Another battle scar

Sakit...Dah beberapa kali aku diuji dengan sakit yang menuntut aku berada di bawah mata pisau. Tapi, aku jarang-jarang kongsi sebab bagi aku ramai lagi yang diuji dengan sakit yang lebih teruk dari aku. Malunya aku nak beritahu dugaan aku yang kecil-kecil ini.Cuma untuk kali ni, aku terbuka hati untuk bercerita. Mana tau kalau-kalau ada orang lain di luar sana alami simptom yang sama...
Sejak beberapa bulan lepas aku ada sakit belakang yang teruk.Bagi aku, sakit belakang adalah sesuatu yang normal.Sebagai seorang pengurus dana yang melakukan trading sendiri, memang aku terpaksa duduk lama menghadap komputer.Apatah lagi aku penulis sambilan.Tapi peliknya kali ini sakit aku bermula pada bahagian belakang atas sebelah kanan. Kawasan ni aku rasa sedikit janggal. Kemudian sakitnya merebak ke siku, tangan. Kekadang tangan aku numb. Batuk dan bersin musuh ketat aku kerana aku rasa sakit melampau tiap kali terbatuk/bersin.Adakalanya aku tak tahu nak pintpoint mana datangnya sakit belakang aku. Kadang rasa di bahu, lengan, jari dan siku.
Kali pertama aku jumpa doctor, katanya aku bengkak susu... Aku diberikan ubat dan muscle relaxant.Apabila sakit aku tak hilang, aku disuruh pula ke hospital untuk melakukan mammogram. Tetapi di hospital, aku dirujuk kepada general surgeon dan dihantar untuk melakukan ultrasound.Kata mereka, ada bengkak susu tapi hanya sedikit. Tetapi general surgeon merasakan itulah puncanya dan berikan aku painkiller & plaster walaupun aku cakap aku sakit sangat.Habis ubat, sakit masih tak reda.Aku terpaksa ke klinik sekali lagi. Kali ini, doktor ini refer aku kepada orthopedic.
Orthopedic suruh buat MRI di bahagian bahu. Menurut orthopedic aku ada koyakan kecil pada tendon dan paralabral cyst. Painkiller aku ditambah, diberikan spray dan plaster tampal.Tiga kali aku berjumpa orthopedic. Tiap kali, dose ubat painkiller dan spesies painkiller ditambah. Sakit tak surut. Sampai masa, aku even tak boleh bangun dari katil, terpaksa berpaut sebab sakit sangat... Paling menyedihkan kerana sakit tu aku sampai tak berupaya dukung Arif.Level tolerant aku pada sakit amat tinggi. Jarangkali aku merungut tiap kali sakit sejak kecil. Aku banyak menahan. Tiap kali aku diuji sakit sampaikan terpaksa operation sekalipun, aku jarang-jarang beritahu kepada orang. Tapi sakit belakang ni unbearable (kata seorang ibu yang sudah dua kali bersalin normal).
Aku kekadang terfikir adakah doktor ni semua pandang aku remeh bila aku kata aku sakit kerana aku tak meraung atau jalan terinjut-injut seperti pesakitnya yang lain? Sebab aku memang begitu, sakit macam mana pun, aku akan tahan. Masa bersalin pun aku tak menjerit. Semasa berjumpa orthopedic sekali lagi, aku akhirnya bertegas. Aku tanya padanya, "Saya sakit sangat, doctor. Sakit sangat-sangat sampai susah nak bangun. Normal ke sakit teruk macam ni dengan koyak kecil tu?".Jawapan doktor mengejutkan aku. Katanya, "Abnormal.  Nak MRI leher?"Sebetulnya, aku memang bengang dengan jawapan beliau sebab kenapa tak buat dari awal. Penat aku menelan segala bentuk painkiller. Tapi bila fikirkan semula, aku pun satu... Apahallah aku tak menjerit aje cakap sakit nak mampus, tak payah nak tahan. Cakap sakit dengan muka straightface, agaknya orang ingat aku pura-pura sakit kot.
Semasa lebih kurang 15-20 mins dalam mesin MRI yang teramat bising, aku dikeluarkan dari mesin dan diberitahu mereka kesan sesuatu yang abnormal. Kemudian, aku disuntik dengan dye dan MRI diteruskan lagi. Kemudian, orthopedic terus cakap ada masalah dengan spine aku dan dia kena refer kepada neurosurgeon.Dari pagi sampai petang aku menunggu neurosurgeon seorang diri di hospital (aku biasanya ke hospital seorang diri sebab husband kena jaga anak-anak kami. Kami takut nak bawa anak-anak ke hospital sebab Covid-19. Kalau aku sakit sampai tak mampu drive, aku biasanya naik Grab)So, dipendekkan cerita... Rupa-rupanya, sakit aku datang dari spine tumour yang dah menekan saraf aku. Neurosurgeon cakap tak ada pilihan, aku kena operate dan buang tumour tu atau kaki aku pulak akan slowly weaken lepas ni.
