Benz’s Reviews > Cita Sempurna Warisan Sejarah > Status Update
Like flag
Benz’s Previous Updates
Benz
is on page 23 of 60
Alatas juga sentiasa mencari contoh sosialisme selain dari Marx, antaranya ialah Kawai Eijiro, seorang sosialis dan ahli ekonomi Jepun. Tentang cita sempurna, Alatas menunjukkan contoh dari Ali Bin Abu Talib, bilamana dalam Perang Siffin dalam merebut tempat minuman, Ali membenarkan tentera Muawiyah untuk minum, sementara sebelum itu, ketika tentera Muawiyah menguasai kawasan itu, tentera Ali tidak dibenarkan minum.
— Apr 16, 2024 03:32AM
Benz
is on page 15 of 60
Alatas dalam menghuraikan sesuatu kes itu, agak mendalam dan teliti pembacaannya. Dalam ms ini beliau menceritakan tentang cita bencana pada kes Sagawa, seorang lelaki Jepun, yang juga seorang kanibal.
— Apr 04, 2024 12:39AM
Benz
is on page 12 of 60
Menurut Alatas, binatang juga turut mempunyai cita sempurna. Ada ayat Al-Qur'an turun diberikan olehnya sebagai sandaran.
— Apr 04, 2024 12:02AM
Benz
is on page 8 of 60
Alatas masih dalam buku ini membincangkan persoalan dalam buku Kita Dengan Islam, Tumbuh Tidak Berbuah, iaitu persoalan Relativisme vs Mutlak (Absolotisme).
— Apr 03, 2024 03:55AM

