The Runaway Groom 7

KEESOKAN paginya, Syafiena bersiap lebih awal daripada biasa. Selalunya dia pakai baju pejabat, tetapi tak tahu apa benda yang merasuknya untuk memakai baju kurung. Biarlah, sekali-sekala apa salahnya! Fikirnya sambil memadankan baju kurung cottonbunga-bunga kecil pada tubuhnya di hadapan cermin.
“Uiks… Awalnya kau mandi?”
Tiba-tiba, Syafiena terdengar suara Dina. Pantas dia menolehkan kepala sambil menghadiahkan sengihan untuk Dina yang sedang bersandar pada dinding pintu. Rambutnya tampak kusut dengan mata yang sebelah kanan sedikit terbuka. Heh, nampak sangat baru bangun tidur perempuan ni!
“Hmm… Tak tahulah kenapa aku rajin sangat hari ni.” Sebenarnya dia ada sebab lain bersiap lebih awal ni.
“Okeylah. Aku nak sambung tidur balik.”
Syafiena membulatkan matanya. Apa punya perangailah Dina ni. Boleh pula nak sambung tidur. Alang-alang dah bangun tu, terus ajelah bersiap. Tapi Syafiena malas nak membebel pagi-pagi buta ni, jadi dibiarkan saja Dina sambung tidurnya semula.
Selepas mengoleskan sedikit gincu pada bibirnya, Syafiena terus turun ke bawah. Dia hanya makan roti bakar dan membancuh kopi untuk dirinya. Bagi Syafiena, sarapan ni penting sebenarnya. Kalau tidak makan, alamatnya memang pagi tu dia akan rasa lesu aje memanjang.
Lepas dah puas isi perutnya, Syafiena terus mencapai handbagnya dan terus berlalu keluar. Sesudah menutup pintu rumah dengan rapat, dia menuju ke arah teksi yang sudah menunggunya. Dari semalam lagi dia sudah telefon teksi untuk menjemputnya di sini walaupun memang sudah ada orang yang volunteer nak jemput dirinya. Tapi sebab nak mengelak punya pasal, dia sanggup buat apa saja. Dekat pejabat memanglah kena berjumpa, tapi dia tak naklah jumpa kerap sangat.
“Nak pergi ke mana, nak?” tanya pak cik teksi.
“ER Holdings.” Syafiena menjawab sambil tersenyum.
Menerima arahan, kereta pun digerakkan. Syafiena terus pandang ke luar, menikmati alam yang luas terbentang meskipun langit masih gelap. Sambil itu, sempat dia terfikir tentang reaksi Ezran. Marah memang sudah pasti, tapi sampai bila akan terus begitu? Syafiena yakin, marah Ezran tak akan lama. Sebab itu dia berani melawan Ezran. Kalau tidak, kerat jari sajalah!


NAK dekat pukul 9 pagi, namun batang hidung Ezran sikit pun tak nampak. Risau juga dia. Mana tahu, Ada sesuatu terjadi ke? Macam... Kemalangan? Nauzubillahiminzalik! Minta dijauhkan! Walaupun Ezran itu musuh dia, sungguh tidak terlintas langsung dalam fikirannya untuk meminta sebegitu.
Dalam resah gelisah, Syafiena kembali melakukan tugasnya. Mindanya cuba berfikiran positif. Tapi tak sampai lima minit dia buat kerja, tiba-tiba mejanya dihentak dengan kuat. Terkejut Syafiena! Terus dia pandang ke atas dengan mata yang bulat. Huh, nasib tak keluar latah dia hari ni.
“Dah kenapa kau ni? Tak reti-reti nak bagi salam?” Syafiena perli baik punya. Tapi baru nak sindir seberapa banyak yang dia boleh, hati dia seolah memberi amaran agar dia tidak buat sebegitu. Sebab apa? Sebab... Muka Ezran serius nampak tegang semacam!
“Kenapa kau ni payah sangat nak dengar cakap aku?”
