Benz’s Reviews > Islam Sepanjang Zaman > Status Update

Benz
Benz is on page 79 of 251
nama Ibn Muqaffa turut disebut dalam ms ini
Feb 27, 2026 11:59AM
Islam Sepanjang Zaman

flag

Benz’s Previous Updates

Benz
Benz is on page 231 of 251
berbeza dengan Akyol, yang mengatakan bahawa tak mungkin Nabi Muhammad buta huruf kerana beliau pernah menjadi pedagang, pada Ahmad Amin pula, mengatakan bahawa Nabi Muhammad buta huruf, hikmahnya supaya tidak tersesat atau disesatkan dengan teks-teks teori-teori falsafah atau logik.
22 hours, 28 min ago
Islam Sepanjang Zaman


Benz
Benz is on page 227 of 251
Jika kita mahu berlaku adil kepada Syed Qutb, tulisan dari seorang yang tidak terlalu fundamentalis seperti Ahmad Amin ini, wajar sahaja ditelusuri, yang mana beliau sendiri mengakui keruntuhan tamadun Barat, yang dimana-mana melakukan kehancuran dan kerosakan (Fanon, Shariati turut mengakui), cuma kesimpulan Ahmad Amin mungkin lebih lunak dari Qutb, iaitu, Tamadun Barat dan Timur harus bekerjasama, bukan berlawan
May 02, 2026 06:54AM
Islam Sepanjang Zaman


Benz
Benz is on page 225 of 251
tamadun Barat hari ini maju, sampai membuatkan manusia boleh terbang di awan menggunakan kapal, tetapi bersamanya turut dilepaskan dari atas bom dan bahan beracun untuk memusnahkan umat manusia
Apr 27, 2026 06:09AM
Islam Sepanjang Zaman


Benz
Benz is on page 218 of 251
Islam ini agama pertengahan, antara hati/perasaan dan juga fikiran... bukan hanya melebihkan fikiran seperti Barat, atau hanya melebihkan perasaan, seperti yang dilebih-lebihkan dalam khurafat dunia Islam, tetapi pertengahan antara keduanya...
Apr 25, 2026 06:30AM
Islam Sepanjang Zaman


Benz
Benz is on page 216 of 251
Selain mengangkat Muktazilah, Ahmad Amin seperti Nurcholish Madjid dan juga Michael Hart, juga mengangkat Umar al-Khattab...
Apr 21, 2026 05:39AM
Islam Sepanjang Zaman


Benz
Benz is on page 211 of 251
kalau dibaca jujur tulisan Ahmad Amin ini, kita akan mendapati beliau sangat kagum kepada Muktazilah, juga Imam Abu Hanifah yang lebih mendahulukan ra'yi (fikiran) juga qiyas berbanding hadith... dan seolah-olahnya kita melihat beliau berpandangan bahawa hadith antara punca perpecahan umat... tidak jauh beza seperti yang dikatakan oleh Kassim Ahmad..
Apr 17, 2026 06:01AM
Islam Sepanjang Zaman


Benz
Benz is on page 200 of 251
Penulis mengangkat Afghani dan Abduh (Abduh diangkat oleh Mahmud Abu Rayyah), dan mengkritik Muhammad Abdul Wahhab yang disifatkannya pembaharuannya bersifat terhad dan terbatas pada wilayah Arab, juga penulis mengatakan Attaturk adalah produk daripada kegagalan agamawan bercakap dengan bahasa-bahasa semasa berbeza dengan Imam Malik, Abu Hanifah dan Umar al-Khattab punya metodologi dalam menyelesaikan masalah2 mereka
Apr 16, 2026 09:10AM
Islam Sepanjang Zaman


Benz
Benz is on page 198 of 251
Ahmad Amin sendiri mengatakan, jarang ulama' kita memahami tamadun moden...
Apr 09, 2026 05:33AM
Islam Sepanjang Zaman


Benz
Benz is on page 196 of 251
menarik tentang Ahmad Amin, dia sangat mengagumi Muktazilah...
Apr 08, 2026 07:44AM
Islam Sepanjang Zaman


Benz
Benz is finished
Menarik pasal Ahmad Amin ini, dia sangat mengagumi Muktazilah...
Apr 08, 2026 07:44AM
Islam Sepanjang Zaman


No comments have been added yet.