Nazmi Yaakub’s Reviews > Introduction to Sufism: The Inner Path of Islam > Status Update
Like flag
Nazmi’s Previous Updates
Nazmi Yaakub
is on page 170 of 224
Turut bincangkan persoalan zikir dalam konteks kaedah dan perbezaan antara zikir diam serta kuat.
— Apr 23, 2017 03:28AM
Nazmi Yaakub
is on page 158 of 224
Tentang hubungan sheikh-murid dalam perjalanan menuju makrifat yg sebahagiannya mencetuskan kritikan drpd ulama zahir apabila tidak dilihat dalam kerangka dan mustalah tasawuf serta mengambil bulat-bulat pandangan orientalis.
— Apr 22, 2017 09:05PM
Nazmi Yaakub
is on page 142 of 224
Gerakan sufi tidak ketinggalan melalui reformasi seperti yg disorot oleh sarjana Perancis ini, selain melihat gerakan salafi 'terhutang' kewujudan dengan tariqat dan tasawuf.
— Apr 22, 2017 11:31AM
Nazmi Yaakub
is on page 116 of 224
Menyusur sejarah tariqat terutama tariqat yang besar dan utama berdasarkan wilayahnya. Memberikan satu bentuk geo-tariqa yang saling mempengaruhi dan berhubung.
— Apr 21, 2017 08:19AM
Nazmi Yaakub
is on page 54 of 224
Sebelum ini istilah maulud selalu diperbetulkan kepada maulid dengan anggapan perkataan yang pertama itu tidak tepat. Sebenarnya, penggunaan maulud juga masih betul kerana ia disebut dengan menggunalan dialek Maghribi. Barangkali datuk nenek kita tidak hanya menerima pengaruh Islam dalam budaya mereka hanya semata-mata Arab Hijaz, sebaliknya merentasi hingga Afrika Utara.
— Feb 02, 2017 04:46PM
Nazmi Yaakub
is on page 12 of 224
Geoffroy dari awal-awal menekankan kepentingan untuk membincangkan konsep sufi/tasawuf, ia mestilah tidak terpisah daripada al-Quran dan Rasulullah SAW. Pada mereka yang membantah sufi/tasawuf dengan tanggapan ia tidak ada pada zaman Nabi Muhammad, beliau mengingatkan begitu juga disiplin ilmu fiqh, hadith, bahkan istilah salafi sendiri tidak wujud ketika itu!
— Jan 24, 2017 12:01AM

