Zaghol > Recent Status Updates

Showing 1-30 of 68
Zaghol
Zaghol is on page 190 of 308 of Indahnya Hidup Bersyariat (Panduan Fardhu Ain Lengkap Bergambar)
Dah sampai bab kahwin, ada 4 cara diajar quran hadis bila isteri mintak cerai, nasihat elok2, pisah tempat tidur, pukul tanpa mencederakan (jangan pukul muka) dan mintak nasihat pihak ketiga. Aku rasa cara ketiga tu lagi dia nak cerai.
Mar 21, 2024 05:22AM Add a comment
Indahnya Hidup Bersyariat (Panduan Fardhu Ain Lengkap Bergambar)

Zaghol
Zaghol is on page 130 of 308 of Indahnya Hidup Bersyariat (Panduan Fardhu Ain Lengkap Bergambar)
Ada sentuh pasal celup kaki dalam kolah masjid, boleh ke tak boleh? Jawapannya boleh asalkan 2 kolah ke atas. Aku sekali je pernah tengok orang celup kaki dalam kolah masjid, aku rasa kotor, terus aku ambik wuduk kat paip. Tapi boleh sebenarnya. Cuma jarang dibuat.
Mar 18, 2024 04:11PM Add a comment
Indahnya Hidup Bersyariat (Panduan Fardhu Ain Lengkap Bergambar)

Zaghol
Zaghol is on page 37 of 308 of Indahnya Hidup Bersyariat (Panduan Fardhu Ain Lengkap Bergambar)
Dalam bab kanak2, penulis mengajar jika anak bertanya tentang kewujudan Allah, dia bagi contoh kereta, bolehkah kereta bergerak tanpa pemandu. Pada tahun buku ni ditulis, tidak boleh. Pada zaman sekarang, ada kereta yang dipandu A.I , jadi tetap ada sesuatu yang memandu kereta. Kizbun, Khianat, Kitman, baladah, sifat mustahil Nabi.
Mar 13, 2024 02:45AM Add a comment
Indahnya Hidup Bersyariat (Panduan Fardhu Ain Lengkap Bergambar)

Zaghol
Zaghol is on page 9 of 308 of Indahnya Hidup Bersyariat (Panduan Fardhu Ain Lengkap Bergambar)
Lama buku ni terperuk kat dalam almari, beli masa zaman penulis hidup, penulis dah meninggal baru nak baca. Aku terasa nak menulis pasal bab khitan perempuan sebab ada disebut dalam buku ni, bab yang kontroversi zaman sekarang, cuma penulis bersederhana dengan berkongsi 1 hadis Maksudnya: “Janganlah engkau potong semuanya, kerana itu menguntungkan bagi wanita dan disukai oleh suami.” Hadis riwayat Imam Abu Daud.
Mar 13, 2024 12:15AM Add a comment
Indahnya Hidup Bersyariat (Panduan Fardhu Ain Lengkap Bergambar)

Zaghol
Zaghol is on page 362 of 476 of Biografi Muhammad bin Abdullah: Perjalanan Hidup Seorang Nabi (Edisi 2021)
Peperangan Mu'tah, satu peperangan yang pengkaji barat moden tak faham macam mana islam boleh menang, sedangkan tentera rom lebih lengkap bersenjata, lebih pengalaman kerana berpuluh tahun perang dengan Parsi, bilangan tentera yang lebih besar. Kena titik gitu je dgn Khalid Al-Walid?
Dec 12, 2022 06:14AM Add a comment
Biografi Muhammad bin Abdullah: Perjalanan Hidup Seorang Nabi (Edisi 2021)

Zaghol
Zaghol is on page 311 of 476 of Biografi Muhammad bin Abdullah: Perjalanan Hidup Seorang Nabi (Edisi 2021)
Selesai Uhud, selasai Khaibar, seterusnya fathul Makkah! Sahabat yang tahu dirinya akan dibunuh ada menjerit "Aku telah berjaya" kerana yakin dengan janji2 syurga Rasulullah. Alangkah indahnya bila kita tahu nasib kita di akhirat. Kita?
Dec 11, 2022 08:10AM Add a comment
Biografi Muhammad bin Abdullah: Perjalanan Hidup Seorang Nabi (Edisi 2021)

