Fariza Umaira > Recent Status Updates

Showing 1-30 of 81
Fariza Umaira
Fariza Umaira is on page 168 of 504 of Sweet
Dah lama letak novel ni dalam currently reading mode. Tak tahulah kenapa boleh terbengkalai lama. Sekarang baru ada mood nak start baca semula sebab memang tak ingat sampai mana dah bacaan terakhir. Dan saya rasa teruja nak cuba masakan berasaskan teh oleh Cef Izmira. Macam manalah agaknya rasa masakan tu semua ekk? Hmm..
Oct 28, 2025 03:00AM Add a comment
Sweet

Fariza Umaira
Fariza Umaira is on page 404 of 592 of Pabila Dia Tersenyum
Bermula sejak Elina ditahan wad selepas diselamatkan Zuhayr.. ceritanya dah jadi macam tak berapa nak seronok pulak. Perangai Zuhayr yang tersangatlah kebudak-budakan. Faham baru 18 tahun tapi lepas tu bila El dah habis belajar, balik dan bekerja di Malaysia, haishh.. makin pelik ya perwatakan Zuhayr ni. Faham, banyak masalah berlaku, tapi sampai sanggup menipu status diri. Kononnya tak nak El tahu.. i feel annoying
Jun 17, 2025 06:06AM Add a comment
Pabila Dia Tersenyum

Fariza Umaira
Fariza Umaira is on page 28 of 592 of Pabila Dia Tersenyum
Saya baca versi cetakan ke-3 tahun 2025. Baru sampai muka surat 28, dah menangis teresak-esak dibuatnya. Aduhai, kenapa sedih sangat ni kak Liza 😭
Jun 08, 2025 08:58AM Add a comment
Pabila Dia Tersenyum

Fariza Umaira
Fariza Umaira is on page 95 of 432 of Miss Nina Cucu Tok Pa
Macam dah boleh agak je siapa yang baik hati suka tolong orang kampung yang dalam kesusahan tu. Eh, dah kenapa hati kita pulak yang rasa berdebar ekk?
Jan 29, 2025 09:00AM Add a comment
Miss Nina Cucu Tok Pa

Fariza Umaira
Fariza Umaira is on page 202 of 743 of Yang Tertulis Untuk Kita
Bab 15. Macam meleret sikit penceritaannya sebab saya sejenis yang kurang sabar dan tak suka nak selak belakang. Nanti tak surprise la pulakkan! Tapi itulah.. Haihhh, banyak betul persoalan yang memerlukan jawapan.
Jan 02, 2025 05:49AM Add a comment
Yang Tertulis Untuk Kita

Fariza Umaira
Fariza Umaira is on page 134 of 583 of Kumbang Di Hatiku
OMG, sungguh kacak dan cantiknya ilustrasi seorang Umar Alhaidhar dan Mikanadira di belah dalam kulit buku. Macam memang betul-betul wujud. Tahniah kak rose. Patutlah Nuraini kata boleh cair kepala lutut. Ahakkss!

Di penghujung bab 9, kak rose berjaya buat saya menangis. Terus rasa rindu dengan arwah ayah. Al-Fatihah! Semoga roh ayah damai sejahtera di sisiNya. Aaminnn
Nov 11, 2024 07:57AM Add a comment
Kumbang Di Hatiku

Fariza Umaira
Fariza Umaira is on page 2 of 373 of Black Ghost #UmarAlhaidar
Singkatan untuk pegawai kadet darat.. pkdt atau pdkt?

Mana satu yang typo?
Oct 29, 2024 07:19AM Add a comment
Black Ghost #UmarAlhaidar

Fariza Umaira
Fariza Umaira is on page 36 of Andai Tiada Dia
Ini novel ke-2 penulis yang saya sedang baca. Sebab novel ni tengah diadaptasi sekarang di slot megadrama astro ria, kita try la baca sikit. Okey, setakat 4 bab ni sikit je la plot yang sama dalam episod 1.
Oct 24, 2024 07:30AM Add a comment
Andai Tiada Dia

Fariza Umaira
Fariza Umaira is on page 206 of 768 of Maharani
I is confused!

Dalam bab 8.. masa Edan jemput anak-anak yatim untuk kenduri doa selamat rumah baru, penulis ada kata, "Sejak abah tak ada, emak memang bertungkus lumus menyara kami..."

