Status Updates From Islam dan Kekuasaan
Islam dan Kekuasaan by
Status Updates Showing 1-30 of 131
Benz
is on page 261 of 397
Gaddafi tidak pro kepada Ikhwanul Muslimin, yang menurutnya lebih bersama penjajah berbanding Pan Arab, Sosialisme dan Nasser
— 4 hours, 10 min ago
Add a comment
Benz
is on page 258 of 397
kooptasi Azhar (sebuah institusi pendidikan Islam) di bawah negara/pemerintah berlaku pada era Nasser yang menjajakan Sosialisme Islam/Arab, yang disokong oleh para ulama' Azhar ketika itu, sebagai tandingan kepada komunisme Soviet
— Apr 24, 2026 05:46AM
Add a comment
Benz
is on page 255 of 397
hubungan Azhar dengan kekuasaan... telah berlangsung dari era Nasser lagi.
— Apr 21, 2026 04:46AM
Add a comment
Benz
is on page 251 of 397
Syria ini, kejam terhadap rakyatnya -terutama Ikhwan- bukan baru bermula pada era Bashar, tetapi pada era Hafiz (bapa Asad) lagi...
— Apr 17, 2026 05:36AM
Add a comment
Benz
is on page 247 of 397
Michel Aflaq dan Baath turut disebutkan... dan kemarahan ulama' terhadap Baath yang padanya ada golongan Nusayri yang dikatakan sebagai penyembah Ali -bahkan Syi'ah tradisional pun turut membangkangnya...
— Apr 14, 2026 08:56AM
Add a comment
Benz
is on page 246 of 397
Menarik juga baca pasal Ikhwan di Syria, yang ditenggarai oleh Siba'ie yang menulis Sosialisme Islam. Di kemudian harinya, sebelum Syed Qutb meninggal kerana digantung (1966), sebelum itu lagi pada Disember 1954, ada golongan Ikhwan yang turut ditaligantung, menimbulkan keberangan Ikhwan di Syria (Siba'ie), pada masa itu Syria masih okey dengan Ikhwan, hanya selepas itu tidak lagi okey, dan akhirnya Siba'ie ditahan.
— Apr 08, 2026 08:05AM
Add a comment
Benz
is on page 245 of 397
sampai ke ms ini, kita boleh melihat bagaimana trik/intrik politik atau tarik-menarik hal-hal politik antara kumpulan Islam, monarkis, nasionalis, dan kiri dalam hal Timur Tengah (antara Ikhwan dan Gamal Abdel Nasse dan golongan monarki).
— Apr 07, 2026 05:02AM
Add a comment
Benz
is on page 235 of 397
Hasan Albanna adalah karakter sufi haraki... membaca Abduh dan juga Ghazali...
— Mar 18, 2026 06:10AM
Add a comment
Benz
is on page 233 of 397
Rida bukan literalis yang naif, kata pengarang.
— Mar 14, 2026 12:29PM
Add a comment
Benz
is on page 229 of 397
Rashid Rida dan Khomeini dalam teori tentang pemerintahan Islam, nampaknya agak persis menurut pengarang.
— Mar 13, 2026 12:42PM
Add a comment
Benz
is on page 226 of 397
Ali Abdul Raziq dan Zaghlul (Parti Wafd) bertentangan dengan Rida, yang juga terkesan dengan Abduh dan Afghani dalam al-Urwah al-Wutsqa.
— Mar 09, 2026 06:47AM
Add a comment
Benz
is on page 222 of 397
Abduh ada latar belakang Ibn Taimiyah, tetapi pemikirannya sedikit Muktazilah, juga meski gurunya Afghani, beliau tidak sependapat dengan politik gurunya dalam bab kolonial dan autokratik, dalam bab ini beliau sepakat dengan Sayyid Ahmad Khan, cumanya kolonial tidak boleh selama-lamanya di tanah yang mereka jajah
— Mar 07, 2026 05:23AM
Add a comment
Benz
is on page 220 of 397
seterusnya, sampailah pada bab Abduh dan Rashid Redha yang terpengaruh dengan gagasan Jamaluddin Afghani
— Mar 06, 2026 05:30AM
Add a comment
Benz
is on page 210 of 397
Ziaul Haq berbeza secara kebalikan dengan Ataturk
— Mar 05, 2026 07:04AM
Add a comment
Benz
is on page 205 of 397
apa yang dialami oleh Bhutto membuktikan bahawa Sosialisme bukan mudah-mudah diterapkan dalam sebuah negara Islam atau yang majoritinya orang Islam, meskipun slogan atau retorik itu nampak cantik dsbnya... bahkan meskipun Bhutto menang sebagai penguasa, yang kalah menjadi pembangkang juga seperti biasa akan lebih banyak masa untuk mengadakan huru-hara, yang disaluti dengan nama Islam
— Mar 02, 2026 03:19AM
Add a comment
Benz
is on page 203 of 397
ramai juga tokoh Kiri yang dipecat bila Bhutto berkuasa kerana arahnya semakin condong ke Kanan, ada juga yang mengundurkan diri, sebaliknya pada PPP yang dipimpin oleh Bhutto, ramai tuan tanah mulai menyertainya...