Lepas dah tau aku sakit, kawan-kawan baik aku sibuk research cari neurosurgeon yang bagus untuk aku. Semua orang takut sebab aku nak kena operate spine. Walaupun peratusan untuk aku lumpuh rendah, risikonya tetap ada. Dan ada juga risiko brain fluid bocor.
Encik suami memang down sangat lepas tahu dan dia sedih sebab aku kena go through sakit macam ni. Aku cakap aku ok. Aku suruh dia kuat untuk anak-anak dan aku mula plan apa nak buat kalau-kalau perkara tak diingini berlaku. Dia hanya angguk-angguk bila aku cakap list of benda dia kena buat kalau ada benda tak baik jadi kat aku. Dia nak jaga aku kat hospital tapi aku tak bagi sebab aku risaukan anak-anak kami. Aku kena pastikan anak-anak kami selamat, terjaga. Jadi, dia setuju untuk stay dengan anak-anak kat rumah.
Aku tak ada siapa nak minta tolong. Jadi, aku terus call along. Along cakap dia kena kerja tapi dia boleh datang jenguk lepas operation hari Khamis. Tapi Jumaat katanya dia kena kerja dan weekend dia kena pergi PD untuk sambut anniversary yang dah lama dirancang. Aku tanya hospital, diaorang cakap caretaker yang dibenarkan hanya seorang dan kena buat Covid test dan tunggu sampai aku discharge. Obviously, aku tak rasa aku boleh discharge hari Jumaat sebab operation pun Khamis petang. 
Angah cakap dia boleh datang hari Jumaat dan tunggu aku sampai aku discharge. Tapi kalau boleh aku tak nak susahkan angah sebab angah kena jaga mak. Aku suruh angah dan mak tunggu kat rumah aje kalau mereka datang, temankan budak-budak kecik kesayangan aku kat rumah. Aku cakap andai kata keadaan aku teruk dan aku tak boleh bergerak, baru angah datang kat hospital temankan aku.
Operation aku petang Khamis. Rabu aku kena check in. Husband aku berdegil nak hantar juga. Jadi, aku izinkan dia drop aku kat lobi hospital dengan anak-anak. Masa aku drag beg aku nak masuk hospital, aku doa pada Tuhan, mohon jangan susahkan keluarga aku kalau apa-apa ditakdirkan jadi pada aku. Aku minta permudahkan urusan suami jaga anak-anak. Akhirnya aku faham apa mak selalu cakap masa aku kecil. Dulu mak selalu cakap "Aku ni tak mintak banyak. Harap aku ni panjang umuq sampai anak-anak aku besaq boleh berdikari. Kalau aku tak ada, sapa nak bela anak-anak aku?". Lepas jadi mak, aku faham. Aku dah tak risaukan diri aku, aku hanya risaukan anak-anak aku.
Banyak benda yang aku fikir masa tunggu nak sign consent letter untuk operation. Aku fikir pasal suami dan anak-anak aku, aku fikir parents aku, fikir adik-adik aku yang masih belajar. Baru aku sedar yang aku hidup bukan hanya untuk diri aku sendiri. Aku ada banyak tanggungan dan aku risau nasib mereka kalau apa-apa jadi pada aku.
Lepas daftar masuk wad, aku pun kemas-kemas barang supaya senang nak ambil lepas operation. Rupa-rupanya lepas operation aku kena duduk wad HDU sehari. Kalau ok, baru pindah bilik balik yang berkemungkinan bukan bilik sama. So aku kena kemas balik barang sebelum masuk bilik operation. Pening pulak aku fikir macam mana aku nak unpack barang lepas operation. Apa-apalah... Aku tawakal.
Pagi Khamis, aku kena buat nerve test. Macam-macam wayar sambung kat kepala dan kaki. Diaorang alirkan electric nak check nerve aku. Bertanda juga kaki aku. Sebelum buat nerve test, aku minta nak jalan sendiri. Lepas nerve test, pegawai kesihatan tu cakap aku kena naik wheelchair sebab takut wayar-wayar tu tercabut sebab diorang nak pakai masa operation. Aku reda. Tapi aku sebak bila attendan hosp yang tolak aku tu seorang pak cik tua yang baru balik kerja. Dia pun baru lepas operation rupa-rupanya. Masa tolak aku naik ramp, aku dengar nafas dia keras macam penat. Adakalanya aku rasa nak turun dan cakap aku boleh jalan sendiri. Bayangkan... aku ni susahkan orang walaupun kudrat aku barangkali lagi kuat dari orang tu. Malunya aku.