Tapi dalam bab 18, ada scene makan ikan bakar ramai-ramai lepas Edan balik daripada tolong gali kubur bapa Cahya. "Abah aku tiba-tiba muncul sambil membawa dua bekas.."

Sebenarnya, abah si Edan ni masih ada atau sudah meninggal ekk?
Oct 23, 2024 07:14AM Add a comment
Maharani

Fariza Umaira
Fariza Umaira is on page 32 of 743 of Lelaki Astatine
Sebelum koyak plastik luar, takde perasaan pun. Tapi lepas pegang dan sentuh kulit buku, terus jatuh hati dengan konsep muka kulit novel ni. Cantik la pilihan warna putih gold ni. Belek kulit depan dan belakang, dua-dua cantik sangat. Nampak eksklusif. Tahniah, kak rose harissa!

Walaupun lidah macam berbelit nak menyebut nama sifat kimia ni, tapi saya suka. Hai la, Anjell! Suka suruh pembaca jadi cerdik bila membaca
Oct 05, 2024 07:52AM Add a comment
Lelaki Astatine

Fariza Umaira
Fariza Umaira is on page 38 of 811 of Rose's
Terima kasih Arissa Zahra bagi pinjam buku ni. Kakak dah tak larat nak 'berbattle' kat shopee untuk beli buku ni dengan harga yang sepatutnya.
Jul 23, 2024 08:44AM Add a comment
Rose's

Fariza Umaira
Fariza Umaira is on page 47 of 505 of Nuh dan Nayla
Wah, macam menarik jalan ceritanya! Suka betul bila baca kisah perkahwinan rahsia. Tapi macam pening pulak sebab banyak betul watak yang muncul walaupun baru 6 bab termasuk prolog. Ini merupakan pertama kali saya baca karya penulis dalam bentuk novel fizikal. Sebelum ni pernah je baca e-novel tapi macam separuh jalan sebab dah habis tempoh 7 hari
Jun 01, 2024 12:38AM Add a comment
Nuh dan Nayla

Fariza Umaira
Fariza Umaira is on page 51 of 464 of Yang Manis, 2022
Alang-alang baru lepas baca novel Cinta, Untuk Sekali Lagi.. maka, teruslah baca sekuelnya iaitu cerpen Tentang Bahagia. Huwaaa.. terus meleleh air mata bila sampai part dalam segmen BTS~Boleh Tolong Sampaikan oleh Dina Nadzir, penyampai radio Sinar. Seorang Idlan Zuhairi memanglah akan sedaya upaya cuba penuhi semua impian dan keinginan seorang Anne Dahlia. So sweettt ❤️
May 29, 2024 09:28AM Add a comment
Yang Manis, 2022

Fariza Umaira
Fariza Umaira is on page 253 of 499 of Aku Cinta Dia
Baru separuh perjalanan. Ada lagi separuh pembacaan sebelum jumpa perkataan tamat. Hmm.. dah lah sekarang cepat betul mengantuk bila baca novel ni! Kita sambung esok la pulak
Jan 12, 2024 08:03AM Add a comment
Aku Cinta Dia

Fariza Umaira
Fariza Umaira is on page 570 of 840 of Pelangi Cinta Buat Suami
Terhenti sekejap pembacaan sebab novel tertinggal kat kampung. Tu yang terbaca 2 buah novel Anjell. Setakat ni dah sampai part Tengku Qalif dah sayang giler kat Imanina. Sampai terlupa dah setahun Liyana pergi meninggalkannya.
Nov 18, 2023 09:13AM Add a comment
Pelangi Cinta Buat Suami

Fariza Umaira
Fariza Umaira is on page 26 of 391 of Simpan Kata Cinta
Back to 90's katanya. Kita cuba tengok macam mana. Sebab baru nak masuk bab keempat, macam dah banyak pulak jumpa typo ni.
Aug 29, 2023 08:01AM Add a comment
Simpan Kata Cinta

Fariza Umaira
Fariza Umaira is 42% done with Lautan Cinta Kahfi
Baca kisah Kahfi dengan Farihan ni waktu kebosanan di tempat kerja. Padahal boleh je kalau nak terus habiskan bacaan sebab ada 198 muka surat sahaja
May 12, 2023 04:18AM Add a comment
Lautan Cinta Kahfi

