Ismail Isman > Recent Status Updates

Showing 1-30 of 137
Ismail Isman
Ismail Isman is on page 63 of 151 of بيان مشكل الأحاديث
Saya terpaksa tinggalkan pembacaan biodata penulis kerana terjemahan inggeris-arabnya yang sangat memeningkan. Mungkin kerana ini kali pertama saya membaca buku dengan bentuk terjemahan seperti ini. Adapun apabila mula berlayar dalam tulisan pengarang, yang saya sangat kagumi adalah cara penyusunan dan pecahan yang sangat menarik. Gaya seorang mutakallim menyusun idea yang sangat membantu kitab ini untuk difahami.
Mar 31, 2019 05:00PM Add a comment
بيان مشكل الأحاديث

Ismail Isman
Ismail Isman is 69% done with تحذير الخواص من أكاذيب القصاص
Perjalanan yang menarik, bagaimana Imam as-Suyuthi cuba untuk menerangkan bahana hadis palsu dan riwayat-riwayat rekaan yang disandarkan pada nabi. Yang menariknya, beliau cuba menulis dengan ilmiah (seperti yang maklum dalam segala tulisan beliau) dan dalam masa yang sama, ringkas dan mudah difahami oleh orang awam yang bukan ahli dalam memahami sanad dan riwayatnya. Harapan boleh habis dalam tempoh sehari lagi.
Mar 29, 2019 06:02PM Add a comment
تحذير الخواص من أكاذيب القصاص

Ismail Isman
Ismail Isman is on page 76 of 82 of بستان العارفين
Kesepaduan ilmu yang ada pada Imam an-Nawawi melahirkan buku yang semacam ini. Buku tasawuf yang disepadukan dengan sinaah hadithiyyah, kefahaman lughah yang tinggi dll sangat menarik untuk diteliti dan dibaca.
Jul 17, 2018 12:58AM Add a comment
بستان العارفين

Ismail Isman
Ismail Isman is on page 25 of 124 of الطريق إلى الله
Baru di permulaan jalan untuk membaca karya-karya penulisan Maulana Syeikh Ali Jumu'ah. Berkenalan dengan gaya fikir dan idea Maulana dalam membawa nas-nas turath kezaman kita hari ini.
Jul 17, 2018 12:54AM Add a comment
الطريق إلى الله

Ismail Isman
Ismail Isman is on page 50 of 508 of صفحات من صبر العلماء على شدائد العلم والتحصيل
Bismillah, bermulalah pengemudian bahtera mencari himmah yang belum kunjung tiba. membaca kitab-kitab seperti ini mengejutkan semula himmah yang sedang tidur.
Mar 07, 2018 02:22PM Add a comment
صفحات من صبر العلماء على شدائد العلم والتحصيل

Ismail Isman
Ismail Isman is on page 47 of 146 of Doktrin Ahli Hadith: Akidah, Fiqh Dan Tasawuf Seminar Mazhab Ahli Hadits
Dirobek habis segala dakwaan para salafi yang mengatakan bahawa mereka itu ahlul hadis dan mengikut mazhab mereka. Dijawab dgn sangat kemas dan terperinci.
Feb 13, 2018 07:35AM Add a comment
Doktrin Ahli Hadith: Akidah, Fiqh Dan Tasawuf Seminar Mazhab Ahli Hadits

Ismail Isman
Ismail Isman is on page 195 of 464 of Projek Hafal Hadis
Selesai Muqaddimah kitab ni, banyak faedah-faedah yang dikongsi penulis daripada cara menghafal, perkara yang boleh membantu menghafal, kaedah efektif menghafal dan lain-lain. Kini masuk ke dalam pati kitab, hafazan hadis.
Feb 08, 2018 11:52PM Add a comment
Projek Hafal Hadis

Ismail Isman
Ismail Isman is on page 123 of 464 of Projek Hafal Hadis
Saya puji kesungguhan penulis dalam menyertakan Masdar dan maraji' pada setiap kalam yang diquotes beliau dalam buku ini. Cuma, tengah-tengah saya menyelak rujukan di nota kaki, saya sedikit hairan dan terkejut bila menemui perkataan: "Al-Albani mensahihkankannya dalam Misykat..." begitu juga pensahihan dan penghasanan selainnya. menarik.
Feb 06, 2018 11:22PM Add a comment
Projek Hafal Hadis

Ismail Isman
Ismail Isman is on page 45 of 464 of Projek Hafal Hadis
Selesai berdaurah, masa membaca bermula semula. Penulis mendatangkan pendahuluan kepentingan ilmu hadis dan keutamaannya dalam menghuraikan al-Quran bahkan al-Quran lebih berhajat kepadanya daripada ia berhajat kepada al-Quran.
Feb 04, 2018 11:17PM Add a comment
Projek Hafal Hadis

Ismail Isman
Ismail Isman is on page 6 of 464 of Projek Hafal Hadis
Pertama kali saya lihat buku ini, saya agak tertarik dengan tajuknya. Antara seruan yang sangat jarang kita dengar di Malaysia. Dan ternyata tajuknya sememangnya menggambarkan isi hati penulis, betapa besarnya hasrat beliau untuk menyusun dan mengajak masyarakat kita untuk mula menghafal hadis. Ini sesuai dengan pesanan para masyaikh di Al-Azhar. Semoga buku ini bermanfaat.
Jan 20, 2018 01:29AM Add a comment
Projek Hafal Hadis

Ismail Isman
Ismail Isman is on page 134 of 192 of Pencerahan Dalam Bidang Hadith
Menjawab kekeliruan kefahaman pada kalam Imam Syafie رحمه الله : إذا صح الحديث فهو مذهبي.
Jan 20, 2018 12:59AM Add a comment
Pencerahan Dalam Bidang Hadith

Ismail Isman
Ismail Isman is on page 58 of 192 of Pencerahan Dalam Bidang Hadith
Maulana Hussein memudahkan cara penyampaian buku ini pada para pembaca dengan cara yang saya kira sangat menakjubkan. Bab hadis dhaif yang diutarakannya didatangkan dengan bagaimana cara muhaddithisin menghukum dan memandangnya. Memang benar bukan semudah ada rawi dhaif sahaja, maka hadis itu dhaif dan bukan daripada nabi, tidak! pencerahan yang baik daripada Maulana.
Jan 12, 2018 03:20PM Add a comment
Pencerahan Dalam Bidang Hadith

Ismail Isman
Ismail Isman is on page 39 of 64 of رسالة المذاكرة مع الإخوان المحبّين من أهل الخير والدين
4 perkara yang menjauhkan manusia dari berbuat ketaatan:
1. الجهل (kejahilan)
2. ضعف الإيمان (lemahnya iman)
3. طول الأمل (merasa hidupnya panjang didunia)
4. أكل الحرام والشبهات (makan dari yang haram dan syubhah)
Jan 08, 2018 06:23PM Add a comment
رسالة المذاكرة مع الإخوان المحبّين من أهل الخير والدين

Ismail Isman
Ismail Isman is 76% done with بداية الهداية
Kitab ini seperti gerigi-gerigi kunci yang dengan ia, dapat kita ketahui bagaimana dibuka pintu menuntut ilmu dan menuntut taqwa dan redha daripada Allah. Di manakah taqwaku ketika aku menuntut ilmu? 😭
Jan 07, 2018 08:42PM Add a comment
بداية الهداية

« previous 1 3 4 5
Follow Ismail's updates via RSS