The Runaway Groom 5

"JADI... Kaulah secretary baru aku ya?” soal Ezran sambil tersenyum sinis.
Yelah... takkan drebar kau pulak! Dia hanya mampu jawab dalam hati, tapi hakikatnya Syafiena tahu dia tidak mampu menjawab sebegitu. Yang hanya dia mampu lakukan sekarang, berdiri tegak dengan wajah beriak kosong.
“Syafiena Amni... Nice to meet you. Again.” Hasif memecahkan suasana yang sudah bertukar menjadi tegang. Kalau dia senyap saja, tentu berapi mulut Ezran nak kenakan Syafiena.
Dalam keadaan terkejut itu, barulah Syafiena perasan ada insan lain di dalam bilik itu. Ya Allah! Kenapalah Hasif ada dekat sini sekali?
Masih dia ingat, dulu begitu ramai ingin berkawan dengan Ezran. Tapi sejak Ezran berubah perangai, ramai yang menjauhkan diri daripada Ezran walaupun lelaki itu sangat pandai. Hanya Hasif saja yang sanggup bertahan.
Why with your shocked face, Fiena? Terkejut saya ada dekat sini?” soal Hasif seraya tersenyum.
“Eh, taklah. Mana ada!” Pantas Syafiena menafikan walhal dia memang tertanya-tanya apakah Hasif buat dekat sini. Tapi dia tak sangka juga. Walau dah bertahun-tahun pun persahabatan mereka berdua tetap utuh.
“Saya kerja sebagai CCO dekat sini.”
“Oh...” Syafiena terangguk sendiri. Patutlah pun Hasif ada sekali. Haish, apa pasal la dia tak fikir tadi.
So, what are we gonna do with this little girl?” Ezran kembali bersuara.
“Zran...” Hasif bersuara keras, sebagai tanda memberi amaran.
What? It’s not a bad thing pun kan kalau aku buli dia sikit?”
“Tapi perlu ke?”
Of course! Heh, no wonder la bukan main beriya lagi kau pertahankan secretarybaru aku tu, kan? Rupa-rupanya perempuan ni penyebabnya!” Ezran senyum sinis.
“Mana ada. In fact, aku pertahankan semua perempuan.” Hasif sekadar sengih.
“Berambus la kau.” Ezran bagi jelingan maut. Tahu sangat dengan perangai Hasif yang kaki perempuan itu.
“Err...” Syafiena tak tahu nak menyampuk apa. Mereka berdua berborak seolah dia tak wujud pulak kat sini.
“Hesy kau ni, Zran. Kesian Syafiena terkebil-kebil kat sini. So, apa kata I tunjukkan you sekitar pejabat ni. And then, bolehlah kita makan lunch sama-sama. Nak tak?” Hasif mengenyitkan mata dekat Syafiena, membuatkan gadis itu jadi tidak tentu arah.
“Ehhh... banyak cantik muka kau. Ini secetary aku, so yang jadi tour guidenya pun mestilah aku jugak.”
“La... Selama ni aku yang jadi tour guide untuk secretary kau yang sebelum-sebelum ni, tak ada pulak kau nak ambil kisah?”
“Heh, itu lain. Kes sekarang ni, secretary baru aku ni ‘special’ sikit.” Ezran mula senyum.
Syafiena hanya mampu mendiamkan diri. Special? Specialkah dia di mata Ezran? Tetapi special bagaimana? Itu Syafiena tak mampu jawab kerana Ezran seorang saja yang ada jawapannya.


