Goodreads helps you follow your favorite authors. Be the first to learn about new releases!
Start by following Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Showing 1-12 of 12
“Kekayaan tidak dinilai daripada banyaknya harta tetapi kaya jiwa.”
― Tundukkan Hati: Rahsia Keikhlasan Hidup Di Dunia Fana
― Tundukkan Hati: Rahsia Keikhlasan Hidup Di Dunia Fana
“Ilmu itu tumpang menumpang, murid menumpang ilmu guru, guru juga turut menumpang kebijaksanaan muridnya. Itulah dia 'taawun' iaitu saling mengambil manfaat antara satu sama lain.”
―
―
“Apabila Allah SWT mencipta agama untuk panduan hamba-Nya, maka Dia tidak akan membiarkan Islam yang murni itu dalam keadaan hina-dina. Mudah bagi Allah SWT untuk membuka hati manusia supaya menerima agama-Nya, tetapi sengaja Allah SWT adakan suasana sukar sebagai gelanggang bagi Rasul-Nya dan orang-orang beriman berjuang mendapat anugerah Allah SWT.”
― Muhammad SAW, Jejak Junjungan Mulia
― Muhammad SAW, Jejak Junjungan Mulia
“Jahil adalah penyakit kanser merbahaya yang menular dalam tubuh manusia. Bahayanya jahil ini boleh membawa syirik kepada Allah. Seperti mana penyakit kanser ada pencegahnya, begitu juga jahil ada pengubatnya. Pengubat bagi penyakit jahil adalah al-Quran dan as-Sunnah.”
―
―
“Orang zaman dulu miskin sampai nak beli selimut pun tidak ada duit. Ada suami isteri yang tidur berlaga belakang sebab nak tumpang panas. Tapi Alhamdulillah sampai ke tua tak pernah berbalah sampai cerai-berai. Orang hari ini gaji besar, dua tiga bulan bercerai. Ini menunjukkan bahagia itu bukan pada harta yang banyak, tetapi pada jiwa yang tenang. Tenang ini bukan boleh beli di market, tapi ia datang daripada Allah SWT..”
―
―
“Petunjuk dan peringatan wahyu Allah swt itu laksana air yang akan menyuburkan tanaman.”
― Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
― Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
“Meskipun dosa itu hanya terbahagi kepada dua, iaitu dosa kecil dan dosa besar, tetapi lorong menuju kepada dua jenis dosa terlalu banyak dan bersimpang siur. Diri manusia menjadi gelanggang dosa, sementara hati, fikiran dan anggota yang lahir menjadi pintunya. (ms 111)”
― Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
― Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
“Riba yang sentiasa mengekori setiap hutang di zaman moden ini akan menjadi bara api di akhirat kelak. (ms 110)”
― Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
― Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
“Para ulama' adalah pembawa obor ilmu yang menerangi kegelapan jahiliyah, apabila seseorang itu berusaha mendampingi para ulama', bererti dia berusaha mendekati cahaya ...
mukasurat 96 | bab 21”
― Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
mukasurat 96 | bab 21”
― Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
“Orang yang mengingati mati akan sentiasa berusaha menambahkan ilmu terutamanya tentang ilmu yang berhubung dengan Allah swt, kerana asas kepada keimanan ialah ilmu.”
―
―
“... yang dikatakan iman itu ialah berikrar dengan lisan, membenarkan dengan hati dan membuktikan dengan perbuatan.”
― Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
― Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
“Kekayaan jangan sampai jadi matlamat hidup manusia, kerana manusia dicipta oleh Allah swt adalah untuk mengabdikan diri dan berbakti kepadaNYA, maka harta bahkan dunia ini seluruhnya hanya alat untuk berbakti kepadaNYA jua. (ms 108)”
― Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
― Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang



