Kesufian Quotes

Quotes tagged as "kesufian" Showing 1-3 of 3
“Sesaat lapar menjadi rindu
seribu tahun pesonanya menyusup
ke danau kasih
sesaat dahaga menakluk cinta
seribu tahun arusnya mengalir
di lubuk rahsia.”
Shamsudin Othman, Kumpulan Puisi Taman Maknawi

Rahimidin Zahari
“aku debu piatu
mencari cahaya
dari rumah tidak berpintu
kerana pintu itu
telah engkau lengkapkan
di dalam diriku.

(Rumah)”
Rahimidin Zahari, Kumpulan Puisi: Sehelai Daun Kenangan

“Wujudku seperti penyair sunyi
tanpa bara api puisi-Mu.”
Shamsudin Othman, Kumpulan Puisi Taman Maknawi