Sampai di bilik operation, aku diberitahu IV catheter akan dipasang oleh doc anaesthetic. First time, doc pasang sendiri. Pengalaman aku masuk hospital yang lepas-lepas, biasanya nurse yang pasangkan lepas admit ke ward. First time cucuk, Allahuakhbar, missed vein. Second cucuk, missed vein. Aku tahan aje sakit kat tangan kanan aku tu. Doctor berpindah ke tangan kiri. Cubaan kali ketiga barulah berjaya. Aku rasa dari nervous nak operation, dah jadi nervous nak kena pasang IV. Padahal seumur hidup aku, aku sendiri dah tak ingat berapa banyak aku kena cucuk jarum. Masa aku kena gestational diabetic dulu, 4 kali sehari aku cucuk jari sebab nak check bacaan gula dalam darah. Dalam sakit-sakit, kelakar pun ada rasanya. 
Operation katanya mula pukul 2pm dan akan ambil masa 2-3 jam. Aku sedar dah pukul 6 lebih. Benda pertama aku cakap pada nurse adalah 'sejuk'. Nurse cepat-cepat ambil selimut yang panas. Aku mula gerakkan kaki dan kanan. Alhamdulillah, aku masih boleh gerakkan dua-dua. Aku cuba pusing pulak. Allahhuakhbar, sakit nak mampus. Lepas tu aku kena marah sebab katanya aku tak boleh sesuka hati cuba pusing. Ops!
Dalam tengah high tu, attendan hospital tolak aku ke HDU. Nurse letak handphone atas tangan aku dan cakap tolong call suami. Rupa-rupanya husband aku dah call hospital banyak kali. Sebab dia risau aku belum keluar since katanya operation 2-3 jam saja. Tapi masa tu dah pukul 7. Aku gagahkan juga call. Cakap pun masih merapu sebab aku memang high. Lepas buat few calls, aku text beberapa kawan aku ckp aku okay. Nurse offer air. Aku teguk sikit aje sebab aku takut nak ke toilet sebab aku tau aku belum ready nak bangun. Sejam lepas tu, aku minta nak ke toilet. Nurse tak bagi dan offer bedpan. Aku tolak dan cakap belum betul-betul rasa nak pee. Aku tahan sampai lebih kurang pukul 11 malam sampai aku nampak ada nurse lain. Aku tanya boleh tak nak pergi toilet. Yes, nurse ni cakap boleh! 
Sakit juga masa first time bangun. Tapi tak sesakit backpain yang aku tanggung berbulan sebelum operation. Kaki dan peha aku numb dan kepala sakit. Aku gagahkan juga jalan perlahan-lahan. Yes, aku berjaya pergi toilet! Bangganya aku dengan diri sendiri (Bajet macam baby baru tau tatih). Lepas tu nurse bagi aku biskut dan milo. Aku rasa nurse tu yang punya sebab nurse sebelum ni cakap dorg tak ada sediakan makanan sampai esok pagi. Sedihnya aku. Sebab semua nurse pakai mask, aku even tak tahu nurse mana yang sedekahkan milo dan biskut tu. Terima kasih, nurse. Semoga nurse dimurahkan rezeki.
Dalam pukul 6 pagi, aku minta izin mandi. Alhamdulillah, walaupun kepala pening, aku mampu mandi sendiri. Lepas confident sikit, aku praktis jalan merata-rata dalam wad supaya numb aku hilang. Tapi, sampai aku dipindahkan ke bilik semula pun, aku masih numb. Beberapa hari lepas tu, aku pun dibenarkan discharge. Husband aku pun datang pick up aku. Waktu tu angah dan mak memang dah ada kat rumah aku, jadi angah tolong tengokkan Alya, Adam dan Arif sementara suami aku datang pickup aku kat hospital.
Itulah kisah dua minggu lepas. Aku masih tak buat kerja-kerja berat dan masih dalam MC sekarang. Husband banyak bawa aku keluar berjalan-jalan sikit di tempat tak ramai orang untuk exercise. Numbness aku slowly semakin berkurangan. Alhamdulillah. InsyaAllah, akan mula bertugas semula sedikit masa lagi. Alhamdulillah untuk pengalaman ini. 
What doesn't kill you makes you stronger...and wiser. InsyaAllah.
Love,liza nur





 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 03, 2021 01:05
No comments have been added yet.