,
Find & Share Quotes with Friends

Kerohanian Quotes

Quotes tagged as "kerohanian" Showing 1-4 of 4
Faisal Tehrani
“Yang hebat dan kuat adalah yang rapat dan hampir dengan Tuhan.

muka surat 276, 1511(Kombat)”
― Faisal Tehrani

Rahimidin Zahari
“aku debu piatu
mencari cahaya
dari rumah tidak berpintu
kerana pintu itu
telah engkau lengkapkan
di dalam diriku.

(Rumah)”
― Rahimidin Zahari, Kumpulan Puisi: Sehelai Daun Kenangan

“Tidak ada yang lebih berpengaruh daripada sebuah kebangkitan yang berdiri di atas kebenaran (hak); tidak ada yang lebih abadi daripada sebuah peradaban yang kebijaksanaan (hikmah) bertindak selaku ketuanya; dan tidak ada yang lebih bertahan daripada bangsa yang dibangunkan di atas kebersihan jiwa dan hubungan kepada Penciptanya.”
― Rohimuddin Nawawi Al-Bantani, Beragama Itu Akhlak Utama

Sutung Umar RS
“Aku mencari guru yang mursyid
tetapi yang kutemui ulama fasik.
Mereka mengajar tentang kebenaran
tetapi mereka melakukan hal yang sebaliknya.

(Mazmur V)”
― Sutung Umar RS, Puisi: Nyanyian Mazmur