinya

シティ
シティ is on page 513 of 640
Jangan tinggalkan sauh yang tak punya daya. Kerana sauh tak mampu hidup tanpa ada dermaga di sisi. Sauh yang setia tak mampu membilang rindu jika dermaga tega untuk berpaling dan beralih kasih pada bahtera yang muncul tiba-tiba. Ingat kata-kata awak ini lagi, Aida?”
Sep 01, 2018 02:30AM Add a comment
Kerana Cinta Itu Ada Saktinya

シティ
シティ is on page 513 of 640
“Kalau saya ini bahtera, saya mahu awak jadi lautnya. Kerana tanpa laut, takkan mungkin bahtera mampu belayar. Kalau saya ini pantai, saya mahu awak jadi ombaknya. Kerana ombak dan pantai takkan pernah terpisah walau ribut membadai. Kalau saya ini sauh, saya mahu awak jadi dermaganya. Kerana tanpa dermaga takkan ada sauh. Tapi jika ada bahtera yang merapati dermaga, saya mohon jangan ajalkan sauh. Jangan tinggalkan s
Sep 01, 2018 02:29AM Add a comment
Kerana Cinta Itu Ada Saktinya

シティ
シティ is on page 282 of 640
Seperti kata FI, kerja dengan hati yang lapang macam tengah berlari di padang hijau yang luas terbentang. Walau kena berlari namun tetap seronok melihat keindahan yang terbentang di depan mata. Rasa nak terus berlari tanpa henti.
Aug 30, 2018 09:38PM Add a comment
Kerana Cinta Itu Ada Saktinya

シティ
シティ is on page 243 of 640
“I am really impressed, boss. Sempoi punya pantun tu... Tapi…” Rina kerling ke arah Aida yang masih menundukkan wajah.

"Fuh! Makna dia mendalam tu. Hebat betul orang yang kat depan I ni, ya? Dalam diam dia… Dalam senyap dia… Dalam rendah diri dia… Bos I yang gila punya handsome ni dah lama dia bawa lari hatinya, ya? Agaknya dia simpan kat mana hati bos yang dia curi tu, ya?”
Aug 30, 2018 09:00PM Add a comment
Kerana Cinta Itu Ada Saktinya

シティ
シティ is on page 242 of 640
“Malam Jumaat hujannya lebat,
awan mendung lagi pekat,
bidadari di depan ini hebat,
hatiku ini lama dah terpikat.”
Aug 30, 2018 08:56PM Add a comment
Kerana Cinta Itu Ada Saktinya

シティ
シティ is on page 241 of 640
“Sungguh bahaya ular berbisa, jika dipatuk sakit tak terkata, sungguh bahagia daku merasa, melihat bosku dan Aida bermain mata.”
Aug 30, 2018 08:54PM Add a comment
Kerana Cinta Itu Ada Saktinya

シティ
シティ is on page 239 of 640
"APA guna pasang pelita, jika tidak dengan sumbunya, apa guna bermain mata, kalau tidak dengan sungguhnya. Romantis saya kepada yang berhak sahaja, Rina. Sewajarnya begitu, kan? Kalau saya romantis kat awak, lain pula jadinya. Silap-silap bertelur pula dahi nanti. Tak begitu, Puan Rina?”
Aug 30, 2018 08:51PM Add a comment
Kerana Cinta Itu Ada Saktinya

シティ
シティ is on page 221 of 640
Tapi jika ada bahtera yang merapati dermaga, saya mohon jangan ajalkan sauh. Jangan tinggalkan sauh yang tak punya daya. Kerana sauh tak mampu hidup tanpa ada dermaga di sisi. Sauh yang setia tak mampu membilang rindu jika dermaga tega untuk berpaling dan beralih kasih pada bahtera yang muncul tiba-tiba. Bolehkah awak janji untuk yang ini kepada saya, Fazwan?”
Aug 30, 2018 08:37PM Add a comment
Kerana Cinta Itu Ada Saktinya

