Benz’s Reviews > Filsafat Eksistensialisme: Kierkegaard, Sartre, Camus > Status Update
Benz
is on page 14 of 73
Sementara filusuf seperti Hegel mengangkat Filsafat di atas Agama, Kierkegaard pula sebaliknya, mengataskan Agama di atas Filsafat, kerana Filsafat menurutnya hanyalah spekulatif dan tidak menuntut pelakunya untuk berbuat sesuatu sepertimana penganut agama, yang perlu berbuat sesuatu.
— Dec 06, 2021 03:56AM
Like flag
Benz’s Previous Updates
Benz
is on page 53 of 73
Fikiran manusia merindukan kebenaran universal, sebaliknya dunia hanya menunjukkan kebenaran yang terpenggal.
— Jan 12, 2024 01:16AM
Benz
is on page 50 of 73
Camus seorang atheist yang percaya tidak ada penjelasan final tentang dunia. Dia selalu merasa tersinggung bila namanya selalu dikaitkan dengan Jean-Paul Sartre.
— Jan 06, 2024 03:29AM
Benz
is on page 49 of 73
Habis selesai mengulas bab Kierkegaard dan juga Sartre di Kuliah Buku tahun ini. Rupanya buku ini tidak cukup kritis, meskipun menyajikan bahagian 'evaluasi kritis' yang agak banyak untuk Sartre, malah memberikan muka surat yang agak banyak untuk Thomas Aquinas, walhal buku ini hendak memfokuskan kepada eksistensialisme. Sepatutnya kritis di bahagian yang lain kerana orang belum lagi kenal pada Jean-Paul Sartre ini.
— Nov 08, 2023 03:21AM
Benz
is on page 38 of 73
menemukan dan mencipta adalah dua benda berbeza. Sartre mengatakan bahawa segalanya ada untuk manusia, dan manusia yang menciptakan segalanya. sedangkan menurut St Thomas Aquinas yang dipetik Martin, manusia hanya menemukan, bukan menciptakan.
— Dec 14, 2021 04:29AM
Benz
is on page 36 of 73
bagusnya pada buku nipis ini, ia bukan sekadar pengenalan atau suatu doktrin dogmatik pada filsafat eksistensialisme yang jarang sekali diajarkan di sekolah2 kita, tetapi ia juga mengandungi bahagian evaluasi kritis terhadap tiga tokoh utama eksistensialis ini.
— Dec 13, 2021 05:09AM
Benz
is on page 30 of 73
muntah, bau busuk, muak antara yang selalu diulang2 dalam drama2 Sartre, seorang eksistensialis yang atheist ini, berbeza dengan Kierkegaard seorang eksistensialis theist Kristen.
— Dec 10, 2021 10:18PM
Benz
is on page 28 of 73
Selepas Kierkegaard, tokoh seterusnya yang dibincangkan ialah Sartre, yang meskipun seorang filsuf eksistensialis, juga seorang novelis.
— Dec 10, 2021 05:18AM
Benz
is on page 27 of 73
Kierkegaard adalah seorang pemikir filsafat Kristen yang wajar dibaca, pandangannya mempertegaskan lagi keagamaan, meskipun secara terbalik dengan Hegel.
— Dec 10, 2021 02:00AM
Benz
is on page 23 of 73
Jadi Kierkegaard bukanlah seorang pemikir yang pro pada ilmu teologi.. tetapi cara fikirannya falsafah, tetapi pembelaannya pada Kristian adalah dengan iman, bukan dengan argumen spekulasi, tetapi dengan subjektiviti yang bererti pemihakan, berasa terlibat, berasa ayat2 Injil itu diturunkan kepadanya, bukan kepada orang lain, tetapi kepadanya
— Dec 07, 2021 05:38AM
Benz
is on page 23 of 73
Jadi Kierkegaard bukanlah seorang pemikir yang pro pada ilmu teologi.. tetapi cara fikirannya falsafah, tetapi pembelaannya pada Kristian adalah dengan iman, bukan dengan argumen spekulasi, tetapi dengan subjektiviti yang bererti pemihakan, berasa terlibat, berasa ayat2 Injil itu diturunkan kepadanya, bukan kepada orang lain, tetapi kepadanya
— Dec 07, 2021 05:38AM