— Mar 02, 2026 02:25AM
Add a comment
Benz
is on page 202 of 397
para wartawan turut dimasukkan ke dalam penjara pada era Bhutto... jadi pemerintahan Sosialisme Islam, bukanlah semuluk yang kita fikirkan tanpa ada apa-apa isu atau masalah
— Mar 02, 2026 02:21AM
Add a comment
Benz
is on page 202 of 397
dalam politik sememangnya kena bersikap realistik dan pragmatik.. walaupun Bhutto mengatakan (beretorik) ideologinya ialah Sosialisme Islam, beliau turut bekerjasama dengan Saudi, untuk memperolehi manfaat...
— Feb 27, 2026 10:43AM
Add a comment
Benz
is on page 198 of 397
menariknya soal Pakistan ini, pada era Bhutto, Maududi tidaklah lebih popular partinya mengatasi parti Bhutto iaitu PPP, yakni Sosialisme Islam diterima rakyat meski ramai ulama' di sana memfatwakan kufr kepada mereka yang memilih Sosialisme Islam ini
— Feb 25, 2026 06:35AM
Add a comment
Benz
is on page 197 of 397
Ayub Khan ditentang oleh Zulfikar Ali Bhutto yang menawarkan Sosialisme Islam, yang pendukung Bhutto atau konseptor Sosialisme Islam Bhutto ialah Hanif Ramay dan Safdar Mir, yang mana Safdar Mir ialah kritikus keras kepada Maududi. Maududi yang sebelum ini menentang Ayub Khan, kemudian merasakan Sosialisme Bhutto lebih merbahaya jika dibandingkan dengan Ayub Khan punya modenisme.
— Feb 25, 2026 06:33AM
Add a comment
Benz
is on page 197 of 397
Maududi yang sebelumnya tidak bersetuju dengan perempuan menjadi pemerintah, dalam masa dan ketika yang lain, telah pun menukar fatwa politiknya kerana kepentingan politik.
— Feb 24, 2026 05:37AM
Add a comment
Benz
is on page 194 of 397
bermula perbenturan antara Pakistan/Maududi dengan Ahmadiyah.. meski dinyatakan sendiri oleh pengarang bahawa bukan Maududui yang mengajukan tindak keganasan kepada pengikut Ahmadiyah, yang sudah ada klaim kenabian
— Feb 21, 2026 02:54AM
Add a comment
Benz
is on page 190 of 397
masalah yang dialami oleh Fatima Mernissi di Moroko juga ialah masalah yang dialami oleh perempuan-perempuan Islam di negara Islam lain, termasuk di Pakistan juga utopia ideologis Maududi... perempuan tiada hak untuk memilih dan dipilih...
— Feb 20, 2026 05:04AM
Add a comment
Benz
is on page 189 of 397
Maududi dan akal rasional adalah bertentangan hujah penulis
— Feb 19, 2026 05:31AM
Add a comment
Benz
is on page 187 of 397
Maududi juga menuduh ulama' Islam tradisional menyelewengkan ajaran Islam dan menimbunkan Islam dengan ajaran skolastik
— Feb 19, 2026 05:02AM
Add a comment
Benz
is on page 186 of 397
Maududi pada awalnya menentang penubuhan negara Pakistan... tetapi sebaik sahaja Pakistan ditubuhkan, dia pula yang menyokongnya...
— Feb 13, 2026 04:28AM
Add a comment
Benz
is on page 180 of 397
orang Islam dan orang Hindu pernah bersekutu dalam melawan British suatu masa dahulu...
— Feb 12, 2026 06:23AM
Add a comment
Benz
is on page 179 of 397
Maulana Abdul Kalam Azad, tak ngam dengan Sayyid Ahmad Khan... baginya Sayyid Ahmad Khan ini modenis.... tapi penafsiran agama Abdul Kalam Azad ini juga unik... dalam nak membebaskan India dari British, apa yang dilakukan oleh umat Hindu juga dianggap jihad.... tapi baginya umat Islam India kena ke depan lagi dalam jihad ini...
— Feb 05, 2026 06:15AM
Add a comment
Benz
is on page 176 of 397
ms ini sedap dibaca bersekali dengan tengok peta... akhirnya India terpecah menjadi pakistan, sebelum menjadi Bangladesh
— Feb 03, 2026 03:59AM
Add a comment
