Soalan 1: Kenapa Zainuddin?

Soalan yang paling banyak diterima sejak Tuhan Bukan Manusia diterbitkan ialah:


Kenapa Zharif Zainuddin? Kenapa tak letak Zharif Badrul je?


Dan soalan itu juga ditanya oleh big boss aka ayah aku sendiri. Sorry daddy, no offense.


Nama Zharif Badrul telah sinonim dengan penulisan-penulisan yang disiarkan di The Malaysian Insider dan di media-media portal yang lain.Penulisan sebegitu pulak semuanya yang non-fiksi gitu.


Jadi saudara Jalal merangkap penerbit mencadangkan supaya aku menggunakan nama lain kerana Tuhan Bukan Manusia adalah sejenis novel fiksyen yangberbeza sekali dengan penulisan-penulisan aku di media portal.


Fikir punya fikir, aku mencapai konklusi bahawa afdal lagi elok kalau nama Zharif itu berirama dengan nama yang bermula dengan Z juga.


Zharif Zain? dah macam Ziana Zain pulak. Zharif Zarqawi? dah macam sheikh Arab la pulak, Masya-Allah!


Selepas berhempas pulas mencari nama yang sesuai, akhirnya aku berkenan dengan nama…


Zainuddin.


Yang diambil daripada watak protagonis Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.


Sebabnya cuma satu: aku mahu memberi penghormatan kepada penulisnya  Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih femes dikenali sebagai Hamka.


Penghormatan itu diberikan atas tanda terima kasih kepada beliau kerana telah menulis sebuah karya agung yang sangat memberi kesan dalam hidup aku.


Dan banyak pula ayat-ayat dalam deraf terakhir Tuhan Bukan Manusia ditukar selepas membaca karya tersebut sehingga menjadi lebih puitis dan jiwang nohorom.


Apabila diangkat menjadi movie, kesannya pula sampai terbang ke bumi Indonesia dan menangis 7 kali di dalam wayang *tsk*


zainuddin


Part ni saje air mata dah keluar empat kali huhu (tak nangis, air mata je keluar)


Watak Zainuddin itu telah memberi kehidupan baru dalam hidup aku kerana waktu itu aku juga mengalami detik kejatuhan yang sangat dahsyat.


Tetapi, Zainuddin bangkit semula. Tidak menyerah kepada nasib yang menimpa diri lantas diangkat semula dirinya menjadi penulis dan memahsyurkan bangsanya sendiri melalui penulisan.


Jadi tidak keterlaluan kalau aku katakan bahawa Zainuddin adalah inkarnasi Zharif Badrul.


Lantas, penghormatan itu diabadikan dalam novel Tuhan Bukan Manusia. Agar mereka tahu penulis novel itu mendapat kehidupannya kembali melalui watak novel yang telah dihidupkan oleh penulis yang lain sebelumnya.


Dan nama itu, aku tidak berhasrat untuk mengubahnya dalam novel-novel akan datang.


Kepada Abuya Hamka, terima kasih atas karya agung yang telah dipersembahkan. Watak Zainuddinmu telah memberi inspirasi dan semangat kepada penulis yang lahir dan hidup di tempat dan djaman yang berbeda daripada Abuya.


Kepada yang bertanya, inilah jawapannya.


” Bahawa banyak orang besar-besar yang kalah dalam percintaan ambil jalan lain; maju dalam politik,mengarang buku dalam perjuangan hidup.


Dengan itu biar hatinya sendiri hancur dalam kekecewaan yang pertama maka orang banyaklah yang mengambil hasilnya”- Hamka, tenggelamnya kapal van der wijck


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 17, 2016 07:57
No comments have been added yet.