SYAFIENA memicit-micit kepala yang terasa pening. Matanya berpinar melihat beribu-ribu huruf yang terpampang di dalam skrin. Ahh... baru first day, sudah dikerah begini. Memang lelaki itu sengaja mahu menderanya! Adakah patut lelaki itu mahu dia membuat laporan sebanyak lima puluh kali? Serius tak masuk akal! Sakit hatinya, hanya Allah yang mengetahui.
Syafiena, are you okay?”
Suara garau seorang lelaki menerjah ke pendengarannya.
Spontan, pergerakan tangan Syafiena terhenti. Lantas, dia mengangkat wajahnya. Kelihatan Hasif sudah berdiri tegak di hadapannya.
Ermm... yeah, I’m okay.” Syafiena menjawab sambil senyum paksa.
“Betul ke ni? Atau pun Ezran ada buat sesuatu dekat awak?” Hasif cuba menduga.
Syafiena senyum paksa. Tak tahu hendak jawab ataupun tidak. “Err... saya...”
“Syafiena, tak perlu teragak-agak dengan saya okey?Remember, saya pun kawan awak jugak. So, apa-apa masalah you can share it with me, okay?” Hasif bersuara lembut. Dia mahu kehadirannya di sini dapat menyelesakan Syafiena. Jangan sebab Ezran, gadis itu lari! Buat naya saja. Sudahlah nak dapatkan Syafiena bekerja di sini sangat payah, takkan mahu sia-siakan peluang yang ada?
“Ermm... sebenarnya, Ezran suruh saya buat laporan sebanyak lima puluh kali,” kata Syafiena dengan nada perlahan.
Terbeliak mata Hasif dibuatnya. “Lima puluh kali? Biar betul!”
Syafiena menganggukkan kepala berkali-kali. “Ya, betul! Kalau awak tak percaya, awak boleh pergi tanya Ezran sendiri.”
“Isk... melampau sangat Ezran tu.” Hasif sekadar menggelengkan kepalanya. Kut iya pun nak dera anak orang, beragaklah sikit!
Syafiena sekadar senyum. Tawar. Tak ada hati nak senyum lebih-lebih mengenangkan musuh yang selalu dengkikannya.
“Hmm... Sekejap ya, saya nak pergi jumpa Ezran.” Belum sempat Hasif mahu ke pejabat Ezran, Syafiena cepat-cepat menarik lengan Hasif.
“Ehhh... Tak payahlah... saya boleh buat. Jangan sebab saya, awak dengan Ezran bergaduh. Saya tak nak macam tu.” Syafiena memujuk lembut. Karang tidak pasal-pasal dua orang kawan baik ini bergaduh disebabkan dia, buat naya saja.
“Tapi...” Hasif nampak nak memprotes.
“Alaa, sikit aje ni. It’s okay la. Lagipun, benda ni kecil aje. Tak perlulah kita perbesarkan.” Syafiena memujuk lagi. Tolonglah makan pujukan dia ni! Dia bukannya reti memujuk sangat.
“Hmm... kalau macam tu, okeylah. Lain kali, kalau dia buat sesuatu yang teruk dekat awak, awak bagitau aje dekat saya. Biar saya belasah dia cukup-cukup,” kata Hasif sambil tersenyum. Terserlah lesung pipit di pipi kirinya.
Aduhai! Memang cukup membuat hati Syafiena tertawan. Walaupun Hasif tidak sekacak Ezran, namun lelaki itu mempunyai aura yang mampu menarik perhatian. Syafiena tersenyum sendiri.
“Syafiena, may I go now?” soal Hasif tiba-tiba.
“Hah?” Syafiena blur sekejap. Dah kenapa tiba-tiba Hasif tanya soalan begitu? Nak pergi, pergi ajelah. Buat apa nak mintak izin daripadanya?
Mind if you let go of my hand?
Soalan Hasif itu membuatkan Syafiena lekas-lekas melepaskan lengan Hasif. Aduhai, baru dia perasan, sejak tadi dia asyik memegang lengan lelaki itu! Wajahnya sudah menjadi merah padam. Kalau boleh dikira dengan jari untuk mengira rasa malunya, rasanya memang tidak cukup!
Hasif hanya tersenyum melihat kekalutan Syafiena. “Okeylah, saya pergi dulu. See you!
Syafiena hanya mengangguk. Namun, wajahnya yang merah itu masih belum hilang sepenuhnya. Pantas dia mengipas wajahnya untuk mengurangkan rasa panas itu.
Namun, tanpa Syafiena sendiri sedari, ada sepasang mata yang memerhati drama sebabak tadi. Bersama dengusan, dia kembali masuk ke dalam pejabat.


TEPATpukul 12.00 tengah hari, Syafiena mengemas barang-barangnya untuk makan tengah hari di kafe yang terletak berdekatan dengan syarikatnya. Selepas mencapai handbagnya, dia terus berjalan namun terlanggar dengan badan seseorang. Aduh, siapa pulak ni? Main berdiri aje depan aku, kan dah kena langgar!
“Syafiena Amni...”
Hmm... suara garau ni macam pernah aku dengar... Perlahan-lahan, Syafiena mengangkat wajahnya. Erk! Ezran Hakimi!
“Dah siap laporan yang aku suruh buat lima puluh kali tu?” soal Ezran dengan muka yang tiada perasaan.
“Erk, kenapa?” Syafiena terkejut mendengar soalan Ezran.
“Kau dah lupa? Kan aku suruh kau hantar hari ni jugak. Kalau masih tak siap, bermakna kau tak boleh makan lunch. Stay office sampai petang!” Nah, kuasa veto sudah dikeluarkan oleh Ezran.
Syafiena mula mengerutkan dahinya tanda tidak berpuas hati. “Kau dah gila ke? Habis, kalau aku mati kebuluran dekat office kau macam mana? Kau nak bertanggungjawab?”
Nonsense.” Ezran kekal menayangkan wajah batunya.
“Apa yang nonsense?” Syafiena menjegilkan biji matanya.
“Manusia boleh bertahan tanpa makanan dalam masa lima puluh hari. Jadi aku tak rasa yang kau akan mati kebuluran dekat office aku. Anggap aje ini hukuman daripada aku sebab menggatal dengan lelaki lain.” Bersama kata-kata itu, Ezran terus berlalu.
“Ha?” Mata Syafiena tidak berkedip. Menggatal dengan lelaki lain?


