Zaghol ’s Reviews > Biografi Muhammad bin Abdullah: Perjalanan Hidup Seorang Nabi > Status Update
Zaghol
is on page 44 of 476
Ok, dah sampai bahagian nabi terima wahyu buat kali pertama, epik sungguh babak ni, meremang bulu roma baca. Aku rasa filem shazam pun (mungkin la) ambil inspirasi dari kisah ni bila dia suruh Billy sebut shazam. (Itulah banyak tengok lagha marvel dc). Babak bertemu Waraqah bin Naufal pun meremang juga baca.
— Nov 30, 2022 05:25PM
2 likes · Like flag
Zaghol ’s Previous Updates
Zaghol
is on page 362 of 476
Peperangan Mu'tah, satu peperangan yang pengkaji barat moden tak faham macam mana islam boleh menang, sedangkan tentera rom lebih lengkap bersenjata, lebih pengalaman kerana berpuluh tahun perang dengan Parsi, bilangan tentera yang lebih besar. Kena titik gitu je dgn Khalid Al-Walid?
— Dec 12, 2022 06:14AM
Zaghol
is on page 311 of 476
Selesai Uhud, selasai Khaibar, seterusnya fathul Makkah! Sahabat yang tahu dirinya akan dibunuh ada menjerit "Aku telah berjaya" kerana yakin dengan janji2 syurga Rasulullah. Alangkah indahnya bila kita tahu nasib kita di akhirat. Kita?
— Dec 11, 2022 08:10AM
Zaghol
is on page 263 of 476
Rasa seperti mengimbas kembali kenangan mendengar kisah2 para sahabat bersama jemaah tabligh, kisah Hanzalah, Anas Bin Nadr, Abu Dujanah radhiallahu'anhum dan banyak lagi sahabat2 nabi. Kisah2 mereka sangat luar biasa, patut diketahui oleh semua anak muda. Tentang keobsesan sahabat kepada nabi tercinta.
— Dec 09, 2022 06:33AM
Zaghol
is on page 193 of 476
Bab peperangan Badar. Peperangan paling epik dalam sejarah islam kerana mendapat pertolongan malaikat. Penulis tak berdolak-dalih, tak perlu meromantiskan peperangan islam, dalam bab ini penulis menerangkan rinci kekejaman, kesadisan yang berlaku ketika perang, penggal kepala, mata terkeluar, tangan tergantung sebab tak putus habis. Hakikat perang, kalau kau tak membunuh, kau akan dibunuh. Minta jauh, kita tak mampu.
— Dec 04, 2022 08:04PM
Zaghol
is on page 107 of 476
Dah sampai bab berdakwah secara terbuka di Mekah, memang waktu yang mencabar bagi baginda dan sahabat. Susah payahnya, kena pulaunya, kena seksanya. Selalu dengar ustaz ceramah tanya agak2 kalau kita hidup zaman nabi kita akan ikut nabi tak? Belum pasti tuan2, sanggup ke kita hidup susah payah diseksa dan sebagainya. Cakap senang, sebab tu generasi terawal islam adalah generasi terbaik islam kerana keikhlasan mereka!
— Dec 01, 2022 05:15AM
Zaghol
is on page 12 of 476
Asyik baca komik fiksyen je, kena baca sirah kisah benar jugak, di m/s 5 ada kisah Saidina Umar tanam anak perempuannya hidup2, kisah ini ada ustaz kata palsu sbb Hafsah Binti Umar hidup hingga dewasa, kena teliti balik kisah ni.
— Nov 29, 2022 10:48PM

