Benz’s Reviews > Kita Dengan Islam: Tumbuh Tiada Berbuah > Status Update

Benz
Benz is on page 124 of 182
Antara buku Syed Hussein yang paling seru, tapi sangat jarang dibincangkan,tidak seperti buku-bukunya yang lain yang lebih sosiologikal. Buku ini berfokus kepada Islam, dan lebih banyak halaman buku ini, dan mukaddimah buku ini diperuntukkan untuk mengkritik keras Tan Malaka yang menurut Syed Hussein terpengaruh dengan Foundation of Christianity karya Karl Kautsky.Syed Hussein juga tidak teragak-agak menyerang Hamka.
Sep 19, 2019 08:06AM
Kita Dengan Islam: Tumbuh Tiada Berbuah

flag

Benz’s Previous Updates

Benz
Benz is on page 180 of 182
Dalam bab akhir, selepas puas mengkritik Tan Malaka, dalam bab Rasionalisme, Syed Hussein ada iras persamaan dengan Tan Malaka dalam bab Rasionalisme, iaitu menyerang hal yang mistik sepertimana Tan Malaka menyerang dengan Madilog, cumanya Rasionalisme Syed Hussein adalah Rasionalisme berasal dari Islam, bukan Rasionalisme tanpa Tuhan. Logik pisau = sains juga turut digunakan dalam mempertahankan agama lebih penting.
Sep 30, 2019 04:54AM
Kita Dengan Islam: Tumbuh Tiada Berbuah


Benz
Benz is on page 149 of 182
Selesai bab empat jenis manusia baru dalam Islam.. Bab atau buku yang sangat keras (dan pertama?) mengkritik Tan Malaka. Alatas bagaimanapun memahiri apa yang ia kritik. Plekhanov, M.N Roy antara nama yang disebutkan jua. Beliau menghargai Marxisme, tetapi bukan seluruh yang diajarkan Marxisme. Pandangannya sejalan dan lebih teliti dari HOS Tjokroaminoto. Tan Malaka tidak diberikan ampun dan ruang untuk bertaubat.
Sep 23, 2019 10:19AM
Kita Dengan Islam: Tumbuh Tiada Berbuah


No comments have been added yet.