シティ
シティ is on page 221 of 640
“Kalau saya ini bahtera, saya mahu awak jadi lautnya. Kerana tanpa laut takkan mungkin bahtera mampu belayar. Kalau saya ini pantai, saya mahu awak jadi ombaknya. Kerana ombak dan pantai takkan pernah terpisah walau ribut membadai. Kalau saya ini sauh, saya mahu awak jadi dermaganya. Kerana tanpa dermaga takkan ada sauh.
Aug 30, 2018 08:34PM Add a comment
Kerana Cinta Itu Ada Saktinya

シティ
シティ is on page 215 of 640
“Hai, bos… Tenung anak dara orang sampai kena bius telinga nampak. Suara saya yang punya sedap ni pun dah tak dengar. Parah dah bos ni. Eloklah buat apa yang patut. Lambat nanti kena kebas pula orang yang ditenung tu. Baru betul kes aniaya.”
Aug 30, 2018 08:27PM Add a comment
Kerana Cinta Itu Ada Saktinya

シティ
シティ is on page 214 of 640
Cinta itu mengajar kita menerima kekurangan orang yang kita cintai… Bukan kelebihannya. Tidak juga memandang tentang sejarah silamnya. Cinta buat kita menerima orang yang kita cinta seadanya. Tiada syarat. Tiada had.”
Aug 30, 2018 08:25PM Add a comment
Kerana Cinta Itu Ada Saktinya

シティ
シティ is on page 214 of 640
“Saya tidak mencari kecantikan awak ataupun harta milik awak, Aida. Semua tu hanya sementara. Pinjaman daripada-Nya. Yang saya inginkan… Yang saya harapkan cuma ketulusan hati awak mencintai saya dengan sepenuh jiwa, Aida.
Aug 30, 2018 08:25PM Add a comment
Kerana Cinta Itu Ada Saktinya

シティ
シティ is on page 210 of 640
“Kita sama-sama berdoa agar kita ada kesudahan yang baik. Agar hati kita akan disatukan, agar jiwa kita akan diikat dan disimpul mati tanpa mampu dileraikan oleh apa jua... Kecuali takdir daripada-Nya.”
Aug 30, 2018 08:21PM Add a comment
Kerana Cinta Itu Ada Saktinya

シティ
シティ is on page 210 of 640
“Cinta itu Aida… Adalah anugerah terindah daripada Allah, dan awak ialah anugerah terindah daripada Allah buat saya. Tak mungkin ada mainan rasa, Aida. Awak dan saya sama-sama merasakannya. Saya dapat merasakan degup dalam jiwa awak. Tak perlu menyembunyikannya daripada saya. Insya-Allah… Cinta daripada Allah tak mungkin mainan, Aida. Apa yang perlu...” Fazwan pandang ke kolam mata Aida yang jernih.
Aug 30, 2018 08:21PM Add a comment
Kerana Cinta Itu Ada Saktinya

シティ
シティ is on page 209 of 640
“Mutiara itu akan tetap bersinar walau dihumban ke kubang lumpur sekalipun. Sinar indahnya takkan hilang… Jauh sekali pudar. Dan saya melihat awak tetap memelihara keindahan sifat mutiara yang ada dalam diri awak walau di mana awak berada. Saya sangat berharap mutiara yang ini sudi memancarkan cahayanya yang indah itu dalam hidup saya. Kebahagiaan hidup saya akan sempurna dengan adanya awak di sisi, Aida.”
Aug 30, 2018 08:18PM Add a comment
Kerana Cinta Itu Ada Saktinya

シティ
シティ is on page 208 of 640
“Cinta itu tidak hanya hadir daripada tatapan mata, Aida.”