“Ha? Apa maksud kau ni? Aku tak fahamlah!” Syafiena mengerutkan dahinya. Lagipun dia tengok Ezran punya mood hari ini lain macam. Gerun juga, sebab seingat dia jarang sungguh Ezran hendak tunjuk muka marah tu. Selalu tu tayang muka sinis aje.
“Heh, buat tak faham pulak. Aku dah cakap dekat kau kan, aku jemput kau pagi ni?” Jelas muka Ezran sedang merah menahan marah.
Mendengarkan itu, Syafiena mula rasa cuak. Alamak! Takkanlah perkara sekecil itu membuatkan lelaki itu marah? Sudah... Habislah riwayat hidup aku lepas ni, bisik hati kecilnya.
“Err... Ezran...” Syafiena terkial-kial mencari alasan.
Just shut up and follow me.” Arah Ezran seraya menarik tangan Syafiena. Tapi Syafiena pantas mengeraskan diri, seolah-olah dapat mengesan perkara buruk yang akan jadi kalau dia ikut Ezran ketika itu.
“Okey, aku mintak maaf. Aku janji, aku tak...” Syafiena tak sempat nak habiskan ayat apabila Ezran menarik dia dengan kuat, menyebabkan tubuhnya terangkat dari kerusi. Dia tak ada masalah pun kalau Ezran nak tarik dia kuat-kuat, tapi yang masalahnya kuat tarikan tu sampai melekat tubuhnya dengan tubuh sasa Ezran. Tang tak boleh blahnya tu, jantung dia mula buat hal! Nasib baik kedudukan mereka ini agak terlindung sikit daripada pandangan mata staf-staf ER Holdings, kalau tidak... Memang kecoh satu bangunan!
“Ezran... Wait...”
Tapi Ezran tak nak dengar. Dia terus menarik tangan Syafiena masuk ke dalam bilik pejabatnya. Dia ingin mengajar perempuan itu cukup-cukup. Macam orang bodoh dia menunggu Syafiena tadi, tapi tengok-tengok apabila diberitahu oleh Dina yang Syafiena subuh-subuh lagi sudah pergi ke tempat kerjanya, hatinya terus menggelegak kepanasan. Memanglah dia boleh saja menelefon Syafiena, tapi dia tak menyangka pula yang yang perempuan itu berani melawan arahannya!
Ezran, please. I’m sorry...” Syafiena memohon lagi sekali apabila maafnya tadi langsung tak dilayan oleh Ezran. Dalam hal ini, Syafiena sanggup merendahkan egonya untuk meminta maaf kepada Ezran. Mana tahu, Ezran buat perkara yang tak elok pada dia. Walau mereka bermusuh mana sekali pun, Ezran itu lelaki dan dia pula perempuan. Memang sah-sahlah kalau berkaitan fizikal Ezran yang akan menang!
No, Syafiena Amni. Maaf kau dah habis tarikh luput,” kata Ezran dengan keras nadanya. “You already know, kan yang aku tak suka orang lawan cakap aku?”
Syafiena mengangguk, iakan saja.
So, lepas ni kau nak dengar or tak nak?” Seraya menarik pinggang Syafiena merapat.
Syafiena spontan menahan dengan meletakkan tangannya pada dada bidang Ezran. “Ezran... Please...”
No, hands off!” arah Ezran dengan nada tegas.
Syafiena terpaksa mengalah. Kalau tak ikut, takut lagi teruk Ezran buat dekat dia. Jadi terpaksalah dia menurut sahaja arahan lelaki itu.
So?” Ezran angkat sebelah keningnya sambil senyum sinis. Dan Syafiena cukup benci melihat senyuman Ezran ketika itu!
“Okey, aku... Akan ikut cakap kau lepas ni.” Balas Syafiena lemah. Sungguh dia terasa kalah sekarang ni. Ezran tak guna!!! Berani dia guna cara sebegini untuk membuatkan dia kalah!
Good.” Ezran senyum puas hati. Tapi yang hairannya lelaki itu tak pula lepaskan pinggang Syafiena.
“Apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku ni? Lepaslah!” Syafiena mula memberontak. Dipukul-pukulnya dada Ezran itu. Heh, ingat aku biarkan kau peluk aku sesuka hati, kau boleh buat apa aje yang kau nak? Silap besarlah!
“Aku memang tak puas hati. Sampai bila-bila pun aku tak akan pernah puas hati dengan kau!” ujar Ezran seraya mendekatkan wajahnya pada wajah Syafiena.
Syafiena terkedu. Namun, dengan pantas dia memalingkan mukanya ke tepi. Tidak rela diri disentuh oleh musuh yang dia sangat benci itu! Ikutkan hati, mahu sahaja dia melempang muka perasan bagus Ezran itu. Tetapi mengenangkan tangannya yang sudah dikunci kuat oleh Ezran, tak jadi dia hendak berbuat sedemikian.
“Kau tahu kan, banyak-banyak perempuan yang dampingi aku, kau satu-satunya perempuan yang berani tolak aku. Aku takkan pernah lepaskan perempuan macam tu!” ujar Ezran sambil menarik dagu Syafiena agar berpaling menghadapnya.
Syafiena meneguk air liur dua kali. Kesat! Namun, tak tahu kenapa dia begitu terpesona melihat pandangan mata Ezran yang sangat memukau itu. Ah, sudah. Kau dah hilang akal ke, Syafiena? Itu musuh kau kut! Serta-merta Syafiena tersedar. Dengan pantas, dia menolak tubuh Ezran. Terlepas juga akhirnya pelukan yang tanpa sedar, membuatkan Syafiena jadi panasaran.
“Ezran, kau salah pilih orang. Aku bukannya orang yang kau boleh buat mainan sesuka hati kau. Dan aku, tak nak masuk dalam game yang kau cipta ni. I quit.” Akhirnya! Akhirnya Syafiena mengaku kalah setelah bertahun-tahun mereka bermusuhan.
Tapi kenapa berita ini seolah tidak menggembirakan hati Ezran langsung? Apa kena dengan hatinya hari ni?
“Kau nak menyerah kalah macam tu aje?”
Yes, sebab aku dah penat main tarik tali dengan kau.”
“Mana perginya Syafiena yang dulu aku kenal? Yang tak pernah kenal erti mengalah?” Ezran cuba menduga.
Syafiena sekadar tersenyum tawar. “Dia pun dah pergi. Pergi bersama Ezran yang dulu.”
Jawapan Syafiena itu membuatkan Ezran terkedu. Tak tahu kenapa otaknya tak dapat mencernakan maksud Syafiena itu.
“Aku pergi dulu.”
“Kau ingat, kau cakap macam tu aku akan biarkan kau hidup dengan aman? Memang taklah!” Ezran masih cuba menyakitkan hati Syafiena.
Depends on you. Aku akan ikut aje. So, no big worries, kan? You can do what you want.” Balas Syafiena seraya membuka pintu. Namun, Ezran pantas menahan pintu itu daripada terbuka.
“Aku tak akan biarkan Syafiena yang dulu terkubur dalam diri kau.”
Why?” Syafiena bertanya. Sebab dia rasa pelik, kenapa Ezran begitu beria mahukan Syafiena yang dulu.
Doesn’t matter what the answer is.” Jawab Ezran yang Syafiena rasa memang bukan jawapannya pun.
Perbualan mereka terhenti tatkala pintu bilik pejabat Ezran diketuk. “Bos?”
Pantas Ezran melepas Syafiena dan membiarkan Syafiena keluar. Seraya melepaskan nafas berat, dia menghempaskan punggungnya di atas sofa berangkai tiga sambil bersilang kaki.
“Huish, kau orang ni dah apa kena? Sampai berkunci pintu bagai.” Hasif yang masuk ke dalam bilik dan duduk di hadapan Ezran mula menyerkap jarang. Mana-mana orang, kalau pintu pejabat bos berkunci, apatah lagi dengan seorang perempuan, siapa aje yang tak curiga? Ya tak?
“Tak ada apa-apalah...” Ezran menjawab malas.
