Benz’s Reviews > Jalan Kiri Menuju Syurga > Status Update
Benz
is on page 342 of 360
Bahagian akhir tentang Risalah-risalah Pembebasan juga masih menarik dan berinti. Islam sebagai agama pembebasan digaungkan dengan sekuat hati. Selain Asghar Ali yang menjadi sandaran utama kepada penulis, apa yang ditulis Asghar Ali turut dibawakan sekali iaitu tentang Mekah sebagai pusat perdagangan berhala juga ibadah haji serta ketidakberdayaan pengkisahan mukjizat2 hissi untuk menyelesaikan masalah manusia.
— Apr 12, 2020 08:39AM
Like flag
Benz’s Previous Updates
Benz
is on page 347 of 360
Selain persoalan atheistic yang cukup kuat bergaung dalam pertembungan antara agama dan Marxisme, masalah pekerja juga disinggung dengan tegas dan keras. Antaranya seperti persoalan upah murah dan juga masalah cuti kaum pekerja yang jarang sekali menjadi perbincangan kaum agamawan. Kaum agamawan terutama di Malaysia nampaknya sangat tebal ciri feudal dan pasifnya dalam membincangkan tentang hak-hak pekerja.
— Apr 12, 2020 08:45AM
Benz
is on page 336 of 360
Keseluruhan cerita ini memang menarik dan berisi. Masih boleh dihayati walaupun sudah bertahun-tahun ditulis. Bab-bab akhir banyak memperkatakan tentang tema agama dan pembelaan terhadap semangat agama yang membebaskan. Terlalu banyak watak harus diakui, mungkin boleh diperkembangkan lagi jika mampu, dan penceritaan terhadap berbagai tokoh adalah perlu seperti bab tentang Roger Garaudy yang jarang2 sekali dibincang.
— Apr 12, 2020 08:28AM
Benz
is on page 256 of 360
Selain perbahasan antara Kiri-Islam, juga pecahan atau pertarungan dalam blok Kiri, novel ini juga membahaskan tentang perdebatan antara atheist dan theist juga sedikit sebanyak agnostik yang selalu dikecam atheist sebagai 'atheist without balls". Hujah-hujah kedua-dua pihak dikemukakan dan diseimbangkan. Kebenaran itu nyatanya bukan sebuah kerja mudah. Ia adalah penat-lelah dan kerja keras memerah pelbagai fikrah.
— Apr 10, 2020 08:37AM
Benz
is on page 200 of 360
Antara kelemahan ketara pada buku ini adalah dari sudut editingnya. Mungkinkah ini kelemahan zaman berzaman bagi mereka yang tak bermodal (indie)? Editing yang lemah begitu ketara sekali. Bila dibaca ulang sekali lagi baru ternampak cacat dan celanya. Tidak boleh disalahkan sepenuhnya pada penerbitnya. Mungkin edisi baru kelak akan lebih baik. Sayang sekali bila tak mampu mengupah editor yang cermat untuk menelitikan
— Apr 09, 2020 06:08PM
Benz
is on page 184 of 360
Selesai sudah Bahagian 1. Masih terasa debate yang tajam saling tikam menikam antara satu sama lain, dengung agnostik-atheist-theist masih bergaung. Kesemua watak diperkuatkan dan diperkukuhkan. Surat-surat antara dua kekasih berbaur melankolik-puitis. Masih menikmati karya ini walaupun telah ditulis bertahun-tahun. Kerana tema yang dibahaskan bersifat umum dan sejagat. Konflik Kiri-Agama yang tak pernah selesai.
— Apr 09, 2020 08:41AM
Benz
is on page 126 of 360
Melintasi banyak bab yang penting dan dramatik. Dibaca sekali lagi. Masih sedap dibaca sehingga ke saat ini. Boleh dikatakan karya yang menampung tema yang berat dan cuba dimuatkan dalam roman-yang romantis. Agama cuba diselongkar sedalam mungkin, baik dari Marx, juga awalnya Fuerbach.. Nama-nama atheist militan turut disebutkan seperti Hitchens, Dawkins dan ramai lagi yang keras membangkang agama. Karya mencabar.
— Apr 08, 2020 08:34AM
Benz
is on page 106 of 360
Konflik yang mendalam dan pertentangan yang tajam antara seorang perempuan dan tradisi, baik suami dan famili. Masih terasa kesan dan semangat keras hati Siti Sarah ini, walaupun dibaca sekali lagi. Sehingga ke muka surat 106 ini, karya ini mendahului karya-karya yang lain. Penuh dengan perasaan jengkel yang keterlaluan yang diluahkan dengan perlahan-lahan. Moga-moga pembaca juga dapat merasakan perasaan watak2nya.
— Apr 06, 2020 08:37AM
Benz
is on page 60 of 360
Kata Akwa Mahzan, seorang teman yang selalu membeli karya-karyaku, baik semasa dalam blog lagi, cetak mahupun ebook, Jalan Kiri antara yang paling menarik jika dibandingkan dengan karya-karyaku yang lain. Mood ketika menulis karya ini lebih sedih berbanding karya-karya lain (mungkin Advencer menghampiri mood Jalan Kiri). Bahasa yang digunakan dalam novel ini juga lebih puitis dan cuba dihaluskan sehalus mungkin.
— Apr 04, 2020 07:44AM