“Tapi cinta juga hadir dari detik tulus hati yang tak pernah menipu. Cinta itu wujud apabila akal dan hati bergabung menjadi satu. Dan apabila rasa itu bersatu, segala jurang dan beza sudah tak bermakna lagi. Dan saya tidak pernah melihat jurang antara kita. Tak pernah ada. Awak dan saya sama sahaja.”
Aug 30, 2018 08:17PM Add a comment
Kerana Cinta Itu Ada Saktinya

シティ
シティ is on page 207 of 640
“Soal hati ini urusan Dia, Aida. Saya tak pernah mimpi akan tiba suatu hari pintu hati saya ini yang sudah terkunci rapat tiba-tiba dibuka kembali. Kunci hati saya yang hilang dahulu rupa-rupanya sudah ditemui oleh seseorang. Dan seseorang itu ialah awak, Aida.”
Aug 30, 2018 08:15PM Add a comment
Kerana Cinta Itu Ada Saktinya

シティ
シティ is on page 207 of 640
“Saya tak pilih awak, Aida. Tapi…” Jari telunjuk Fazwan lurus ke langit kereta.

“Dia yang sudah mencatat nama awak di sisi nama saya. Saya tahu awak orangnya, Aida. Degup jantung saya ini takkan mungkin menipu setiap kali nama awak hadir dalam fikiran.” Fazwan bentang senyum manis sebelum menyambung bicara.
Aug 30, 2018 08:14PM Add a comment
Kerana Cinta Itu Ada Saktinya

シティ
シティ is on page 205 of 640
“... Pipit comel yang sangat bertuah. Kerana awak juga punya istimewanya yang tersendiri. Istimewa awak itulah yang memikat hati sang enggang bestari. Demi awak, sang enggang yang memuja awak sepenuh jiwa tu sanggup kibarkan sayapnya luas-luas agar awak mampu berpaut dan duduk bersemayam di situ dengan selamat seumur hidup. Terbang melihat indahnya dunia di bawah payungan sayap enggang yang perkasa.”
Aug 30, 2018 08:12PM Add a comment
Kerana Cinta Itu Ada Saktinya

シティ
シティ is on page 192 of 640
“Izinkan saya kenal dan tahu lebih tentang diri awak. Saya harap sangat kesudian awak untuk berkongsi tentang diri awak dengan saya. Jika awak rasa saya terlalu tinggi untuk digapai, hulurkan tangan awak untuk saya boleh duduk sama rendah dengan awak agar tiada jurang antara kita. Buat diri saya… Awak akan tahu segala-galanya tentang saya di rumah kawan baik saya malam nanti. Saya jemput awak nanti lepas kelas, hmmm?
Aug 30, 2018 08:11PM Add a comment
Kerana Cinta Itu Ada Saktinya

シティ
シティ is on page 192 of 640
“Izinkan saya kenal dan tahu lebih tentang diri awak. Saya harap sangat kesudian awak untuk berkongsi tentang diri awak dengan saya. Jika awak rasa saya terlalu tinggi untuk digapai, hulurkan tangan awak untuk saya boleh duduk sama rendah dengan awak agar tiada jurang antara kita. Buat diri saya… Awak akan tahu segala-galanya tentang saya di rumah kawan baik saya malam nanti. Saya jemput awak nanti lepas kelas, hmmm?
Aug 30, 2018 07:54PM Add a comment
Kerana Cinta Itu Ada Saktinya

シティ
シティ is on page 185 of 640
“Saya... Saya puasa ganti. Ha... Puasa ganti.”

Fazwan senyum. Kepala diangguk.

“Berapa hari lagi?”

“Saya rasa hal ni bukan urusan awak. Jadi tak perlulah nak ambil tahu.”

“Suatu hari nanti akan jadi urusan saya, Aida. Dan ketika itu saya perlu ambil tahu sebab saya ada kepentingan di situ. Don’t you think so, Teacher Aida?”
Aug 30, 2018 12:08PM Add a comment
Kerana Cinta Itu Ada Saktinya

« previous 1