brokebookmountain’s Reviews > Sayang Ustazah Sayang > Status Update
brokebookmountain
is on page 92 of 100
Salmi Manja memuatkan cerita Ustaz dan Ustazah yang kuat lepas tangan, lelaki-lelaki yang sering berdebat tentang isu politik tetapi rumahtangga sendiri tidak terjaga, penderaan fizikal dan mental, soal perkahwinan, cinta dan bagaimana seringkali perempuan yang memikul beban keluarga.
— Aug 05, 2023 08:34PM
1 like · Like flag
brokebookmountain’s Previous Updates
brokebookmountain
is on page 93 of 100
"Sudah terlalu banyak jerit-jerit orang wanita tentang keadaan yang tidak adil berlaku ke atas wanita sahaja. Kalau rumahtangga tempat kongsi hidup untuk berbahagia, kenapa pula akibat buruknya mesti terkhas kepada wanita sahaja?"
— Aug 05, 2023 08:34PM
brokebookmountain
is on page 91 of 100
Sayang Ustazah Sayang ialah buku yang mengisahkan kehidupan Ustaz dan Ustazah di sebuah madrasah dan karakter-karakter lain yang berinteraksi dengan mereka. Walaupun Salmi Manja tidak menggelar buku ini sebagai karya feminis, aku rasa buku ini amatlah bertepatan untuk diklasifikasikan sebagai genre tersebut. Salmi Manja mengarang cerita yang mengangkat isu-isu wanita yang masih relevan pada hari ini.
— Aug 05, 2023 08:30PM
brokebookmountain
is on page 90 of 100
5 ⭐️. Aku jarang baca buku lokal, dan aku sangatlah menyesal tak mula mendalami buku-buku oleh penulis tempatan semasa aku di Malaysia. Sayang Ustazah Sayang ialah buku nukilan Salmi Manja. Aku jumpa penulis ini atas rekomendasi Internet, dan aku amatlah bersyukur kerana karya Salmi Manja ini adalah antara permata-permata sastera Malaysia.
— Aug 05, 2023 08:27PM

