Benz’s Reviews > Advencer Si Penjual Buku > Status Update

Benz
Benz is on page 94 of 301
Kisah suka-duka anak muda, pengembaraan (atau dalam buku ini disebut sebagai 'advencer') mencari diri, mencari tujuan hidup. Kata Kia, selepas Jalan Kiri, ini adalah yang terbaik dalam banyak karya yang dikarang. Penulisan di kala ini masih lagi berterabur-tidak tersusun. Masih terlalu bernuansa emosi dan sedikit-sebanyak narsisisme, suatu penyakit yang harus dihilangkan. Penulis melondehkan banyak benda dalam hidup.
Apr 13, 2020 08:30AM
Advencer Si Penjual Buku

flag

Benz’s Previous Updates

Benz
Benz is on page 219 of 301
Bahagian ini banyak mengkritik perjuangan sambil lewa mahasiswa di Malaysia yang terlalu banyak berfokus pada 3 M, Makan, Makwe, Main. Adakah ini penyakit kaum mahasiswa di Malaysia sahaja, atau seluruh dunia? Berharap hanya di Malaysia sahaja. Bagaimanapun tahun-tahun lepas ketika melakukan tour banyak berjumpa mahasiswa yang turun padang, bermasyarakat dan melakukan banyak kegiatan sosial.
Apr 20, 2020 08:59AM
Advencer Si Penjual Buku


Benz
Benz is on page 201 of 301
Definisi kemajuan menurut Alatas juga turut dikemukakan dalam buku ini. Ternyata sehingga ke hari ini definisi 'maju' masih sangat jauh dari masyarakat kita. Masih ramai lagi yang tidur di bawah jambatan, yang tidak berumah, yang tiada pekerjaan, meskipun di Malaysia kita sudah mengatasi masalah buta huruf dan tiada isu kebuluran. Kesihatan juga sangat murah dan boleh dinikmati oleh semua warganegara. Ada kontradiksi
Apr 19, 2020 07:53AM
Advencer Si Penjual Buku


Benz
Benz is on page 170 of 301
Membaca sebelum ini bahagian 'Kenapa Perlis Tidak Menjadi Singapura' agak meletihkan dan susunan bahasa yang tak cukup baik. Tetapi bila dibaca sekali lagi, mungkin dalam mood yang berlainan, bila ditilik-tilik, pada bahagian ini kritikan pada atheism dan sekular agak keras bergaung. Hujah-hujah Dawkins dibacakan dan dikritik kembali. Utamanya dalam debat beliau dengan Mehdi Hassan di Oxford Union. Debat yang intrik.
Apr 18, 2020 08:04AM
Advencer Si Penjual Buku


Benz
Benz is on page 20 of 301
Juga dalam penelaahan kembali. Kerana sedang dalam penghasilan beberapa karya baru, maka penelaahan sebegini MESTI dilakukan, supaya dapat mengoreksi seberapa banyak yang mungkin kekurangan-kesilapan dilakukan selama menghasilkan karya. Permulaan Advencer seperti disebutkan ramai pembaca juga pembacaan ulang, sangat berbau/r pesimistik yang mendalam. Sifat antagonistik manusia bukan bermula dari optimis, tapi pesimis
Apr 02, 2020 12:35PM
Advencer Si Penjual Buku


No comments have been added yet.