Benz’s Reviews > Fitnah Terbesar Dalam Sejarah Islam > Status Update
Benz
is on page 211 of 723
Umum yang meneliti proses pembaiatan Khalifah selepas terbunuhnya Umar akan mendapati bahawa Ali seorang keras, tegas, dan berprinsip -layaknya seperti Umar - bahkan ketika Ali diminta oleh Abdul Rahman Bin Auf supaya mengikuti jejak langkah Abu Bakr dan Umar selepas Nabi, Ali ternyata enggan. Maknanya Ali sanggup merisikokan tawaran kekhalifahan yang mungkin akan dapat padanya. Jika sesuatu itu tak kena, Ali lawan.
— Sep 27, 2021 09:34AM
Like flag
Benz’s Previous Updates
Benz
is on page 210 of 723
Dikatakan ramai bahawa Ali adalah seorang yang kental pegangan Islamnya dan tak dapat diubah-goyah. Syi'ah berpendirian sedemikian. Tetapi kenapa Ali menerima sahaja pemerintahan Abu Bakr dan Umar jika benar kedua ini salah dan thogut? Seterusnya ketika Ali ditunjuk oleh Umar sebagai antara Sahabat yang layak dipilih jadi Khalifah sesudahnya, kenapa Ali menerima? Bukankah penerimaan itu menunjukkan pengiktirafannya?
— Sep 24, 2021 07:09AM
Benz
is on page 206 of 723
Pembaca seterusnya akan dibawa menilai kekayaan2 yang dihasilkan oleh para sahabat besar Nabi. Antaranya ialah Zubair Al-Awwam dan Talhah Ubaidilah. Mereka meninggalkan kekayaan yang bernilai jutaan dirham pada masa itu -apatah lagi ukuran pada masa ini- Talhah sememangnya seorang peniaga dari sebelum Hijrah ke Madinah lagi. Tetapi Zubair juga menerima "tempias" kekayaan dari Islam. Kekayaan yg sangat mencengangkan.
— Aug 22, 2021 06:10AM
Benz
is on page 126 of 723
Taha Hussain bercerita tentang Saad Bin Abi Waqqas, antara sahabat favret ramai, tetapi sepeninggalan Nabi ia agak dilupakan atau diabaikan, meskipun ia sebagai yang terlibat dalam pertempuran di Qadisiyah mengalahkan regim Parsi era Umar Al-Khattab. Kata Taha menariknya di sini (atau teorinya), dalam perang saudara Islam, Saad memilih untuk berkecuali menyebabkan dia tidak berapa diangkat oleh Syi'ah dan Sunnah.
— Aug 13, 2021 04:30AM
Benz
is on page 25 of 723
Pembahasan seterusnya adalah tentang teokrasi. Teokrasi berbeza dengan demokrasi iaitu manusia tiada hak untuk campurtangan. Segala-galanya adalah urusan dan perintah Tuhan. Hanyasanya kerja manusia adalah mendengar dan melaksanakan perintah-perintah Tuhan (yang sebenarnya adalah dari arahan para pendeta, rabbi, ulama'-ulama'). Tetapi Umar (dalam bahasan awal buku ini) menjungkirbalikkan segala-galanya akan hal ini.
— Aug 07, 2021 07:51AM
Benz
is on page 23 of 723
Selain Taha Husain, Farag Fouda yang terkenal kritis dalam sejarah Islam -fokusnya Sunni- juga tidak terkecuali dalam mengagumi pemerintahan Umar. Farag Fouda kemudian dibunuh oleh kaum fundamentalis di Mesir.
— Aug 07, 2021 07:43AM
Benz
is on page 23 of 723
Kisah Umar dengan gabenornya (atau anak gabenornya di Mesir, jika tidak salah, Amru Al-As) juga antara yang terkenal, disebutkan di dalam ms ini, selain pernah dicatatkan juga oleh Murtadha Muthahhari, seorang ulama'-filusuf Syi'ah Iran (rasanya Syari'ati juga mencatatkan hal yang sama), iaitu tentang perlecehan anak Amru terhadap rakyat yang dia kalah berlumba lalu melecehkan (atau mencederakan) rakyat tersebut.
— Aug 07, 2021 07:42AM
Benz
is on page 23 of 723
Jika mengikut catatan Taha Hussain yang selalu dianggap oleh sebilangan fundamentalis sebagai seorang "liberal" (tetapi dia adalah pengagum Umar Al-Khattab), ia menuliskan bahawa pada era Umar, petugas atau penguasa daerah kena mendaftar kekayaan sebelum menjalankan tugas. Setelah petugas itu berhenti dari jabatannya, kekayaannya akan dikiran kembali. Ini adalah sesuatu yang menarik untuk diperhatikan tentang Umar.
— Aug 07, 2021 07:39AM
Benz
is on page 23 of 723
Suatu lagi buku menarik lagi kontroversial karangan pengarang Arab Mesir yang hebat, iaitu Fitnah Terbesar Dalam Sejarah Islam. Menarik buku ini, telah diterbitkan sebanyak dua kali (dalam pengetahuan saya), dan untuk cetakan baru ini dengan 723 ms dan harga yang sangat murah dan berbaloi untuk didapatkan (harga sosialis betul) dan juga diterbitkan oleh penerbit daulah.. iaitu DBP.. saya menyarankan buku ini dibaca.
— Feb 26, 2021 04:24AM

