Benz’s Reviews > Agama & Hegemoni Negara > Status Update
Benz
is on page 110 of 310
Banyak yang harus dikritis semula terhadap gaya penulisan buku ini terutamanya. Ini adalah kekurangan saya sendiri, kerana esei-esei ini ditulis (masih) dalam luapan kemarahan. Ia tak jauh berbeza dengan Antithesis, Anticonformity dan Koleksi Puisi Masturbasi, cuma dalam bentuk esei. Begitulah yang saya dapat bila mengulang bacanya semula. Isinya banyak yang boleh difikirkan kembali, tetapi dari sudut gaya tidak baik
— Apr 04, 2020 07:41AM
Like flag
Benz’s Previous Updates
Benz
is finished
Selesailah sudah pembacaan terhadap buku Agama & Hegemoni Negara ini. Bahagian akhir nampaknya lebih baik dengan pengucapan bahasa yang tenang dan berfokus kepada kesimpulan penulis seperti idea Kiri/Sosialisme Islam juga pembacaan ulang terhadap Jesus. Bagaimana agama sepatutnya ditampilkan, keberpihakan kepada rakyat bawahan atau elite atasan. Inilah agama yang diikuti oleh umat Nabi Isa dan Nabi Muhammad dulu.
— Apr 08, 2020 08:40AM
Benz
is on page 210 of 310
Ada esei yang bagus, ada esei yang tak bagus dalam kumpulan/kompilasi esei pertamaku ini. Yang bagus mungkin ditandai dengan kata ganti nama 'kita', sementara yang kurang bagus ialah dengan kata ganti nama 'aku'. Mungkin di lain masa akan lebih cermat akan penggunaan kata ganti nama. Buku ini dilabelkan oleh GB sebagai 'anekdot'. Kecewa pada mulanya, tetapi bila dibaca semula, sememangnya agak "keanekdot-anekdotan".
— Apr 05, 2020 12:55PM
Benz
is on page 10 of 310
Kembali membaca buku sendiri -tabiat/kebiasaan tahunan penulis- sekurang-kurangnya 5 buku sendiri mesti diulang-baca, untuk menilai di mana kesilapan/kekurangan dalam penulisan. Buku ini adalah kumpulan esei yang ditulis dan diterbitkan pada 2016. Sebahagian besar isi dalam buku ini sudah tidak kena mengena dengan situasi semasa. Tema-tema umum tentang agama masih relevan. Terima kasih kepada yang membaca dan komen.
— Apr 02, 2020 03:09AM

