Zawani > Recent Status Updates

Showing 1-30 of 116
Zawani
Zawani is starting Naratif Ogonshoto
Kena mula semula setelah setahun setengah tinggal sebab ada orang pinjam dan tak dapat nak pulangkan sebab PKP.
Apr 16, 2021 07:35PM Add a comment
Naratif Ogonshoto

Zawani
Zawani is on page 26 of 108 of Tikus Rahmat (Siri sastera klasik)
Permulaan 2020. Membaca semula naskah yang pernah dibaca pada tahun 2007 (tingkatan 4 ketika itu).
Jan 17, 2020 05:00AM Add a comment
Tikus Rahmat (Siri sastera klasik)

Zawani
Zawani is on page 22 of 270 of The SEA Is Ours: Tales of Steampunk Southeast Asia
Ah, cerpen pertama On The Consequence of Sound oleh Timothy Dimacali mengingatkan aku pada Howl's Moving Castle, Castle In The Sky dan Golden Compass. Flying ships and the dream to become flying navigator. Cukup satu dahulu untuk malam ini.
Oct 06, 2019 08:18AM Add a comment
The SEA Is Ours: Tales of Steampunk Southeast Asia

Zawani
Zawani is on page 7 of 270 of The SEA Is Ours: Tales of Steampunk Southeast Asia
Mengenali genre steampunk; retrofuturism, alternate history, technofantasy.
Oct 06, 2019 07:57AM Add a comment
The SEA Is Ours: Tales of Steampunk Southeast Asia

Zawani
Zawani is starting Naratif Ogonshoto
Setahun lebih tersadai di rak 'buku belum baca' tidak berusik. Tadi malam baru berhajat menyelaknya, terpana dengan lukisan peta republik Ogonshoto, negara imaginasi sang penulis. Mengingatkan aku pada karya The Hobbit dan The Lord of The Rings. Menariknya perkataan 'Ogonshoto' diambil daripada Bahasa Jepun; Ogon bermaksud emas dan shoto pula pulau. Pulau Emas.
Apr 24, 2019 11:14PM Add a comment
Naratif Ogonshoto

Zawani
Zawani is on page 27 of 800 of Dunia Sophie
You be the seeker of your own truth.
Mar 14, 2019 04:54AM Add a comment
Dunia Sophie

Zawani
Zawani is on page 36 of 159 of Intelektual Masyarakat Membangun
Prof Alatas menjadikan tokoh terkenal gerakan Islam, Jamaluddin al-Afghani sebagai contoh lengkap seorang bebal yang mengaku bijak dan alim. Jamaluddin al-Afghani terkenal sebagai antara pelopor awal gerakan islam yang ingin mengangkat idea daulah (negara) islamiyah (melalui revolusi ekstrem). Idea ini kemudiannya tersebar daripada Turkey ke Iran dan negara timur tengah yang lain sehinggalah ke kepulauan nusantara.
Feb 18, 2019 06:06PM Add a comment
Intelektual Masyarakat Membangun

Zawani
Zawani is on page 8 of 371 of PROFESOR
Sekepal nasi dan segenggam wang; kerja hak asasi orang tak pandang suci berbanding berkendi-kendi air wudhu' di kolah masjid.
Jan 12, 2019 02:36AM Add a comment
PROFESOR

Zawani
Zawani added a status update
Lama tak menjenguk ke sini. Dua bulan setengah lagi untuk menghabiskan cabaran!
Oct 16, 2018 01:17AM Add a comment

Zawani
Zawani is on page 10 of 159 of Intelektual Masyarakat Membangun
Reread.
Setelah berbulan lamanya meninggalkan dunia buku. Perlu suntikan keras untuk naikkan semula mood.
Sep 12, 2018 12:44AM Add a comment
Intelektual Masyarakat Membangun

Zawani
Zawani added a status update
Lama tak bukak Goodreads dan update bacaan PRU punya pasal. Kena fokus semula ni, jauh nak kejar bilangan buku yang di target tahun ni!
May 12, 2018 12:03AM Add a comment

Zawani
Zawani added a status update
Selamat berehat di negeri abadi buat Asmar Shah, teman yang aktif di Goodreads. Terima kasih atas Sekolah Bernama Kehidupan dan beberapa karya yang lain. Pasti akan merindui review buku-buku oleh beliau. Al-Fatihah.
Apr 06, 2018 08:00PM Add a comment

Zawani
Zawani is on page 53 of 221 of Melati Kota Bharu
Tebal benar unsur nasionalisme (melayu) dalam naskah ini. haha
Mar 29, 2018 07:38PM Add a comment
Melati Kota Bharu

Zawani
Zawani is on page 41 of 186 of Analisis Gender dan Transformasi Sosial
Pemikiran bahawa orang miskin adalah orang yang malas sebenarnya datang daripada Max Weber yang mengetengahkan idea keinginan berprestasi (the need for achievement) dalam etika protestan. Bagi Weber, keinginan berprestasi rakyat Dunia ketiga adalah rendah dan disebabkan itu mereka miskin dan mundur.
Mar 12, 2018 12:39AM Add a comment
Analisis Gender dan Transformasi Sosial

Zawani
Zawani is on page 3 of 143 of The Politician and Other Stories
Buku pemberian Pak Engku dua tahun lepas. Baru nak mula baca.
Mar 07, 2018 10:21PM Add a comment
The Politician and Other Stories

Zawani
Zawani is on page 92 of 140 of Hikayat Panji Semirang
Anak raja dulu-dulu ni memang suka kahwin banyak-banyak ke? Buat isteri sebagai 'barang' koleksi? Kata nak pergi mengembara mencari kekasih hati yang hilang, tapi setiap kali lalu sebuah kerajaan, pergi pungut tuan puteri lain jadikan isteri.
Mar 07, 2018 12:04AM Add a comment
Hikayat Panji Semirang

