Benz’s Reviews > Agong Tanpa Tengkolok > Status Update

Benz
Benz is on page 126 of 286
Menjumpai kali ketiga FAO menyebutkan tentang "Islam Kiri", tetapi beliau tidak menggolongkan Islam Kiri itu sebagai Islam Progresif (yang dia lebih cenderung), bahkan dia juga tidak menggolongkan Islam Liberal (yang popular sebagai musuh kepada fundamentalisme di sini) sebagai Islam Progresif. Islam Emansipatoris juga antara disebutkan oleh FAO, juga tidak digolongkan dalam Islam Progresif, menunjukkan banyak Islam.
Jul 21, 2021 10:53AM
Agong Tanpa Tengkolok

flag

Benz’s Previous Updates

Benz
Benz is on page 186 of 286
Kritikan kaum liberal terhadap agama, asal usul agama, kewujudan agama, peranan agama, selalunya menarik untuk diamat. Bab tsunami dan hal agama antara menarik iaitu tentang tsunami yang dikatakan dari Tuhan. Manusia menurut FAO dikatakan mencipta agama/Tuhan untuk mereka menenangkan diri sendiri terhadap apa yang mereka tidak tahu, apa yang mereka bingungkan dan apa yang mereka takuti. Tsunami dikatakan sebab moral
Jul 22, 2021 08:13AM
Agong Tanpa Tengkolok


Benz
Benz is on page 146 of 286
-sambungan pada tadi- FAO juga menuliskan tentang "PKI" dan mengakui tentang jutaan orang dituduh PKI di Indonesia telah dibunuh era regim Soeharto. Tetapi di Malaysia, meski pernah juga "diganasi" komunis (PKM), Malaysia menyelesaikan isu PKM lebih damai berbanding Indonesia. Tradisi "demokratik" Malaysia juga meski tak memunculkan sosok seperti Gus Dur, Cak Nur, Ulil dll, korupsi di Indonesia lebih parah dan pilu.
Jul 21, 2021 11:20AM
Agong Tanpa Tengkolok


Benz
Benz is on page 145 of 286
Ini sisi lain komentar kritis pada sudut pandang demokratik individualisme ala FAO yang kuat mengkritik Malaysia sebagai anti demokratik, berbanding Indonesia. Tanpa menafi sepenuhnya kritikan FAO, saya fikir FAO sendiri pun tidak mahu tinggal di Indonesia. Saya fikir di Malaysia, ruang demokratik lebih terbuka berbanding Indonesia yang pernah diperintah regim tentera-Soeharto, kekerasan terhadap etnik Tionghua dll
Jul 21, 2021 11:16AM
Agong Tanpa Tengkolok


Benz
Benz is on page 133 of 286
FAO tidak dapat dinafikan seorang yang kritis. Ketika dia mengkritik PAS, bukan bermakna dia pro pada Agong Tanpa Tengkolok. Mungkin ini dilema kepada liberal "murni"(?) sepertinya dalam dunia Malaysia yang sangat binari dan kurang menghargai sesiapa yang kritis. FAO juga dilihat menempelak golongan Islam Liberal (Islib) di Malaysia, yang menurutnya telah dipersepsikan secara salah (Astora juga diangkat sebagai Islib
Jul 21, 2021 11:05AM
Agong Tanpa Tengkolok


Benz
Benz is on page 125 of 286
FAO juga sedikit sebanyak mengeluh tentang "mandek"nya budaya atau pemahaman reformasi di kalangan aktivis atau penggiat reformasi, yang menurutnya reformasi itu semata promosi di sampul sahaja. Walaupun di era Fadzil Noor, juga kawan Anwar, PAS dilihat cuba membawa nilai atau tema progresif, tetapi di kampung-kampung bahasan atau temanya masih bertunjangkan konservatisme. Ini yang masih jauh dengan situasi Indonesia
Jul 21, 2021 10:47AM
Agong Tanpa Tengkolok


Benz
Benz is on page 124 of 286
Mahathir (Si Agong Tanpa Tengkolok ini) meski berjaya menyekat PAS selama-lama ini era pemerintahannya, yang mana PAS hanya boleh bertahan di Kelantan, dan sesekali menang dan kalah memerintah di Terengganu dan Kedah (3 negeri Melayu yang selalunya kuat kecenderungan agama dan fanatisme pada PAS), walaupun Mahathir berjaya menyekat, kebalikan pada itu arus fundamentalisme agama bawah PAS makin mengalir deras, laju..
Jul 21, 2021 10:42AM
Agong Tanpa Tengkolok


Benz
Benz is on page 121 of 286
FAO cuba mensyarahkan apa yang bukan "Islam Progresif" iaitu kalau dalam versi UMNO ialah Islam Negara sementara versi PAS ialah Islam Oposisi, dalam ertian Islam Fundamentalis (kerana oposisi juga punyai banyak maksud). Jadi yang bukan Islam Progresif menurutnya adalah Islam yang anti-akal, anti-debat, anti-kebebasan, anti-kepelbagaian, atau pendek kata, menurut FAO adalah Islam yang anti-demokrasi.
Jul 21, 2021 10:37AM
Agong Tanpa Tengkolok


Benz
Benz is on page 120 of 286
Juga persoalan jamak tafsir agama antara menarik difikirkan. Farish Noor, Zainah lebih berpengaruh pada kelas menengah dan masyarakat urban. Sementara di Indonesia, sekurang-kurangnya Gus Dur yang kritis dari tradisi pesanteren/Nahdatul Ulama' berpengaruh sampai ke kalangan santri (bukan kelas menengah). Persaingan hegemoni politik Islam juga makin memperketatkan pemahaman Islam yang tunggal iaitu antara PAS dan UMNO
Jul 21, 2021 10:28AM
Agong Tanpa Tengkolok


Benz
Benz is on page 120 of 286
Persoalan seterusnya yang dibangkitkan FAO juga menarik iaitu tentang kita tiada Cak Nur atau Gus Dur, pemikir kritis (sebenarnya ulama', seperti Gus Dur) yang datang dari tradisi/latar belakang agama tetapi kuat mengkritis agama/wan. Sementara ada juga di Malaysia yang kritis pada agama/wan di Malaysia, tetapi bukan datang dari tradisi agama seperti disebutnya ialah Farish Noor dan Zainah Anwar. Menarik tuk dikaji
Jul 21, 2021 10:20AM
Agong Tanpa Tengkolok


Benz
Benz is on page 118 of 286
Ada dua kali juga aku melihat (setakat ini) FAO memetik "Islam Kiri" antara penafsiran lain tentang Islam. Ini sesuatu yang harus kita setuju dengan pandangan pemikir liberal buatan Malaysia ini. Bahawa Islam itu bukan satu tafsiran yang monoton, yang hanya eksklusif milik kaum tekstualis atau reaksioner atau rasional semata, bahkan punyai banyak perspektif dan kecenderungan/kegandrungan puak/faksi masing-masing.
Jul 21, 2021 09:26AM
Agong Tanpa Tengkolok


No comments have been added yet.