“Serius? Habis tu, muka Syafiena merah habis tu apa kena?” Hasif menduga lagi.
“Biarlah dia. Dah dia aje yang boleh kawal muka tu jadi merah ke, hijau ke, hitam ke. Kan?” ujar Ezran dengan jawapan yang sungguhlah tidak bernas itu.
“Hesy, cakap dengan kau ni... Apa pun tak boleh!” Hasif menggeleng kepala. Sememangnya, kalau ada juara mengelat selayaknya memang patut diberi pada Ezran.
“Yang kau ni, dah kenapa datang sini? Nak bincang pasal projek dekat Tanjung Ipoh ke?”
“Yelah, dah tu?” Hasif angkat kening. Selalunya kalau berkaitan kerja ni, Ezranlah yang paling bersemangat sekali. Tapi sejak adanya Syafiena ni, hancur barai jadinya. Memang kalau dibiarkan, parahlah!
“Kau passlah dekat orang lain. Aku nak tenangkan minda ni.” jawab Ezran seraya menutup matanya rapat.
“Hoi, sesuka hati aje buat arahan tak munasabah tu. Mentang-mentang kau bos, kau bolehlah buat alasan macam tu.” Hasif rasa terbakar. Kut ya pun ada masalah peribadi, janganlah dicampur adukkan dengan hal kerja. Konon professionalla sangat, kan?
“Marah sangat ni kenapa?” Ezran membuka sebelah matanya dan memandang ke arah Hasif.
Hasif sekadar menggelengkan kepalanya. “Mungkin ni semua salah aku.”
Why?”
“Aku yang bawa Syafiena masuk kerja kat sini. Kalau tak ada dia, mesti kau tak akan rasa apa yang kau rasa sekarang, kan?”
Ezran terdiam. Namun buat seketika, dia menghembuskan nafasnya seraya berkata, “kau percaya yang semua kejadian tu ada hikmahnya?”
“Orang macam kau percaya ke dengan semua tu?” Hasif mempersoalkan.
Yeah, memang orang macam aku ni yang jahil agama tak layak kut nak percaya semua benda tu. Tapi kalau dah semua benda aku rasa tak sepatutnya berlaku, payahlah kalau macam tu. Semua benda aku tak dapat nak terima hakikat.” Balas Ezran, yang sebenarnya tiada niat langsung nak berfalsafah.
“Oh, habis tu kau bertunang dengan Kairina tu macam mana pulak?” Hasif cuba menduga lagi.
“Heh, itu lain ceritalah. Tapi buat masa ni, aku tak nak fikir pasal tu. Pandai-pandailah aku nak buat apa nanti.” Ezran terbayang wajah Kairina dalam mindanya. Hailah... Tunang, tunang. Kut stok alim, tak apalah jugak. Tapi ini jenis yang mencekik darah! Seburuk-buruk lelaki pun, nak juga mencari perempuan yang baik untuk dirinya. Yang gedik dan mengada-ada itu hanya sekadar penghibur saja bagi dia, dan tak akan pernah lebih daripada tu.
“Suka hati kaulah. Aku support kau aje dari belakang. So, pasal projek ni? Kau nak teruskan ke ornak pass dekat orang lain?”
“Ermm... Tak apalah, biar aku aje yang teruskan.”
“Cis, cakap macam keling.”
“Keling tak keling, aku nak teruskan projek ni pun sebab kau bro.” Ezran tersenyum meleret.
“Hah, baguslah. Kalau macam tu, buat biarlah bersungguh.”
Don’t worry. Ini Ezran Hakimilah. Berapa banyak projek yang dia buat semuanya bagus-bagus?”
Hasif ketawa. “Hmm... Banyak, sampai tak terkira! Macam nilah Ezran Hakimi yang aku kenal.”

Ezran turut ketawa bersama Hasif. Sungguhlah, memang Hasif itu sahabatnya dunia dan akhirat.
p/s: bersambunggg~~ dipersilakan letak komen anda. sesungguhnya komen anda amat berharga buat saya. kekeke >.<
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 18, 2015 06:21
No comments have been added yet.