Nazmi Yaakub’s Reviews > Sejarah Islam Di India Abad ke-8 hingga Abad ke-20 > Status Update
Nazmi Yaakub
is on page 14 of 455
Gagahkan buka buku ini (walaupun sudah banyak kali dibawa pulang ke kampung konon untuk bacaan sepanjang cuti) - selepas membaca fragmen berkait dengan penyebaran Islam di India khususnya melalui ranah tasawuf, selain tarikan daripada kisah yang dipetik oleh Maulana Jalaluddin Rumi dalam Mathnawi. Bab pendahuluan melihat sejarah dalam konteks keseluruhan sebelum mengintai teori kemasukan Islam di alam Melayu.
— Aug 02, 2016 11:22PM
Like flag
Nazmi’s Previous Updates
Nazmi Yaakub
is on page 130 of 455
Antara kesan pembacaan ialah:- 1. Zaman Ghaznawi, Ghuri-Mamluk dan Khilji ialah zaman kerajaan berperang hingga kita perlu membacanya dlm konteks zaman spy tidak melihat dr kaca mata kini utk membuat sebrg kesimpulan. 2. Penghambaan dlm sejarah Islam jauh berbeza dgn apa yg berlaku di Barat. Hamba ketika itu bisa m'jadi panglima perang dan raja!
— Aug 04, 2016 05:56PM
Nazmi Yaakub
is on page 107 of 455
Nama Shah Mahmud al-Ghaznawi saya dekati terlebih dahulu dlm Mathnawi karya Maulana Jalaluddin Rumi - hingga tergerak utk menyusur perjalanan hidup baginda. Shah Mahmud membuka pintu kpd perluasan wilayah Islam & dakwahnya ke India meskipun ekspedisi tentera sudah bermula pd zaman Muhammad al-Qassim. Kerajaan Ghaznawi lebih bebas kerana terpisah daripada Baghdad, berbanding sebelumnya.
— Aug 04, 2016 02:18AM
Nazmi Yaakub
is on page 77 of 455
Menyusur Islamisasi di Sind dengan melihat sumbangan Muhammad al-Qasim yg melaksanakan tadbir urus wilayah yang baru dimenangi itu dengan bijaksana dan berhemah tetapi nasibnya sendiri berakhir dengan tragik akibat intrig politik. Juga melihat Islam di Bengal, Malabar dan persisiran Koromandel yg tidak terpisah drpd pengaruh perdagangan serta kesufian.
— Aug 03, 2016 04:07PM
Nazmi Yaakub
is on page 38 of 455
Selepas membincangkan empat teori Islamisasi di Asia Tengah/India, pengarang menyorot ekspedisi ketenteraan Muhammad al-Qasim di bawah Khilafah Umayah sehingga berjaya menewaskan Raja Dahir di Sind. Ekspedisi ketenteraan ini antara lain menjadi sumber kepada pandangan orientalis yang menganggap Islam datang ke wilayah itu melalui peperangan (yang sudah dibentangkan kritikannya oleh pengarang sebelum ini).
— Aug 03, 2016 01:26AM

