Goodreads helps you follow your favorite authors. Be the first to learn about new releases!
Start by following Darma Mohammad.
Showing 1-18 of 18
“Ular menyusur banir
tanpa kaki tanpa tangan.
Engkau bakal menyusur
titian sirat
tanpa amalan.
(Permohonan)”
― Kumpulan Puisi: Rintik-Rintik Huruf
tanpa kaki tanpa tangan.
Engkau bakal menyusur
titian sirat
tanpa amalan.
(Permohonan)”
― Kumpulan Puisi: Rintik-Rintik Huruf
“Selalunya orang muda membuat keputusan yang tergesa-gesa. Mereka tidak berfikir panjang. Mereka suka membuat keputusan secara pop. Semuanya mahu membentuk pop. Mereka mahu lagu pop. Mereka mahu kahwin pop. Mereka mahu pakaian pop. Mereka bernyanyi lagu pop. Mereka makan kuih pop. Mereka bercerai pun cara pop.”
― Merinci Ufuk
― Merinci Ufuk
“Ramai orang menyala api untuk menerang jalan. Tapi tak kurang pula yang mati terpijak baranya.”
― Merinci Ufuk
― Merinci Ufuk
“Lalai itu awan menutup batin engkau
ingat itu hujan membuka cembul Dia.
(Mata Batin)”
― Kumpulan Puisi: Rintik-Rintik Huruf
ingat itu hujan membuka cembul Dia.
(Mata Batin)”
― Kumpulan Puisi: Rintik-Rintik Huruf
“Di hadapan masih tinggi fail-fail yang perlu disemak, butir-butir yang perlu diteliti dan rumusan-rumusan yang perlu dilaksanakan. Dan pegawai tinggi kita asyik dan leka berbincang mengapa seseorang itu tinggi atau rendah dan kurus atau gemuk. Lagi tak elok, kalau asyik bincang perempuan mana yang manis atau tak manis.”
― Merinci Ufuk
― Merinci Ufuk
“Laksana setitik embun
nafas melekat di daun.
Daun itulah jasad engkau.
(Mengharap)”
― Kumpulan Puisi: Rintik-Rintik Huruf
nafas melekat di daun.
Daun itulah jasad engkau.
(Mengharap)”
― Kumpulan Puisi: Rintik-Rintik Huruf
“Selagi serigala berkeliaran
dalam dada
selama itu engkau
menerkam dan mencakar.”
― Langit Membuka Lipatan
dalam dada
selama itu engkau
menerkam dan mencakar.”
― Langit Membuka Lipatan
“Berlian terperap di kerak batu
tanpa dilihat orang.
Debu berkepulan di udara
menyambar mata khalayak.”
― Langit Membuka Lipatan
tanpa dilihat orang.
Debu berkepulan di udara
menyambar mata khalayak.”
― Langit Membuka Lipatan
“Sumbu lilin tersangat dekat
dengan api.
Roh engkau tersangat dekat
dengan barzakh.
(Melihat Akhirat)”
― Kumpulan Puisi: Rintik-Rintik Huruf
dengan api.
Roh engkau tersangat dekat
dengan barzakh.
(Melihat Akhirat)”
― Kumpulan Puisi: Rintik-Rintik Huruf
“Ombak tidak mencari selain pantai
untuk berderai.
Engkau tidak mencari selain Dia
untuk menangis.”
― Langit Membuka Lipatan
untuk berderai.
Engkau tidak mencari selain Dia
untuk menangis.”
― Langit Membuka Lipatan
“Tidak engkau hitung keping-keping kata
tumpah dari mulut.
Engkau hitung keping-keping perak
tumpah dari kantung.”
― Langit Membuka Lipatan
tumpah dari mulut.
Engkau hitung keping-keping perak
tumpah dari kantung.”
― Langit Membuka Lipatan
“Tatkala mawar belum tahu memohon
Dia telah memberi harum.
Tatkala biji belum tahu meminta
Dia telah memberi tunas.”
― Langit Membuka Lipatan
Dia telah memberi harum.
Tatkala biji belum tahu meminta
Dia telah memberi tunas.”
― Langit Membuka Lipatan
“Dibuka pintu langit
cukup luas rahmat Dia.
Dibuka pintu tanah
sekadar muat jasad engkau.”
― Langit Membuka Lipatan
cukup luas rahmat Dia.
Dibuka pintu tanah
sekadar muat jasad engkau.”
― Langit Membuka Lipatan
“Mata panah terlepas dari busur
tidak engkau tahu di mana jatuhnya.
Laksana perjalanan engkau
di mana akan berhenti.”
― Langit Membuka Lipatan
tidak engkau tahu di mana jatuhnya.
Laksana perjalanan engkau
di mana akan berhenti.”
― Langit Membuka Lipatan
“Kasih sayang menjadi selubung
menutup aib saudara engkau.
Saat itu
kemuliaan engkau terbuka.”
― Langit Membuka Lipatan
menutup aib saudara engkau.
Saat itu
kemuliaan engkau terbuka.”
― Langit Membuka Lipatan
“Pohon memberi buah
rantingnya dipatahkan.
Engkau tabur kepingan perak
agar tangan engkau dicium orang.”
― Langit Membuka Lipatan
rantingnya dipatahkan.
Engkau tabur kepingan perak
agar tangan engkau dicium orang.”
― Langit Membuka Lipatan