Zaghol
Zaghol is on page 263 of 476 of Biografi Muhammad bin Abdullah: Perjalanan Hidup Seorang Nabi (Edisi 2021)
Rasa seperti mengimbas kembali kenangan mendengar kisah2 para sahabat bersama jemaah tabligh, kisah Hanzalah, Anas Bin Nadr, Abu Dujanah radhiallahu'anhum dan banyak lagi sahabat2 nabi. Kisah2 mereka sangat luar biasa, patut diketahui oleh semua anak muda. Tentang keobsesan sahabat kepada nabi tercinta.
Dec 09, 2022 06:33AM Add a comment
Biografi Muhammad bin Abdullah: Perjalanan Hidup Seorang Nabi (Edisi 2021)

Zaghol
Zaghol is on page 193 of 476 of Biografi Muhammad bin Abdullah: Perjalanan Hidup Seorang Nabi (Edisi 2021)
Bab peperangan Badar. Peperangan paling epik dalam sejarah islam kerana mendapat pertolongan malaikat. Penulis tak berdolak-dalih, tak perlu meromantiskan peperangan islam, dalam bab ini penulis menerangkan rinci kekejaman, kesadisan yang berlaku ketika perang, penggal kepala, mata terkeluar, tangan tergantung sebab tak putus habis. Hakikat perang, kalau kau tak membunuh, kau akan dibunuh. Minta jauh, kita tak mampu.
Dec 04, 2022 08:04PM Add a comment
Biografi Muhammad bin Abdullah: Perjalanan Hidup Seorang Nabi (Edisi 2021)

Zaghol
Zaghol is on page 107 of 476 of Biografi Muhammad bin Abdullah: Perjalanan Hidup Seorang Nabi (Edisi 2021)
Dah sampai bab berdakwah secara terbuka di Mekah, memang waktu yang mencabar bagi baginda dan sahabat. Susah payahnya, kena pulaunya, kena seksanya. Selalu dengar ustaz ceramah tanya agak2 kalau kita hidup zaman nabi kita akan ikut nabi tak? Belum pasti tuan2, sanggup ke kita hidup susah payah diseksa dan sebagainya. Cakap senang, sebab tu generasi terawal islam adalah generasi terbaik islam kerana keikhlasan mereka!
Dec 01, 2022 05:15AM Add a comment
Biografi Muhammad bin Abdullah: Perjalanan Hidup Seorang Nabi (Edisi 2021)

Zaghol
Zaghol is on page 44 of 476 of Biografi Muhammad bin Abdullah: Perjalanan Hidup Seorang Nabi (Edisi 2021)
Ok, dah sampai bahagian nabi terima wahyu buat kali pertama, epik sungguh babak ni, meremang bulu roma baca. Aku rasa filem shazam pun (mungkin la) ambil inspirasi dari kisah ni bila dia suruh Billy sebut shazam. (Itulah banyak tengok lagha marvel dc). Babak bertemu Waraqah bin Naufal pun meremang juga baca.
Nov 30, 2022 05:25PM Add a comment
Biografi Muhammad bin Abdullah: Perjalanan Hidup Seorang Nabi (Edisi 2021)

Zaghol
Zaghol is on page 12 of 476 of Biografi Muhammad bin Abdullah: Perjalanan Hidup Seorang Nabi (Edisi 2021)
Asyik baca komik fiksyen je, kena baca sirah kisah benar jugak, di m/s 5 ada kisah Saidina Umar tanam anak perempuannya hidup2, kisah ini ada ustaz kata palsu sbb Hafsah Binti Umar hidup hingga dewasa, kena teliti balik kisah ni.
Nov 29, 2022 10:48PM Add a comment
Biografi Muhammad bin Abdullah: Perjalanan Hidup Seorang Nabi (Edisi 2021)

Zaghol
Zaghol is on page 434 of 672 of Kitab Tamadun Cina
Nampak ada orang jual koleksi 4 karya klasik agung China versi BM di shopee, tapi itulah, entah bila boleh baca kalau beli pun, tebal gila. Fikir nak cuba cari versi komik.
Aug 26, 2022 07:56AM Add a comment
Kitab Tamadun Cina

Zaghol
Zaghol is on page 344 of 672 of Kitab Tamadun Cina
Betul la tu, kerajaan komunis China tak ubah seperti sebuah kerajaan monarki. Melangsungkan riwayat feudal China turun-temurun.
Aug 16, 2022 07:58AM Add a comment
Kitab Tamadun Cina

Zaghol
Zaghol is on page 326 of 672 of Kitab Tamadun Cina
Rasa mengarut juga bila nombor2 tertentu dikaitkan dengan sial sebab sebutannya sama dengan sebutan tertentu yang kurang elok. Tapi kita kena hormat budaya orang kalau kita nak orang hormat budaya kita. Sampai bab hantu cina, cerita pasal jiangshi, baru aku teringat filem2 hantu cina tape vhs yang aku tengok masa kecik2 dulu. Nostalgia.
Aug 11, 2022 09:40AM Add a comment
Kitab Tamadun Cina

Zaghol
Zaghol added a status update
Pray for Palestine... that is all we can do.
Aug 06, 2022 08:44AM Add a comment

Zaghol
Zaghol is on page 308 of 672 of Kitab Tamadun Cina
Dah sampai bab agama2 di China, bab2 agama kristian, islam dan yahudi memang menarik. Cuma sedihlah dengan nasib orang uyghur dan hui di sana. Sekarang pun tengah sedih dengan palestin yang sedang dibedil.
Aug 06, 2022 08:39AM Add a comment
Kitab Tamadun Cina

Zaghol
Zaghol is on page 270 of 672 of Kitab Tamadun Cina
Ying & Yang
Aug 04, 2022 07:54AM Add a comment
Kitab Tamadun Cina

Zaghol
Zaghol is on page 263 of 672 of Kitab Tamadun Cina
Dah sampai bab agama tradisional, baru tahu asalnya tak ada dewa pun, cuma secara umum menyembah langit. Lagi menarik bila ada dewa melayu bernama Datuk Gong yang turut disembah oleh segelintir orang cina di Malaysia.
Aug 03, 2022 04:38PM Add a comment
Kitab Tamadun Cina

Zaghol
Zaghol is on page 250 of 672 of Kitab Tamadun Cina
Lain macam sejarah kuih cakoi.
Aug 02, 2022 04:17PM Add a comment
Kitab Tamadun Cina

Zaghol
Zaghol is on page 221 of 672 of Kitab Tamadun Cina
Oh, jika Lee Chong Wei dilahirkan di China, nama dia akan menjadi Li Zhongwei, rupa2nya perbezaan ejaan rumi sahaja. Orang tanah besar China jika mereka melihat tulisan karakter cina ejaan nama LCW, akan membaca Li Zhongwei.
Aug 01, 2022 07:55PM Add a comment
Kitab Tamadun Cina

Zaghol
Zaghol is on page 202 of 672 of Kitab Tamadun Cina
Sampai bab tulisan, nak kena hafal 4000 karakter, jenuh!
Jul 31, 2022 06:50PM Add a comment
Kitab Tamadun Cina

Zaghol
Zaghol is on page 190 of 672 of Kitab Tamadun Cina
Makin jauh dibaca, makin banyak "typo". Pengalaman baca the patriots sebelum ni, typo sangat sedikit. Yang ini agak banyak. Tergesa2 terbit untuk pesta buku?
Jul 29, 2022 08:53AM 5 comments
Kitab Tamadun Cina

Zaghol
Zaghol is on page 166 of 672 of Kitab Tamadun Cina
Ok, dah selesai bab kerajaan2 China sehinggalah ke zaman komunis, rasa sedih pulak baca isu taiwan-china, baru tau yang kuomintang dan komunis pernah bekerjasama melawan jepun dan kemudian berperang kembali. Bak kata penulis, "realpolitik", berbaik bila perlu, bergaduh bila perlu. Kena ikut situasi semasa. Tak boleh rigid dalam politik.
Jul 29, 2022 03:17AM Add a comment
Kitab Tamadun Cina

Zaghol
Zaghol is on page 106 of 672 of Kitab Tamadun Cina
Bab ni kisah kerajaan yang terlalu aman dan bertoleransi dengan jiran2 sehinggalah dijajah Mongol. Macam sekarang tengah viral ayat "Good times create weak men", ayat ini juga digunakan penulis untuk menggambarkan zaman kerajaan tersebut, hampir seratus tahun tiada peperangan, semua bersenang lenang santai2, musuh pun mengambil kesempatan.
Jul 26, 2022 05:24PM Add a comment
Kitab Tamadun Cina

« previous 1 3
Follow Zaghol 's updates via RSS