Zawani
Zawani is on page 26 of 140 of Hikayat Panji Semirang
Gelaran Ratu rupanya menurut bahasa sanskrit merujuk pada sang raja, tidak seperti hari ini yang bermaksud permaisuri. Pada awalnya bacaan agak terganggu dengan istilah ratu ini. haha
Mar 06, 2018 10:54PM Add a comment
Hikayat Panji Semirang

Zawani
Zawani is on page 7 of 228 of A Wrinkle in Time (Time Quintet, #1)
Time for some classic literature~
Feb 24, 2018 05:38AM Add a comment
A Wrinkle in Time (Time Quintet, #1)

Zawani
Zawani is on page 146 of 263 of Ethnic Relations and Nation Building The Way Forward
Chinese in Sabah do mix well with other races unlike in semenanjung. Well, this is really interesting fact. Here in semenanjung, in school like sk/smk or even in national university, you can see people often spending time with their own race. This cleary can be seen especially at cafeteria for example.
Feb 22, 2018 11:37PM Add a comment
Ethnic Relations and Nation Building The Way Forward

Zawani
Zawani is on page 11 of 94 of Hikayat Malim Deman (Siri sastera Fajar Bakti)
Pengarang Hikayat Malim Deman ternyata sangat bijak dalam pemerhatiannya pada manusia. Ditukarnya kelemahan seseorang manusia itu menjadi kelebihan;

"Masing-masing dengan gunanya:

Yang pekak pembakar meriam
Yang buta penghembus lesung
Yang lumpuh penghalau ayam
Yang pekung penjemuran,
Yang kurap pemikul buluh.
Feb 11, 2018 11:32PM Add a comment
Hikayat Malim Deman (Siri sastera Fajar Bakti)

Zawani
Zawani is on page 225 of The Tessellated Path
"Fine arts will take longer to gain any kind of recognition. It will take time to change the mindset of fifteen years of brainwashing. If you are not a science student, you're stupid. That's the way people think."

And now after 60 years, the peoples still think the same.
Feb 08, 2018 04:05PM Add a comment
The Tessellated Path

Zawani
Zawani is on page 154 of The Tessellated Path
Apa sebenarnya kegunaan kasut terutama kasut sekolah? Bukankah kasut fungsinya melindungi kaki? Seorang pelajar sekolah dimestikan memakai kasut yang putih lagi bersih ke sekolah, jika tidak akan dikenakan denda, dikata tidak kemas dan sebagainya. Sedangkan mungkin saja pelajar ini tadi berjalan kaki ke sekolah. Lagi mengharukan yang terpaksa berjalan kaki meredah jalan berlopak atau batas padi di kawasan pedalaman.
Feb 07, 2018 11:28PM Add a comment
The Tessellated Path

Zawani
Zawani added a status update
Baru perasan, buku di meja (yang tak baca lagi, yang dah baca masuk rak) dah menyusut tinggal 2 buku. Maknanya kena 'shopping' buku lah. Masalahnya, kat Ipoh ni 'kureng' kedai buku. Kalau ada pun tak banyak pilihan buku. Nak pergi KL jauh pulak. 'Shopping' online je la nampak gayanya~
Feb 04, 2018 02:48AM 2 comments

Zawani
Zawani is on page 20 of 118 of Rudra Avatara
Tak pernah tahu kewujudan perkampungan Siru Kambam di Taiping.
Jan 22, 2018 10:58PM Add a comment
Rudra Avatara

Zawani
Zawani is on page 96 of 248 of Antara Dua Darjat: Agihan Pendapatan Di Malaysia
Rupanya tujuan asal parti politik pertama yang dituhuhkan kaum bukan melayu di TM sebelum merdeka adalah lanjutan daripada fahaman politik di negara asal mereka, yang menyebabkan sikap dan kesetiaan imigran cina dan india masih cenderung kepada negara asal mereka. Tak hairanlah perkara ini dijadikan hujah orang-orang politik yang suka mainkan isu perkauman hari ini.
Jan 04, 2018 01:40AM Add a comment
Antara Dua Darjat: Agihan Pendapatan Di Malaysia

Zawani
Zawani added a status update
Cuti berbaki dua hari. Apa lagi, maraton buku! Dan juga binge-watching Stranger Things Season 2. hehe
Dec 25, 2017 05:38AM 2 comments

Zawani
Zawani is on page 100 of 168 of Siddhartha
Macam ada persamaan antara karya ini dan karya Paolo Coelho, The Alchemist.
Dec 15, 2017 09:15PM Add a comment
Siddhartha

Zawani
Zawani added a status update
Hanya tinggal kurang 20 hari nak menginjak ke tahun 2018, tapi masih ketinggalan 9 buah buku untuk target tahun ni. Masalahnya, buku di meja yang belum dibaca tak sampai 9 buah. Nampak gaya kena 'shopping' buku takpun pinjam di perpustakaan nampak gayanya. Itu belum masuk lagi ada 3 buku berhutang review. huhu
Dec 07, 2017 03:34AM Add a comment

Zawani
Zawani is on page 188 of 285 of Baiduri Segala Permaisuri
Mula-mula baca macam best. Dah sampai tengah rasa macam hmm. Bukan apa, bab sejarah ni kalau tak letak sumber rujukan, rasa macam baca teori konspirasi pun ada. haha
Dec 01, 2017 01:45AM Add a comment
Baiduri Segala Permaisuri

Zawani
Zawani is on page 117 of 127 of Nasionalisme Longkang
Lama tak baca buku politik. LoL. Haha
Nov 28, 2017 09:32PM Add a comment
Nasionalisme Longkang

« previous 1 3 4
Follow Zawani's updates via RSS