Fariza Umaira
Fariza Umaira is 21% done with Lautan Cinta Kahfi
Terbaca kat komen tulis dia baca kat PNM. Apalagi, terus buka apps.. search fariza (hahaa, taip nama sendiri). Maka, marilah kita membaca dua bab pertama. Okey, nanti kita sambung baca lagi ya!
May 08, 2023 08:27AM Add a comment
Lautan Cinta Kahfi

Fariza Umaira
Fariza Umaira is on page 34 of 382 of Kerasnya Takdir
Harta, pangkat dan keturunan memang boleh membuatkan sesetengah manusia merasakan mereka lebih mulia daripada sesetengah yang lain. Nauzubillahiminzalik
Apr 26, 2023 01:43AM Add a comment
Kerasnya Takdir

Fariza Umaira
Fariza Umaira is 6% done with Hikayat Satria-Satria Sejati #1: Generasi Baru
Semalam baca review daripada Lila Vee tentang novel nirnama. Jadi, macam tertarik nak cuba baca karya ni sebagai permulaan. Nasib baik boleh pinjam daripada elib PNM
Jan 28, 2023 04:02AM Add a comment
Hikayat Satria-Satria Sejati #1: Generasi Baru

Fariza Umaira
Fariza Umaira is 77% done with Heartless
Dah best sikit baca lepas Kaisara mula insaf. Tapi tu lah, mata takleh tahan mengantuk pulak. Kita sambung nanti la ya!

Masih ada beberapa kesalahan ejaan. Dan ejaan 'comfirm' pun salah macam mana tu?
Dec 14, 2022 08:28AM Add a comment
Heartless

Fariza Umaira
Fariza Umaira is 35% done with Heartless
Bab 13. Macam dah boleh agak sikit-sikit. Mesti Kaisara ada kena mengena dengan Mak Cik Rohani yang tinggal bersama Nidham kan? Walaupun housemate Kaisara bagitau Kaisara ni cuma tinggal sebatang kara je. Parents dia meninggal dalam kemalangan jalan raya. Jeng jeng jeng!
Dec 07, 2022 08:01AM Add a comment
Heartless

Fariza Umaira
Fariza Umaira is 17% done with Heartless
Baru sampai bab 7. Apalah agaknya yang menyebabkan Nidham memperlakukan Kaisara sebegitu sekali? Hmm, musykil!
Dec 06, 2022 08:40AM Add a comment
Heartless

Fariza Umaira
Fariza Umaira is on page 18 of Heartless
Alahai, baru baca bab 1 pun dah jumpa beberapa kesalahan ejaan! Ini boleh bikin mood lari jauh ke laut dalam. Aigoo
Nov 15, 2022 11:51PM Add a comment
Heartless

Fariza Umaira
Fariza Umaira is on page 397 of 544 of Terima Kasih Cinta
Rasanya 2-3 hari ni paling banyak muka surat yang dibaca walaupun hari bekerja. Penulis seniorlah katakan, masih ada wow factor. Dan saya akan ada 'expectation' yang tinggi. Awal bab, memang arghhh.. susahnya nak fokus baca sebab rasa macam 'alahai, kenapa rasa macam tak bermaya je watak yang cuba diketengahkan? Macam bosan je nak teruskan pembacaan'. Tapi bila dah start adegan kat hospital, rasa seronok terus timbul
Nov 04, 2022 08:31AM Add a comment
Terima Kasih Cinta

Fariza Umaira
Fariza Umaira is on page 602 of 987 of Jangan Menangis Cinta
Hahhaa.. gigih la membaca satu hari ni! Bila dah lama sangat 'cuti' membaca, baca pun macam takde perasaan. Aigoo!
May 21, 2022 05:27AM Add a comment
Jangan Menangis Cinta

Fariza Umaira
Fariza Umaira is 50% done with Raya = Aidil + Fitri & The Sweetest Stranger
Baru berjaya habiskan cerita pertama. Baca cerita ni memang akan sentiasa tersengih membayangkan keletah dan telatah fitri a.k.a si budak kecik mengikut kata si aidil la. Yang penting novel dan drama, dua-dua best.

Cerita kedua macam tak sempat nak baca sebab hari ni last day pinjam dengan e-pnm. Kena reserve dulu la nampaknya
Feb 09, 2022 06:10AM Add a comment
Raya = Aidil + Fitri & The Sweetest Stranger

« previous 1 3
Follow Fariza's updates via RSS