Status Updates From Tafsir Surah Al-Fatihah dan...
Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1 by
Status Updates Showing 1-30 of 192
Najihah
is on page 365 of 432
Kebenaran ialah sesuatu yang dapat dipertanggungjawabkan oleh akal yg sihat, yg tidak akan dapat ditumbangkan oleh perkisaran angin zaman, yg menolak akan segala yg salah, menentang yg bobrok, agak2 dan angan2, dongeng2 yg tidak berdasar. Kebenaran menimbulkan ketenteraman dalam batin orang yg menganutnya dan menghilangkan keraguan.
— Jan 29, 2026 02:50AM
Add a comment
Najihah
is on page 144 of 432
Apa erti taqwa? Taqwa ialah memelihara hubungan baik dengan Allah. Memelihara diri jangan sampai terperosok pada suatu perbuatan yg tidak diredhai oleh Allah. Memelihara segala perintahNya supaya dapat dijalankan.
— Jan 23, 2026 06:24AM
Add a comment
Najihah
is on page 134 of 432
Betapalah perasaan kita, wahai insan yg ghafil(lalai), kalau Allah murka kpd kita? Renungkan ayat 77 dari surah Ali 'Imran:
"Itulah orang yang tidak ada bahagian untuk mereka di akhirat dan tidaklah Allah akan bercakap dgn mereka dan tidak akan memandang kpd mereka di Hari Kiamat dan Dia tidak lagi akan menyucikan mereka, dan bagi mereka azab yang pedih."
— Jan 21, 2026 09:32PM
Add a comment
"Itulah orang yang tidak ada bahagian untuk mereka di akhirat dan tidaklah Allah akan bercakap dgn mereka dan tidak akan memandang kpd mereka di Hari Kiamat dan Dia tidak lagi akan menyucikan mereka, dan bagi mereka azab yang pedih."
Najihah
is on page 108 of 432
Permulaan dari redha Allah itu ialah bilamana telah tumbuh dalam jiwa keinsafan beragama, menjadi Islam yg bererti menyerah diri dgn sukarela kepada Allah dan iman yg bererti kepercayaan yg penuh. Islam dan iman menimbulkan ihsan, iaitu bekerja terus memperbaiki dan mempertinggi mutu jiwa. Maka timbullah nur di dalam jiwa, cahaya yg memberi sinar pada kehidupan. Dan cahaya itu menyuluhinya sampai ke akhirat.
— Jan 20, 2026 06:08PM
Add a comment
Najihah
is on page 75 of 432
Sewaktu Buya HAMKA dalam tahanan penjara, beliau mengarang Tafsir pada waktu pagi, membaca buku2 di petang hari, tilawatil quran di antara maghrib dan isyak, dan tahajjud serta munajat di lepas tengah malam. Itulah obat yg paling mujarab pengobat kesepian dan rasa murung. "Di waktu segala jalan hubungan di bumi ditutup orang, hubungan ke langit lapang terluang."
— Jan 20, 2026 05:35AM
Add a comment
Najihah
is on page 30 of 432
"Kepada peminat al-Quran kami serukan bahawa pentafsiran dari tiap-tiap pentafsir tidaklah sama, masing2 diberi warna oleh keperibadian pentafsir sendiri, dalam dan dangkal ilmunya, pendidikan dan pengalamannya. Sebab itu, kita ingatkan tafsir ini belumlah cukup, sebagai pembimbing sahaja masuknya nur ayat2 al-Quran ke dalam jiwa masing2. Yang cukup dan lengkap hanyalah al-Quran itu sendiri."
— Jan 19, 2026 05:31PM
Add a comment
Faiz • فائز
is on page 18 of 312
Cetakan ketujuh (2007) terbitan Pustaka Nasional Pte Ltd Singapure. Mengandungi 600 lebih muka surat.
Dibaca di Masjid al-Makmuirah, Kg. Sg. Kayu Ara Damansara. Moga Allah ﷻ mengurniakan pahala yang berpanjangan buat penginfaq.
— Feb 21, 2025 06:02AM
Add a comment
Dibaca di Masjid al-Makmuirah, Kg. Sg. Kayu Ara Damansara. Moga Allah ﷻ mengurniakan pahala yang berpanjangan buat penginfaq.