TUBUH yang terasa kejung diregangkan sepuas hati. Fuh, akhirnya siap jugak laporan ni. Jam di pergelangan tangan dijeling. Mak aii... dah pukul 6.30 petang! Syafiena rasa dia tak pernah balik selewat macam ni. Hari ni memang dia cipta rekod balik terlambat dalam hidupnya.
Lantas dia tak menunggu lama. Segala kertas-kertas yang bersepah di atas meja disusun dan diletak elok-elok di sudut mejanya. Sementara menanti laporan yang dibuat tadi diprint, Syafiena menuju ke bilik pantry. Dia mahu mengisi perutnya dengan sesuatu yang boleh mengenyangkannya sementelah ketika dia sibuk bekerja tadi perutnya asyik berbunyi saja.
Pintu-pintu kabinet dibuka. Cuba mencari biskut kering, kut-kut kalau ada. Tapi hampa, sebab puas dia cari hasilnya memang tiada! Aduh, nampaknya terpaksalah dia minum air Nescafe sahaja.
“Kat sini rupanya kau.”
“Oh mak kau!” Syafiena pantas mengurut dadanya. Ya Allah! Dia tak sangka pula yang waktu lewat sebegini masih ada orang lain yang tinggal!
“Heh, kaki latah jugak kau ni.” Ezran yang tadi bersandar pada pintu bilik pantrymelangkah masuk. Seingatnya, dulu tak ada pula Syafiena melatah sebegini. Hmm... time flies, people change.
“Biarlah.” Syafiena hanya menjeling. “Yang kau ni, asal tak balik lagi?”
“Biarlah.” Ezran ajuk kata-kata Syafiena tadi.
Syafiena menjegilkan biji matanya. Hesy, ada yang kena dengan aku nanti!
“Aku datang nak bagi kau ni.” Ezran menunjukkan bungkusan di atas meja dengan lirikan matanya.
Syafiena turut melihat di atas meja. Matanya mula bersinar. Walawehhh... mata aku tak salah nampak atau... itu memang betul makanan?
“Tak nak ke? Tak nak, bagi aku.” Ezran berkata tatkala Syafiena hanya berdiri tercegat di situ tanpa bersuara.
“Eh! Siapa kata tak nak? Ya Allah, kau tau tak betapa laparnya aku tadi.” Syafiena pantas mengambil sudu yang memang tersedia dekat dalam bilik pantry. Kemudian dia membuka polisterin itu. Nasi putih dengan ayam sambal. Hmm... kira boleh asalkan dia boleh isi perutnya!
Lantas dia duduk di atas kerusi sambil membaca doa makan. Dengan bersemangat Syafiena makan mengenangkan pengorbanan dia bertahan tanpa menjamah apa-apa tadi. Ezran turut sama duduk di hadapan Syafiena.
“Gelojoh.” Komen Ezran sambil tersenyum sinis.
“Dah lapar, memanglah macam ni. Agaknya kalau kau, aku rasa lagi teruk.” Syafiena menyerang balas.
“Beragaklah. Baru enam jam tak makan, gaya macam tak makan sebulan. Hmm... kalau bakal suami nampak, agaknya dia terus reject kut!”
“Macam aku kisah. Kau ingat, aku tak boleh cari lelaki lain? Ni, sekali petik pun tak putus-putus orang datang.” Dengan muka yang agak angkuh, Syafiena memetik jarinya berkali-kali.
Berlagak betullah perempuan ni. Ezran sekadar menggelengkan kepala. Tak terkata dia melihat gelagat Syafiena itu.
“Dahlah, aku nak balik. Makan la sepuas hati kau.” Ezran terus bangun.
“Ezran!” Tiba-tiba Syafiena memanggil.
What?
“Tak boleh ke teman aku makan?”
Soalan Syafiena itu membuatkan Ezran terkedu. Wajah gadis itu dipandang seketika sebelum beralih ke tempat lain.
“Apesal pulak aku nak teman kau?”
“Kau tak ingat ke, dulu kau selalu teman aku makan. Kau akan setia tunggu aku sampai aku habis makan. Aku...”
BANG!
Tak sempat Syafiena nak habiskan ayat, Ezran sudah menghentak meja. Syafiena terkejut, sehingga terangkat bahunya.
“Dulu dan sekarang berbeza, Syafiena. Kau kena ingat, aku bukan Ezran yang dulu. Ezran yang sekarang ni, dia sangat-sangat bencikan kau. Terimalah hakikat Syafiena, Ezran yang dulu tak akan kembali. Dia dah lama mati! Yang ada sekarang, Ezran yang masih berdendam dengan kau. Nak atau tak nak, kau kena terima yang bila-bila masa saja aku boleh hancurkan kau!” Serentak itu, Ezran terus pergi. Tidak dipedulikan lagi dengan Syafiena yang sudah terkaku di kerusi.
Syafiena mati kata! Ingin mengeluarkan suara, suara bagaikan tersekat di hujung kerongkong. Dia rasa sedih. Baru saja dia ingat yang dia berborak dengan Ezran yang dulu, tapi lelaki itu tanpa belas kasihannya merobek harapannya dengan kejam.
“Ezran...”
Tanpa sedar, air matanya jatuh menodai pipinya.

Seeing people change isn’t what hurts. What really hurts is remembering how they used to be.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 04, 2015 05:54
No comments have been added yet.